...............................................

...............................................
الفقير إلى الله مسافر في أرض الله و سيروا على بركة الله

Al faqir ilaLLAH, Musafir fii ArdhiLLAH , Siiru 'ala BarakatiLLAH





Friday, June 5, 2009

virus..virus.. virus




Pada hari ini saya solat jumaat di Tanah Merah Kelantan, khutbah hari ini menceritakan berkenaan Virus yang heboh di perkatakan hari ini, virus Babi. Cerita pasal ciri2 pengidap virus tu dan lain2..cara dan kaedah menanganinya.

Saya bukan nk ulas balik apa yang di dengar dr khutbah tadi tapi terdetik pula dihati saya.. dunia ari ni sangat perihatin jika satu-satu virus muncul, banyaklah kaedah dan cara di praktikkan dr tersebarnya virus tersebut.. sekatan di airport lah, penerangan di kaca-kaca tv, di akhbar-akhbar…

Bahaya betul virus bab itu kan??


Saudara yang budiman,


Yang saya nk ulas berkenaan virus lain yang lebih parah yang sudah lama menapak dalam jiwa dan kelakuan muslim di Malaysia kini. Cuba para pembaca lihat di dada-dada akhbar… kelakuan menjelikkan artis dan sekutunya yg kini menjadi virus dan ancaman kepada genarasi kita.. bermula dengan fesyen rambut, fesyen pakaian hinggalah fesyen akidah..


X parah ke apabila akidah anak-anak remaja hari ini mula terdedah dengan kemurtadan, kesyirikan, kemunafiqan dll


Itu baru akhbar, cuba tengok dalam majalah pulak.. masya ALLAH.. teruknya zaman ini… dalam kaca tv pun macam itu jugak.. anak-anak kecil sudah lali dengan cerita kartun yg kadang melangkau batasan akidah yang soheh.. juga dihidang kepada kita cerita-cerita 18pl, 18 sx semuanya berangka 18keatas.

Apa sudah jadik ni?

X ada sekatan ke?

X ada ke orang yang nk menceritakan cara penyelesaian menyekat virus ini?

Atau…

Ini Virus baik ..??

Memang kita sukakan jenis viru ini.. Lahaulawalaquwwqtailla biLLAH….

Sesatnya kita hari ini..

Moga-moga kita sama2 menghindari diri, keluarga dan kenalan rapat serta org yg kita kenali drpada terkena jangkitan virus-virus jahat ini.

Sekian

Siiru ;ala barakatiLLAH

No comments:

Post a Comment

Para Pembaca budiman.

Blog abumujahid ini memaparkaan pandangan peribadi abumujahid. Segala yang dipaparkan akan dimuatkan sumber rujukan jika ia adalah daripada sumber tertentu. Moga-moga abumujahid dan pembaca sekalian boleh mengambil istifadah dan boleh juga menegur abumujahid dalam hal yang dikira salah dan bertentangan dengan usul aqidah mahupun syara'.

Moga tuan-tuan dan puan-puan mendapat barakah dari blog yang Naif dan dhaif ini. BarakaLLAHu fiikum.