...............................................

...............................................
الفقير إلى الله مسافر في أرض الله و سيروا على بركة الله

Al faqir ilaLLAH, Musafir fii ArdhiLLAH , Siiru 'ala BarakatiLLAH





Wednesday, August 21, 2013

Dunia oh dunia

Assalamualaikum dan Salam Syawwal buat semua pengunjung blog yang dihormati.

Sesungguhnya salam dan selawat buat Junjungan Besar RasulaLLAH SAW dan buat para pencinta sunnah Nabi Agung ini...

AlhamduliLLAH.. bersyukur.. kerana saat dan ketika ini dapat saya melakarkan sedikit bicara dalam blog yang serba dhaif ini.

Dikala pembaca dan penulis blog ini diberi peluang untuk terus hari dan hidup meniti sebagai pelakun-pelakun di dunia ini.. penuh nikmat dan kemudahan yang diberikan.. sudah tiba masanya dunia sampai ke penghujung ajalnya.. dan kita menunggu detik2 itu.. Hari kiamat itu pasti.. tanda-tandanya juga sudah semakin jelas...

Dari hari ke hari berikutnya.. kita didedahkan dengan pelbagai masalah dan perkembangan dunia akhir zaman ini... kita melihat tandanya yg jelas walaupun kadang2 kita tidak berhadapan dengan situasi berikut...dunia tanpa sempadan membuatkan hidup manusia yg berjauhan menjadi dekat... khabar berita tersebar sebaik jari jemari menari.. tersebarlah berita itu dan ini..

SubhanaLLAH.. Akhir zaman ini.. Allah perkenankan setitis ilmuNYA dikuasai manusia.. supaya manusia lebih sedar dan mengakui kebesaranNYA.. akan tetapi ramai yang tersungkur disaat2 musuh2 ALLAH sedang bergembira mengganggap mereka sedang menang.. sedangkan saat ini bermula aturan ALLAH untuk Islam kembali gemilang.. Insya ALLAH..

73 Golongan yang disebut2 kita juga sudah semakinh jelas .. itupun bagi mereka yg empunya hati.. mereka mengkaji dengan hidayat ALLAH SWT... maka berbahagialah manusia yang termasuk dalam kelompok pencinta Sunnah Nabi Allah, Muhammad SAW.

Tuan2 dan Puan2 para pembaca budiman,

Berdoalah agar kita diberi hidayah dan Inayah yg berkekalan sehingga penghujung nyawa kita.. agar kita boleh bersama2 dengan Kekasih ALLAH SWT, Nabi Muhammad SAW di akhirat kelak..

kita tambah ilmu kita, kita tambah amal kita, kita aturkan doa dalam seluruh gerak kehidupan kita.. supaya Kita tergolong dalam 1 golongan yang di redhai ALLAH SWT...

Amin ya Rabb.






Para Pembaca budiman.

Blog abumujahid ini memaparkaan pandangan peribadi abumujahid. Segala yang dipaparkan akan dimuatkan sumber rujukan jika ia adalah daripada sumber tertentu. Moga-moga abumujahid dan pembaca sekalian boleh mengambil istifadah dan boleh juga menegur abumujahid dalam hal yang dikira salah dan bertentangan dengan usul aqidah mahupun syara'.

Moga tuan-tuan dan puan-puan mendapat barakah dari blog yang Naif dan dhaif ini. BarakaLLAHu fiikum.