...............................................

...............................................
الفقير إلى الله مسافر في أرض الله و سيروا على بركة الله

Al faqir ilaLLAH, Musafir fii ArdhiLLAH , Siiru 'ala BarakatiLLAH





Sunday, June 21, 2009

Runtuhnya pagar itu



Alhamdulillah sekadar berkongsi sedikit info, semoga dapat dijadikan sempadan. Biasa kita dengar ‘pagar rumah’, maksud saya pagar rumah dr dimasuki gangguan-gangguan samada jin mahupun manusia. Biasa bagi kita dengar pagar dibuat dengan kaedah dan cara yang berbeza-beza. Cukup saya kongsi kaedah paling senang untuk diamalkan iaitu:

1.Berada di ruang tengah rumah dengan memberi inzar supaya semua jin yang berada dalam rumah keluar,

2. Kemudian azan sekurang2nya 3 kali dan

3. Seterusnya amalan pagar dengan membaca ayatul kursi untuk setiap bahagian rumah, depan, belakang, kiri, kanan bawah dah atas dengan niat untuk memagar rumah kita daripada gangguan manusia dan jin.

Insya ALLAH dengan keyakinan kepada ALLAH pagar itu akan sempurna jika diamalkan selalu pada waktu petang.



Masalah yang timbul tidak ramai yang tahu bahawa pagar itu akan runtuh jika kita tidak menjaga adab-adab dalam rumah tersebut. ‘Pagar rumah’ akan runtuh jika:

1. Penghuni rumah selalu melakukan maksiat.

2. Selalu mendengar muzik-muzik dan rancangan Tv yang melaghakan.

3. Rumah sunyi daripada zikruLLAH dan Bacaan Al Quran.

4. Pergaulan bebas dan tidak menutup aurat dikalangan bukan muhrim.

5. Masuk rumah tanpa memberi salam.

Susah-susah para mualij buat pagar rumah, tabur garamlah, sembur air lah, dan pelbagai kaedah ‘pagar rumah’, tup-tup semua yang dibuat menjadi Ghubar kaghubarishohra’ غبار كغبار الصحراء ( debu-debu).. disebabkan kejahilan kita sendiri..


Ohh malang sungguh jika berlaku perkara berikut..


Jadi jom kita perbaiki segala kelemahan kita supaya amal perbuatan kita soleh lagi musleh hatta dengan sendiri rumah2 kita menjadi kebal dengan segala hasanah dan ‘pagar rumah’ yang utuh daripada dimasuki oleh makhluk-makhluk yang x sepatutnya..

ALLAHu..

اللهم اهدنا الصراط المستقيم

No comments:

Post a Comment

Para Pembaca budiman.

Blog abumujahid ini memaparkaan pandangan peribadi abumujahid. Segala yang dipaparkan akan dimuatkan sumber rujukan jika ia adalah daripada sumber tertentu. Moga-moga abumujahid dan pembaca sekalian boleh mengambil istifadah dan boleh juga menegur abumujahid dalam hal yang dikira salah dan bertentangan dengan usul aqidah mahupun syara'.

Moga tuan-tuan dan puan-puan mendapat barakah dari blog yang Naif dan dhaif ini. BarakaLLAHu fiikum.