...............................................

...............................................
الفقير إلى الله مسافر في أرض الله و سيروا على بركة الله

Al faqir ilaLLAH, Musafir fii ArdhiLLAH , Siiru 'ala BarakatiLLAH





Friday, March 30, 2012

AGM PTIAFM.. Mabruk..

Assalamualaikum..

AlhamduliLLAH... kesempatan yang ada ini abumujahid gunakan untuk mengucapkan mabruk atas kejayaan AGM PTIAFM di Pusat Belia Bandar Tun Razak. Kehadiran sahabat-sahabat TIAF dan Ahli-ahli TIAF memberi kekuatan kepada PTIAF untuk bergerak lebih jauh lagi... alhamdulillah..

Bersama ahli PTIAFM yang hadir


Pengasas PTIAFM Al Fadhil Ustaz Wan Asrul


Tn Pengerusi memang ada gaya


Mendengar mandat dan kata-kata semangat dr Tn  Pengerusi


Pendaftaran ahli


Firman ALLAH SWT dalam surah Albaqarah ayat 286 yang berbunyi:

لا يكلف الله نفسا إلا وسعها
mafhumnya: Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya.

Sebagai Sahabat dan Ahli PTIAFM, abumujahid merasakan tuan-tuan yang dilantik memang diberi tanggungjawab dan amanah bukan saja oleh ahli pertubuhan.. tetapi paling penting amanah ALLAH SWT dan dengan iznNYA... Tuan-tuan berkemampuan. In Sya ALLAH SWT.

Selaku sahabat yang dipertanggungjawabkan, walau tidak seberat tugas dan amanah yang dipikul oleh Tn Pengerusi Al Fadhil Tn Ismail Rubani dan  Al Fadhil Ust Anuwa Samlan.. abumujahid terlebih dahulu memohon agar dibetulkan jika melakukan sesuatu yg menyalahi Aqidah dan Syariah atau peraturan Pertubuhan, kerana, abumujahid sendiri tidaklah org yang mengerti dalam kerakkerja berpersatuan.

Kadang-kadang faktor kesibukan di SBP ni membantutkan pergerakan abumujahid untuk bersama-sama tuan-tuan, hatta malu rasanya bila x dapat menerima jemputan menemani TG Pengasas... harapan yang sangat tinggi agar selepas ini abumujahid dapat keluar dari sekolah yang penuh dengan kesibukan mengejar dunia glamour kepada sekolah yang lain... Insya ALLAH.

Apapun sekali lagi tahniah diucapkan kepada semua ahli PTIAFM yang memberi komitmen yang tinggi dalam perjuangan meletakkan Terapi Islam di tempat tertinggi.... Semoga kita dapat menjalinkan ukhuwwah dan menjaga adab berjamaah dipandu oleh ilmu dari guru2 yg kita hormati..

BarakaLLAHu fiikum wa lana

Wassalamualaikm



Monday, March 26, 2012

Anda Adalah Apa Yang Anda Makan

Assalamualaikum..

Mungkin bermanfaat untuk kita semua:
Setiap makanan berkhasiat mempunyai corak menyerupai organ tubuh atau fungsi fisiologikal yang menggambarkan faedah makanan tersebut kepada seseorang yang memakannya. Jom kita melihat contohnya:

karot
Karot yang dihiris kelihatan seperti mata manusia. Pupil, iris dan garisan jejari seakan-akan mata manusia. YA, sains telah membuktikan karot membantu pengaliran darah ke dan dari mata serta fungsinya.


tomato
Tomato mempunyai empat ruang dan berwarna merah. Jantung kita berwarna dan mempunyai 4 ruang. Kajian-kajian yang dijalankan menunjukkan tomato adalah makanan untuk jantung dan darah.



anggur
Anggur tergantung dalam kelompok yang mempunyai bentuk seperti jantung. Setiap biji anggur kelihatan seperti sel darah. Kajian-kajian yang dijalankan dewasa ini menunjukkan anggur adalah makanan yang memberi tenaga kepada jantung dan darah.



kacang walnutKacang walnut kelihatan seperti otak, ada hemisfera kanan dan kiri, sereberum atas dan sereberum bawah, neo-kortek pun ada juga. Kini kita telah tahu bahawa kacang walnut membantu mengeluarkan 3 dozen neurotransmiter untuk fungsi otak.

kacang bunus
Kacang bunus membantu menyembuh dan memelihara fungi buah pinggang. Ya kacang bunus nampak betul-betul seperti buah pinggang manusia.


sayur saderiSayur saderi, bok choy, rubarb dan banyak lagi kelihatan seperti tulang. Sayur-sayuran ini adalah untuk kekuatan tulang. Tulang mengandungi 23% sodium, begitu juga dengan sayur-sayuran ini, 23% sodium. Sekiranya permakanan anda tidak mempunyai cukup sodium, tubuh anda akan mengambilnya dari tulang dan membuatnya menjadi tidak kuat

avokadoBuah terung, avokado, pear baik untuk kesihatan serta fungsi rahim dan serviks wanita. Bentuk buah-buahan tadi kelihatan seperti organ tersebut. Kajian terkini menunjukkan apabila seseorang wanita memakan sebiji avokado setiap minggu, hormonnya seimbang, membuang berat kelahiran yang tidak diperlukan dan menghindari kanser serviks. Adakah fakta ini berkebetulan? Pokok avokado mengeluarkan buah masak dalam tempoh sembilan bulan selepas ia berbunga.

buaharaBuah ara mempunyai biji yang banyak dan bergantungan di pokok dua setangkai. Buah ara dapat meningkatkan motiliti sperma lelaki serta meningkatkan jumlahnya dan juga mengatasi masalah kemandulan lelaki. Agaknya ia menyerupai apa?

keledekKeledek menyerupai seperti pankreas dan ia sebenarnya dapat mengimbangkan indek glisemik pesakit kencing manis.




buah zaitunBuah zaitun pula baik untuk kesihatan dan dapat membantu fungsi ovari.




buah orenLimau grapefruit, oren dan buah-buahan sitrus kelihatan seperti kelenjar mamari wanita. Sebenarnya buah-buahan tersebut dapat membantu kesihatan payudara dan pergerakan keluar masuk limfa dari payudara.


bawang besarBawang besar kelihatan seperti sel tubuh. Kajian masa kini menunjukkan bawang besar dapat membantu membersihkan bahan sisa dari sel-sel tubuh. Ia juga boleh menyebabkan air mata yang membasuh lapisan epitelial mata.
 
 
sumber : http://www.wanibrahim.com/sihat/

Monday, March 19, 2012

Makan dan sihat ikut Sunnah

Assalamualaikum



KITA berpantang dan mengawal tabiat makan apabila diserang penyakit. Lebih teruk jika doktor hanya membenarkan kita makan dalam kuantiti sedikit atau makanan tertentu.

Hakikatnya, amalan mengawal tabiat pemakanan selepas jatuh sakit adalah tindakan salah. Kita patut mengawal pemakanan seawal usia remaja, bukan apabila memasuki fasa 40-an.

Tabiat pemakanan yang boleh diteladani ialah mengikut sunah Rasulullah s.a.w. Jika dikaji, amalan pemakanan baginda amat bertepatan dengan al-Quran bermaksud: “… makan dan minumlah, dan janganlah berlebih-lebihan…” (Surah al-A’raf, ayat 31)

Petua menjaga kesihatan cara Rasulullah turut mengambil kira sistem tubuh manusia. Sebagai mesin, ia memerlukan bahan bakar iaitu makanan untuk membolehkannya melaksanakan kerja, tetapi kuantiti makanan yang masuk ke perut mesti dikawal.

Sebenarnya, menjaga dan mengawal perut daripada makan terlalu banyak adalah kaedah pencegahan penyakit yang berkesan. Sebab itu ramai ilmuwan perubatan dan tabib zaman lampau sering bermadah ‘lapar itu ubat’.

Mengambil makanan dalam kuantiti banyak adalah amalan buruk kerana ia memberatkan organ dan sistem pencernaan sehingga ia lemah dan tidak mampu mencerna secara teratur dan berkesan.

Makanan dalam jumlah yang banyak menyebabkan pelbagai penyakit. Justeru, kaedah rawatan dan pencegahan penyakit yang terbaik sepatutnya bermula dari perut – pastikan kuantiti dan jenis makanan yang masuk ke perut terkawal.

Nabi Muhammad ada menyebut ‘perut adalah tempat bermula pelbagai penyakit’. Selain kuantiti makanan, petua kesihatan Nabi turut mengambil kira isi padu makanan.

Baginda lebih mengutamakan makanan lembut, terutama jika baru sembuh atau melalui proses pemulihan. Dalam satu hadis daripada Siti Aisyah r.a, beliau berkata: “Jika Rasulullah diberitahu si fulan sakit dan tidak ada nafsu makan, baginda bersabda: Berikanlah kepadanya ‘talbiinah’! Kata baginda lagi, Demi Allah, ia mencuci perut seseorang seperti kamu membersihkan mukamu daripada kotoran!”

Talbiinah ialah sejenis makanan masyarakat Arab menyerupai bubur atau susu. Ia lembut dan tidak membebankan perut. Bagi kita di sini, mungkin oat dicampur susu sesuai sebagai makanan yang lembut dan tidak membebankan perut serta fungsi pencernaan.

Makanan ini juga kaya serat dan banyak membantu proses penghadaman.

Disiplin pemakanan yang diamalkan Rasulullah biasanya mengelak makanan itu mendatangkan penyakit kepada individu yang sihat, manakala bagi mereka yang mengalami masalah kesihatan, ia mengelak penyakit menjadi semakin serius.

Contoh peristiwa Nabi Muhammad s.a.w mengajar pemilihan makanan ketika sakit ialah sebagaimana hadis riwayat Ibnu Maajah dari Ummul Mundzir Qois al Anshoriyah, katanya:

“Suatu hari Rasulullah berkunjung ke rumah kami bersama Ali k.a yang ketika itu baru sembuh daripada sakit. Kami mempunyai buah daliah (sejenis buah-buahan di tanah suci), lalu Rasulullah mengambil dan memakannya dan Ali juga memakannya.

“Baginda berkata kepada Ali: Engkau baru saja sembuh daripada sakit.

“Lalu Ali berhenti memakannya. Kemudian saya buatkan masakan dari gandum dan saya berikan kepada mereka berdua, maka Rasulullah s.a.w bersabda: Ali, nah, ini lebih sesuai bagimu!”

Larangan Rasulullah kepada Ali yang baharu sembuh daripada sakit agar tidak memakan daliah sebagaimana dalam hadis di atas adalah kaedah pencegahan atau berpantang. Buah-buahan yang sifatnya mudah terurai mungkin memberi mudarat bagi mereka yang baru sembuh.

Ketika baru pulih daripada sakit, perut belum cukup kuat kerana ia sibuk bekerja menghakis sisa penyakit dari dalam perut dan badan.

Sebaliknya, Rasulullah menggalakkan Ali mengambil masakan daripada gandum kerana air daripada gandum itu dapat menguatkan tubuh.

Namun, baginda membenarkan pengambilan makanan yang tidak sesuai, tetapi dalam kuantiti sedikit sekadar menghilangkan keinginan.

Perkara menarik mengenai kaedah makanan seimbang yang diajarkan Rasulullah ialah baginda tidak membataskan pada satu jenis makanan saja. Contohnya, baginda menyeimbangkan makanan bersifat panas dengan sejuk.

Dari segi komposisi makanan, baginda tidak pernah mengambil susu dan ikan atau susu dan telur atau daging dan susu atau antara makanan yang kedua-duanya mempunyai sifat panas atau sifat dingin serentak.

Baginda juga tidak mengambil dua jenis makanan yang mempunyai sifat cepat dicernakan dan lambat dicernakan, serentak.

Rasulullah tidak mengambil makanan yang masih dalam keadaan panas atau makanan yang disimpan semalaman, makanan awet atau diasinkan seperti acar kerana semua itu memudaratkan kesihatan.

Kita juga patut mengelak mengambil makanan segera dan minuman berkarbonat, walaupun sedap, tetapi memudaratkan apatah lagi mengandungi perasa tiruan dan sintetik.

Rasulullah gemar makanan yang mengandungi unsur manis semula jadi dan madu malah baginda suka mengambil buah-buahan sebagai makanan tambahan.

Mengenai madu, Nabi mempunyai disiplin pengambilan madu yang baik untuk dicontohi, iaitu mengambilnya pada waktu pagi sebelum sarapan.

Madu dicampurkan dengan air dingin sebelum diminum. Ini bertujuan mencairkan lendir dan membersihkan sistem pencernaan.

Selain jenis dan kuantiti makanan, satu aspek lain penjagaan kesihatan Rasulullah s.a.w ialah cara baginda duduk ketika makan, iaitu dalam posisi ‘mutawarikan’, iaitu meletakkan pinggul pada kedua-dua tumit dan menempatkan telapak kaki kiri di atas punggung kaki kanan.

Postur badan penting dalam menentukan kebaikan ketika pengambilan makanan. Contohnya, baginda melarang

makan sambil bersandar sebagaimana sabdanya bermaksud: “Saya tidak makan sambil bersandar.”

Baginda juga melarang minum sambil berdiri, kecuali jika dalam keadaan terpaksa. Baginda mempunyai disiplin khusus dari segi minuman.

Berdasarkan petunjuk Nabi s.a.w, makruh minum selepas melakukan olahraga atau sebaik selesai melakukan sesuatu kerja berat atau sebaik habis makan atau sebelum makan. Semua itu tidak baik untuk kesihatan. Sebaliknya, biarkan beberapa detik berlalu apabila selesai aktiviti berat atau makan, kemudian minum.

Rasulullah s.a.w mempunyai petua unik ketika minum. Dalam satu hadis dari Anas bin Malik bermaksud: “Rasulullah minum dengan tiga kali nafas. Baginda berkata: Hal itu lebih melegakan dan lebih menyihatkan.”

Maksud bernafas tiga kali ketika minum ialah dengan menjauhkan bekas atau cawan dari mulut, lalu bernafas atau seolah-olah menghisap air yang sedang diminum. Larangan bernafas di dalam gelas ketika minum ditemui dalam hadis bermaksud:

“Jika seseorang di antara kalian minum maka janganlah bernafas di dalam gelas minuman, tetapi hendaklah direnggangkannya dari bibir.”

Dan, pasti yang paling penting dan mungkin dilupakan kita apabila makan atau minum ialah membaca ‘basmalah’ (membaca Bismillah) dan mengucapkan ‘hamdalah’ (Alhamdulillah) apabila selesai. Ia banyak keberkatan dari segi kesihatan.

Rahsia besar Rasulullah s.a.w yang patut menjadi teladan ialah baginda tidak pernah mencela makanan yang tidak disukainya atau kurang enak. Ini terkandung di dalam hadis bermaksud:

“Anas berkata: Rasulullah tidak pernah mencela makanan. Jika berselera dimakannya, dan jika tidak maka ditinggalkannya.”

Justeru, semua orang tidak wajar menunggu hari tua atau berusia lewat 40-an untuk memulakan amalan pemakanan sihat. Mulakanlah sekarang!

Kepentingan menjaga pemakanan dapat difahami daripada hadis Nabi saw yang diriwayatkan at-Turmudzi dari Abdullah al-Ashory, Rasulullah saw bersabda bermaksud:

“Sesiapa dalam keadaan badan sihat, aman dalam penghidupan dan ia memiliki makanan sehari-hari yang cukup, maka seolah-olah dunia ini miliknya.”

Rujukan: http://www.islamituindah.my/

Friday, March 9, 2012

Cara Penjagaan kesihatan RsuluLLAH SAW


Assalamualaikum...


BAGAIMANAKAH cara hidup yang diamalkan Rasulullah s.a.w yang perlu umat Islam contohi? Mencontohi Nabi bukan sekadar serpihan, tetapi perlu dalam semua aspek kehidupan kita.

Abumujahid berkongsi bersama tuan-tuan maklumat yang juga dikongsikan oleh saudara penulis dalam blog : http://www.islamituindah.my/.. Moga-moga perkongsian ini sampai kepada kita semua dan boleh mengamalkan.. khasnya kepada tuan punya diari ini.

Baginda RasuluLLAH SAW sentiasa berada dalam keadaan sihat walaupun menggalas tugas berat dan mencabar. Perhatikan perbezaan dengan diri kita yang menghidap pelbagai penyakit serta penderitaan.

Badan kita sihat, tetapi kebanyakannya hati berpenyakit. Antara beberapa cara hidup sihat yang Baginda amalkan adalah:

Selalu bangun sebelum subuh

Rasulullah mengajak umatnya untuk bangun sebelum Subuh bagi melaksanakan solat sunat, solat fardu dan solat Subuh secara berjemaah.

Hal ini memberi hikmah yang mendalam antaranya mendapat limpahan pahala, kesegaran udara subuh yang baik terutama untuk merawat penyakit tibi serta memperkuatkan akal fikiran.

Aktif menjaga kebersihan

Rasulullah sentiasa bersih dan rapi. Setiap Khamis atau Jumaat, Baginda mencuci rambut halus di pipi, memotong kuku, bersikat serta memakai minyak wangi.

“Mandi pada hari Jumaat adalah sangat dituntut bagi setiap orang dewasa. Demikian pula menggosok gigi dan pemakai harum-haruman.” (Hadis riwayat Muslim)

Tidak pernah makan berlebihan

Sabda Rasulullah w yang bermaksud: “Kami adalah satu kaum yang tidak makan sebelum lapar dan apabila kami makan tidak terlalu banyak (tidak sampai kekenyangan).” (Muttafaq Alaih)

Dalam tubuh manusia ada tiga ruang untuk tiga benda: Sepertiga untuk udara, sepertiga untuk air dan sepertiga lainnya untuk makanan.

Bahkan ada satu pendidikan khusus bagi umat Islam iaitu dengan berpuasa pada Ramadan bagi menyeimbangkan kesihatan selain Nabi selalu berpuasa sunat.

Gemar berjalan kaki

Rasulullah berjalan kaki ke masjid, pasar, medan jihad dan mengunjungi rumah sahabat. Apabila berjalan kaki, peluh pasti mengalir, roma terbuka dan peredaran darah berjalan lancar.

Ini penting untuk mencegah penyakit jantung. Berbanding kita sekarang yang lebih selesa menaiki kenderaan. Kalau mahu meletakkan kenderaan, mesti letak betul-betul di hadapan tempat yang hendak kita pergi.

Tidak pemarah

Nasihat Rasulullah ‘jangan marah’ diulangi sampai tiga kali. Ini menunjukkan hakikat kesihatan dan kekuatan Muslim bukanlah terletak pada jasad, tetapi lebih kepada kebersihan jiwa.

Ada terapi yang tepat untuk menahan perasaan marah iaitu dengan mengubah posisi ketika marah, bila berdiri maka hendaklah kita duduk dan apabila sedang duduk, maka perlu berbaring.

Kemudian membaca Ta’awwudz kerana marah itu daripada syaitan, segera mengambil wuduk dan solat dua rakaat bagi mendapat ketenangan serta menghilang kan gundah

di hati.

Optimis dan tidak putus asa

Sikap optimis memberikan kesan emosional yang mendalam bagi kelapangan jiwa selain perlu banyakkan sabar, istiqamah, bekerja keras serta tawakal kepada Allah s.w.t.

Tidak pernah iri hati

Bagi menjaga kestabilan hati dan kesihatan jiwa, semestinya kita perlu menjauhi daripada sifat iri hati. “Ya Allah, bersihkanlah hatiku dari sifat-sifat mazmumah dan hiasilah diriku dengan sifat-sifat mahmudah.”

Pemaaf

Pemaaf adalah sifat yang sangat dituntut bagi mendapatkan ketenteraman hati dan jiwa. Memaafkan orang lain membebaskan diri kita daripada dibelenggu rasa kemarahan.

Sekiranya kita marah, maka marah itu melekat pada hati. Justeru, jadilah seorang yang pemaaf kerana yang pasti badan sihat.

Bahagia sebenarnya bukan mendapat tetapi dengan memberi. Sebenarnya, banyak lagi cara hidup sihat rasul semoga hati kita semakin dekat dengan Nabi yang amat kita rindukan pertemuan dengannya.

Oleh Ustaz Zawawi Yusoh


Wednesday, March 7, 2012

Kaedah tarik ruh.. Al Fatihah

Assalamualaikum

AlhamduliLLAH.. sekadar perkongsian dalam ilmu ALLAH SWT yang maha luas,.. mungkin boleh diguna pakai oleh sahabat-sahabat pendoa dan perawat diluar sana...



Suatu malam dalam minggu lepas.. abumujahid didatangi oleh seorang makcik dibawa oleh anak-anak mereka. sebelum tu, baru saja sampai ke rumah jam 11.00 malam, then buat kopi untuk segarkan mata.. sambil cicah2 biskut tawar.. tiba2 hp abumujahid berbunyi ... sebolehnya abumujahid menolak untuk keluar sekali lagi dari rumah .. tetapi mengenangkan crita2 yg dibuat oleh sang anak tadi.. abu mujahid terpaksa mengalah.. jam 1130 mlm bertemu di Telok Mas..

Makcik td nampak normal saja.. cuma berjalan sedikit keletihan ... sampai dan abumujahid melakukan analisis simpton2 sakit... wallahu'aalam.. agak adalah sikit2 sakit.. abumujahid mendoakan pesakit sambil membaca ayat2 ruqyah pendek. Dalam masa yg sama terdetik dalam hati 'lama aku x jmpe pesakit kerasukan' lantas bila abumujahid minta buka mata.. pesakit seolah2 tidak sedar setelah dikejutkan. abumujahid arahkan yang mengganggu keluar.. tiba2 keluar suara yg x sepatutnya ... keenggangan keluar dr badan makcik tu..  jadi kesnya mesti sedarkan makcik tadi..

Masa dah agak malam sudah hampir jam 12 malam.. jadi abumujahid menggunaakan kaedeh2 untuk sedarkan pesakit.. akan tetapi ALLAH SWT tidak memakbulkan permintaan abumujahid dikala mata sudah mengantuk.. puas memanggil nama makcik tadi... tidak juga sedar...

Ya ALLAH .. betapa banyaknya dosa hamba ini padaMU... dalam hati abumujahid terasa sangat jauh denganNYA .. masa itu lah terdetik untuk menggunakan 'kaedah menarik ruh' dengan bacaan Al Fatihah.. Alhamdulillah setelah membaca al fatihah memohon agar ALLAH menarik ruh makcik tadi masuk balik kedalam tubuhnya...AlhamduliLLAH habis saja bacaan Al Fatihah tadi dan dengan isyarat... Terus saja makcik tadi tersedar dari ketidaksedarannya.. alhamduliLLAh rupanya sejak dr awal datang td mmg makcik tadi x sedar.. alpa sungguh diri yg jahil ini....

Sebenarnya kaedah ini tiada dalam silibus pengajian abumujahid selama ini.. tetapi mungkin pernah dilakukan sebelum ini... kemenjadiannya adalah memerlukan ketulusan pengharapan dan pergantungan kepada ALLAH semata2... SubhanaLLAH SWT...

SubhanaLLAH... Maha Suci ALLAH mengajar hambanya untuk tidak ego dengan pemberianNYA...Jika tuan2 dan puan merasakan kaedah ini tidak sesuai atau ingin kepastian.. insya ALLAH perkongsian ilmiah akan diberikan.... yang penting bukan dengan sms dan email...  khuatir abumujahid x sempat membalasnya...

Sekain perkongsian Ilmu ALLAH yang maha luas.. wassalam

Para Pembaca budiman.

Blog abumujahid ini memaparkaan pandangan peribadi abumujahid. Segala yang dipaparkan akan dimuatkan sumber rujukan jika ia adalah daripada sumber tertentu. Moga-moga abumujahid dan pembaca sekalian boleh mengambil istifadah dan boleh juga menegur abumujahid dalam hal yang dikira salah dan bertentangan dengan usul aqidah mahupun syara'.

Moga tuan-tuan dan puan-puan mendapat barakah dari blog yang Naif dan dhaif ini. BarakaLLAHu fiikum.