...............................................

...............................................
الفقير إلى الله مسافر في أرض الله و سيروا على بركة الله

Al faqir ilaLLAH, Musafir fii ArdhiLLAH , Siiru 'ala BarakatiLLAH





Sunday, December 27, 2009

Kursus TIAF cemerlang.. alhamduliLLAH..

Assalamualaikum...

AlhamduliLLAH.. seharian berkampung di Dewan A, Kompleks Balai Islam Lundang, Kelantan bersama penceramah Ustaz Wan Asrul Wan Hussin Pengasas TIAF memberi satu suntikan baru kepada saya dan saya rasa rakan-rakan juga ingin melihat syiar dakwah Islam terus berkembang..khususnya dalam masyarakat Kelantan.. melalui satu cabang Ilmu dan dapat dikongsi semalam bersama hampir 100 orang peserta dalam seminar bertajuk Sihir & permasalahannya dan cara Rawatan...

Kehadiran pelbagai peringkat umur dan lapisan kerjaya yang berbagai menampakkan bahawa rakyat Kelantan sememangnya minat menuntut ilmu... peserta termuda berusia 13 tahun dihantar oleh ibunya menghadiri kursus dan peserta yg sedikit berusia juga ada bersama2 semalam...

Pelajar Guru, Ustaz, Pensyarah, Doktor Pekerja syarikat2  dll memenuhi hampir 70 peratus dewan yg boleh memuatkan 150 orang dalam satu-satu masa..Apapun Mabruk dan jazakaLLAH KhairulJaza' buat akh Guru saya Ustaz Wan Asrul kerana dengan keizinan beliau dan kesungguhan beliau sanggup menjadi penceramah, maka teranjurlah seminar tersebut...

Insya ALLAH jika masa dan keadaan mengizinkan, saya dan pengasas TIAF akan cuba menganjurkan untuk kursus/seminar kali kedua di Kelantan.. manakala untuk tempat lain di Malaysia.. mengikut keadaan dan masa yang sesuai..

sekian dulu

Wasslam..

Saturday, December 19, 2009

MIPA berjaya..alhamduliLLAH..

Assalamualaikum..

Mabruk Ust Majid .. atas usaha beliau dan rakan2 mualij semua, maka Majlis Ijtima’ Perawat Akrine (MIPA) 2009 telah berjaya dijalan kan.. perjalanan saya dari bandar Tanah Merah Kelantan bermula jam 7.30 ptg dengan menaiki keretapi dan sampai ke KL sentral pada pukul 8 pagi.. bertolak pulak ke Komuter Sg Buluh tepat jam 850 pagi.. saya disambut oleh Ustaz Wan Asrul dengan kereta Wishnya..:) kesian disebabkan kelewatan saya.. Ustaz Wan juga terlewat.. sudah menunggu bersama ust Wan ialah Abgann kemunting.. kami sampai ke Kuang pukul 930 pagi..

Apapun Majlis Ijtima' Perawat Akrine (MIPA) berjaya dianjurkan dengan baik.. moga dengan pertemuan seumpama ini dapat mengeratkan perawat2 khususnya dari Akrine sendiri umumnya semua perawat Islam.. Betapa ukhuwwah itu penting bagi menjana keutuhan nama perawat Islam..

Sekarang ( masa menaip ini)penantian untuk pulang kembali ke Tanah Merah Kelantan ..Tiket malam ni pukul 830 malam.. merewang2 kejap di KL Sentral..

Sekian.. Wassalam..

Thursday, December 17, 2009

Reaksi mereka pencetus semangat...

Assalamualaikum..

Alhamdulillah dapat juga mencatatkan beberapa perkara yang berlaku setelah beberapa hari tidak up date blog.. cerita sepanjang iklan kursus TIAF diedarkan.. ada beberapa perkara yang mendorong saya untuk terus menganjurkan kursus seumpama ini pada masa akan datang.. pertama ialah.. sambutan yang menggalakkan dari dalam dan luar Kelantan.. yang kedua disebabkan kurang pengetahuan masyarakat tentang ilmu seumpama ini..menyebabkan ada yang komen..

Misalnya.. saya bagi pamplet iklan pada seorang bapa.. dia pun baca.. seminar sihir.. eh ini haram ni...mana boleh buat seminar macam ni.. itu reaksi salah seorang yang saya temui..sehingga tepaksa saya terangkan untuk memahamkan bapa tadi.. di samping itu ramai sekali yang memandang kursus yang dianjurkan ini sekadar perniagaan .. kata mereka.." banyak ke untung dapat dari kursus yang dibuat.. Masya ALLAH..ada yang menuduh saya ni peniaga pula.. :) sedih bukan..

Ada juga yg mengatakan terlalu mahallah kursus yanag dibuat.. pada saya RM 90 untuk umum dan RM 60 untuk student ni dah agak sederhana.. kalau nk kira bayaran makan 3 x sehari.. sewa dewan.. potostat nota.. itu belum kira minyak kereta dan to pup hp lagi.. masya ALLAH.. x kan saya jemput Tn TIAF sy x bagi saguhati untuk beliau..

senang saja jawapan saya.. nk murah boleh.. ambil tiket ke KL.. kat sana banyak kursus2 Rawatan Islam yang lebih murah .. tiket saja dah RM 90 pergi balik.. :)

Inilah Mentaliti sesetengah masyarakat Kelantan negeri tumpah darahku..

Sebenarnya pengalaman pertama menganjurkan Seminar Rawatan TIAF ini.. membakar semangat saya untuk terus berdakwah.. nk kata berilmu .. saya akui saya sangat jahil.. sebab itu dengan menjadi penganjur rasanya Insya ALLAH saham dakwah boleh diteruskan dan dikongsi..

Untuk yang diluar sana.. tempahan untuk kursus akan tamat pada 22/12/2009 ini.. hanya beberapa tempat lagi untuk diisi kekosongannya..AlhamduliLLAH thummalhamduliLLAH...

sekian dulu

wassalam

Thursday, December 10, 2009

Insya ALLAH sebagaimana dirancang..

Alhamdulillah..

Setakat ini peserta melebihi tahap minimun.. jadi insya ALLAH Seminar Rawatan TIAF akan berlangsung sebagaimana yang dirancang.. insya ALLAH..

Bagi sesiapa yang menetap di Kelantan saya mengalukan penyertaan saudara/ri.. untuk yang di luar Kelantan juga dialukan.. jika penyertaan melebihi jumlah 60 orang insya ALLAH kita akan berbincang dengan Tn TIAF untuk menerimanya atau tidak..

Moga2 objektif kursus akan tercapai dengan jayanya...untuk daftar sila sms ( daftar/hadir/nama/ ic) hantar ke 0196879224 ( abumujahid)

sekadar memudahkan urusetia yang sorang ni..

Penyertaan  masih dibuka...

Wallahu'alam

Sunday, December 6, 2009

TIAF di Kelantan... buat julung kali sudah muncul..

Assalamualaikum

Insya ALLAH dengan izin ALLAH, urusetia kursus TIAF akan berada di Kelantan pada 26/12/2009 untuk kursus rawatan Islam.....
yang bakal disampaikan oleh Ustaz Wan Asrul...iklannya sudah muncul... di blog TIAF sendiri...

Bagi sesiapa yang tidak mahu ketinggalan mengikuti kursus tersebut boleh hubungi saya abumujahid 019-6879224 atau terus kepada ustaz Asrul...

apapun sila rujuk iklan ..sila ke laman berikut untuk maklumat seminar/kursus..

http://kursus-perubatanislam.blogspot.com/2009/12/kursus-rawatan-islam-anjuran-tiaf-di.html


http://terapi-alfatah.blogspot.com/2009/12/seminar-sihir-di-pantai-timur.html

Wednesday, December 2, 2009

BerSelawatlah wahai diri..

Assalamualaikum...


Guru saya selalu berpesan.. agar kita tidak tinggal berselawat kepada RasuluLLAH SAW dalah hidup harian kita... sekali kita berselawat kepada RasuluLLAH SAW.. 10 ALLAH memberi kesejahteraan kepada kita..kesejahteraan dalam hidup dunia dan akhirat.. insya ALLAH dan آمين....

Saya sendiri pun terleka dengan pesan guru.. cuma hari ini elok dikongsi agar diri saya tidak lupa dengan pesanan guru.. kerana akhir zaman ini al 'ilmu fissutur la fissudur.. semuanya akibat dari diri yang tidak menjaga adab mata, makanan dll...

Sahabat yang dirahmati ALLAH..

Banyak perbincangan kita dengar tentang selawat.. malah ada yang mengatakan selawat syifa, selawat tafrijiah dan lain2 selawat adalah 'baru' dan yang baru itu adalah pembaharuan dalam agama...sedih saya ingin mengulas berkenaannya.. moga2 ALLAHu yuftah 'alaikum wa iyyaya...

sahabat..

Kalau kita sayang dan cintakan Rasul apa salahnya kita memperbanyakkan Selawat dan salam buat junjungan besar RasuluLLAH SAW.. berselawatlah.. janji bukan kita mengangkat baginda RasuluLLAH ke aras Tuhan... tetapi angkatlah Baginda ke aras kekasih ALLAH SWT....

Abu Hurairah r.a. berkata, "Siapa takutkan kelupaan dirinya, maka hendaklah dia memperbanyakkan membaca selawat kepada Nabi Muhammad s.a.w." Rasullullah s.a.w. sendiri pun pernah bersabda, "Selawat kepadaku itu adalah nur di dalam hati, nur di dalam kubur dan nur di Titian As-Sirat."

Bila nur dihati.. cahayanya pasti menyuluh jalan kehidupan.. hingga akhirnya ketemu Pencipta 'awalim yang maha LATIFF...

Bila Nur di alam barzarkh dan titian sirat.. pasti ia memudahkan jalan ke al Jannah....آمين ثم آمين

Marilah sahabat.. ku catitkan tulisan ini agar diri ini sentiasa ditazkirahi ... bukan aku mahu termasuk dalam gerangan yang difirmankan ALAH dalam surah Shoff ayat 3:

كًبُرَ مَقْتًا عِنْدَ اللهِ  اَن تَقُولوا مَا لا تَفْعَلون



وصلى الله على سيدنا وحبيبنا محمد و على آله أجمعين

Wallahu a'lam...

Monday, November 30, 2009

Kita pun diheretnya...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته ومغفرته

Menjadi seorang lelaki senang kan.. tapi jangan lupa wanita boleh mengheret kita ke neraka ...Di akhirat nanti ada 4 golongan lelaki yg akan ditarik masuk ke neraka oleh wanita. Lelaki itu adalah mereka yg tidak memberikan hak kpd wanita dan tidak menjaga amanah itu. Mereka ialah:

1) Ayah

Apabila seseorang yg bergelar ayah tidak mempedulikan anak2 perempuannya didunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat,mengaji dan sebagainya Dia membiarkan anak2 perempuannya tidak menutup aurat. Tidak cukup kalau dgn hanya memberi kemewahan dunia sahaja. Maka dia akan ditarik ke neraka oleh anaknya.

(p/s; Duhai lelaki yg bergelar ayah, bagaimanakah hal keadaan anak perempuanmu sekarang?. Adakah kau mengajarnya bersolat & saum?..menutup aurat?.. pengetahuan agama?.. Jika tidak cukup salah satunya, maka bersedialah utk menjadi bahan bakar neraka jahannam.)

2.) Suami

Apabila sang suami tidak mempedulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul! bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan utk suami tapi utk pandangan kaum lelaki ygbukan mahram. Apabila suami mendiam diri walaupun seorang yg alim dimana solatnya tidak pernah bertangguh, saumnya tidak tinggal, maka dia akan turut ditarik oleh isterinya bersama-sama ke dlm neraka.

(p/s; Duhai lelaki yg bergelar suami, bagaimanakah hal keadaan isteri tercintamu sekarang?. Dimanakah dia? Bagaimana akhlaknya? Jika tidak kau menjaganya mengikut ketetapan syari'at, maka terimalah hakikat yg kau akan sehidup semati bersamanya di 'taman' neraka sana.)

3) Abang-abang

Apabila ayahnya sudah tiada,tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh ke bahu abang-abangnya dan saudara lelakinya. Jikalau mereka hanya mementingkan keluarganya sahaja dan adiknya dibiar melencong dari ajaranIslam,tunggulah tarikan adiknya di akhirat kelak.

(p/s; Duhai lelaki yg mempunyai adik perempuan, jgn hanya menjaga amalmu, dan jgn ingat kau terlepas... kau juga akan dipertanggungjawabkan diakhirat kelak...jika membiarkan adikmu bergelumang dgn maksiat... dan tidak menutup aurat.)

4) Anak2 lelaki

Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yg haram disisi Islam. bila ibu membuat kemungkaran mengumpat, memfitnah, mengata dan sebagainya...maka anak itu akan disoal dan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak....dan nantikan tarikan ibunya ke neraka.

(p/s; Duhai anak2 lelaki.... sayangilah ibumu.... nasihatilah dia jika tersalah atau terlupa.... krn ibu juga insan biasa... x lepas dr melakukan dosa... selamatkanlah dia dr menjadi 'kayu api' neraka....jika tidak, kau juga akan ditarik menjadi penemannya.)

Lihatlah.....betapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia malah diakhirat pun tarikannya begitu hebat. Maka kaum lelaki yg bergelar ayah/suami/abang atau anak harus memainkan peranan mereka.

Firman Allah S.W.T;

"Hai anak Adam, peliharalah diri kamu serta ahlimu dari api neraka dimana bahan bakarnya ialah manusia, jin dan batu-batu...."




Jom tengok2 wanita2 sekeliling kita.. jangan kita rasa kita dah selamat kalau 4 golongan ini kita abaikan... ALLAHu...


WALLAHUALAM....

Sunday, November 29, 2009

Dirasuk syaitan pemusnah...

Saudara dan saudari yang dihormati..

 Seringkali kita terleka dengan satu penyakit.. dan ia adalah disebabkan syaitan.. dalam banyak2 agenda syaitan.. satu yang paling mujarab untuk memporak perandakan akhlak dan keharmonian Islam ialah dengan berusaha agar manusia keluar dari garis yang telah ditentukan Allah, termasuk melepaskan hijab atau pakaian muslimah.

Berikut adalah cara bertahap:

I. Menghilangkan Definisi Hijab
Dalam tahap ini syaitan membisikkan kepada para wanita, bahawa pakaian apapun termasuk hijab (penutup) itu tidak ada kaitannya dengan agama, ia hanya sekadar pakaian atau gaya hiasan bagi para wanita. Jadi tidak ada pakaian syar'i, pakaian, dengan apa pun bentuk dan namanya tetap pakaian.

Sehingga akibatnya, ketika zaman telah berubah, atau kebudayaan manusia telah berganti, maka tidak ada masalah pakaian ikut ganti juga. Demikian pula ketika seseorang berpindah dari suatu negeri ke negeri yang lain, maka harus menyesuaikan diri dengan pakaian penduduknya, apapun yang mereka pakai. Berbeza
halnya jika seorang wanita berkeyakinan, bahawa hijab adalah pakaian syar'i (identiti keislaman), dan memakainya adalah ibadah bukan sekadar gaya ( fesyen ). Biarpun hidup bila saja dan di mana saja, maka hijab syar'i tetap dipertahankan. .

Apabila seorang wanita masih bertahan dengan prinsip hijabnya, maka syaitan beralih dengan strategi yang lebih halus. Caranya?

Pertama, Membuka Bahagian Tangan
Telapak tangan mungkin sudah kebiasaannya terbuka, maka syaitan membisikkan kepada para wanita agar ada sedikit peningkatan model yakni membuka bahagian hasta (siku hingga telapak tangan). "Ah tidak ! apa-apa, kan masih pakai jilbab dan pakai baju panjang? Begitu bisikan syaitan. Dan benar si wanita akhirnya memakai pakaian model baru yang menampakkan tangannya, dan ternyata para lelaki melihatnya juga seperti biasa saja. Maka syaitan berbisik," Tu.. tidak apa-apa kan?

Kedua, Membuka Leher dan Dada
Setelah menampakkan tangan menjadi kebiasaan, maka datanglah syaitan untuk membisikkan perkara baru lagi. "Kini buka tangan sudah menjadi lumrah, maka perlu ada peningkatan model pakaian yang lebih maju lagi, yakni terbuka bahagian atas dada kamu." Tapi jangan sebut sebagai pakaian terbuka, hanya sekadar sedikit untuk mendapatkan hawa, agar tidak panas. Cubalah! Orang pasti tidak akan peduli, sebab hanya sebahagian kecil sahaja yang terbuka.

Maka dipakailah pakaian fesyen terbaru yang terbuka bahagian leher dan dadanya dari yang fesyen setengah lingkaran hingga yang fesyen bentuk huruf "V" yang tentu menjadikan lebih terlihat lagi bahagian sensitif lagi dari dadanya.

Ketiga, Berpakaian Tapi Telanjang
Syaitan berbisik lagi, "Pakaian mu hanya gitu-gitu saja,  carilah fesyen atau bahan lain yang lebih bagus! Tapi apa ya? Si wanita berfikir. "Banyak fesyen dan kain yang agak tipis, lalu bentuknya dibuat yang agak ketat biar lebih sedap/cantik dipandang," syaitan memberi idea baru.

Maka tergodalah si wanita, di carilah fesyen pakaian yang ketat dan kain yang tipis bahkan transparent. "Mungkin tak ada masalah, kan potongan pakaiannya masih panjang, hanya bahan dan fesyennya saja yang agak berbeza, biar nampak lebih feminin," begitu dia menokok-nambah. Walhasil pakaian tersebut akhirnya membudaya di kalangan wanita muslimah, makin hari makin bertambah ketat dan transparent, maka jadilah mereka wanita yang disebut oleh Nabi sebagai wanita
kasiyat 'ariyat (berpakaian tetapi telanjang!!).

Keempat, Agak di Buka Sedikit
Setelah para wanita muslimah mengenakan pakaian yang ketat, maka syaitan datang lagi. Dan sebagaimana biasanya dia menawarkan idea baru yang sepertinya "cool" dan "vogue", yakni dibisiki wanita itu, "Pakaian seperti ini membuat susah berjalan atau duduk, soalnya sempit, apa tak sebaiknya di belah hingga lutut atau mendekati paha?" Dengan itu kamu akan lebih selesa, lebih kelihatan lincah dan energik." Lalu dicubalah idea baru itu, dan memang benar dengan dibelah mulai dari bahagian bawah hingga lutut atau mendekati paha ternyata membuat lebih selesa dan leluasa, terutama ketika akan duduk atau naik kenderaan. "Yah.... tersingkap sedikit tak apa-apa lah, yang penting enjoy," katanya.

Inilah tahapan awal syaitan merosak kaum wanita, hingga tahap ini pakaian masih tetap utuh dan panjang, hanya fesyen, corak, potongan dan bahan saja yang dibuat berbeza dengan hi! jab syar'i yang sebenarnya. Maka kini mulailah syaitan pada tahap berikutnya.

II. Terbuka Sedikit Demi Sedikit
Kini syaitan melangkah lagi, dengan tipu daya lain yang lebih "power", tujuannya agar para wanita menampakkan bahagian aurat tubuhnya.

Pertama, Membuka Telapak Kaki dan Tumit
Syaitan Berbisik kepada para wanita, "Baju panjang benar-benar tidak selesa, kalau hanya dengan membelah sedikit bahagiannya masih kurang leluasa, lebih elok kalau dipotong sahaja hingga atas mata kaki." Ini baru agak longgar. "Oh...... ada yang yang terlupa, kalau kamu pakai baju sedemikian, maka jilbab yang besar tidak sepadan lagi, sekarang kamu cari jilbab yang kecil agar lebih serasi dan sepadan, ala....... orang tetap menamakannya dengan jilbab."

Maka para wanita yang terpengaruh dengan bisikan ini terburu-buru mencari fesyen ! pakaian yang dimaksudkan. Tak ketinggalan kasut tumit tinggi, yang kalau untuk berjalan, dapat menarik perhatian orang.

Kedua, Membuka Seperempat Hingga Separuh Betis
Terbuka telapak kaki telah biasa ia lakukan, dan ternyata orang yang melihat juga tidak begitu ambil peduli. Maka syaitan kembali berbisik, "Ternyata kebanyakan manusia menyukai apa yang kamu lakukan, buktinya mereka tidak ada reaksi apa-apa, kecuali hanya beberapa orang. Kalau langkah kakimu masih kurang leluasa, maka cubalah kamu cari fesyen lain yang lebih menarik, bukankah kini banyak skirt separuh betis dijual di pasaran? Tidak usah terlalu terdedah, hanya terlihat kira-kira sepuluh centimetre saja." Nanti kalau sudah biasa,
baru kamu cari fesyen baru yang terbuka hingga separuh betis."

Benar-benar bisikan syaitan dan hawa nafsu telah menjadi penasihat peribadinya, sehingga apa yang saja yang dibisikkan syaitan dalam jiwa! ya dia turutkan. Maka terbiasalah dia memakai pakaian yang terlihat separuh betisnya kemana saja dia pergi.

Ketiga, Terbuka Seluruh Betis
Kini di mata si wanita, zaman benar-benar telah berubah, syaitan telah berhasil membalikkan pandangan jernihnya. Terkadang si wanita berfikir, apakah ini tidak menyelisihi para wanita di masa Nabi dahulu. Namun bisikan syaitan dan hawa nafsu menyahut, "Ah jelas tidak, kan sekarang zaman sudah berubah, kalau zaman dulu para lelaki mengangkat pakaiannya hingga setengah betis, maka wanitanya harus menyelisihi dengan menjulurkannya hingga menutup telapak kaki, tapi kini lain, sekarang banyak lelaki yang menurunkan pakaiannya hingga bawah mata kaki, maka wanitanya harus menyelisihi mereka iaitu dengan mengangkatnya hingga setengah betis atau kalau perlu lebih ke atas lagi, sehingga nampak seluruh betisnya."

Tetapi? apakah itu tidak menja! di fitnah bagi kaum lelaki," bersungut. "Fitnah? Ah...... itu kan zaman dulu, di masa itu kaum lelaki tidak suka kalau wanita menampakkan auratnya, sehingga wanita-wanita mereka lebih banyak di rumah dan pakaian mereka sangat tertutup. Tapi sekarang sudah berbeza, kini kaum lelaki kalau melihat bahagian tubuh wanita yang terbuka, malah senang dan mengatakan ooh atau wow, bukankah ini bererti sudah tidak ada lagi fitnah, kerana sama- sama suka? Lihat saja fesyen pakaian di sana-sini, dari yang di pasar malam hingga yang berjenama di pusat membeli belah, semuanya memperagakan fesyen yang dirancang khusus untuk wanita maju di zaman ini. Kalau kamu tidak mengikutinya, akan menjadi wanita yang ketinggalan zaman."

Demikianlah, maka pakaian yang menampakkan seluruh betis akhirnya menjadi kebiasaan, apalagi ramai yang memakainya dan sedikit sekali orang yang mempersoalkannya. Kini tibalah saatnya syaitan melancarkan tahap terakhir dari tipu dayannya untuk melucuti hijab wanita.

III. Serba Mini
Setelah pakaian yang menampakkan betis menjadi pakaian sehari- harian dan dirasa biasa-biasa saja, maka datanglah bisikan syaitan yang lain. "Pakaian memerlukan variasi, jangan yang itu-itu saja, sekarang ini fesyen skirt mini, dan agar sepadan, rambut kepala harus terbuka, sehingga benar-benar kelihatan indah."

Maka akhirnya skirt mini yang menampakkan bahagian bawah paha dia pakai, bajunya pun bervariasi, ada yang terbuka hingga lengan tangan, terbuka bahagian dada sekaligus bahagian punggungnya dan berbagai fesyen lain yang serba pendek dan mini. Koleksi pakaiannya sangat beraneka ragam, ada pakaian untuk berpesta, bersosial, pakaian kerja, pakaian rasmi, pakaian malam, petang, musim panas, musim sejuk dan lain-lain, tak ketinggalan seluar pendek separuh paha pun dia miliki, fesyen dan warna rambut juga ikut bervariasi, semuanya telah dicuba. Begitulah sesuatu yang sepertinya mu! stahil untuk dilakukan, ternyata kalau sudah dihiasi oleh syaitan, maka segalanya menjadi serba mungkin dan diterima oleh manusia.

Hingga suatu ketika, muncul idea untuk mandi di kolam renang terbuka atau mandi di pantai, di mana semua wanitanya sama, hanya dua bahagian paling ketara saja yang tersisa untuk ditutupi, kemaluan dan buah dada. Mereka semua mengenakan pakaian yang sering disebut dengan "bikini". Kerana semuanya begitu, maka harus ikut begitu, dan na'udzubillah bisikan syaitan berhasil, tujuannya tercapai, "Menelanjangi Kaum Wanita."

Selanjutnya terserah kamu wahai wanita, kalian semua sama, telanjang di hadapan lelaki lain, di tempat umum. Aku berlepas diri kalau nanti kelak kalian sama-sama di neraka. Aku hanya menunjukkan jalan, engkau sendiri yang melakukan itu semua, maka tanggung sendiri semua dosamu" Syaitan tak ingin ambil risiko.

Penutup
Demikian halus,! cara yang digunakan syaitan, sehingga manusia terjerumus dalam dosa tanpa terasa. Maka hendaklah kita semua, terutama orang tua jika melihat gejala menyimpang pada anak-anak gadis dan para wanita kita sekecil apapun, segera secepatnya diambil tindakan. Jangan biarkan berlarut-larutan, kerana kalau dibiarkan dan telah menjadi kebiasaan, maka sakan menjadi sukar bagi kita untuk mengatasinya. Membiarkan mereka membuka aurat bererti merelakan mereka mendapatkan laknat Allah, kasihanilah mereka, selamatkan para wanita muslimah, jangan jerumuskan mereka ke dalam kebinasaan yang menyengsarakan, baik di dunia mahupun di akhirat.

Wallahu a'lam bisshawab.

Friday, November 27, 2009

Solat Aidiladha dan Solat Jumaat..

Assalamualaikum..

Sekadar pengetahuan umum... solat Sunat aidiladha dan solat solat Jumaat.. bila hariraya jatuh pada hari jumaat maka kita akan disoal dan ditanya berkenaan kedua2 solat ini..Jesteru solat Jumaat adalah wajib bagi golongan yang bermukim (lebih 3 hari) dan bermastautin kecuali beberapa golongan.. iaitu:

1) Kaum wanita
2) Lelaki yang bermusafir
3) Hamba
4) Lelaki yang sakit ( uzur syar’ie )

Cuma berlaku sedikit perbezaan pada mazhab Hanafi iaitu dikecualikan solat Jumaat jika hariraya jatuh pada Jumaat.. selain itu rasanya semua mazhab mewajibkan solat Jumaat... Ia bergantung kepada kebijaksanaan khatib memendekkan atau memanjangkan khutbah...

Untuk itu gali dan dan carilah dalil2 sunnah supaya kita lebih selesa untuk beribadah pada aidiladha ini..

Sekian dulu

Selamat menyambut Aidil Adha buat semua teman2, guru2, masyaikh2.. moga2 keberkatan NUR & Hidayah ALLAH mengiringi hidup kita semua فى كل نفس ولمحة عدد ما وسعه علم الله

Saturday, November 21, 2009

Surat dari Sumatera...

Assalamualaikum..

Sahabat yang dikasihi fillah.....

Sehari di Sumatera dan tidak ketemu Internet agak membosankan.. walau setiap hari bermula 20/11/2009 lagi saya dan rombongan sekolah musafir dari Malaysia datang ke Sumatera sentiasa penuh diisi dengan program lawatan... terasa sunyi tanpa online... lebih2 lagi terasa sunyi bila online dengan ALLAH hanya 3 kali sehari...almaklum sentiasa solat Qasar dan jamak...

Hari pertama sebaik sampai ke Lapangan terbang Minagkabau kami dijemput oleh coaster dan melalui beberapah daerah yang dilanda bencana sekita dulu.. hampir 2000 @ 20 000 buah rumah musnah sebahagian atau keseluruhanya.. masya ALLAH pilu juga hati ini walaupun jadual sebenar berkunjung ke tapak kejadian yang mengorbankan banyak keluarga dijangka esok (22/11/2009)... kesan daripadanya sudah jelas menampakkan kesusahan mereka..

Perjalanan ke bukit Tinggi memang menghidangkan suasana dan keadaan yang sangat indah...dengan kehijauan semulajadi... tanaman-tanaman di lereng2 bukit sangat menyegarkan... saya merasa kembali ke zaman 80 an dan 90 an melihat pemandangan sebegini...bersyukur dengan kemajuan yang kita hirup di Malaysia.. tapi dalam masa yang sama tenang melihat bumi Sumatera masih tidak dijamah dengan pembangunan yang merosakkan struktur buminya...

Hari ini Kami melawat di tempat menarik di bukit Tinggi.. kemudian terpapar keadaan dan suasana  kehidupan di bukit Tinggi dan Sumatera amnya... boleh dikatakan mereka hidup dengan menggunakan tulang empat kerat membanting padi di sawah menggunakan tenaga mereka tanpa alat jentera.. segalanya dilakukan dengan secara manual.. masya ALLAH... ramai sekali diantara  mereka bekerja untuk sesuap nasi sebagai petani peniaga  dll..... 


Sedih juga bila dihampiri dengan anak2 kecil yang menjual seikat buah rambutan... keropok2 berebut supaya dibeli barangan mereka.. ada yang umurnya seusia 3-4 tahun.. teringat kepada anak sendiri.. saya terpaksa menahan sebak dan membiarkan keadaan itu berlalu dengan senyuman ... Alhamdulillah hati ini terubat bila ahli rombongan menghulurkan sedikit wang sambil membeli barangan mereka...

Banyak sekali rasanya ini dikongsi tentang kehidupan disini.... x terungkap dengan cerita sahaja.. tetapi penghayatan tentang kehidupan... adakah mereka begini disebabkan membesarkan adat lebih daripada anjuran agama.. atau macamana .. tidak dapat dijawab oleh fikiran saya setakat ini... apapun remaja mereka lebih sopan daripada remaja2 yang saya jumpa ditanah air sendiri lebih2 tempat saya bermukim iaitu di Melaka..

Panjang benar dah ni.. cuma sekejap tadi seorang guru perempuan datang pada saya minta dibacakan ruqyah.. dalam keadaan ramai orang saya sempat bacakan Al Fatihah dan arahkan keluar biiznillah... maka keluarlah sendawa yang berterusan dan guru itu nampaknya ok.. macam2 cerita..

ok.. sekian dulu warkah dari Bukit Tinggi, Sumatera....

Tuesday, November 17, 2009

Ayatul kursi...





Dlm sebuah hadis, ada menyebut perihal seekor syaitan yang duduk di atas
pintu rumah. Tugasnya ialah untuk menanam keraguan di hati suami
terhadap kesetiaan isteri di rumah dan keraguan di hati isteri terhadap
kejujuran suami di luar rumah. Sebab itulah Rasulullah tidak akan masuk rumah
sehingga Baginda mendengar jawaban salam dari isterinya. Di saat itu syaitan akan
lari bersama-sama dengan salam itu.


Hikmat Ayat Al-Kursi mengikut Hadis-hadis:


1) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi bila berbaring di tempat tidurnya,
Allah SWT mewakilkan dua orang Malaikat memeliharanya hingga subuh.


2) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang Fardhu,
dia akan berada dalam lindungan Allah SWT hingga sembahyang yang lain.


3) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang, dia
akan masuk syurga dan barang siapa membacanya ketika hendak tidur,
Allah SWT akan memelihara rumahnya dan rumah-rumah disekitarnya.


4) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap-tiap shalat fardhu,
Allah SWT menganugerahkan dia setiap hati orang yang bersyukur,
setiap perbuatan orang yang benar, pahala nabi2, serta Allah melimpahkan
rahmat padanya.


5) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka
Allah SWT mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya - mereka semua
memohon keampunan dan mendoakan baginya.


6) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang, Allah SWT
akan mengendalikan pengambilan rohnya dan dia adalah seperti orang
yang berperang bersama Nabi Allah sehingga mati syahid.


7) Barang siapa yang membaca ayat Al-Kursi ketika dalam kesempitan
niscaya Allah SWT berkenan memberi pertolongan kepadanya.


Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah S.A.W. bersabda,
'Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat...'


'Utamakan SELAMAT dan SEHAT untuk Dunia-mu, utamakan SHOLAT dan ZAKAT
untuk Akhirat-mu'


Subhanallah. ..

Monday, November 16, 2009

Ubat terbaik adalah zikruLLAH


SalamuLLAHu ‘alaikum jami’a

Ubat terbaik untuk diri bermasalah.. samaada masalah gangguan jin mahupun gangguan diri yang jauh dengan As sirat yang lurus adalah dengan berzikir..

ألا بذكر الله تطمئن القلوب

“hanya senya dengan mengingati ALLAH hati akan menjadi tenang”

Tidak syak lagi seseorang akan berasa tenang dan selesa bilamana hati dan lisan digerakkan untuk berzikruLLAH…

Sudah pasti zikruLLAH adalah ubat zahir dan batin kepada manusia… dengan ubat itu pastinya kesan sampingan akan datang.. sama ada bertambah sakit buat seketika atau sakit lenyap begitu saja.. rasa gundah , was-was dan lain akan hilang bila kita teruskan mengambil ubat itu…

Besar sungguh peranan zikruLLAH dalam diri manusia yang kekadang manusia terleka … pastinya biarlah berguru bila kita ingin mengambil ubat ini..

Cadangan saya yang jahil lagi hina ini.. amalkan menyebut selawat kepada nabi dan tahlil.. sebanyak kemampuan yang kita ada.. kalau boleh 100x buat 100x.. kalau lebih lagi bagus…
Zikrullah dengan lisan... dengan hati dan.. dengan perbuatan...





Jika anda mengamalkan zikruLLAH lebih banyak.. itu sebagai bonus untuk anda.. sekian dulu peringatan hamba buat diri sendiri.. moga tulisan yang pendek ini dapat mengingatkan kembali dan menguatkan azam untuk terus fana dengan kebesaran dan keagungan ALLAH SWT..

Amin..



Monday, November 9, 2009

Iblis dan waswasnya...

Assalamualaikum...

Lama x berblog.. sekadar diari mengingati diriku yang alpa...

Saudara..

Kita sering menganggap kita diwaswaskan...walaupun sebenarnya kita boleh mewaswaskan makhluk yang biasa mewaswaskan kita.. Syaitan..

Firman ALLAH al a'raf ayat 201 bermaksud : "sesungguhnya orang-orang yang bertaqwa, apabila disentuh rasukan dari syaitan, mereka lalu menyebut ALLAH, dan ketika itu mereka menjadi orang-orang yang mempunyai pemandangan"

Ibnu Abbas RA berkata' Tiada seorang mukmin melainkan ada dalam hatinya syaitan, maka apabila dia menyebut ALLAH, berundurlah syaitan itu.. dan apabila ia melupakannya, syaitan datang untuk mewaswaskannya lagi.

Sebenarnya.. zikir kepada ALLAH adalah penawar yang tidak akan dimudharatkan oleh apa-apa penyakit sekalipun.. juga tiada tandingan dengan sebarang penawar sekalipun...

hebat sungguh kalau kita jadikan zikir kepada ALLAH sebagai tujuan cita2 kita, hatta menundukkan apa saja yang terlintas serta bisikan waswas syaitan.. ketahuilah hakikat mengingati ALLAH itu ialah melupakan semua selain daripadaNYA...

Kerana sesiapa saja yang syunghul dalam mengingati ALLAH ta'ala, maka fanalah dia dari mengintai selainNYA... hingga tersentuh dengan kelembutan ciptaanNYA, hingga bersatu anggotanya di bawah keindahan dan kebaikan InayahNYA, hingga tenggelamlah dia dalam lautan ni'mat mengintaiNYA..


Maka.. sebagai persediaan.. marilah kita berusaha untuk mengenal ALLAH.. lantaran caranya ialah berzikir...selain menadah juntaian ilmu dunia dan akhirat daripada guru2 yang bertauliah.. Insya ALLAH.. kita mampu menghindari diri daripada was was syaitan dan sekufunya...

الّذين آمنوا وتطمئن قلوبهم بذكر الله

"mereka yang beriman dan bertenang hatinya dengan berzikir kepada ALLAH"
(ar ra'ad:28)



Friday, November 6, 2009

9 kemuliaan solat Tahajjud

Sebagai Hamba, dalam apa jua gelaran.. Datuk,cucu, Tan Sri, Mualij, perawat, doktor, Ustaz, Guru, Pomen.. tukang sapu. pensyarah..kiyai.. . Apa kata kita lepak baca ini..

9 kemuliaan solat Tahajud

1.Dia dijaga oleh Allah daripada beberapa bencana.
2.Berkat ketaatannya, akan nampak pada wajahnya.
3.Dia disukai oleh hamba Allah yang soleh dan oleh semua manusia.
4.Ucapannya mampu mengeluarkan kata-kata yang penuh hikmah.
5.Diberi cepat mengerti dan mendapat ilmu pengetahuan.
6.Dia dibangunkan dari kubur dengan wajah yang putih berseri.
7.Diringankan hisabnya.
8. Melalui titian siratul mustaqim bagaikan kilat yang menyambar.
9. Diberi buku catatan amalannya melalui tangan kanannya di hari kiamat. (Raudhatul Ulama).

Apa tunggu lagi kawan2.. Jom berusaha memantapkan solat malam kita.. walau terlewat bangun pada waktu sahur sekalipun.. tabahkan hati untuk menyempurnakan sekurang2nya 2 rakaat solat sunat tahajjud dan 1 rakaat solat witir.. moga2 seruan ini jatuh dan menyentap hati2 malas kita daripada tidak bertahajjud..

Lepas ni barulah Nawwir Qulubana bil iman... madad pun makin luas..

Wednesday, November 4, 2009

Banyak sekali persoalannya...

Assalamualaikum

Kali ini saya suka bercerita perihal seorang pelajar sekolah saya.. bila bertemu denganya saya pasti akan tersenyum... pelajar ini ini bukan pelajar muslim.. tetapi persoalan yang ditimbulkan selalunya menjuruskan kepada perbincangan tentang agama... mulanya.. saya kenal dia kerana banyak mempersoalkan tentang Islam..

Persoalannya yang pertama tentang Jihad.. dia kata org Islam digalakkan berjihad.. sedangkan jihad itu membunuh dan membawa kepada kelakuan terorriest.. saya senyum.. saya tanya kembali padanya adakah dia paham maksud jihad dalam Islam? dia kata itu lah yang dia paham tentang jihad.. nk x nk saya terpaksa menerangkan konsep jihad dalam Islam.. Jihad dari segi bahasa arab berasal dengan Ja Ha Da.. bererti bersungguh2...tekun.. saya tanya dia x boleh seorang manusia tekun dan bersungguh dalam hal dunia dan akhirat.. contohnya bersungguh dalam pelajaran.. bersungguh2 dalam mengejar kejayaan dunia.. kejayaan akhirat.. dia terpegun dengan jawapan ringkas saya.. saya kata padanya.. awak telah memahami konsep jihad dengan keterangan dari puak2 yang bencikan Islam.. sudah tentu pengertiannya pun akan menyimpang dari kebenaran..

Kemudian banyak lagi persoalan yg memperlecehkan Islam ditanya kepada saya.. antaranya.. kenapa Islam membenarkan poligami..itu kan menyiksa seorang perempuan? kenapa Nabi Isa akan diturunkan pada akhir zaman.. menunjukkan Kristian adalah ajaran yang benar... tentang krisis muda mudi hari ini dikalangan umat Islam.. berkenaan tekanan yg diberikan kepada kaum wanita supaya betudung ..dan banyak lagi persoalan..

Mudah sekali.. saya hanya mencadangkan kepadanya agar mengkaji agamanya dahulu.. seperti memahami konsep trinity.. bila agama kristian bermula.. tarikh dan siapa penyebarnya.. konsep periwayatan kita bible..

Setelah diberi beberapa gambaran.. nampaknya pelajar ini semakin matang mempersoalkan tentang agama.. saya pecutkan otaknya dengan soalan..." jika awak nk tau kebenaran.. kaji konsep ketuhanan dahulu.. barulah agama akan muncul dalam diri awak.. sedangkan konsep trinity pun awak x paham kenapa bersusah payah mempersoalkan tentang Islam... saya doakan pelajar tadi dipancarkan NUr Hidayat dalam dirinya... kerana kebenaran berpihak kepada mereka yang mecarinya..."

Sebenarnya hari ini Islam di himpit dari segenap sudut sehingga org2 kafir begitu mudah memperlecehkan orang2 Islam.. sebabnya berpunya daripada penghayatan agama Islam yang teramat kurang daripada penganutnya sendiri.. Qum ayyuhaddaie...Siiru 'ala barakatiLLAH..


Wassalam dan salam 1Tuhan..

لكم دينكم ولي دين


Thursday, October 29, 2009

Adakah ayat memberi kesan??

Assalamulaikum dan salam ukhuwwaH..

Dalam kekalutan kerja sebagai guru menyediakan soalan peperiksaan, menyiapkan laporan dan rancangan strategik untuk thn depan.. izinkan saya bawa cerita saya bersembang dengan Cg Alamrahsia dan Abang Rahim di kantin sekolah... menariknya abg Rahim bertanya pada saya yang jahil ini berkenaan ayat al Quran adakan memberi bekas atau tidak...panjang persoalannya..


Saya sekadar menambahkan ilmu pemberian ALLAH dalam dada, moga2 ada teguran daripada rakan2 sekalian.. saya nyatakan.. seeloknya perawat memahami makna makna bacaan ruqyah.. kerana dengan bacaan dan ayat yang di alunkan itu sebenarnya mempunyai power.. power akibat munajat dan intention yang kita buat semasa membaca ruqyah tersebut... seperti permintaan dan harapan daripada hamba terhadap TUANnya..yang datang dari lubuk wijdannya...


kita sedia tahu erti rintihan dan munajat.. semuanya pengharapan kita kepada ALLAH.. kita hanya hamba yang memohon dan Rahmat dan Inayah ALLAH jua menentukan kesembuhan .. sihat atau tidak seseorang..


Contoh yang boleh saya bawa ialah bacaan ayat Al Hasy 21-24.. jika kita memahami makna2 ayat yang dibaca.. sudah tentu disana kita telah bermunajat tentang kehebatan Ayat ALLAH menceritakan kehebatan Zat yang maha 'Azhim... dengan sendirinya akan hadir pengharapan dan doa supaya disembuhkan, dimudahkan, dikabulkan segala munajat dan permintaan kita..


Bila tiba pada ayat lain.. dan kita paham maknanya.. sudah tentu munajat , niat berbeza ...dan semuanya mendorong kepada keyakinan bahawa ALLAH lah penyembuh....Masya ALLAH ya Karemm.. cantinya susunan ayat-ayat ALLAH.. bukan untuk dipersiakan .... tetapi galilah ia kerana Al Quran itu adalah sebesar2 mu'jizat yang ALLAH kurniakan kepada junjungan besar Nabi Muhammad 'alaihissalam...


Jadi jawapan saya berhati2 bila berbicara tentang adakah ayat ALLAH memberi kesan atau tidak... kerana berkesan atau tidak hanyalah pada ilmu ALLAH.. dan ilmu itu telahpun diberikan kepada kita untuk digunakan dan dikaji sebaiknya...


Ya ALLAH.. mantapkan Akidah kami ummat NabiMU.. sesungguhnya kami tidak mahu menjadi umpama buih2 dilautan yang tiada hala tuju dan hancur dengan mudah...hindari kami syirik kepadaMU...Amin Ya Arhamarrahimin

Sunday, October 25, 2009

Apa ada pada mimpi (1)

Assalamualaikum…

Asyik2 cerita susu kambing.. apa kata kita tukar skit serita pasal mimpi.. ye lah .. ada orang kata mimpi itu mainan tidur.. betul ke? Betullah kan.. sebab jarang orang bermimpi dalam keadaa dia jaga.. betul x? kalau ada juga berhati2 ..

Cuma kategori mimpi saja yang kekadang kita tidak dapat nak bezakan.. adakah ia petunjuk dari ALLAH ‘azzawajalla.. atau pengujian dari ALLAH kepada manusia ..atau talbis min iblis (pakaian iblis kepada manusia) atau mimpi disebabkan memori hidup kita yg tidak terpadam membawa kealam mimpi.. waLLAHu ‘alam..

Jika pesakit2 sihir/saka/santau dll katogeri penyakit sebegitu.. mereka juga kerap bermimpi dan boleh dijadikan sandaran kepada perawat untuk mengandaikan samada ia disebabkan oleh sihir/saka atau apa2 saja.. contoh mimpi itu spt mimpi jatuh tempat tinggi.. mimpi budak2.. rasanya pembaca boleh baca dalam laman blog sahabat2 perawat.. boleh dibuat rujukan..

Ada yag bermimpi berjumpa dengan baginda RasuluLLAH.. sesungguhnya beruntung bagi mereka kerana sudah memiliki kunci pintu untuk bertemu dengan ALLAH ‘azaawajjal… ada mereka bermimpi bertemu dengan orang2 soleh.. ada juga yang bermimpi syurga atau neraka.. ini yang dinamakan mimpi ujian buat manusia tersebut.. samaada bertambah amal dan iman.. atau semakin longgar dengan amal dan zikruLLAH..

Cuma yang menjadi mainan tidur pada saya yang jahil ini bila seseorang bermimpi berhadapan dengan situasi yang baru siang tadi dia tempuhi.. rasanya ini mainan minda yang mungkin sebelum tidur asyik memikirkan perkara yang berlaku dalam kehidupannya..

Kisah saya..

Ketika saya berulang alik ke hospital Melaka..menanti kelahiran anak ke-5 saya.. pada malamnya saya bermimpi berhadapan dengan makhluk2 yang saya kategorikan termasuk golongan jin atau syaitan.. kami berperang dalam mimpi…berhadapan dengan makhluk seperti pocong dan langsuir.. binatang2 seperti buaya dan lain2..dan sehingga satu saat saya juga bermimpi merawat pesakit.. dan Alhamdulillah berjaya.. saya sedar ada sesuatu berlaku di alam sana.. kerana kebiasaan saya jarang bermimpi.. tetapi disebabkan kejahilan saya ini lah saya tidak tau apa dan kenapa ini berlaku..

Semoga ada dikalangan sahabat2 sudi kiranya bercerita perihal mimpi..

Sekian dulu omongan saya pada kali ini..

Wassalam..

Tuesday, October 20, 2009

Fadhilat2 susu kambing....

Assalamualaikum

akhi dan ukhtie..

Susu kambing kaya dengan protien, enzim dan mengandungi faktor anti penuaan, antiarthritis serta antibarah. Ia mengandungi antibodi untuk merawat :

1-penyakit gastrik,

2-demam kuning,

3-lelah, penyakit kulit,

4-memulih tenaga batin,

5-sakit jantung peringkat awal,

6-ulser perut serta membantu dalam pembentukan tulang dan gigi.

begitu juga beberapa testimoni telah menemui kesembuhan dengan susu kambing antaranya:

7-asma

8- reput tulang belakang

9-susah tidur

10- resdung

11- kencing manis

12- menolong mencegah kanser

13- tiroid

14- Dll



Semuanya berlaku dengan izin ALLAH dan tanda kasih dan sayang ALLAH menciptakan kambing dan susunya untuk memberi kesihatan buat hambanya...


Siiru ala barakatiLLAH

Saturday, October 17, 2009

Kelahiran kelima....ya marhaban..

Assalamualaikum...

Dipanjatkan segunung kesyukurun kepada Ilahi atas kurniaan NYA yang tak terhingga.. dan hingga ke saat ini masih tidak putus2 nikmat yang mencurah kepada kita makhluk yg bergelar manusia..

AlhamduliLLAH thummalhamduliLLAH... ptg tadi.. lebih kurang jam 3.10 ptg saya menyaksikan proses kelahiran anak ke-5 saya.. berjalan lancar .. menakjubkan.. menginsafkan.. dan saya begitu teruja menerima seorang lagi puteri menambahkan bilangan puteri sehingga kini berjumlah 3 org puteri dan dua org putera...


Kesihatan dua insan tersayang juga mempermudahkan segala urusan saya di hospital semalam.. dan ucapan alfu mabruk untuk zaujah tercinta kerana sudi mengerah keringat melahirkan zuriat buat penyambung perjuangan khalifah ALLAH dibumi ini..

اللهم طول عمورهما وصحح أجسادهما ووسع أزراقهما وحبب للناس جميعا

walhamdulillahrabbil 'alamin


Thursday, October 15, 2009

Sejarah susu kambing...

Assalamualaikum...


NABI ADAM
Bermulanya Human Civilization (tamadun manusia) Habil dan Qabil menternak kambing dan ianya merupakan ternakan binatang pertama di dunia

NABI IBRAHIM
Merupakan penternak kambing yang agong.
Terdapat 12,000 ekor anjing yang menjaga kambing- kambingnya.
Berlaku peristiwa sedekah (kambing) yang terbesar dalam sejarah Islam

NABI ISA
Juga menternak kambing
Wujudnya Bani Israel – bangsa Yahudi (satu bangsa yang dikenali cerdik)
Mengamalkan minuman susu kambing sehingga ke hari ini

NABI MUHAMMAD SAW
Diantara jenis minuman yang biasa diminum oleh Rasulullah saw adalah susu kambing segar, yakni langsung diminum sesudah diperah dari kambing (kisah Abdullah bin Mas’ud pada masa remaja, mengembala kambing milik Uqbah Mu’aith

Peristiwa Israk Mikraj
Nabi Muhammad s.a.w telah disediakan dengan tiga jenis minuman oleh Jibrail
iaitu Arak, Madu dan Susu kambing.
Baginda memilih susu kambing (“minuman yang terbaik di dunia selepas susu ibu”)

Susu kambing adalah satu pengeluaran biologikal yang unik. Khasiatnya memang tidak dapat nafikan. Sudah menjadi satu tanggapan umum di seluruh dunia bahawa masalah kesihatan manusia boleh dibantu dengan khasiat penghadaman dan pemulihan dari susu kambing yang luar biasa.
Tokoh seperti Cleopatra dengan sejarah mandian susu kambing dan Mahatma Gandhi memulakan hari dengan segelas susu kambing yang segar diikuti dengan segelas sebelum masuk tidur.

apa tunggu lagi.. jom sertai saya(abumujahid) menjadi ahli HR supaya dapat membeli dan minum susu kambing disamping menggalakkan minuman sunnah dan dapat menjana kesihatan serta kewangan.. Siiru 'ala barakatillah....


Sekian perkongsian...

Tuesday, October 13, 2009

Susu kambing Vs Susu Lembu

salamun alaikum...

Sekadar berkongsi maklumat..

Antara perbezaan susu kambing dan susu lembu..

-Tidak mengandungi Protein Kompleks (Alpha-casein & Beta-casein Protein) = penyebab utama alahan.
-Kandungan gizi dalam susu kambing lebih tinggi berbanding dalam susu lembu:-
> Protein 2.1 kali ganda
> Kalsium 2.2 kali ganda
> Zat Besi 2.0 kali ganda
> Potasium 2.1 kali ganda
> Vitamin A 3.8 kali ganda
> Garam Galian 2.0 kali ganda
> Selenium paling tinggi berbanding semua jenis susu

-Kandungan Asid Lemak Rantaian Pendek dalam susu kambing lebih tinggi berbanding dalam susu lembu

-Molekul Lemak dalam susu kambing lebih halus & mudah dihadam berbanding susu lembu

-Proses pencernaan untuk susu kambing hanya memerlukan 20 minit sahaja berbanding susu lembu yang memerlukan lebih 2 jam

-Sama seperti susu ibu pH susu kambing beralkali berbanding susu lembu yang asidik

Banyak lagi perbezaan dan fadhilat2 susu kambing.. nak tau x?

sabar2 nanti saya kongsi lagi ..

wassalam..

Saturday, October 10, 2009

zikir kita dimana??...

Assalamualaikum..

Kadang-kadang saya terfikir.. bila berzikir .. termasuk dalam golongan mana zikir kita??.. tidak dinafikan kita boleh bahagikan ahli zikir kepada beberapa asnaf.. ada antara mereka berzikir dari segi nikmat Islam, ada yang lain berzikir dari segi Sunnah dan Jamaah, ada yang berzikir dari segi kemanisan zikir kepada ALAH, tujuannya hanya untuk menjadikanhatinya menjadi lunak dan mesra kepada ALLAH… lidahnya kelu untuk mengucapkan selain daripada zikruLLAH.. Dari situlah bermula rasa gerun terhadap keagungan ALLAH bahkan dia terbenam dalam kemurahanNYA, terharu dengan kecintaanNYA .. akhirnya dia mengetahui bahawa semua amal itu tidak berdiri melainkan dengan Qudrah ILAHI..

Zikir itu ada dua :

1) Zikir yang tercetus daripadanya rasa takut dan bimbang

Zikir orang yang mengingati ALLAH dalam hatinya dan ia merasakan bahawa ALLAH ta’ala mengingatinya kerana ingatannnya kepada ALLAH, dia juga tahu dengan mengingati ALLAH maka dia akan mengingati dirinya dengan azab dan balasan ALLAH seterusnya menjaga batasan syara’ dalam kehidupannya.

2) Zikir yang tercetus daripadanya rasa rindu dan cinta

Zikir yang membuahkan rasa cinta dan rindu sebenarnya abadi dan kekal kerana sebelum , ketika dan setelah hidup manusia. maka ingatan kepada ALLAH adalah kekal menambah rasa ingin bertemu dengan ALLAH.

Akhi wa ukhtie,

Jangan pula kita berzikir tetapi zikir kita penuh dengan debu-debu syahwat yang bercampur dengan kelalaian hati… alangkah jauhnya kita yang memandang zikir kita untuk bertemu dengan ALLAH berbeza dengan orang yang berzikruLLAH memandang kelebihanNYA dan kurniaanNYA yang azali.

ذاقَ طَعْمَ الإيمانِ مَنْ رَضِيَ باللهِ ربّا, وبالاسْلام دِينا, وبمحمّد نبيا ورسولا

Tuesday, October 6, 2009

Islam, Ustaz... kembalikan kegemilangannya

Assalamualaikum...

Saya tidak pasti samada topic saya pada hari ini menarik atau tidak.. tetapi ingin sekali saya kongsikan supaya kita mengambil i'tibar daripadanya..

Hari ini Islam ada lah satu perkataan yang sedap didengar oleh mereka yang cintakan Islam.. tetapi tidak kurang juga yang benci bila mendengar perkataan itu.. lemparan terrorist, pelampau atau macam2 lagi.. mana taknya.. bila pergi solat jumaat banyak selipar hilang .. bukti ada pencuri selipar.. yang merempit pun dikalangan umat Islam.. masalah cabul, arak judi juga tidak kurang orang islam menjadi tekongnya...

Keadaan ini melarat bila ada kalangan ustaz yang mencemarkan nama baik mereka sendiri.. atau mereka berlakon menjadi ustaz.. dan akhirnya nama baik golongan ustaz tercemar.. siapa yang mencemarkannya?? kalangan mereka sendiri atau org yang x sukakan Islam dan kuncu2nya..dalam sedar atau tidak kita menjadi anasir2 dajjal yang menanam ketidaksukaan terhadap orang2 agama...atau cara hidup beragama...

Kadang2 sedih juga saya.. banyak istilah yang baik2 hari ini masyarakat sudah mula meraguinya.. malah ada ustaz sekolah diherdik oleh pentadbir macam pelajar sekolah.. rendah sungguh pandangan mereka pada ustaz2...sekadar memenuhi tuntutan waktu Pendidikan Islam.. kemudian sebagai pembaca doa..

Sebab apa saya cakap begitu... sebab saya juga orang gelar ustaz.. saya sebenarnya berbangga.. kenapa? sekurang2 ilmu yang ada dapat dipindahkan kepada generasi yang ada hari ini.. memang ada orang yang keji .. x kurang memandang kopiah yang kita pakai tiada apa yang special.. malah saya sendiri pernah menyaksikan ada rakan2 ustaz dan bukan ustaz yang 'geli' dengan pakaian jubah dan serban... not up to date kata mereka..ALLAHu.. sedih hati ini..

Kenapa saya sedih.. kerana yang mereka hina itu adalah sunnah.. sedangkan sunnah pula adalah peninggalan warisan Baginda RasuluLLAH SAW..Daripada Abu Hurairah RA bersabda RasuluLLAH SAW: "تركت فيكم أمرين لن تضلوا ما إن تمسكتم بهما, كتاب الله وسنتي" .

mafhumnya " aku telah tinggalkan kepada kamu 2 perkara yang mana jika kamu berpegang dengan keduanya kamu tidak akan sesat, iaitu Al Quran dan Sunnahku" au kama qool..

Jadi saya menyeru supaya kita elokkan balik istilah dan kalimah2 yang baik ke tempat yang sewajarnya... seperti perkataan Islam, Ibadah, Zikir, Sunnah.. golongan2 ustaz... kerana tidak ada wajarnya kita menghina perkara yang baik kerana disebabkan beberapa perkara sahaja.. jauhilah daripada menyifatkan sesuatu sehingga susu sebelanga rosak disebabkan nila setitik..

Kepada golongan Ustaz dan khusunya saya sendiri sebagai ustaz.. jadilah qudwah hasanah, jangan rasa diri berilmu tetapi kenalah sentiasa topup ilmu didada.. buanglah sikap keangkuhan tetapi tanamlah sifat tanggungjawab bila kita memegang title ustaz.. moga dengan ini ISLAM sebagai Ad din akan mantop dan disegani dimata masyarakat.. kerana kitalah antara da'einya...

wallahu'alam..

Siiru 'ala BarakatiLLAH..

Sunday, October 4, 2009

10 minit anak hilang...

SalamuLLAHu 'alaikum..

Pagi tadi saya sekeluarga serta ibu dan ayah mertua berkunjung ke Mydin di Ayer Keroh Melaka... pukul 11 pagi kami sampai di sana .. tidak ramai pengunjung waktu begini..

Satu peristiwa yang x akan saya lupa ialah kehilangan anak ke-4 selama hampir 10 minit... walaupun sekejap.. tetapi rasanya x tahan nk menghadapi masa yang singkat itu...saya amat berhati2 menjaga anak ketika berkunjung ke mana2 shopping compleks.. pada hari ini ALLAH ingin menduga hambanya.. mulanya anak saya bersama saya dalam troli.. tiba satu saat dia nk ikut ibunya.. saya benarkan.. entahlah kelalaian saya juga agaknya.. saya benarkan dan saya biarkan di pergi bersama umminya yang duduk 2 meter saja dari saya..

Saya pun bersama 3 orang anak saya yang lain berpusing2 dalam Mydin.. 2 anak saya dalam troli dan sorang berjalan memegang troli.. kemudian saya bertembung dengan isteri.. saya lihat dia berseorangan.. kami bertanya sesama sendiri.. mana Insyi??

Ah.. gawat... kami mula meninjau kawasan berdekatan... tiada!! kami maklumkan kepada adik ipar dan ibu mertua.. dan kami sama2 mencari... anak2 yang lain sibuk memanggil adiknya.. insyi.. insyi.. dari jauh saya dengar suara2 mereka... seberapa pantas saya cuba meninjau hampir semua lokasi atas mydin tersebut tetapi tiada kelibat anak saya..

Isteri saya, saya lihat sibuk bertanya dan memaklumkan kepada staff2 mydin.. mereka sama2 mencari.. selang beberapa minit.. saya ke bahagian baju2 di bahagian yang agak belakang.. dan terlihat anak saya didukung oleh seorang staff mydin dalam keadaan sugul... bersyukur.. ALLAH memperkenankan doa singkat saya untuk tidak diuji dengan kehilangan sebegini...

Pengalaman ini saya kongsikan.. kerana tiada kata yang dapat diungkapkan oleh ibu dan ayah akibat kehilangan seorang anak mereka.. dan ALLAH menguji saya sekejap tadi... isteri saya bila saja nampak saya mendokong anak.. terus menerpa dan menangis sebagai seorang ibu.. hening seketika dan beberapa orang memerhati susana itu ada yang ikut sama menangis... saya agak mereka semua adalah seorang yang bergelar IBU..

Nasihat saya jagalah dan berwaspadalah sentiasa bila membawa anak2 berkunjung ke tempat2 orang ramai khususnya shopping compleks..

sekian sahaja cerita dan catatan saya hari ini..

wassalam

Para Pembaca budiman.

Blog abumujahid ini memaparkaan pandangan peribadi abumujahid. Segala yang dipaparkan akan dimuatkan sumber rujukan jika ia adalah daripada sumber tertentu. Moga-moga abumujahid dan pembaca sekalian boleh mengambil istifadah dan boleh juga menegur abumujahid dalam hal yang dikira salah dan bertentangan dengan usul aqidah mahupun syara'.

Moga tuan-tuan dan puan-puan mendapat barakah dari blog yang Naif dan dhaif ini. BarakaLLAHu fiikum.