...............................................

...............................................
الفقير إلى الله مسافر في أرض الله و سيروا على بركة الله

Al faqir ilaLLAH, Musafir fii ArdhiLLAH , Siiru 'ala BarakatiLLAH





Thursday, June 4, 2009

Kita dan keruntuhan??



Kita dihidangkan dengan berita keruntuhan bangunan di sana sini, stadiumlah.. tanah runtuh lah dan pelbagai lagi, sedar x sedar ramai juga dikalangan muda mudi malah orang dewasa dan tua runtuh akhlak dari segi berpakaian.

Akhi al Mahbub,

Ramai sudah tidak segan berpakaian ala pencabul syariat ALLAH. Mereka memandang rendah pada pakaian sunnah iaitu menutup aurat. Sedang dalam AL Quran terpapar indah arahan menutup aurat. Pelikkan? Bila manusia mengejar keseronokan sampai tergadai maruah diri. X sedar diri semakin hampir ke alam kekal , sempit, sunyi, menggerunkan malah tidak ditemani oleh sesiapa kecuali amal yang pernah dilakukan di dunia.


Belum cakap pasal solat lagi, bagaimana nk kategorikan orang yang solat tapi pakaian mereka menjolok mata? Sedang solat yang sebenar boleh diaplikasikan dalam kehidupan seharian dalam aspek pemakaian menutup aurat dan banyak lagi,

Saudara pembaca,

Bayangkan dalam solat kita menjaga aurat kita, tp bila selesai saja solat kita cakduh (tidak cakna ) dalam pemakaian di khalayak ramai. Sedih kan? Bukan apa.. sedih kerana mereka ini sebenarnya menyumbang kepada maksiat yang lebih besar malah melibatkan orang yg x bersalah. Kalau si D( perempuan) memakai pakaian mencolok mata .. agak2 si L (lelaki) x tengok ke? Lelaki x jeling ke? Lelaki x pandang ke? Lelaki x tumbuh tanduk ke? Lelaki x terliur ke?


Susah, susah..


Apa akan jadi selepas itu? Gejala zina, gejala berpeleseran , pergaulan bebas, rogol dan lain2… kan itulah akibat jika kita meninggalkan satu arahan PENCIPTA kita yang MAHA KHALIQ.


Sedih, sedih, sedih


Termangu saya bila memikirkan keadaan ini, macamana anak-anak kita akan membesar dalam suasana hiruk pikuk keruntuhan dan kebejatan cara pemakaian zaman kita. Bersediakah kita mendidik mereka dengan akhlak Rasulullah yang dicintai??


Agak2 lah….


Boleh ke kita guna istilah ‘Kita boleh’, ‘zaman sudah berubahhh’ atau apa2 lah untuk menafikan tuntutan besar agama ini?? ?

اللهم اهدهم


“Ya Allah Berilah hidayat kepada mereka”

No comments:

Post a Comment

Para Pembaca budiman.

Blog abumujahid ini memaparkaan pandangan peribadi abumujahid. Segala yang dipaparkan akan dimuatkan sumber rujukan jika ia adalah daripada sumber tertentu. Moga-moga abumujahid dan pembaca sekalian boleh mengambil istifadah dan boleh juga menegur abumujahid dalam hal yang dikira salah dan bertentangan dengan usul aqidah mahupun syara'.

Moga tuan-tuan dan puan-puan mendapat barakah dari blog yang Naif dan dhaif ini. BarakaLLAHu fiikum.