...............................................

...............................................
الفقير إلى الله مسافر في أرض الله و سيروا على بركة الله

Al faqir ilaLLAH, Musafir fii ArdhiLLAH , Siiru 'ala BarakatiLLAH





Wednesday, June 3, 2009

Bila Sudah Asyik

Cerita ini berlaku 2 minggu lepas dari tarikh 7/5/09. Ustazah A menelefon saya yang pada masa tu berada dibilik guru, katanya ada hal di bilik kaunseling, kebetulan saya time free masa tu,terus menuju ke bilik kaunseling. Di bilik tu menanti dua orang pelajar,
saya tanyalah” ada apa yang boleh ustaz bantu”

Pelajar M ni menceritakan dia diganggu sejak tiga hari dengan dada sempit dan sukar bernafas, kadang terlihat kelibat hitam di bilik dormnya,
tanpa mengambil masa lama saya kata” boleh ustaz cuba tolong
”? Pelajar M mengangguk dan Saya terus meminta Pelajar M tadi duduk di kerusi ditemani kawannya serta seorang kaunselor perempuan yang sedang bertugas. Setelah membaca beberapa tanzir dan ayat2 pembuka ruqyah saya teruskan membaca Alfatihah ,ayatulkursi tetapi belum sempat meneruskan bacaan ruqyah pelajar M tadi marah2

“ dia hak aku” “ dia hak aku” saya Tanya siapa hak siapa ni.. “ Kamu ni M ke?” Jin dalam badan pelajar M tadi menjawab aku Maria,

saya Tanya lagi” sejak bila kamu bersama budak ni”
dia jawab dah 2 tahun, saya teruskan beberapa persoalan, selepas itu saya menyampaikan peringatan supaya dia keluar dari tubuh Pelajar M kerana perbuatannya itu adalah dosa , Maria setuju untuk keluar tanpa syarat dan saya menghantarnya ke SM.
Alhamdulillah Pelajar M sedar dan sakit dan sesak nafas hilang.
Saya berharap Jin yang bernama Maria tersebut tidak akan pulang ke tubuh Pelajar M lagi. Segala kesembuhan dan ketentuan milik Allah Subhanahu Wata'ala.


Siiruu ‘ala barakatiLLah.

No comments:

Post a Comment

Para Pembaca budiman.

Blog abumujahid ini memaparkaan pandangan peribadi abumujahid. Segala yang dipaparkan akan dimuatkan sumber rujukan jika ia adalah daripada sumber tertentu. Moga-moga abumujahid dan pembaca sekalian boleh mengambil istifadah dan boleh juga menegur abumujahid dalam hal yang dikira salah dan bertentangan dengan usul aqidah mahupun syara'.

Moga tuan-tuan dan puan-puan mendapat barakah dari blog yang Naif dan dhaif ini. BarakaLLAHu fiikum.