...............................................

...............................................
الفقير إلى الله مسافر في أرض الله و سيروا على بركة الله

Al faqir ilaLLAH, Musafir fii ArdhiLLAH , Siiru 'ala BarakatiLLAH





Thursday, April 21, 2011

Perjalanan ke Tanah Suci 2

Assalamualaikum..



perjalanan ke madinah dari jeddah

alhamduliLLAH diberi sedikit ruang dan peluang untuk meneruskan pengkisahan ringkas perjalanan abumujahid ke Madinah. Perjalanan yang tenang  ke Madinah akhirnya lebih terasa bila bas memasuki hudud( sempadan) tanah haram. beberapa minit kemudianya terpampang dihadapan mata menara Masjidin Nabawi.. sejuk sungguh mata memandang suasana Madinah al Munawwarah ditambah rasa berdebar2 menanti masa dan peluang untuk menjejak kaki ke dalam Masjid dan menziarahi baginda RasuluLLAH SAW.

Setelah selesai menguruskan penempatan 30 org jamaah, abumujahid rehat sekejap dibilik hotel menanti azan zohor berkumandang.  sebelum azan.. abumujahid berjalan keluar ke Masjid Nabawi, dalam suasana dan suhu yang agak sejuk.. abumujahid melangkah dengan girang kerana dalam tempoh 10 thn dahulu agak banyak juga perubahan berlaku pada Masjid Nabawi tempat RasuluLLAH dan para sahabat membina Daulah Islamiyyah yang syumul..

Tidak terucap rasa syukur dan ketenangan yang luar biasa bila hati terasa dekat dengan Insan Agung, RasuluLLAH SAW. Masuk ke dalam masjid Nabawi melalui pintu belakang dan menuju ke arah Raudhah membuatkan hati bertambah resah kerinduan untuk melihat tempat yang dulunya menjadi kediaman Baginda RasuluLLAH dan kini menjadi tempat kunjungan dan ziarah ummat Islam  serata dunia... juga Raudhatul Jannat di dunia....

peluang bergambar di sudut kiri sebelum bertemu dengan junjungan Besar RasuluLLAH SAW.

Selepas selesai menunaikan Tahiyyatul Masjid berhampiran Raudhah, abumujahid dengan hati tidak tertahan untuk menatap Maqam Baginda... melangkah menuju bertemu RasuluLLAH dan mengucapkan salam buat junjungan Besar rasuluLLAH dserta 2 pahlawan Islam agung Saidina  Abu Bakar As Siddiq dan Saidina Umar Al Khattab ... tiada patah kata boleh digambarkan seronok dan lapangnya dada berada dan berhadapan dengan RasuluLLAH walaupun seketika buat kali pertama ... pegawai yang menjaga maqam tidak membenarkan untuk tetamu2 berdiri lama2 di hadapan Maqam mendesak abumujahid bergerak dan mundur kebelakang membolehkan abumujahid memandang dan membuang gelodak rindu 10 tahun tidak bertemu Junjungan Mulia SAW. AlhamduliLLAh thummalhamduliLLAH...

Keluar melalui pintu yg disediakan abumujahid berpatah kembali masuk ke pintu babussalam... terus sekali lagi menziarahi RasuluLLAH.. sebelum duduk menanti azan Zohor berkumandang...



bersambung..

Sunday, April 3, 2011

Perjalanan ke tanah suci 1

Assalamualaikum WarahmatuLLAHi wa Barakatuh....

Segala pujian buat ALLAH SWT... memberi peluang untuk abumujahid terus menerus bernafas..  menanti tatkala tiba masanya.. pasti akan kembali kepadaNYA jua..

hari ini... abumujahid akan mecoretkan sedikit pengalaman ke tanah suci Makkah al Mukarramah dan Madinah al Munawwarah..

Bermula perasaan yang membuak2 untuk ke sana... abumuujahid sentiasa panjatkan doa dalam diam untuk menjejak kaki ke bumi kelahiran dan bumi disemadikan sekujur tubuh mulia Baginda RasuluLLAH SAW... alhamduliLLAH.. sebulan sebelum keputusan berangkat kesana... seorang sahabat.. maneger al abrar traver menalifon abumujahid bertanya tentang persetujuan ke Mekah sebagai membantu beliau membawa jemaah melakukan umrah.. dalam keadaan agak tidak percaya.. abumujahid bagi sehari dua masa untuk fikirkan.. dan alhamduliLLAH... abumujahid menerima pelawaan tersebut.

Tanggal 13/3/2011, melalui penerbangan pakistan International Airline, abumujahid bersama 30 orang rombongan dan travel2 lain terbang menuju ke Karachi. walaupun delay beberapa jam di KLIA tetapi ALLAH permudahkan untuk mendarat di Karachi dalam sesi pertukaran flight ke Jeddah.

14/3 Bermula sampai di jeddah.. terminal hujjaj memberi pengalaman pertama kepada abumujahid, sampai pukul 11.30 malam keluar dr urusan imigresen saudi memakan masa hampir 2 jam.. Abumujahid tercari2 3 orang pesewrta rombongan... mereka hilang dari rombongan hampir 3 jam lamanya. disini sudah mula ujian pertama . ke sana ke mari abumujahid mencari dibantu oleh ahli rombongan yang begitu komited dan akhirnya dimaklumkan oleh muassasah yang juga membantu bahawa 3 ahli rombongan berada di terminal syimali... Masya ALLAH... kami terpaksa lewat sampai ke Madinah Al Munawwarah akibat daripada kehilangan itu...

Solat subuh di pertengahan jalan ke Madinah mengingatkan perjalanan dr Jordan ke Mekah melaksanakan ibadah umrah bersama2 pelajar arab University of Jordan. sejuk pagi juga membayangkan pengorbanan RasuluLLAH dan abu Bakar dalam menempuh perjalanan ketika peristiwa hijrah.. ALLAHu sejuk menusuk ke dalam kerangka tulang belulang kami peserta rombongan....


bersambung...

Para Pembaca budiman.

Blog abumujahid ini memaparkaan pandangan peribadi abumujahid. Segala yang dipaparkan akan dimuatkan sumber rujukan jika ia adalah daripada sumber tertentu. Moga-moga abumujahid dan pembaca sekalian boleh mengambil istifadah dan boleh juga menegur abumujahid dalam hal yang dikira salah dan bertentangan dengan usul aqidah mahupun syara'.

Moga tuan-tuan dan puan-puan mendapat barakah dari blog yang Naif dan dhaif ini. BarakaLLAHu fiikum.