...............................................

...............................................
الفقير إلى الله مسافر في أرض الله و سيروا على بركة الله

Al faqir ilaLLAH, Musafir fii ArdhiLLAH , Siiru 'ala BarakatiLLAH





Wednesday, June 30, 2010

Dajjal pada makanan....

Assalamualaikum WarahmatuLLAHi Wabarakatuh...

Dengan Izin Nya abumujahid terpanggil memanjangkan bait2 kata berbicara perihal fitnatuddajal.. Ya Zaljalali wal Ikram... kurniaan ALLAH kepada kita semua dengan utusan KekasihNYA baginda besar Nabi Muhammad penghulu Anbiya'...

Dajjal seakan nama yang biasa kita dengari .. tetapi tidak pernah terfikir bagaimanakah tuannya.. malah sukar dimengerti akan fitnah2nya...

Di Malaysia hari ini menampakkan fitnah Dajjal semakin merebak dan sudahpun menjadi wabak dalam kehidupan..berjangkit dan membarah.. anda bayangkan.. seorang Islam mengambil pakai ilmu penolong2 Dajjal dan membelakangi Sunnah Baginda yang agung...

Aturan dan susunan ....agenda demi agenda daripada propaganda Dajjal menyebabkan hari ini kesan dan bahangnya terasa begitu hangat ditelinga abumujahid...

Bayangkan umat manusia hari ini di ajar pemakanan ala Dajjal kononnya baik untuk kesihatan.. walhal disana Baginda RasuluLLAH menitikberatkan makanan yang berkhasiat.. Rasul melarang makan hati( dan organ2 dalaman binatang) tetapi ilmu dr Pendokong Dajjal menyarankan memakannya..

Saya ambil petikan email yang di terima dari seorang pelajar saya..:

Antara “barangan buatan” yang telah dijadikan ikutan oleh kebanyakan dari kita.




1. Kita diajar dalam buku biologi,

Buku pemakanan (kajian dan terbitan para kafir ni) bahawa kalau nak dapat vitamin B dan kalau nak tambah darah kita kena makan hati haiwan dan hati ayam.

tetapi sebenarnya Nabi kita tidak menggalakkan pemakanan organ dalaman.

Nak ikut kafir ke nak ikut Nabi Muhamad ?

Sebenarnya makan hati ayam dapat melembabkan otak kita sbb hati merupakan organ dimana semua toksin akan dikumpulkan dan dineutralkan.

so kepekatan toksin adalah tinggi di hati ayam.

makanlah kita toksin tersebut serta bengaplah otak kita umat Islam sebab percaya buku sains keluaran kafir ini.



2. Kita diajar dalam sains bahawa kopi tidak bagus untuk kesihatan.

Namun sebenarnya kopi adalah antara minuman kegemaran Nabi Muhamad selain susu dan madu.

Cuba tengok Yahudi, mereka minum kopi, Starbuck.

Profesor di UK yang Yahudi semua ada segelas kopi di tangan mereka.





3. Kita diajar memakan kambing tinggi kolesterol,

namun kambing juga adalah makanan kegemaran Nabi Muhamad.

Seolah-olah buku sains ni nak merendahkan pemakanan Nabi kita.

Sebenarnya daging kambing adalah daging paling kurang kolesterol.





4. Kita diajar bahawa makan McDonalds adalah bagus,

namun sebenarnya McDonalds adalah makanan yang sangat tinggi MSG dan kolesterolnya dan paling banyak lemak tepu trans.





5. Para kafir ni juga menggalakkan kita minum dan makan makanan yang langsung tak berkhasiat,

contohnya coke dan maggi.

Coke tu sangatlah beracun,

pastu sangat tidak bagus untuk kesihatan (gula tinggi, berasid, pH dalam lingkungan 3.5, ada racun tersembunyi).



6. Untuk pengetahuan,

para kafir agen dajjal ni gak mengwar-warkan kebaikan minum soya

(sebab USA merupakan pengeluar soya terbesar),

namun sebenarnya soya dapat melemahkan kejantanan lelaki

dan mengurangkan kesuburan lelaki dan perempuan.

selain itu juga soya dapat meningkatkan risiko kanser payudara,

kanser ovari,

kanser prostat,

serta melemahkan otak dan tulang sbb dalam soya ada hormon estrogen yang sama dgn estrogen kat wanita. pastu soya ada phytic acd yang membuatkan penyerapan kalsium,

magnesium dan zinc yang penting untuk badan kita terjejas.



Secara kesimpulannya para kafir ajen Al-Masih Dajjal ni bukan setakat melemahkan kita dari segi lain namun secara pemakanan kita jua.

Kawan2 seperjuangan,
 
 
Dari aspek makanan sudah terkedu kita dibuatnya... walaupun apa yang dititip dalam posting kali ini hanyalah berapa peratus dari kandungan email yg mengandungi perbualan seorang muslim dan seorang bishop.. tentulah banyak fitnah dajjal yg perlu kita sedar dan hindari..
 
Moga selepas ini abumujahid diberi kekuatan untuk terus menulis.. semoga menjadi diari hidup abumujahid yang dibaca oleh generasi abumujahid..
 
sekian dulu.. wassalam
 
Siiru 'ala BarakatiLLAH...

Friday, June 25, 2010

Bertemu tetamu Haramain...

SalamuLLAHu 'alaikum Jami'a

Bersyukur dengan limpahan kurniaan dari yang MAHA ESA yang tidak terhingga.. malam tadi abumujahid bertemu dengan Ustaz Wan Asrul yang baru pulang dari Haramain.. dah hampir seminggu sebenarnya tapi dek kesibukan kat sekolah.. abumujahid terleka sebentar sehinggalah Ustaz Wan menelefon abumujahid take over rawatan dekat Telok Mas.. sambil tu memang malam tadi abumujahid free.. jadi peluang bertemu dengan ustaz Wan dirumahnya rasanya sangat berbaloi dan seronok..

Cerita2 dr tanah suci Madinah dan Mekah menggamit kenangan dan kerinduan abumujahid untuk berkunjung ke sana.. tapi belum ada rezeki lebih.. Insya ALLAH dengan izinNYA abumujahid teringin sangat berbulan madu tanpa gangguan di sana.. Ya Karim...

Syukran Jazilan buat Ustaz Wan yang membekalkan sedikit buah tangan yang walaupun sedikit tetapi sgt berharga kerana pemberinya adalah daripada seorang guru dan kawan abumujahid.. BarakaLLAHU fiika ya akhi..

Bila dengar pula cerita Ustaz Wan nk ke Tarim ... teringat lagi semasa alam budak2 remaja menimba ilmu di Jordan.. Rasa rugi bila tidak sepenuhnya menggunakan masa untuk menimba mutiara2 yang bertebaran dibumi urdun ketika itu.. 4 tahun rasanya sangat singkat dan hendak saja terbang kembali ke tanah jejak anbiya...

Apapun hari ini, abumujahid mengucapkan selamat menyampaikan kursus buat Ustaz Wan yang berkampung 2 hari di Kuantan, Pahang.. Moga ALLAH mempermudahkan perjalanan ilmiah Ustaz... buat peserta kursus selamat menimba ilmu moga boleh digunakan untuk membantu diri sendiri, keluarga dan masyarakat.. amin...

Sekian dulu untuk kali ini ...

Wassalam

Tuesday, June 15, 2010

Cuti dan Bekam

Assalamualaikum jami'a


Bersyukur dikurniakan kudrat untuk meneruskan sisa-sisa kehidupan yang entah bila berkesudahan ini.. roda kehidupan yang dipenuhi dosa noda ini diharapkan dapat dibersihkan sebelum nafas bercerai dari badan... ALLAHumma aamin..

Cuti sekolah pada kali ini dipenuhi dengan aktiviti-aktiviti biasa.. berkunjung ke rumah ayahbonda sebelah abumujahid dan ummumujahid... makan makanan dan masakan Kelantan, majlis kawin adik, kawan2 dll..cuma perbezaan kali ini bertambah satu aktiviti lain iaitu berbekam..

Setakat ini saja abumujahid sempat membekami 7 orang saudara manakala ummumujahid sempat 3 org pesakit... permintaan memang banyak.. tapi kemengahan untuk mengejar masa menyebabkan banyak permintaan terpaksa ditolak dan ditunda..

Kesibukan dengan duniawi begini biasanya akan membantutkan diri untuk istiqamah ber'mesyuarat' dengan Pencipta alam ini.. masya ALLAHu kaana...

Pada 19/6 ini maka tamatlah percutian di Kelantan dan abumujahid akan memandu selama 10-11 jam untuk sampai ke Melaka tempat mengajarnya abumujahid dan ummu Mujahid.. doakan semoga semua diperlancarkan dan sentiasa di bawah lindungan Ilahi... amin ya RABB....

Sekian dulu catatan dan diari ringkas abumujahid kali ini.. wa akhiran

Assalamualaikum wbt

Siiru 'ala barakatiLLAH

Monday, June 7, 2010

Dah lama tidak merawat dan ini kisahnya..

Assalamualaikum

Ikhwani wa Akhawati al ahibba'

Syukur pada Pencipta alam ini yang masih memberikan nikmat kehidupan kepada abumujahid, dapat kiranya menceritakan kisah rawatan yang tidak seberapa. Agak lama abumujahid tidak menghadapi pesakit yang kerasukan, dan agak kelu juga bila difikirkan bagaimana nk berikhtiar merawat pesakit ke'gaban'an. kalau dulu 'agak' seronok merawat pesakit sebegini almaklumlah baru terdedah dengan alam rawatan ini...Jadi 2 hari lepas Ustaz Wan selaku Guru dan Teman menyerahkan tugas merawat kepada abumujahid yang masih hingusan ini kerana kesibukan beliau untuk ke Tanah Suci semalam.

 Pesakit kali ni datang dalam keadaan yang sudah dirasuk.. tapi tidak agresif..cuma bersifat 'terbiasa' berjumpa perawat agaknya..sehingga tempoh rawatan yang ada abumujahid merasakan jin yang mengganggu dah biasa dengan cara rawatan dan boleh mempermainkan perawat dengan lakonan yang 'gitu-gitu'.. malah keluar masuk dengan senang bagaikan laluannya luas seluar hiway .. bagi mempercepatkan proses rawatan.. abumujahid keluarkan mana yang ada dan cuba mendoakan agar lapisan dan pintu2 masuk-keluar jin ini terhijab dan terhalang .. walaupun tidak semua moga dengan amalan yang dibekalkan oleh ramai perawat sebelum ini diamalkan dan mampu memberi pertahanan kepada dirinya..

Entah kenapa.. akhir-akhir ini abumujahid kurang minat merawat pesakit yang kerasukan sebab pastinya akan memakan masa yang agak panjang mencecah sejam atau lebih.. pesan guru dan nasihat guru tersemat dihati .. dimana seboleh2nya kita kurangkan rasukan pesakit... buang atau lindungi diri pesakit dari dirasuk lebih baik dari dia dirasuk..

Kenapa? wallahu 'alam.. abumujahid masih belajar.. cuma seingat abumujahid.. mereka yg selalu dirasuk pastinya meninggalkan kesan hiway yg lancar buat makhluk ALLAH itu untuk terus menjelajah tubuh Khalifah ALLAH.. jika kita kurangkan rasuka sudah pasti baik untuk pesakit..

Sebenarnya cara rawatan yg mengelakkan dari dirasuk amat sesuai dan mudah malah memberi masa dan ruang untuk kita memperteguh dan yakinkan pesakit bahawan jin atau syaitan lemah dan kita adalah khalifah yang mampu menghalang diri kita diselubungi misteri-misteri mereka.. biizniLLAH jua..

Jadi dengan kurangnya rasukan maka kuranglah sentuhan tangan perawat terhadap pesakit khasnya pesakit itu adalah pesakit wanita..cuba bayangkan pesakit wanita tu meng'gaban' dan perlu dipegang oleh 2/3 malah 4 orang lelaki bukan mahram?? alangkan kah sedihnya .. yang x pandai menendang sudah pandai menendang bilama dirasuk padahal wanita itu seorang yang sopan.. inilah yang abumujahid rasa bila menjadi perawat,

Walaupun usia dan tempoh belajar masih muda .. tapi abumujahid merasakan mesti ada satu cara rawatan yang boleh diketengahkan dan mengelakkan berlakunya fitnah2 yang x disangka...

Apapun moga ALLAH mempermudahkan urusan hamba-hambanya yang ikhlas ... wa akhiran siirru 'ala barakatiLLAH

Wassalamualaikum

Saturday, June 5, 2010

Nasyid - Sunnah Berjuang



Hayatilah lagu ini... pasti anda boleh menitiskan air mata jika anda seorang pejuang

Tuesday, June 1, 2010

Menangis tidak berlagu

Assalamualaikum semua

Tajuk posting kali ini sebenarnya nak menggambarkan perasaan hati abumujahid .. hiba dan agak terkilan kerana permohonan bertukar entah kali ke berapa tidak diluluskan. kalau sebelum ini dah hampir 7 kali memohon ke Kelantan diabaikan begitu sahaja.. kali ini permohonan bertukar dalam negeri Melaka pun tidak dilayan..

Ya ALLAH perkukuhkan hati ku supa manusia sekelilingku x perasan bahawa hati kecilku menangis... mungkin ada hikmah disebalik ketidaklulusan permohonan pertukaran abumujahid..

Cerita pasal rawatan pula rasanya x banyak, kerana abumujahid jarang sangat merawat.. perawat cikai macam abumujahid ni apa lah yang termampu buat.. tetapi banyak jugak abumujahid menerima kes rawatan jarak jauh... senang aja.. abumujahid berpegang pada kekuatan doa dan niat.. kemudian serahkan sahaja kepada Pencipta penyakit..

ok lah setakat dulu pengisian yang x bermakna pada pagi ini..

Wassalam

Para Pembaca budiman.

Blog abumujahid ini memaparkaan pandangan peribadi abumujahid. Segala yang dipaparkan akan dimuatkan sumber rujukan jika ia adalah daripada sumber tertentu. Moga-moga abumujahid dan pembaca sekalian boleh mengambil istifadah dan boleh juga menegur abumujahid dalam hal yang dikira salah dan bertentangan dengan usul aqidah mahupun syara'.

Moga tuan-tuan dan puan-puan mendapat barakah dari blog yang Naif dan dhaif ini. BarakaLLAHu fiikum.