النصائح العامة : ( Nasihat Umum)
قال تعالى :" واتقوا يوماً ترجعون فيه إلى الله "صدق الله العظيم
Akhi dan ukhti fillah,
Saya mengingatkan diri saya terlebih dahulu kemudian kepada mereka yang ingin berjihad dijalan ALLAH dalam membanteras sihir dan gangguan2 supaya menagih pahala hanya dari ALLAH dan nasihatku:
1-Sahabat-sahabat yang ingin berjuang perlulah belajar ilmu rawatan dan beramal dengan perkara yang menjadikan takwa dengan I’tikad bahawa tiada musibah dan kejahatan kecuali dengan izin ALLAH. Semua ini mestilah dengan jalan berguru dengan guru yang syarie disamping tidak meninggalkan Al Quran dan sunnah.
2- Hendaklah berguru dengan guru yang diiktiraf mengikut akidah yang suci lagi mantap, juga guru yang berkhibrah(berpengalaman). Kerana jika tiada guru nescaya syaitanlah guru mereka.( من لا شيخ له فالشيطان شيخه) .
3- Sentiasa berada dalam keadaan perbuatan taat, zikir menjadi mainan bibir dan hati, dan perkukuhkan ibadat juga berada dalam keadaan muraqabatiLLAH:
بقوله تعالى :"الذين يخشون ربهم بالغيب لهم مغفرة وأجر كريم
4. Mencantas segala bentuk dosa dan maksiat, bertaubat dan beristighfar sentiasa.
5. Bertakwa kepada ALLAH merupakan asas (أهم أسباب توفيق الله سبحانه وتعالى لعبده) kerana orang yang mengenal ALLAH ketika senang nescaya ALLAH akan mengenal dia ketika susah. Jauhi daripada sifat2 fitnah, sombong, takabbur, tuduh menuduh, buruk akhlak dan yakin segala kesembuhan milik ALLAH.
النصائح الخاصة : ( Nasihat Khas)
1- Sentiasa solat fardhu berjamaah di Masjid
2- Amalkan zikir selepas subuh dan waktu petang, sebelum tidur doakan dipelihara diri dan keluarga.
3- Baca doa sebelum keluar rumah:
cth doa:
بسم الله آمنت بالله اعتصمت بالله توكلت على الله ولا حول ولا قوة إلا بالله العلي العظيم .”
اللهم مجري السحاب منزل الكتاب هازم الأحزاب اهزمهم وانصرنا عليهم .اللهم بك أصول وبك أجول وبك أقاتل
4- Memagar kawasan rawatan dari luar sebelu masuk dengan Ayatul kursi 7 kali atau lain2 husun.
5- Menjaga Rahsia penghuni rumah/ pesakit dan tidak menceritakan perihal pesakit sehingga datang aib atau merasa hebat dengan proses rawatan yang dijalankan.
6- Banyakkan pergantungan kepada ALLAH serta berdakwah agar pesakit lebih hampir kepada ALLAH dalam proses penyembuhan.
.
No comments:
Post a Comment