...............................................

...............................................
الفقير إلى الله مسافر في أرض الله و سيروا على بركة الله

Al faqir ilaLLAH, Musafir fii ArdhiLLAH , Siiru 'ala BarakatiLLAH





Tuesday, June 9, 2009

Diari Rawatan 2

Merawat gangguan Saka/Sihir

Pada pukul 6 petang( 17/5/09 ) saya bertolak ke rumah seorang yang mendakwa memiliki saka. Pn S dan suami menjemput saya ke rumahnya tidak jauh dari rumah saya di Kg Alai. Sampai sahaja di rumah, Pn S dan suaminya sudah menunggu saya. Pada hemah saya Pn S bersungguh-sungguh untuk membuang apa yang disangkanya saka. Dan saya melihat Allah memberi kemudahan pada masalah Pn S.


Setelah sampai seperti biasa saya akan memberi penerangan untuk memastikan pergantungan pasangan suami isteri tersebut kepada Allah dan bukan kepada saya. Alhamdulillah setelah dibacakan ruqyah syar’iyyah, gangguan tidak menunjukkan untuk bercakap malah dengan gerakan jari, saya menyuruh Jin yang mengganggu keluar BiizniLLAH. Semua proses berjalan dengan baik dan Allah memberi pertolongan memudahkan rawatan dijalankan.


Insya Allah, sesi rawatan susulan akan dibuat pada minggu hadapan bertumpu kepada Pn S dan suami. Seperti yang dimaklumkan kepada saya, gangguan juga berlaku di kedai milik suami Pn S yang berniaga kedai makan. Moga Allah mempermudahkan perjalanan saya pada minggu hadapan menghadapi gangguan sihir pula.


Siruu ‘Ala BarakattiLLAH.

No comments:

Post a Comment

Para Pembaca budiman.

Blog abumujahid ini memaparkaan pandangan peribadi abumujahid. Segala yang dipaparkan akan dimuatkan sumber rujukan jika ia adalah daripada sumber tertentu. Moga-moga abumujahid dan pembaca sekalian boleh mengambil istifadah dan boleh juga menegur abumujahid dalam hal yang dikira salah dan bertentangan dengan usul aqidah mahupun syara'.

Moga tuan-tuan dan puan-puan mendapat barakah dari blog yang Naif dan dhaif ini. BarakaLLAHu fiikum.