...............................................

...............................................
الفقير إلى الله مسافر في أرض الله و سيروا على بركة الله

Al faqir ilaLLAH, Musafir fii ArdhiLLAH , Siiru 'ala BarakatiLLAH





Friday, August 28, 2009

keliru dengan persoalan ini?

Assalamualaikum...

Pernah saya ditanya oleh pesakit.. adakah seorang perawat perlu melihat JIn yang mengganggu?

Saya pun sebenarnya bukan mahir dalam bidang rawatan pun.. sekadar tolong2 sahaja.. jawapan saya senang saya.. x perlu...cukup penyerahan kepada ALLAH.. tapi beliau tidak puas hati.. katanya kalau x nampak macamana nk pastikan gangguan sudah keluar..

ALLAHu.. x tau nk jawab macamana.. Senang jawapan saya kedua kita serahkan kepada ALLAH.. segala penyakit dan kesembuhan datang dan pergi kerana ALLAH.

Nampaknya jawapan saya tidak dapat memuaskan hati pesakit, pesakit memang suka kalau perawat dengan jelas menyatakan bahawa sakit nya disebabkan hantu raya ke.. sihirnya dari pulan bin pulan.. bunian ke.. benda terbang ke... kan seronok macam tu... lagi seronok kalau tau macamana perawat keluarkan gangguan tersebut...

pada saya..

,Ramai yang tewas apabila perkara macam ni diwar2kan.. sekurang2nya kalau perawat itu masih baru.. maka perasaan riak dan takabbur menghiasi dirinya.. itu yang saya takut.. walaupun memang perawat itu nampak @ tahu yang mengganggu itu apa.. saya rasa sekadar pengetahuan untuk diri perawat sahaja..itu x mengapa.. antaranya dan ALLAH..



Satu lagi pesakit yang datang itu pasti akan bergantung kepada perawat bukan lagi penyerahan sepenuhnya kepada ALLAH.. itu juga membuahkan syirik kepada ALLAH..

Tapi untuk percambahan ilmu.. saya rasa tidak salah untuk melihat jin dan makhluk yang mengganggu.. perbincangan sesama perawat atau pendedahan guru2 rasanya x menjadi masalah.. itu perkara yang rasanya boleh diterima..

Jadi kalau anda keliru dengan persoalan ini.. berbincanglah.. moga2 ALLAH membuka ilmu yang belum terbuka bagi diri anda..

Saya juga ingin dibukakan ilmu ini.. tapi belum masanya... kalau ada yang sudi membukanya silakan..

Persoalannya.. perlukah atau tidak.. kemaskah akidah kita menghadapinya..?? saya bertanya..anda yang menjawabnya... silakan..

Wassalam

Monday, August 24, 2009

Apa Khabar Ramadhan kita?

Assalamualaikum..

Hari ini sudah hari ketiga umat Islam menjalani ibadah puasa... sudah tiga hari bermakna sudah 3 juzuk Al Quran mereka baca.. sewaktu hari pertama di Kelantan.. saya solat zohor di masjid Tanah Merah... selepas solat saya lihat pakcik2 dan anak2 muda berkumpul dalam satu halaqah untuk bertadarus.. indah suasana ini.. saf solat pun boleh tahan ramai dan saya anggar hampir seribu orang solat zohor berjemaah di masjid itu..

Malam tadi solat tarawih di Masjid Paya Rambai Kota Bharu, bilangan jemaah boleh tahan.. saya agak hampir seribu orang juga... hidup masjid2 di Kelantan ni, solat tarawih hanya 8 rakaat sahaja tapi hampir sejam baru siap.. lenguh juga kaki .. maklumlah baru lagi..

Emm lupa bersoal jawab.. kita dah berapa juzuk baca Al Quran? satu huruf al Quran ganjarannya 10.. kalau satu juzuk? itu belum digandakan lagi sempena Ramadhan.. Ramdhan KArim!! JOm lah kita habiskan 3 juzuk Al Quran setakat hari ini.. kalau lebih lagi bagus..

Solat pula. ramai yang tidak jaga solat.. termasuk saya agaknya.. sempurnakah solat kita 5 kali sehari berjemaah?? Kalau tidak .. cubalah berusaha... pahala yang sangat besar menanti anda.. lagipun itu merupakan sunnah yang sangat dituntut..

Ramai dikalangan kita lupa waktu mustajab doa.. 5 minit sebelum berbuka.. kita sibuk dengan juadah berbuka.. lupa kita nk banyakkan doa pada waktu iftor.. begitu juga dengan waktu sahur.. sangat mustajab doa.. mintalah apa yang kita perlukan dalam hidup ini.. Insya ALLAH mustajab.. ubahlah diri kita.. jadikan waktu 5 -10 minit sebelum berbuka untuk banyakkan doa.. begitu 5-10 minit sebelum azan subuh..

Saya menyeru diri saya dan pembaca.. kita kejar sehabis dapat.. supaya rahmah ALLAH milik kita pada 10 hari pertama Ramadhan ini..

Amin Ya Rabbal 'Alamin...

Sunday, August 23, 2009

Jom Jadi Jutawan...



SOLAT FARDHU SENDIRIAN DIGANJARKAN OLEH ALLAH SWT 1 PAHALA.

SOLAT FARDHU BERJEMAAH DIGANJARKAN ALLAH SWT 27 PAHALA

SOLAT FARDHU BERJEMAAH SESEORANG YANG BERKAHWIN 10 KALI GANDA IAITU DIGANJARKAN OLEH ALLAH SWT 270 PAHALA .........
SOLAT FARDHU BERJEMAAH SESEORANG YANG BERKAHWIN DIDALAM RAMADHAN DIGANJARKAN OLEH ALLAH SWT 70 KALI GANDA IAITU 18900 PAHALA

SOLAT FARDHU SESEORANG ITU TADI 5 KALI SEHARI SEMALAM IAITU DIGANJARKAN OLEH ALLAH SWT 94500 PAHALA

MARI KITA TUKARKAN DALAM BENTUK RM.

SOLAT FARDHU SENDIRIAN DIGANJARKAN OLEH ALLAH SWT RM 1.00

SOLAT FARDHU BERJEMAAH DIGANJARKAN ALLAH SWT RM 27.00

SOLAT FARDHU BERJEMAAH SESEORANG YG BERKAHWIN 10 KALI GANDA IAITU DIGANJARKAN OLEH ALLAH SWT RM 270.00

SOLAT FARDHU BERJEMAAH SESEORANG YG BERKAHWIN DIDALAM RAMADHAN DIGANJARKAN OLEH ALLAH SWT 70 KALI GANDA IAITU RM 18,900.00

SOLAT FARDHU SESEORANG ITU TADI 5 KALI SEHARI SEMALAM IAITU DIGANJARKAN OLEH ALLAH SWT RM 94,500.00 SATU HARI!!!

PAHALA SOLAT DALAM 30 HARI DALAM BULAN RAMADHAN RM 2,835,000.00

WOW! MASYA ALLAH KITA SUDAH JADI JUTAWAN HANYA DALAM BULAN RAMADHAN 30 HARI SAHAJA!!!!

NABI SAW MEMBERITAHU SEKIRANYA KITA MEMBACA AL-QURAN SEBAGAI CONTOH ALIF LAAAAAAM MIIM, MAKA ALLAH AKAN MEMBERIKAN PAHALA ATAS SETIAPNYA. SAHABAT PUN BERTANYA SATU PERKATAAN SATU PAHALAKAH?

NABI SAW MEMBERITAHU LAGI BUKAN BEGITU, ALLAH SWT MEMBERIKAN PAHALA ALIF 1 PAHALA LAM 1 PAHALA DAN MIM 1 PAHALA.

WOW!!! BILA KITA BACA AL-QURAN DALAM RAMADHAN INI DAN DITUKARKAN DALAM RM BERAPAKAH JUMLAHNYA?

BAGAIMANA DENGAN ZIKIR, SADAQAH, SOLAT SUNAT, ZAKAT,PUASA, MALAM LAILATUL QADAR DAN LAIN-LAIN LAGI?

SESUNGGUHNYA ALLAH SWT ITU TERAMAT MAHA PEMURAH DAN MAHA KAYA. TIDAK ADA MANA-MANA PERNIAGAAN, PEKERJAAN, MULTI LEVEL MARKETING, JUTAWAN INTERNET DAN LAIN LAIN DALAM DUNIA YANG MAMPU MENAWARKAN BONUS SEBANYAK INI!!!

BAGAIMANA DENGAN ANDA? MASIH NAK JADI PAPA KEDANA ATAU JADI JUTAWAN!!!!! AYUH AJAK KELUARGA, RAKAN DAN YANG LAINNYA MENYERTAI KAMI MENJADI JUTAWAN JANGAN LEPASKAN PELUANG INI SEBELUM TERLAMBAT DAN TARIKH TUTUP SAMPAI.

TETAPI SEDIHNYA MASIH RAMAI KITA YANG MAHU MISKIN DIDUNIA DAN MISKIN DI AKHIRAT! MENGAPA?

ALAH SWT JUGA MENGAJAR KITA BAHAWA SESUNGGUHNYA KITA MANUSIA INI SENANTIASA (DIULANGI SENANTIASA) BERADA DALAM KERUGIAN MELAINKAN MEREKA YANG BERPESAN-PESAN DENGAN KEBENARAN DAN JUGA DI DALAM KESABARAN.

TAK GUNA JIKA KITA ADA DEGREE KE, JADI AKAUNTAN KE, MASTER IN BUSINESS ADMIN (MBA) KE, KALAU TAK TAU NAK KIRA UNTUNG RUGI BERNIAGA DENGAN ALLAH SWT.

JADI MARI KITA LIHAT SIAPA YANG UNTUNG SIAPA YANG RUGI!!!!!!

*SESUNGGUHNYA RM1.00 TAK MUNGKIN SAMA NILAI DENGAN 1 PAHALA ALLAH SWT. HANYA ALLAH SAHAJA YANG TAHU BERAPA BESAR NILAINYA SATU PAHALA ITU. RENUNGKANLAH. WALLAHU'ALAM.

SELAMAT BERPUASA,

SELAMAT BERAMAL,

SEMOGA RAMDHAN INI MEMBERI SATU MAKNA KEPADA KITA. REBUTLAH PELUANG YANG HADIR SETAHUN SEKALI INI SAHAJA. MUNGKINKAH INI RAMDHAN TERAKHIR BUAT KITA TAK SIAPA YANG TAHU.......



dipetik dr:http://ummihumaira.blogspot.com/2009/08/jutawan-ramadhan.html

Wednesday, August 19, 2009

Saya cadang beli buku ini...



Assalamulaikum

Akhi wa ukhti,

Sekadar berkongsi matlumat, semalam semasa mencari Al Quran untuk majlis Khatam Al Quran .. sambil2 meninjau2 buku yang ada dalam kedai tu, saya ternampak sebuah buku bahasa Arab.. saya belek2 buku tu, menarik jugak.. maka saya angkat satu..

Balik umah saya baca.. wah memang praktikal untuk mereka yang tidak minat bahasa Arab.. tapi mesti ada syaratnya..

Oleh itu saya cadangkan kepada saudara2 untuk memiliki buku ini dengan harga.. jeng jeng..

untuk maklumat lanjut..layari blog penulis buku..
http://www.wanrusli.net/buku01.php

sekian dulu..

Hidup Bahasa Arab....


Tuesday, August 18, 2009

Diari merawat 9 (persoalan yang x terungkai)

Assalamualaikum..

Lama rasanya tidak menulis kisah rawatan... sekadar meluangkan masa..

Malam semalam saya ada temujanji dengan seorang guru.. katanya ada gangguan.. dah elok berjanji tiba2 deringan telefon drpd Ustaz Hafiz menerjah telinga saya... waktu baru pukul 8 malam.. Ustaz Hafiz memaklumkan perihal Pelajar F yang tidak sedarkan diri dari pukul 4 petang lagi...

Saya jadi serba salah, Ustaz Suriandi pula berada di Muar.. ahh gawat ni.. apapun saya pun berhasrat cuba pergi ke sekolah dulu kemudian baru ke rumah cikgu yang buat temujanji tu..
ketika bersiap2 ke sekolah.. deringan sekali lagi berbunyi.. panggilan dr cikgu tu memohon maaf sebab tidak dapat penuhi temujanji dengan saya disebabkan hal yang tidak dapat dielakkan..

Alhamdulillah.. aku merancang tapi sebenarnya perancangan itu datang dari ALLAH Taala..

Sampai di sekolah saya sempat solat isya berjemaah bersama pelajar2 lain...Selesai solat saya terus ke tempat Pelajar F yang tak sedarkan diri hampir 5 jam.. ALLAHu..

Bila dekat saja.. ada gerakan padanya dan saya mengarahkan keluar.. tidak cukup dengan arahan keluar saya ajak berborak.. degil sungguh.. dia tak mahu keluar.. apa lagi kaedah yang digunakan seterusnya membaca ayat2 azab.. dia kesakitan.. kaedah tekan dan picit pun sama.... dia kesakitan.. tapi x nk keluar..... gelengan kapala dan desiran mulut menjadi bahasanya..

Saya tak pasti jenis yang mengganggu... Wallahu'alam.. oleh kerana banyak usaha yang telah dibuat tidak berjaya dan tidak diizinkan oleh ALLAH.. akhir sekali saya menggunakan kaedah sembelih jarak jauh.. waktu dah lebih sejam 1/2 jadi saya dah bersandar ke dinding.. saya ambil sejadah yang bergulung.. kemudian memohon daripada ALLAH supaya menghentikan gangguan dan saya sembelih sejadah tadi... 2/3 minit sejadah tadi jadi mangsa sembelihan saya.. kemudian Pelajar F menunjukkan reaksi terlantar dimana kedua tangannya dah jatuh ke lantai..

Saya panggil nama pelajar f untuk sedarkan dia.. x ada reaksi.. pelik saya.. tiba2 saya terilham untuk menarik roh pelajar f ke masuk ke dalam tubuhnya.. dengan kuasa ALLAH.. gaya tarikan pertama terus menyedarkan pelajar F.. Ta'ajjub saya dengan keadaan ini.. ALLAHu..

persoalan x terjawab...??

Persoalan saya ialah.. adakah ketika berlaku rasukan penuh... roh pesakit tidak bersama pesakit atau berada disekitar pesakit sahaja? kalau ada otai mualij.. silakan menjawab.. sesungguhnya saya tidak mengetahui apa yg berlaku..

Kemudian bila pelajar F sedar , dia rasa kepalanya pening macam nk pecah.. saya tarik kesakitan pelajar tadi dan masukkan cahaya putih AL Fatihah dalam kepalanya...( jgn panik) saya maksudkan saya baca Fatihah dan selawat2 kemudian saya tidurkan Jin yang mengganggu dengan niat sewaktu tidur dia keluar bersama peluh dan najis pelajar F..

Sekian dulu kisah yang x seberapa.. semoga dapat dikongsi dengan perawat lain dan sudi kiranya memberi teguran kepada saya...

Wallahu'alam bissowab..


اللهم بلغنا رمضان


Friday, August 14, 2009

Kaedah meninggalkan rokok..

Assalamualaikum..

يا إخواني وأخواتي,

Sekadar berkongsi kaedah, jika anda perokok.. atau anda cuba membantu orang yang merokok untuk meninggalkan rokok.. antara yang dapat saya kongsi setelah bertanya guru saya ialah;

sediakan beberapa helai daun sireh... dibacakan ayat dibawah bersama air

Al Fatihah
1-ayat 23 surah al furqan : "وَقَدِمْنا إلَى مَا عَمِلوا مِنْ عَمِلٍ فَجَعَلْناهُ هَبَاءً مَنْثورًا"
2- ayat 85 surah al Mukminun" سَيَقولُونَ لِلّهِ قل أفلا تذكَرُون"
3- tambah lah apa2 ayat yang munasabah..

Selepas itu rebus daun sireh dan air yang dibaca ruqyah kemudian minum air tersebut..
untuk mendapat kaedah sebenar / kaifiyyat rebusan... nantilah saya minta/mohon izin dari guru saya terlebih dahulu.. jika diizinkan boleh lah saya turun kan khazanah ilmu ini...

Jika anda perokok tegar... atau nk merawat perokok tegar.. ada kaedah lain... sesiapa yang nk berkongsi ilmu bolehlah tambah dalam komen dibawah.. mana tau semua kaedah dan ilmu saudara akan menjadi saham dunia dan akhirat..

والله الصواب

Thursday, August 13, 2009

Al Fatihah...


Salam ta'ziah buat almarhum ustaz Asri Rabbani...



Aku adalah pengejar syurga akhirat,bagiku dunia ini adalah tempat mempersiapkan segala sesuatu untuk meraih syurga akhirat;aku yakin bahawa syurga akhirat tidak akan pernah dapat aku raih kecuali aku boleh menikmati syurga dunia terlebih dahulu.Maka rumah dan keluargaku adalah syurga dunia paling indah buatku. Tempat kerja syurga dunia harianku. Tetangga, masyarakat,dan bangsa adalah syurga duniaku yang lebih luas.Ke manapun dan sampai bila-bila pun syurgaku selalu bersamaku...

http://asrirabbani.blogspot.com/

BarakaLLAHu Fiik ya Ustaz.. Inna liLLAHi wa inna ilaihi raji'uun

Tuesday, August 11, 2009

Ia mula melanda..

Assalamualaikum

Saat saya menulis ni , sekolah dihujani dengan kebimbangan terhadap H1N1... seorang pelajar positifnya.. kalut satu sekolah... terpaksa ambil langkah berhati2 terhadap wabak penyakit ini...seperti halilintar kecil membelah sehingga berlaku kegusaran di hati2 manusia..

Beginilah kita...

Akan bimbang jika ujian dan kesan buruk dr sesuatu penyakit jelas pada mata kasar kita.. sedang ALLAH SWT dalam Al Quran banyak sekali menerangkan kesan bagi manusia yang lalai.."mereka ada hati tapi tidak memerhati.. ada telinga tapi tidak mahu mendengar.. ada mata tapi tidak menggunakannya untuk melihat".. Masya ALLAH..

Kita tidak bimbang..

ya.. kita tidak cemas pun wabak tidak menutup aurat berleluasa hari ini, wabak tidak hiraukan anak perempuan keluar tanpa muhrim juga berlambak, wabak lari daripada berpegang kepada Al Quran dan As Sunnah juga meresap dalam jiwa2 masyarakat Islam, Wabak dan lambakan makanan haram dan was2 di kedai2 runcit semakin melebar..

Ohh,

Tak terbayang banyakknya wabak-wabak pada masa sekarang... Oleh itu .. kita diuji.. diperingatkan dengan wabak jugak... yang sekarang ini menjadi kekalutan.. sedarlah duhai insan... ALLAH mahu mengingatkan manusia bahawa mereka adalah makhluk.. dan setiap makhluk pasti akan lupus dr alam ini.. sehingga ALLAH bangkitkan kembali di Akhirat yang x bertepian..

Sejauh mana kita..

Amalan kita boleh dikira dengan jari kurniaan ALLAH, dosa pula x terhitung walau habis habis dakwatsebatang pena.. Inikah "Zaad" yang kita akan bawa pada hari perhitungan kelak??

اللّهم يسِّرْ لنا أمُورَنا مع الراحة لِقلُوبنا وأبْداننا
والسَّلامَةِ والعافيةِ في دينِنا و دنْيانا
وكُنْ لنا صَاحبا في سفَرنا وخَلِيفة في أهلنا

آمين يا ربَّ العالمين

Sunday, August 9, 2009

Selawat yang di syarah oleh Syiekh MH

السلام عليكم

صلوات عظيمية


بِسم اللهِ الرّحمنِ الرّحيم

اللّهُمَّ إنِّي أَسْأَلُكَ بِِنُوْرِ وَجْهِ اللهِ العَظِيم
الّذِي مَلأَ أَرْكَانَ عَرْشِ اللهِ العظيم

وَقَامَتْ بِهِ عَوَالِمُ اللهِ العَظيم
أنْ تُصلّي عَلى مَوْلانَا مُحَمّدٍ ذِي القَدْرِ العظيم
وعلى آلِ نَبِيِّ اللهِ العظيم بِقَدر عَظَمَةِ الله العظيم
في كُلِّ لَمْحَةٍ وَنَفَسٍ عَدَدَ مَا في عِلْم ِالله العظيم
صلاة دائمةً بدَوَامِ الله العظيم

تَعْظيمًا لِحَقّك َيا مَوْلانا يا محمّد ذا الخُلُقِ العظيم
وسَلّمْ عَلَيْه وعلى آلِه ِمِثْل ذلك

واجْمَع بَيْني وبَيْنَه كمَا جَمَعْتَ بَيْنَ الرُّوح والنَّفس
ظَاهِرًا وباطنًا يَقَظَةً و مَنَامًا
واجعله يا رَبِّ رُوْحًا
لِذَاتِي مِن جَمِيْعِ الوُجُوهِ في الدّنيا قبل الآخرة يا عظيم

Insya ALLAH kalau diizinkan ALLAh saya akan terjemahkan selawat ini. .....


Saturday, August 8, 2009

Sekitar Kursus Haji Mozac





Tu dia .. lontar betul2.. rejam syaitan tu.. pelajar2 sedang praktikal melontar di jamrah...


Alhamdulillah dah tahallul pelajar ni.. agak2 dapat haji mozac??


Peserta kursus sedang diberi taklimat tawaf..




Pasu bunga juga menjadi mangsa pelajar Mozac untuk mendapatkan anak-anak batu...


Pelajar sedang mengutip anak-anak batu untuk melontar di jamrah


Ustaz Suriandi sedang menolong pelajar memakai ihram


Ok lah tu, dah kira banyak gambar boleh saudara lihat.. cukup lah ye..

Kursus Kaifiyyat Ibadah Haji.

Assalamualaikum..

Maaf kerana hampir 2 hari x update blog.. ada saje kerja yang perlu diselesaikan.. terkejar2.. urusan dengan tabung haji untuk kursus kaifiyyat Ibadah Haji lagi... nk siapkan soalan periksa lagi.. ada 5 soalan kena sediakan.. P Islam tingkatan 3 , bahasa Arab 1,2 dan 4, moral ting 2.. setakat ni pun blum selesai lagi.., smalam solat hajat mohon keselamatan drpd wabak H1N1 serta jerebu..akhirnya..beberapa kisah Mu'alajah x sempat saya tulis..

Apapun

Alhamdulillah pagi tadi, satu kursus Kaifiyyat Ibadah Haji dapat dilaksanakan dengan jayanya di sekolah... kursus disampaikan oleh Tn Haji Subuh Pengetua SM(A) Al Ahmadi.. dibantu oleh ustaz dan ustazah yang berkaliber di Mozac.. syukran Jazilan kathira buat semua sahabat yang banyak membantu menjayakan kursus kali ini..

Disamping itu semua pelajar yang belum memiliki akaun tabung haji diberi peluang membuka
akaun secara percuma...

Pelajar tekun mendengar taklimat haji disampaikan oleh Tn Hj Subuh.

Insya Allah saya akan sertakan gambar2 kursus Kaifiyyat Ibadah haji pada masa terluang..

Sekian..




Thursday, August 6, 2009

Tazkirah subuh ke petang...

Assalamaualaikum..

Sekarang kita dah makin keliru dengan H1N1... semua orang sudah mula memakai topeng.. tujuannya untuk menghalang virus tersebut daripada menjangkiti mereka.. di sekolah saya pun tidak kurang begitu.. ramai juga guru-guru dan pelajar-pelajar mula memakai topeng muka.. bagus lah untuk aspek kesihatan.. tambahan pula sekarang jerebu pun boleh tahan...

Tapi yang agak menyedihkan saya bila mendengar kata2 seperti berikut:

Cantik penutup muka engkau.. mana engkau beli?

Kalau pakai macam ni cantik x?

Engkau x tutup muka ? Tak takut risiko H1N1 ke?

Sekarang ni dah x boleh keluar rumah.. bahaya.. H1N1 merata-rata sekarang..

dan macam2 keluhan lagi...

Saya bukan apa.. khuatir jika mulut x jaga kita boleh jatuh kepada syirik atau sudah lebih kepada nk berjangok(berhias) ... lebih yakin dengan makhluk daripada Tuhan Pencipta kita.. macam x percaya dengan ketentuan bahawa segala penyakit dan kesembuhan adalah milik ALLAH semata2..

Bagi saya elok lah menjaga kesihatan.. memakai topeng muka, jaga kebersihan dll... itu perkara yang perlu kita lakukan .. kuarantin di rumah.. suatu perkara yang dianjurkan oleh baginda RasuluLLAH ketika wabak taun melanda... dimana penduduk sesuatu tempat yang dijangkiti perlu dikuarantin di negeri masing2 sehingga keadaan menjadi baik..

Tapi dalam melaksanakan semua itu jangan sampai lalai dengan ujian @ bala @ peringatan ALLAH kepada kita.

Kita sebagai umat Islam dibekalkan dengan satu konsep hidup yang baik iaitu bergantung harap kepada ALLAH SWT.. melalui doa yang kita pohon.. keyakinan bahawa doa kita didengar sebenarnya menyuburkan konsep 'ubudiyyah kepada ALLAH seterusnya mampu meletakkan diri kita sebagai hamba ALLAH yang perlu taat kepada segala perintah ALLAH dan meninggalkan laranganNYA..

Rasanya cukuplah setakat ini ... nk bersiap ke sekolah pula ni..

Ya ALLAH.. Engkau cipta segala makhlukMU dengan penuh kelembutan ... Aku pohon.. Agar Engkau dengan penuh kelembutanMU menghindari segala penyakit yang berlaku hari ini, moga2 kami menjadi manusia2 yang mengerti peringatan daripadaMu... Amin ya Rabbal'alamin..


Siiruu 'Ala BarakatiLLAH..

Monday, August 3, 2009

Sedikit kisah dan pengetahuan..

Assalamualaikum...

Sekejap tadi, semasa menunggu jam 230 ptg untuk balik ke rumah, 2 org pelajar perempuan mengajak saya ke kelas 1 sigma.. katanya Ustazah Almarjan nk jmpe.. pelik ape hal pulak...

Saya pun segeralah pergi, maklum lah x nk balik rumah lewat.. sampai dalam kelas tengok beberapa orang pelajar perempuan menunggu seorang kawan mereka yang duduk... bila saya dekati saya melihat pelajar yang duduk tadi sedang menangis saja.. cara pelajar A tadi menangis memanjang aje... ada x sesiapa boleh agak gangguan ape nie?? sila teka..

Saya malas nk panjang cerita pasal nk balik cepat .. terus arahkan keluar makhluk yang mengganggu.. kemudian sedarkan pelajar A, saya suruh mengucap dan baca ayatul kursi.. Alhamdulillah sedar..

Saya tanya kenapa jadi begini? Pelajar A kata dia tension... tension sebab x boleh nk tumpu kepada subjek sains... so kalau anda adalah cikgu ke cikgi... kan elok ada sikit2 ilmu perubatan.. sekurang2nya boleh menyelesaikan gangguan kecil begini tanpa harapkan ustaz2.. betul x??

Ok lah lah alang2 menulis disini saya sertakan sedikit sebab kenapa Jin masuk mengganggu manusia atau kenapa jin mengganggu manusia.. antaranya:

1. Manusia menzalimi jin tanpa sebab
2. Terlalu bernafsu
3. bersifat banas baran / marah keterlaluan
4. terlalu bernafsu dan ikut nafsu.
5. Tension yang teramat..
6. Terlampau takut / berani sangat.
7. Amalan sihir dan berkhadam.
8. Memelihara anjing dan gambar2 hidup di dinding rumah.
9. Terlalu lalai dibuai nafsu
10. Bersiul, menyanyi dan berkaroke dalam tandas
11. Suka bersolek yang tidak syarie.
12. Dendam keturunan atau saka atau ingin menumpang.
13. Asyik dan cintakan manusia.
14. tidak menjaga kebersihan bak kata lain pengotor.
15. Saja suka kacau manusia yang tidak taat pada ALLAH dan sebaliknya.
16 DLL

sekian terima kasih kenara sudi membaca.. BarakaLLAHu fiikum jami'a

Sunday, August 2, 2009

Diari merawat 7( rawatan susulan)

Assalamulaikum...

Semalam selepas isya, saya sempat merawat rawatan susulan kepada seorang pesakit sebagaimana cerita diari merawat 5, pesakit yang sebelum ini mengadu sakit belakang sampai ke kepala .. bila ditanya AlhamduliLLAH semua saki2 badan hilang selepas rawatan minggu lepas..

Macam biasa saya mula merawat untuk rawatan susulan.. walaupun gangguan masih ada, tapi tidak sebanyak minggu lepas.. dengan izin Allah agak banyak gangguan keluar... saya hantar ke baitil Asrar dengan izin ALLAH.

Apa yang menarik yang ingin dikongsikan ialah, masalah pesakit sebelum ini ialah pesakit perokok tegar.. selepas dirawat.. pesakit dapat kurangkan 90% tabiat merokok.. dari 2/3 kotak sehari kepada beberapa batang sahaja.. ALLAHu.. seronok saya dengar perkembangan ini...

Dia nampak lebih semangat dan perniagaan yang dijalankan pun semakin baik.. AlhamduliLLAH..

kemudia rawatan diteruskan kepada isterinya yang sakit kedua kaki sehingga lutut.. ada masa2 tertentu sakit kaki tersebut menyerang..

Rawatan dijalankan dan didapati banyak gerakan bahagian kaki seolah2 gangguan keluar.. Wallahu'alam.. saya bekalkan dengan garam jampi( garam ruqyah yang dibacakan ayat2 pemecah) ..

Sempat juga saya sisipkan ruangan tazkirah, mengingatkan pesakit kebergantungan kita kepada ALLAH dalam semua hal... juga menambahkan kepentingan zikir dalam kehidupan harian kita...

jadi marilah kita sama2 bergantung harap kepada ALLAH semata-mata dalam menangani apa jua masalah yang kita hadapi sekarang..

Wallahua'lam..

Siiruu 'ala barakatiLLAH..

Saturday, August 1, 2009

Peringatan buat diri..

Senarai Produk HARAM
Untuk Renungan Bersama...
Assalamaualikum Tuan dan Puan
Sekadar memanjangkan maklumat untuk renungan bersama
Babi Sudah Jelas Haramnya .....


Perhatian Kepada Semua Umat Islam

Risalah Ini Diedarkan Oleh Dr. Rasheed Mos, Universiti Malaya Kl,Persatuan Pengguna Malaysia, Majlis Agama Islam Malaysia & Jabatan Kastam Malaysia. Kajian Telah Dibuat Oleh Mahasiswa Utm, UUM, USM,Um, UKM, & CAP

Senarai Barang Yang Mengandungi Lemak Babi :

1. Minyak Masak Lam Soon (Cap Helang & Buruh )
2. Ubat Pearl Cream Arche (Thai)
3. Ajinomoto (Thai)4. Ais Krim Harga Rm1.00 Ke Atas
5. Semua Tauhu Buatan Orang Cina
6. Sabun Lux & Lotion Badan Buatan Malaysia, USA , & Thai
7. Sabun Fab Berbuku
8. Lobak Jeruk
9. Mee & Kueteow Basah (Buatan Cina)
10. Krim Muka Hazeline Snow

Senarai Barang Yg Mengandungi Kulit Babi, Uri & Binatang Yang Tidak Halal:

1. Semua Jenis Serbuk Mee Segera Terutama Maggi
2. Pucuk, Kulit Popia, Fish Cake & Bebola Ikan Buatan Orang Cina
3. Daging Burger Import
4. Sardin, Kari Ayam Dlm Tin & Yong Taufu Buatan Orang Cina
5. Kasut Bola Jenis 'Gold Cup'
6. Berus Gigi Jenis 'Reach'
7. Mee Kering (Sanggol)
8. Semua Sabun Mandi Yang Diimport
9. Ajinomoto Kecuali Keluaran Kilang Lot 5710 Jalan Kuchai Lama Kl
10. Semua Jenis Shampoo Kecuali Keluaran Orang Islam
11. Have Pearl Cream
12. Ramuan Kentucky Fried Chicken & Mc Donald !!!
13. Ubat Kurap Buatan Org Cina
14. Beehon Segera Siam
15. Mee Rebus Tulang & Kiub Perasa Ayam
16. Sabun Mandi Yang Berminyak

Senarai Barang Yang Mengandungi Gelatin Lemak Babi Dan Binatang Tidak Halal:

1. Bosset Wine Gum
2. Dairy Milk Coklat
3. Coklat Cadbury/ Chewing Gum
4. Sugus Strawberry
5. Passer Doily Mixture
6. Trebo Mint Chewing Gum/ Peppermint
7. Scothes Vikmin
8. Share Extra Atrenght
9. Black Current Jelly
10. Royal Gulaman & Decart Oranges
11. Valvis Gelatin
12. Sarung Kapsul Ubat !!!
13. Ais Krim Dalam Bekas Plastik
14. Gula-Gula Fruities
15. Cake Mets Vilber Punch
16. Coklat Cake
17. Tepung Kastard Lady's Choice
18. Semua Jenis Jelly
19. Semua Jenis Gincu Bibir
20. Keseluruhan Jenis Sheisedo
21. Lady's Choice Jelly

Senarai Barang Yang Mengandungi Alkohol Unsur-Unsurnya

1. Barangan Avon Keseluruhannya
2. Pewangi Ketiak Terutama Jenama Vitalis & Concord
3. Minyak Rambut Brylcream (Hijau)
4. Racun Serangga Jenis Spray Seperti Sheltox, Baygon & Mortin
5. Seluruh Ubat Batuk Jenis Sirap
6. Keseluruhan Ball Pen Dakwat Kering
7. Tonik Bayi Grape Water, Tonik Waterberry Compound

Kami Dalam Keresahan Memohon Ampun Dan Maaf Terlewat Memberutahu Perkara Di Atas. Pastikan Pakaian Anda Tidak Terkena Bahan-Bahan Diatas Terutama Pakaian Sembahyang. Tolong Cetak Dan Edarkan Risalah Ini Kpd Semua Saudara Islam Kita.

Confirm - Pringles Potato Chips - Tidak Halal !!

p/s barangan yang dihighlight adalah barangan yg kerap kita guna/pakai !!!

ruj: http://hpa-halal4u.blogspot.com/2009/06/senarai-produk-haram.html

Para Pembaca budiman.

Blog abumujahid ini memaparkaan pandangan peribadi abumujahid. Segala yang dipaparkan akan dimuatkan sumber rujukan jika ia adalah daripada sumber tertentu. Moga-moga abumujahid dan pembaca sekalian boleh mengambil istifadah dan boleh juga menegur abumujahid dalam hal yang dikira salah dan bertentangan dengan usul aqidah mahupun syara'.

Moga tuan-tuan dan puan-puan mendapat barakah dari blog yang Naif dan dhaif ini. BarakaLLAHu fiikum.