...............................................

...............................................
الفقير إلى الله مسافر في أرض الله و سيروا على بركة الله

Al faqir ilaLLAH, Musafir fii ArdhiLLAH , Siiru 'ala BarakatiLLAH





Wednesday, June 17, 2009

SMS..



Semalam 2 sms daripada bekas pelajar saya mengajukan soalan berikut:

SMS 1: ust, ana nak mintak tolong n mintak pandangan ni, sedara saya sebelah ayah ada anak laki.. so baru2 ni ana dapat tahu dari sedara yang lain yang dekat dengan saudara tu bahawa anak dia mula bertukar ke arah keperempuanan..dia mula suntik n ada pay***** n dengar lagi yang budak ni nak lakukan pembedahan untuk buang Z***r.. dulu budak ni ustaz, dia betul2 laki. Tp tahun lepas gi umah dia majlis kawin.. dia pakai kebaya n bapak dia cakap ‘ ko kalau pakai baju kebaya jangan keluar untuk menolong2.’

SMS 2: Ko duduk dalam, so kat situ ustaz, dah nampak bapak dia macam tak ambil kisah langsung dengan perubahan anak dia yang sedang berubah ke arah keperempuanan.. so ana risaulah ustaz..ana rasa macam x berguna sebab tak dapat tolong n bagi nasihat, camana tu ustaz? ana dah cakap dengan mak ana.. mak ana kata ‘kita dah nasihat tetapi keluarga dia cakap sibuk2 je nak jaga tepi kain orang’, cam mana tu ustaz? Dah Nampak dunia sekarang dah nak kiamat..


ALLAHuakbar…

saya pelik dengan dunia hari ini, cerita-cerita begini sudah banyak episode kita dengar, sedangkan org yang cuba mengubah ciptaan ALLAH seperti cukur kening, botox, pembedahan plastic, dll lah sudah pun haram, kenapa kelakuan mengubah jantina ini masih berleluasa.. malah neraka menunggu mereka dengan laknat tuhan..

Masya ALLAH…


Saya agak ini semua disebabkan kita tidak mengenal siapa kita dan kenapa kita diciptakan…


Agak-agak pembaca lah siapa kita ini??


Firman Allah:


وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَالإنسَ إِلاّ لِيَعْبُدُونِ


Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu.
Itu lah kita hamba Allah yang disuruh berbuat ibadat bukan untuk berseronok-seronok sehingga lalai dengan perintah Allah.
Ingat lah kita akan menemui Allah dan kita akan ditanya apa yang kita telah lakukan didunia ini.

SubhanaLLAH…

اللهم اهدهم فإنهم قوم لا يعلمون

No comments:

Post a Comment

Para Pembaca budiman.

Blog abumujahid ini memaparkaan pandangan peribadi abumujahid. Segala yang dipaparkan akan dimuatkan sumber rujukan jika ia adalah daripada sumber tertentu. Moga-moga abumujahid dan pembaca sekalian boleh mengambil istifadah dan boleh juga menegur abumujahid dalam hal yang dikira salah dan bertentangan dengan usul aqidah mahupun syara'.

Moga tuan-tuan dan puan-puan mendapat barakah dari blog yang Naif dan dhaif ini. BarakaLLAHu fiikum.