...............................................

...............................................
الفقير إلى الله مسافر في أرض الله و سيروا على بركة الله

Al faqir ilaLLAH, Musafir fii ArdhiLLAH , Siiru 'ala BarakatiLLAH





Tuesday, June 30, 2009

2 hari setengah di hotel..


Malam tadi saya dan ustaz Nazri dr SMS Bangan Dato’ bersiar-siap di jalan Bukit BIntang. Selesai sahaja aktiviti mesy kul 1030 kami terus keluar berjalan menedut udara segar yang saya agak hampir 12 jam saya terkurung dalam bilik2 berhawa dingin.. seksanya..

Kami berjalan, banyak juga restoran2 arab dan makanan arab dijalan arab street dekat bkt bintang.. terliur juga nk makan tapi perut dah penuh dek makanan hotel yang kadang2 timbul was2 nk memakannya.. ALLAHu..

Masya ALLAH,


Saya rasa wah macam dok kat luar negara, nak kata kat Negara arab pun x juga.. sebab apa? Kat Bintang ni pelbagai bangsa kita dapat jmpe.. ada yang berbahasa arab( dengan pelbagai loghat), berbahasa cina, berbahasa melayu, berbahasa isyarat.. berbahasa bisik2 ( paham2 aje lah)

Oh Negaraku…

Abis lebur amal ibadat ku kat sini, baru 2 hari ½ kat sini pening kepala dibuatnya.. paling teruk cara pemakaian makhluk2 ALLAH kat sini.. x tak terpikir pun dek pikiran saya cara pemakaian depa ni.. ohhh ampunkan dosa-dosa hambamu ini..

وأتوب إليك من جميع المعاصى كلها والذنوب واللآثام , من الذنب اللذي أعلم ومن الذنب اللذي لا أعلم

Satu lagi..

Saya rasa macam serangan pun agak banyak kat sini.. saya maksudkan dari puak jin dan syaitan… yang boleh menangkis hanyalah Iman dan amal.. depan satu restoran saya diserang dengan serangan fizikal dari puak ini, terasa kepala macam dihentak.. tapi AlhamduliLLAH, dengan sedikit ilmu yang dipelajari serangan dapat ditangkis.. ALLAHu..


Siruu ‘ala Barakatillah..

Sunday, June 28, 2009

Malam di bukit....


Saya bertolak dari melaka ke KL untuk menghadiri mesyuarat di hotel federal pada pukul 12 30 td, sampai di Pudu pukul 230 ambil teksi.. ke hotel tersebut yang terletak di jalan bukit BIntang. terpaksa bermukin di situ selama 3 hari bermula 28-1 julai,


sampai di Hotel check in pukul 3, rehat2 dan makan petang dan malam, tepat pukul 830 ada taklimat dan perasmian. mlm kpukul 1030 baru selesai...


selepas itu saya dan beberapa orang ustaz, keluar berjalan2 di sekitar hotel sambil meninjau-ninjau di plaza Low yat.. masya ALLAH... begini rupanya kehidupan bkt bintang... nk kata teruk .. betullah teruk.. masing2 nk jadi beruk..x minat nk berpakaian lengkap.. semuanya dedah sana dedah sini..

kalaulah..


Iman dihati x kuat, pasti perkara-perkara mungkar dihadapan mata menjadi santapan mata dan fizikal.. betullah..betullah.. aku hambaMU yang sangat lemah lagi keldil..

betul orang kata..


mula saya gambarkan bagaiamana kehidupan warga kota.. setakat 2% saya tinjau malam ini sudah membuktikan... tadi ingat nk merayau lebih jauh dr jarak hotel federal... tapi entah kenapa hati rasa x sedap untuk terus melangkah..


jadi ..

ajak kawan terus masuk bilik .. rehat lagi baik.. boleh gak layan blog yang dah lama x terlayan.. dek kesibukan hidup bermasyarakat..


apapun ..

Ya ALLAH tetapkan hti hambaMU ini dalam mengharungi liku-liku yang mengelirukan di bandar KL ini.. ALLAHU

Malam esok misi seterusnya.. mengenali kehidupan warga Bukit Bintang.. jeng jeng jeng


يا مقلب القلوب ثبت قلوبنا علي دينك


Wednesday, June 24, 2009

Akukah Pesakit..??

نصائح للمرضى
النصائح العامة

Nasihati dirimu…

اعلم أخي /أختي في الله,

Jikalah berkumpul satu kumpulan untuk memberi mudarat(menyihir) kamu,menyakiti kamu..

Sebenarnya..

tidak sejengkalpun akan dapat memudaratkan kamu melainkan dengan izin dan ketentuan daripada ALLAH.


قال تعالى :" ومن يعش عن ذكري فإن له معيشية ضنكاً ونحشره يوم القيامة أعمى "

1. Kita mesti ingat bahawa kealpaan dan kelalaian kita kepada ALLAH merupakan asbab yang paling besar kenapa kita diganggu oleh syaitan dan jin.

قال تعالى :" ما أصابك من حسنة فمن الله وما أصابك من سيئة فمن نفسك "

2. Jika kita berterusan dalam kelalaian, jauh dari zikrullah nescaya akan dihampiri syaitan, malah kita kan mewarisi sifat ujub,sombong, buruk akhlak, hubbuddunya wa karahiyatul mau( cinta dunia dan bencikan kematian), tejebak dengan perbuatan maksiat serta akan lupa untuk bertaubat.


3. Jadi perkara awal yang mesti kita selesaikan ialah bertaubat serta berazam tidak kembali melakukan dosa-dosa besar spt derhaka pada ibubapa, memutuskan silaturahim, mengumpat, mencela, makan harta tanpa hak, mengamalkan riba, perbuatn zina, liwat lebih2 lagi kufur atau syirik dengan mengunjungi dukun, pawing, penyihir dan pengamal syirik dll والعياذ بالله


4. Perlu menjaga kefarduan solat, menghormati syiar Islam khususnya mudawamah( sentiasa) solat berjamaah bagi lelaki, puasa Ramadhan, zakat, haji serta kalau boleh perbanyakkan amalan sunat spt tilawatil Quran, sedekah dan solat2 sunat.


5. Berpakaian dengan pakaian syarie, serta jangan menrendahkan pemakaian yang menutup aurat. Kalau boleh jauhi diri daripada bergaul dengan orang yng boleh menjebakkan diri kita kepada corak pemakaian ala pencabul syariat ALLAH.


6. Bergantung harap kepada ALLAH semata-mata jika terkena gangguan-gangguan walaupun ia melibatkan manusia lain.


Insya ALLAH saya akan sambung pada post akan datang berkenaan nasihat Khas kepada pesakit, moga-moga apa yang saya paparkan ini dapat diambil istifadah oleh diri saya khususnya dan pembaca budiman semua.

Tuesday, June 23, 2009

Nasihatku buat diri..


نصائح للمعالجين

النصائح العامة : ( Nasihat Umum)


قال تعالى :" واتقوا يوماً ترجعون فيه إلى الله "صدق الله العظيم


Akhi dan ukhti fillah,


Saya mengingatkan diri saya terlebih dahulu kemudian kepada mereka yang ingin berjihad dijalan ALLAH dalam membanteras sihir dan gangguan2 supaya menagih pahala hanya dari ALLAH dan nasihatku:


1-Sahabat-sahabat yang ingin berjuang perlulah belajar ilmu rawatan dan beramal dengan perkara yang menjadikan takwa dengan I’tikad bahawa tiada musibah dan kejahatan kecuali dengan izin ALLAH. Semua ini mestilah dengan jalan berguru dengan guru yang syarie disamping tidak meninggalkan Al Quran dan sunnah.


2- Hendaklah berguru dengan guru yang diiktiraf mengikut akidah yang suci lagi mantap, juga guru yang berkhibrah(berpengalaman). Kerana jika tiada guru nescaya syaitanlah guru mereka.( من لا شيخ له فالشيطان شيخه) .


3- Sentiasa berada dalam keadaan perbuatan taat, zikir menjadi mainan bibir dan hati, dan perkukuhkan ibadat juga berada dalam keadaan muraqabatiLLAH:


بقوله تعالى :"الذين يخشون ربهم بالغيب لهم مغفرة وأجر كريم


4. Mencantas segala bentuk dosa dan maksiat, bertaubat dan beristighfar sentiasa.


5. Bertakwa kepada ALLAH merupakan asas (أهم أسباب توفيق الله سبحانه وتعالى لعبده) kerana orang yang mengenal ALLAH ketika senang nescaya ALLAH akan mengenal dia ketika susah. Jauhi daripada sifat2 fitnah, sombong, takabbur, tuduh menuduh, buruk akhlak dan yakin segala kesembuhan milik ALLAH.


النصائح الخاصة : ( Nasihat Khas)


1- Sentiasa solat fardhu berjamaah di Masjid


2- Amalkan zikir selepas subuh dan waktu petang, sebelum tidur doakan dipelihara diri dan keluarga.


3- Baca doa sebelum keluar rumah:

cth doa:

بسم الله آمنت بالله اعتصمت بالله توكلت على الله ولا حول ولا قوة إلا بالله العلي العظيم .”

اللهم مجري السحاب منزل الكتاب هازم الأحزاب اهزمهم وانصرنا عليهم .اللهم بك أصول وبك أجول وبك أقاتل


4- Memagar kawasan rawatan dari luar sebelu masuk dengan Ayatul kursi 7 kali atau lain2 husun.


5- Menjaga Rahsia penghuni rumah/ pesakit dan tidak menceritakan perihal pesakit sehingga datang aib atau merasa hebat dengan proses rawatan yang dijalankan.


6- Banyakkan pergantungan kepada ALLAH serta berdakwah agar pesakit lebih hampir kepada ALLAH dalam proses penyembuhan.



.

Sunday, June 21, 2009

Runtuhnya pagar itu



Alhamdulillah sekadar berkongsi sedikit info, semoga dapat dijadikan sempadan. Biasa kita dengar ‘pagar rumah’, maksud saya pagar rumah dr dimasuki gangguan-gangguan samada jin mahupun manusia. Biasa bagi kita dengar pagar dibuat dengan kaedah dan cara yang berbeza-beza. Cukup saya kongsi kaedah paling senang untuk diamalkan iaitu:

1.Berada di ruang tengah rumah dengan memberi inzar supaya semua jin yang berada dalam rumah keluar,

2. Kemudian azan sekurang2nya 3 kali dan

3. Seterusnya amalan pagar dengan membaca ayatul kursi untuk setiap bahagian rumah, depan, belakang, kiri, kanan bawah dah atas dengan niat untuk memagar rumah kita daripada gangguan manusia dan jin.

Insya ALLAH dengan keyakinan kepada ALLAH pagar itu akan sempurna jika diamalkan selalu pada waktu petang.



Masalah yang timbul tidak ramai yang tahu bahawa pagar itu akan runtuh jika kita tidak menjaga adab-adab dalam rumah tersebut. ‘Pagar rumah’ akan runtuh jika:

1. Penghuni rumah selalu melakukan maksiat.

2. Selalu mendengar muzik-muzik dan rancangan Tv yang melaghakan.

3. Rumah sunyi daripada zikruLLAH dan Bacaan Al Quran.

4. Pergaulan bebas dan tidak menutup aurat dikalangan bukan muhrim.

5. Masuk rumah tanpa memberi salam.

Susah-susah para mualij buat pagar rumah, tabur garamlah, sembur air lah, dan pelbagai kaedah ‘pagar rumah’, tup-tup semua yang dibuat menjadi Ghubar kaghubarishohra’ غبار كغبار الصحراء ( debu-debu).. disebabkan kejahilan kita sendiri..


Ohh malang sungguh jika berlaku perkara berikut..


Jadi jom kita perbaiki segala kelemahan kita supaya amal perbuatan kita soleh lagi musleh hatta dengan sendiri rumah2 kita menjadi kebal dengan segala hasanah dan ‘pagar rumah’ yang utuh daripada dimasuki oleh makhluk-makhluk yang x sepatutnya..

ALLAHu..

اللهم اهدنا الصراط المستقيم

Friday, June 19, 2009

Ohh Makanan



Makanan vs doa


Gerun rasanya, bila mengenangkan sekarang ni makanan yang kita makan dan makanan yang kita bagi pada anak-anak kita.. adakah halalan Thiyyiba..

bukan apa, makanan sebenarnya memberi kesan yang besar kepada penerimaan amal ibadat dan doa kita kepda ALLAh,


Pembaca budiman,


Hadis kesepuluh dalam himpunan hadis 40 Imam Nawawi bermaksud:

Dari Abu Hurairah r.a : Telah bersabda Rasulullah SAW : " Sesungguhnya Allah Ta'ala itu baik, dia tidak akan menerima melainkan yang baik sahaja. Dan sesungguhnya Allah telah memerintahkan kaum Mukminin sama sebagaimana Dia memerintahkan para Mursalin ( para Rasul ). Allah berfirman : ' Wahai para Rasul, makanlah dari yang baik-baik dan kerjakanlah amalan yang saleh. ' Dan Allah berfirman lagi : ' Wahai orang-orang yang beriman, makanlah dari makanan yang baik yang Kami berikan kepada kamu. ' Kemudian Rasulullah SAW mengisahkan tentang seorang lelaki yang telah belayar jauh. Rambutnya kusut, berdebu, mengangkat kedua belah tapak tangannya ke langit serta memohon : Ya Tuhanku ! Ya Tuhanku ! Sedangkan makanannya dari yang haram, minumannya dari yang haram dan pakaiannya dari yang haram, dan dia telah dikenyangkan dari sumber yang haram. Alangkah jauhnya dia ( doanya ) untuk dikabulkan. '


ALLAHU..


Betapa besarnya erti memilih makanan halalan Toyyiban.. kalau anda seorang mualij.. doalah sebanyak mana pun untuk kesembuhan pesakit tapi dalam masa sama terbias dengan makanan haram, Jauhnya doa kita daripada diQabulkan.

Kalau anda seorang pelajar, berbuih mulut berdoa, tapi makanan yang kita makan makanan syubhah, keropok2 x pasti status halal atau haram, macam mana ALLAH nk makbulkan??

Oh ya.. kalau siapa saja pun kita, tapi tidak menjaga asas makanan kita, sesungguhnya kita menghala ke arah kemuflisan dunia dan lebih muflis di akhirat.... Na’uzubiLLAH min zalik..

Masya ALLAH..

Teringat bicara sufi Ibrahim bin Adham bila ditanya kenapa doa tidak di makbulkan, beliau menjawab: Kerana hati kamu buta disebabkan sepuluh perkara:

  1. Kamu kenal ALLAH, tetapi kamu tidak tunaikan hakNya.
  2. Kamu sangka bahawa kamu cinta RasuluLLAH SAW, tetapi kamu tinggalkan Sunnahnya.
  3. Kamu telah membaca Al Quran, Tetapi kamu tidak beramal dengannya.
  4. Kamu telah makan ni’mat2 ALLAH, tetapi kamu tidak tunaikan syukurNya
  5. Kamu telah kata syaitan itu musuh kamu tetapi kamu tidak menentangnya.
  6. Kamu telah berkata bahawa syurga itu benar tetapi kamu tidak beramal untuknya.
  7. Kamu telah kata neraka itu benar, tetapi tidak pernah kamu usaha untuk lari daripadanya.
  8. Kamu telah kata mati itu benar tetapi kamu tidak bersedia untuk baginya.
  9. Kamu bangun drpd tidur lalu kamu ceritakan segala ke’aiban manusia tetapi kamu lupa ke’aiban kamu sendiri.
  10. Kamu kebumikan mayat2 manusia tetapi kamu tidak mengambil iktibar daripada mereka.

Ya ALLAH

Kami redha menjadi hambaMu, Engkau redhailah kami, kami berjalan di bumi Mu, Engkau berkatilah kami dengan Inayah dan HIdayahMU moga2 kami dan generasi kami tergolong dikalangan orang yang Berjaya..

Amin Ya Rabbal’alamin

Wednesday, June 17, 2009

SMS..



Semalam 2 sms daripada bekas pelajar saya mengajukan soalan berikut:

SMS 1: ust, ana nak mintak tolong n mintak pandangan ni, sedara saya sebelah ayah ada anak laki.. so baru2 ni ana dapat tahu dari sedara yang lain yang dekat dengan saudara tu bahawa anak dia mula bertukar ke arah keperempuanan..dia mula suntik n ada pay***** n dengar lagi yang budak ni nak lakukan pembedahan untuk buang Z***r.. dulu budak ni ustaz, dia betul2 laki. Tp tahun lepas gi umah dia majlis kawin.. dia pakai kebaya n bapak dia cakap ‘ ko kalau pakai baju kebaya jangan keluar untuk menolong2.’

SMS 2: Ko duduk dalam, so kat situ ustaz, dah nampak bapak dia macam tak ambil kisah langsung dengan perubahan anak dia yang sedang berubah ke arah keperempuanan.. so ana risaulah ustaz..ana rasa macam x berguna sebab tak dapat tolong n bagi nasihat, camana tu ustaz? ana dah cakap dengan mak ana.. mak ana kata ‘kita dah nasihat tetapi keluarga dia cakap sibuk2 je nak jaga tepi kain orang’, cam mana tu ustaz? Dah Nampak dunia sekarang dah nak kiamat..


ALLAHuakbar…

saya pelik dengan dunia hari ini, cerita-cerita begini sudah banyak episode kita dengar, sedangkan org yang cuba mengubah ciptaan ALLAH seperti cukur kening, botox, pembedahan plastic, dll lah sudah pun haram, kenapa kelakuan mengubah jantina ini masih berleluasa.. malah neraka menunggu mereka dengan laknat tuhan..

Masya ALLAH…


Saya agak ini semua disebabkan kita tidak mengenal siapa kita dan kenapa kita diciptakan…


Agak-agak pembaca lah siapa kita ini??


Firman Allah:


وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَالإنسَ إِلاّ لِيَعْبُدُونِ


Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu.
Itu lah kita hamba Allah yang disuruh berbuat ibadat bukan untuk berseronok-seronok sehingga lalai dengan perintah Allah.
Ingat lah kita akan menemui Allah dan kita akan ditanya apa yang kita telah lakukan didunia ini.

SubhanaLLAH…

اللهم اهدهم فإنهم قوم لا يعلمون

Tuesday, June 16, 2009

Jubah baru

Sejak cuti sekolah lepas lagi saya berangan nk beli jubah baru, warna pulak dalam hati rasa macam nk warna kecoklatan sikit, di Kelantan ketika meninjau-ninjau memilih jubah, semuanya x berkenan dihati, jadi pasrah saja, agaknya bukan rezeki saya

Malam tadi, guru saya Ust Wan telefon nk datang rumah, katanya ada hal, beliau telah menghadiahkan Jubah dengan warna yang saya cari-cari selama ini, Alhamdulillah, Allah membaca kehendak hati saya ini..

JazakaLLAH Khairal Jaza' atas hadiah yg bermakna buat saya..





Jubah yang dicari akhirnya sudah dimiliki.

.

Monday, June 15, 2009

Ohh hati


Berbicara pasal hati??

Ya…

Hati kita adalah merupakan tempat awal dan terakhir serangan jin dan syaitan,di sudut kecil bahagian tubuh kita ini lah bersarangnya penyakit2 yang dikenali penyakit Qalbu.. betul tak?

sebab apa saya kata begitu??

Cuba anda bayangkan apa perasaan kita bila kita mula hendak melakukan ibadat-ibadat, khususnya solat.. kita diserang supaya timbul dalam diri perasan was-was, ragu-ragu, khayal malah paling susah untuk kita dapat ialah mengawal hati supaya khusyuk.

Itu dalam bab solat..

Kalau kita beralih kepada dunia rawatan, agak2 pembaca lah, ada tak serangan daripada puak2 jan jin jun ni??

Sudah pasti ada kan..

Beberapa hari lepas, saya sempat berbual-bual dengan seorang ahli tarekat… dia menasihati saya supaya berhati-hati ketika merawat , khususnya bila kita selesai merawat atau kita berjaya megeluarkan gangguan daripada badan pesakit.. sudah pasti kita akan rasa ‘terangkat ‘ skit kerana kemampuan merawat kita itu??

Ohhh alangkah malangnya kita kata beliau… kita nak merawat tapi dalam masa yang sama kita telah menjadi pesakit… pesakit akidah pulak.. ni dah masuk kes nanya..ALLAHu..

Bukankah ria’, takabbur, sombong, ujub dll itu merupakan syirik khafi? Kan ke itu juga penyakit..

Masya ALLAH..

Pada mulanya saya menyangka beliau hanya nk merendah-rendahkan kerja-kerja merawat ni, tapi bila difikirkan kembali, AlhamduliLLAH, sebenarnya saya sedang menimba mutiara-mutiara ilmu bagi memperkemaskan dan memperkukuhkan aqidah saya bilamana saya merawat.

Tn dan puan pembaca yang dihormati,

Apa kata kita cuba mengkoreksi diri kita sokmo (selalu) supaya perjalanan yang kita lalui pada hari ini mendapat keberkatan dan dapat menangkis segala bentuk serangan serta tipu daya golongan jin dan syaitan terhadap diri kita. ALLAHu..

siruu 'ala barakatiLLAH

Para Pembaca budiman.

Blog abumujahid ini memaparkaan pandangan peribadi abumujahid. Segala yang dipaparkan akan dimuatkan sumber rujukan jika ia adalah daripada sumber tertentu. Moga-moga abumujahid dan pembaca sekalian boleh mengambil istifadah dan boleh juga menegur abumujahid dalam hal yang dikira salah dan bertentangan dengan usul aqidah mahupun syara'.

Moga tuan-tuan dan puan-puan mendapat barakah dari blog yang Naif dan dhaif ini. BarakaLLAHu fiikum.