...............................................

...............................................
الفقير إلى الله مسافر في أرض الله و سيروا على بركة الله

Al faqir ilaLLAH, Musafir fii ArdhiLLAH , Siiru 'ala BarakatiLLAH





Friday, December 16, 2016

Penghujung Manusia dengan Bekal

Assalamualaikum

Sobahalkhair... manusia kerapkali berpindah randah.. dari negeri ke negeri... dr rumah lama ke rumah baru.. dari tempat kerja ke tempat kerja yang lain... suka duka ditempuh...ada yg gembira dan ada yang duka..itu lumrah alam.

Ramai yg terleka dengan dunia perpindahan.... yg PASTI akan di rasai oleh semua yg hidup... yg baru akan menjadi lama... yg hidup pastinya akan merasai MATI.. inilah perpindahan yang jarang2 manusia fikirkan.. perpindahan ALAM... dari alam dunia ke alam akhirat..

Sudah pasti kita perlukan bekalan dalam perjalanan yg lebih berkali ganda jauh dan lama... bekalan untuk kemudahan perjalanan yg jauh ada macam2...tetapi bekalan yg  terbaik dan telahpun disebutkan dalam kitab AlQuran ialah TAQWA... adakah kita sudah bersiap siaga menambah bekalan ini???

Soalan ini hanya mampu dijawab oleh diri kita sendiri.. berdasarkan berapa banyak tadahan ilmu yg kita timba di dunia ini...

Justeru...utk bekalan perjalanan selepas alam dunia...kita perlu utk TAHU bagaimana ingin mendapatkan sebaik- baik bekalan... dan untuk tahu...kita kena belajar dan belajar... kemudian dengan TAHU..kita kena beramal dengan sebaiknya dicampur dengan lauk2 IKHLAS LILLAH TA'ALA..

Insya Allah sama2kita belajar dan beramal agar bekal TAQWA kita cukup utk perjalanan yg teramatt panjang di sana.

sekian

16/12/16
Kg Paya Rambai
Abumujahid

Thursday, May 12, 2016

Dunia terfitnah



Assalamualaikum

Dunia semakin terfitnah

hari demi hari fitnah di mana-mana

Kemajuan dan kepantasan berita hari ini juga membuahkan fitnah yang x berkesudahan.. anak-anak seawal mereka masih dibangku sekolah lagi... sudahpun terkena dengan fitnah yg berleluasa ini...

Gerangan talian whatAsp, wechat, facebook, telegram,intagram dan lain2 banyak sekali memberi impak negatif kepada anak2 di sekolah ...dan pada pendapat saya yang bekerjadi sekolah...penampakan kemerosotan akhlak pelajar adalah banyak berpunca kepada perkembangan globalisasi komunikasi sekarang

jagalah diri kita semua
jagalah anak2 generasi kita

sama2 kita kembali kepada dua perkara penting dikala dunia terfitnah...AL QURAN DAN SUNNAH RASULULLAH SAW


Saturday, January 30, 2016

UMUR TAUBAT KEMATIAN

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum

2 tahun bersawang lagi blog ini,... dalam masa yang sama umur Abumujahid semakin pendek. pejam celik sepanjang tempoh 2 tahun banyak peristiwa yang mengubah landskap kehidupan manusia..termasuk penulis sendiri..

Banyak sekali perubahan berlaku... tempat kerja pun dah bertukar ganti dari Mozac ke SMK St David.. yang x berubah adalah status bujang 3... alhamdulillah :) sebenarnya ada yang kita rancang... Allah telahpun merancang sebaik2 perancangan... sebab itulah kita perlu redha ...

Manusia....dari muda kepada semakin tua,.. dari banyak pahala dosa kepada semakin banyak atau berkurang... dari miskin kepda kaya atau sebaliknya.... yang pasti umur akan makin berkurang..

Umur..... berlari-lari ke garisan penamat... dalam masa yang sama pahala dan dosa bertambah berkurang atas tangan buat manusia itu sendiri.... kala pahala bertambah.. kala itu lah dekatnya manusia kepada Allah Azzawajalla.. rasa kemanisan beribadah...kala dosa mula menimbun.. maka kala itulah kita makin jauh dengan Dakapan Rahmat Allah..

Untungnya... kalau manusia tersedar sebelum garisan penamat hidupnya kelihatan...lantas berubah menjadi...

sebaik2 manusia yg berdosa dan 'asi adalah yg bertaubat
sebaik2 manusia yang lalai adalah manusia yg mendapat hidayah dan taufiq
sebaik2 manusia yg miskin adalah miskin dosa
sebaik2 manusia yg kaya adalah yang kaya dengan pahala dan inayah Allah SWT

mudah sekali jemari menaip bila idea yg bertahun sarat dikepala... x tahu nak sentuh topik apa.. tetapi topik TAUBAT  adalah topik yg x berkesudahan... kerana manusia sentiasa berbuat dosa..

dosa dengan ALLAH SWT
dosa sesama manusia
dosa dengan apa jua makhluk ALLAH SWT

Ya ALLAH.

Jangan lah Engkau ambil nyawa dan jasadku ini sehingga aku betul2 bersedia dengan amal soleh
Jangan lah Engkau ambil nyawa dan jasadku ini sehingga dosa zulumatku terhapus dengan taubat nasuha kepadaMU
Jangan lah Engkau ambil nyawa dan jasadku ini dikala amanahMu belum terlaksana
Jangan lah Engkau ambil nyawa dan jasadku ini dalam keadaan aku lalai dengan maksiat
Jangan lah Engkau ambil nyawa dan jasadku ini sebelum Engkau redhai aku sebagai hambaMu
Jangan lah Engkau ambil nyawa dan jasadku ini sebelum bibirku betul x lekang dengan menyebut rinduku padaMu dan kekasihMu

Ya ALLAH

Ampuni dosa-dosaku... dosa ibubapaku... dosa isteri dan anak2ku... dosa adik beradikku.. dosa keluarga2ku.. dosa sahabat2ku.. dosa semua kaum muslimin dan muslimat ...yang masih hidup mahupun yang sudah meninggalkan kami...

Pindahkan kami dr alam dunia ini dalam keadaan kami yng sudah bertaubat... dalam keadaan yg Engkau Redhai kami...

Allahumma Aamin


Para Pembaca budiman.

Blog abumujahid ini memaparkaan pandangan peribadi abumujahid. Segala yang dipaparkan akan dimuatkan sumber rujukan jika ia adalah daripada sumber tertentu. Moga-moga abumujahid dan pembaca sekalian boleh mengambil istifadah dan boleh juga menegur abumujahid dalam hal yang dikira salah dan bertentangan dengan usul aqidah mahupun syara'.

Moga tuan-tuan dan puan-puan mendapat barakah dari blog yang Naif dan dhaif ini. BarakaLLAHu fiikum.