...............................................

...............................................
الفقير إلى الله مسافر في أرض الله و سيروا على بركة الله

Al faqir ilaLLAH, Musafir fii ArdhiLLAH , Siiru 'ala BarakatiLLAH





Friday, June 19, 2009

Ohh Makanan



Makanan vs doa


Gerun rasanya, bila mengenangkan sekarang ni makanan yang kita makan dan makanan yang kita bagi pada anak-anak kita.. adakah halalan Thiyyiba..

bukan apa, makanan sebenarnya memberi kesan yang besar kepada penerimaan amal ibadat dan doa kita kepda ALLAh,


Pembaca budiman,


Hadis kesepuluh dalam himpunan hadis 40 Imam Nawawi bermaksud:

Dari Abu Hurairah r.a : Telah bersabda Rasulullah SAW : " Sesungguhnya Allah Ta'ala itu baik, dia tidak akan menerima melainkan yang baik sahaja. Dan sesungguhnya Allah telah memerintahkan kaum Mukminin sama sebagaimana Dia memerintahkan para Mursalin ( para Rasul ). Allah berfirman : ' Wahai para Rasul, makanlah dari yang baik-baik dan kerjakanlah amalan yang saleh. ' Dan Allah berfirman lagi : ' Wahai orang-orang yang beriman, makanlah dari makanan yang baik yang Kami berikan kepada kamu. ' Kemudian Rasulullah SAW mengisahkan tentang seorang lelaki yang telah belayar jauh. Rambutnya kusut, berdebu, mengangkat kedua belah tapak tangannya ke langit serta memohon : Ya Tuhanku ! Ya Tuhanku ! Sedangkan makanannya dari yang haram, minumannya dari yang haram dan pakaiannya dari yang haram, dan dia telah dikenyangkan dari sumber yang haram. Alangkah jauhnya dia ( doanya ) untuk dikabulkan. '


ALLAHU..


Betapa besarnya erti memilih makanan halalan Toyyiban.. kalau anda seorang mualij.. doalah sebanyak mana pun untuk kesembuhan pesakit tapi dalam masa sama terbias dengan makanan haram, Jauhnya doa kita daripada diQabulkan.

Kalau anda seorang pelajar, berbuih mulut berdoa, tapi makanan yang kita makan makanan syubhah, keropok2 x pasti status halal atau haram, macam mana ALLAH nk makbulkan??

Oh ya.. kalau siapa saja pun kita, tapi tidak menjaga asas makanan kita, sesungguhnya kita menghala ke arah kemuflisan dunia dan lebih muflis di akhirat.... Na’uzubiLLAH min zalik..

Masya ALLAH..

Teringat bicara sufi Ibrahim bin Adham bila ditanya kenapa doa tidak di makbulkan, beliau menjawab: Kerana hati kamu buta disebabkan sepuluh perkara:

  1. Kamu kenal ALLAH, tetapi kamu tidak tunaikan hakNya.
  2. Kamu sangka bahawa kamu cinta RasuluLLAH SAW, tetapi kamu tinggalkan Sunnahnya.
  3. Kamu telah membaca Al Quran, Tetapi kamu tidak beramal dengannya.
  4. Kamu telah makan ni’mat2 ALLAH, tetapi kamu tidak tunaikan syukurNya
  5. Kamu telah kata syaitan itu musuh kamu tetapi kamu tidak menentangnya.
  6. Kamu telah berkata bahawa syurga itu benar tetapi kamu tidak beramal untuknya.
  7. Kamu telah kata neraka itu benar, tetapi tidak pernah kamu usaha untuk lari daripadanya.
  8. Kamu telah kata mati itu benar tetapi kamu tidak bersedia untuk baginya.
  9. Kamu bangun drpd tidur lalu kamu ceritakan segala ke’aiban manusia tetapi kamu lupa ke’aiban kamu sendiri.
  10. Kamu kebumikan mayat2 manusia tetapi kamu tidak mengambil iktibar daripada mereka.

Ya ALLAH

Kami redha menjadi hambaMu, Engkau redhailah kami, kami berjalan di bumi Mu, Engkau berkatilah kami dengan Inayah dan HIdayahMU moga2 kami dan generasi kami tergolong dikalangan orang yang Berjaya..

Amin Ya Rabbal’alamin

No comments:

Post a Comment

Para Pembaca budiman.

Blog abumujahid ini memaparkaan pandangan peribadi abumujahid. Segala yang dipaparkan akan dimuatkan sumber rujukan jika ia adalah daripada sumber tertentu. Moga-moga abumujahid dan pembaca sekalian boleh mengambil istifadah dan boleh juga menegur abumujahid dalam hal yang dikira salah dan bertentangan dengan usul aqidah mahupun syara'.

Moga tuan-tuan dan puan-puan mendapat barakah dari blog yang Naif dan dhaif ini. BarakaLLAHu fiikum.