...............................................

...............................................
الفقير إلى الله مسافر في أرض الله و سيروا على بركة الله

Al faqir ilaLLAH, Musafir fii ArdhiLLAH , Siiru 'ala BarakatiLLAH





Thursday, November 29, 2012

WACANA ILMIAH HOMEOPATI 2012 di Kota Bharu Kelantan.


Assalamualaikum 

Berita menarik buat peminat kesihatan khasnya warga Kelantan serta warga luar Kelantan amnya . Satu kursus homeopati akan diadakan julung-julung kalinya pada tahun 2012 di Kota Bharu Kelantan. Rebutlah peluang yang berada dekat dengan anda.


WACANA ILMIAH HOMEOPATI 2012

Tajuk 1 :Pengenalan & Prinsip Asas Biokimestry Schuessler
Tajuk 2:  Asas Materia Medica  Homeopati



Tarikh: 10-12 Disember 2012

Waktu: 9.00 pagi - 5.00 petang
Tempat: Bilik Mesyuarat, Perpustakaan Awan Nur Az Zahra, Kota Bharu Kelantan. 


Pembimbing: Dr Abu Naim Kassan, D.Sc. BHMS, Dip. Biochemistry

(Nota, sijil, makan tengahari disediakan)



*Tajuk wajib diambil bagi yang belum/tidak hadir kuliah 28/11/2012 : Pengenalan, Prinsip dan Falsafah Homeopati ( sesi malam) –sila dapatkan info bagi yang berkenaan.

Siapa yang perlu hadir?
·   -Individu yang meminati ilmu dan kesihatan, khususnya yang berminat untuk menjadi pengamal/doktor perubatan homeopati.
·        - Ibu bapa yang mementingkan kesihatan diri dan keluarga.
·        - Wanita yang berminat untuk sihat.
·        - Lelaki yang prihatin tentang kesihatan.
·        - Graduan yang ingin menambah pengetahuan.
·        - Guru yang cinta akan ilmu.
·        - Kaunselor yang berminat  menambah ilmu dan maklumat.
·        - Pemimpin/ketua yang ingin masyarakatnya sihat dan sejahtera.
·         -Ketua jabatan/pengurus yang ingin pekerjanya sihat dan produktif.
·  -Pesakit-pesakit yang ingin mencari perubatan alternatif ATAU sudah “puas” berubat dengan cara tradisional/konvensional.
                                 
Jika berminat/ untuk keterangan selanjutnya sila hubungi urus setia dengan segera.   Yuran istemewa RM 250(jika daftar sebelum 5/12/2012). Yuran Biasa RM 500.

Jika berminat untuk hadir, sila hubungi 019-6879224 (Ustaz Al Azhar), untuk info yuran, dan pendaftaran.

Untuk mendaftar sila hantar Nama Penuh/ Ic ke no di atas.

Bagi Peserta dari luar Kelantan yang ingin menginap, boleh hubungi ustaz Al Azhar untuk tempahan penginapan.

 atau boleh terus menempah bilik dengan kadar RM 50 ( 2 org sebilik)/ RM 80 (4 org sebilik). hubungi AZ Guest House ( 0199580155).

AZ Guest House terletak 500 meter daripada perpustakaan Az Zahra.

Monday, November 26, 2012

Kursus Pengenalan dan Falsafah Homeopathy di Kelantan.

ASSALAMUALAIKUM

MAKLUMAT TERKINI DAN PENTING

Satu kursus akan dianjurkan di kelantan

Kursus Pendidikan kesihatan Melalui Perubatan Homeopati 
Disampai oleh : Dr Abu Naim bin Kassan (Perunding Perubatan (Homeopati), Adjunct Professor, LUI.
Pada : 28 /11 /2012 ( Rabu ini)
bertempat di: Perpustakaan Nur Azzahra ( Belakang Billion Kb Kelantan)
Insya Allah sijil penyertaan di sediakan

Bagi yang berminat untuk mengikuti satu kursus yg sangat berfaedah ini boleh beri nama pada saya  terus ke talian 019-6879224. Penyertaan terbuka kepada orang awam, student, guru2 dan sesiapa saja yang berminat mengetahui tentang Perubatan Homeopati.

Penyertaan diterima selewat2nya 27/11/2012.

Terima Kasih.

Sunday, November 11, 2012

Masih dibuka penyertaan..


Assalamualaikum...

Penyertaan Kursus di Kelantan setakat ini agak memberangsangkan.... Jesteru bagi tuan-tuan yang masih berminat menambah pengetahuan dalam bidang rawatan diri sendiri dan masyarakat dialukan mendaftar secepat mungkin bagi memudahkan pengurusan...  semoga amalan Rawatan yang diamalkan dalam masyarakat hari ini, selari dengan tuntutan Islam dan bebas daripada unsur2 syirik.. Sekian

Friday, November 2, 2012

Kursus Biokimia ( Homeopati)

Assalamualaikum...

Makluman kepada yang berminat menyertai /mengenali homeopati dengan lebih dekat... maka di petik dari FB Dr Abu Naim  bin Kassan ( http://www.facebook.com/#!/abunaim21?fref=ts)

 
Dr Abu Naim bin Kassan

Perunding Perubatan (Homeopati), Adjunct Professor, LUI.


 
"Atas permintaan pencinta-pecinta ilmu, suatu perkongsian sedikit ilmu dan pengalaman tentang Biokimia Schuessler dalam dunia kesihatan, maka
 
 Pada 10/11/2012 (Sabtu)
 Jam 8.30 pagi
 
akan diadakan
 
Wacana Ilmiah Biokimia Schuessler (schuessler t...issue salts)
 
di Dewan Seminar, Masjid KLIA, Sepang.
 
Untuk keterangan lanjut hubungi 017-3806207 (Sdr. Adib). Yang berminat, sila bca nota ini dahulu supaya mudah faham.. http://bachelorofhomeopathy.wordpress.com/dr-schuessler-tissue-salts/ "
 
Bagi yang berkesempatan untuk menyertainya sangatlah dialu-alukan.. moga-moga perkembangan ilmu Perubatan yang berasaskan sains dan seni ini difahami sebagai satu bidang ilmu perubatan yang diterima pakai dalam keluarga kita semua.
 
Sekian Maklumat dari abumujahid.
 
Wassalam

Sunday, October 7, 2012

Seminar di Kelantan Disember 2012

Assalamualaikum

Moga kalian semua dibawah rahmat ALLAH SWT....

Sebagaimana yang dijanjikan untuk pengiklanan Seminar di Kelantan Chermin Mekah/Serambi Mekah..


Tajuk : Seminar Pengubatan Islam – Sihir &Saka

Tarikh : 15hb Dis 2012 (Sabtu)

Tempat : Dewan Kuliah , Perpustakaan Dar Nur Az Zahra, Kota Bharu Kelantan

Masa : 8.30am – 5.0pm

Yuran : RM 90 – Nota, Jamuan & Sijil

Perhubungan : Sila berhubung dengan urusetia – 0196879224 ( Ustaz Al Azhar Abdul Aziz)
0197584212 ( Ustaz Suriandi )
0138211714 ( En Al Aiman Dollah)


 Antara pengisian yang akan dikongsikan pada hari kursus adalah berikut, InsyaALLAH:
1) Amalan-amalan yang berkaitan dalam perawatan. (Persediaan perawat)
a) Amalan asas perawat
b) Risiko perawat
c) Pagar rumah


2) Pendedahan jenis-jenis sihir dan 'permainan' pengamal-pengamal sihir. 

a) Sihir campurlibat jin
b) Sihir tanpa campurlibat jin
c) Saka & Pengaruhnya dalam masyarakat

3) Berkongsi kaedah-kaedah khusus dalam merawat sihir,  antaranya:
 

a) Kaedah Rawatan Sihir
b) Kaedah lupus susuk atau buang susuk
c) Kaedah Pecah Busung
d) Dan lain-lain kaedah yang berkaitan.

4) Pengijazahan amalan. 
a) Amalan Benteng Diri & Kaedah Rawatan
b) 7 Salamun Hayy
c) Amalan Kerezekian
d) Doa Nur

pendaftaran taip : nama/ic/seminarTIAFKB hantar ke 0196879224 
@
Mesej ke Facebook : Abumujahid Al Kelantani

Sekian Wassalam

Tuesday, September 25, 2012

AlhamduliLLAH.. makin ramai memilih jalan ini..

BissmiLLAH bibarakatiLLAHi abda u

AlhamduliLLAH wassyukru liLLAH.. segala pujian kepadaNYA jua.. Selawat dan salam buat Junjungan Besar RasuluLLAH SAW.

Sebulan meninggalkan blog dek kemudahan FB Mobile menyebabkan berkurang penggunaan Internet.. terciptalah leka  dengan tugas dakwah bilwasilah al hadithah...

Sebenarnya akhir-akhir ini para asatizah, para tobib, para mualij, para perawat.. sudah mula berkesedaran menyampaikan dakwah melalui thoriqoh mu'alajah. maka bermulalah kemunculan darul2, pusat2 Terapi.. yg memperkenalkan kaedah rawatan masing2 yg berlandaskan kebenaran. ApaBila Islam diletakkan dihadapan sebagai hadaf dan matlamat.. selagi segala rawatan yg diamalkan liLLAH.. dan syariah islamiyyah serta 'aqidah ahli sunnah wal jamaah menjadi landasan.. Insya ALLAH didoakan maqbul disisi Yang Maha Pencipta...

Tuan-tuan yang dihormati,

Perubatan Islam yg didokong haruslah tidak terlalu sempit.. sekadar merawat dan mengubat penyakit-penyakit gangguan jin mahupun syaitan sahaja.. bahkan ianya hanya sebahagian daripada perubatan Islam itu sendiri... Jika dirujuk buku-buku karangan ulama terdahulu berkaitan TiBB Nabawiyy.. kita akan melihat perbincangan awal adalah berkaitaan dengan konsep menjaga kesihatan fizikal... jesteru kita semua pernah mendengar pepatah ' Al 'Aqlus salim fi jismis salim'..

yakni

Apabila jasad dan tubuh badan sihat... nescaya hukum alamnya.. akal juga akan sihat.. bila kedua2nya sihat bebaslah manusia dari kesakitan...

Jin dan Syaitan kerapkali menggunakan modus operasinya yg sama iaitu menyerang fizikal yg mmg sudah tidak sihat untuk menguasai minda manusia.. lantas berlakulah sakit kepada manusia tersebut..

Maka, sebagai perawat hebat, tobib super.. mahupun ustaz power... konsep berhati2 supaya tidak memandang segala sakit gangguan jin datangnya dari jin itu sendiri.. bahkan.. sebelum kedatangan jin mmg sudah ada penyakit fizikal yang sudah bertapak dalam badan manusia disebabkan corak pemakanan dan kehidupan manusia itu sendiri..

Harus juga dinilai,, bahwa segala penyakit gangguan tidak semuanya datang daripada penyebab wal asbab iaitu jin atau syaitan... tetapi banyak sekali terjadi disebabkan 'hallah nafsiah', 'ain' dan 'kaffarah'.. Jin dan Syaitan yg mmg sudah lama beroperasi dengan tugasnya untuk membawa manusia syirik dan sesat sudah tentu tidak akan melepaskan peluang keemasan di atas kelemahan manusia ini.

Tuan-tuan yang dikasihi fiLLAH wa liLLAH,

Tangan ini masih gatal untuk menulis.. tetapi cukuplah disini dek keterbatasan ilmu.. khuatir catatan yg dibuat tidak soheh dan tepat. Biarlah ia setakat peringatan buat diri yg jahil ini.. dan sentuhan ukhuwwah buat sahabat2 daei diluar sana...

Akhir kata.. doakan ketuan Islam akan tertegak di tanah melayu khasnya.. dan di dunia amnya.. BarakaLLAHu fiinaa wa lakum..

Wassalamualaikum..

Thursday, August 2, 2012

Bahasa ALLAH SWT buat hambaNYA

Assalamualaikum

Alhamdulillah diberi nafas dan kehidupan oleh ALLLAH SWT, Tuhan Pencipta alam sejagat... sisa dan baki kehidupan abumujahid di dunia ini masih berpeluang menemui Ramadhan Al Karim kali ke 33 dalam hidup ini... moga-moga dipanjangkan usia untuk menjadi hamba ALLAH SWT yang taat dan patuh.. Insya ALLAH SWT.

Selawat dan salam buat Junjungan Besar Nabi Muhammad Maulana SAW... kerinduan demi kerinduan bagai merobek hati nurani ini.. tatkala mengingatimu, hangatnya perasaan rindu ini yg belum pernah melihatmu ya RasulaLLAH......tapi dikala mengingatimu terasa dekat denganmu Ya RasulaLLAH SAW...

Saudara, Tuan puan yang dirahmati ALLAH SWT,

 Indahnya pagi ini... pagi Ramadhan ke 13 menurut pandangan ahli Falak Malaysia... malam ini malam Jumaat.. bulan menunjukkan malam ini insya ALLAH malam ke 15 buat abumujahid... purnamanya menyinari makhluk ALLAH dibumi ini... Insya ALLAH ..

Kita makhluknya x lekang berdoa... bermunajat padaNYA di bulan Ramadhan yang mulia ini.. meminta itu dan ini kepada ALLAH SWT.. kerna kita yakin dengan JanjiNYA.. ud'uu ni astajib lakum... "berdoalah kalian daripada kamu kepadaKU, nescaya akan ku Makbulkan permohonanmu itu" Justeru.. kita terus menerus memohon...AlhamduliLLAH atas kesedaran itu...

Tetapi berapa ramai kita terkesan dengan Bahasa ALLAH SWT buat hambaNYA?

Dikalangan kita ada yang miskin.... dan berusaha untuن kaya.. tetapi masih juga miskin.. kenapa? adakah ALLAH itu zalim? pasti sekali jawapannya TIDAK... ALLAH Maha Adil.. tapi kenapa begitu?

Dikalangan kita ada yang mempunyai anak yg nakal dan degil.. sedangkan kita sudah mengasuhnya dengan begitu baik.. menghantar anak-anak ke sekolah, menghantar ke kelas agama... hafal Quran.. nasihati anak2 .. tetapi mereka tidak berubah... kenapa begitu??

Dikalangan kita ada yang ditimpa kesakitan atau masalah2 ... sedang dalam masa yang sama kitalah orang yang menjaga kesihatan... planning itu dan ini.. tetapi masih sakit.. masih bermasalah... kenapa begitu??

Tuan2 dan puan2..

Sedarkah kita dikala peristiwa-peristiwa yang berlaku dalam hidup kita .. sebenarnya mengandungi Bahasa ALLAH SWT untuk hambaNYA..

ALLAH SWT ingin gambarkan kepada kita tentang 'DIAlah yang menguasai sesuatu... DIAlah yang merencanai sesuatu..DIAlah yang mengatur sesuatu...

Sedang kita hambaNYA yang selalu mempersoal perancangan dan percaturan ALLAH SWT...

Sedarlah wahai diri... ALLAH mengatur kehidupan kita supaya kita yakin kita adalah makhluk dan DIA adalah TUHAN... segala yang berlaku adalah ketentuanNYA... Dia berkuasa.. DIA juga yang Mendengar.. Dia Juga Yang Maha Mengubah..

Justeru itu... kita sebagai hambaNya patut merasa malu dengan mengaku kita perancang... kita yang buat itu dan ini... sedangkan kita hanyalah makhluk yang perlu patuh pada KetentuannNYA...

Ya ALLAH .. betapa banyaknya hambaMu ini tersasar... Ya ALLAH TUHANku dan Tuhan Sekalian alam... Tanpa kekuatanMU aku lemah... tanpa keizinanMU jua aku tidak menjadi seperti sekarang.. kepada  ENGKAULAH  ku serahkan hidup ini.. Bantulah hambaMU yang doif ini.. agar menjalani kehidupan di bulan Ramadhan ini dengan ketaatan dan kepatuhan kepadaMU..

Rabbi Yassir wala t'assir...
لاحول ولا قوة إلا بالله العلي العظيىم


Sunday, July 15, 2012

Ramai yg gagal ke peringkat ketiga..

بسم الله الرحمن الرحيم

 وبه نستعين ونحمده سبحانه وتعالى جل وجلاله وكماله وجماله
وصلى الله عليه وعلى آله وأصحابه الاكرمين


أما بعد

يا أيها الذين آمنوا

كتب عليكم الصيام كما كتب على الذين من قبلكم
لعلكم تتقون



Bersyukur pada ALLAH SWT.. yang memberi ruang dan waktu untuk abumujahid terus menari-narikan jemari kurniaanNYA ini ... Juga selawat buat Junjungan Besar RasuluLLAH SAW... kerana tanpanya kita tidak mengenal iman malah jauh sekali taqwa....
Kesempatan ini ingin sekali abumjahid berkongsi sedikit kefahaman tentang ayat 183 surah Al Baqarah di atas, moga kita dapat mengambil i'tibar darinya.
Tingal kurang seminggu kita akan menyambut kedatangan bulan Mulia.. Ramadhan Al Mubarak.. tetapi sudah berapa ramai dikalagan kita yang mula mempersiapkan diri menghadapinya... kita seringkali cepat membuat persiapan untuk sambutan majlis2 dunia.. tapi jarang yang bersedia menyambut majlis2 akhirat.. subhanaLLAH...
Tuan puan sidang pembaca budiman,
Jesteru, Firman ALLAH SWT dalam ayat di atas mengandungi 3 pecahan penting.. dan daripada pecahan-pecahan penting di atas.. jarang manusia menggapai tahan ketiga dari pecahan tersebut..  kenapa???


Inilah persolan penting yang ingin abumujahid berceloteh berkenaannya... Pada pecahan pertama.. ayat ini sebenarnya sudahpun menggambarkan kepada perkara besar, perkara yang melibatkan aqidah kita kerana ayat ini tujunnya adalah ditujukan kepada golongan yang beriman.. Ketika inilah kita lihat.,.. sentuhan ILAHI yang sangat lemah lembut menegur .. manusia... walau betapa banyaknya dosa manusia.. ALLAH masih berlembut .. sangat2 friendly reminder mengingatkan manusia dengan pangilan dan teguran ...


Jika org yang berpuasa dibulan Ramadhan ini tidak beriman, atau kurang beriman, atau ambil sedikit untuk beriman dan buang sedikit keimanannya.. maka bagaimana dia hendak meneruskan kepada langkah ayat kedua?? Contoh mudah... seseorang berpuasa tetapi tidak solat.. seseorang berpuasa tetapi auratnya tidak dipeliha dengan sempurna... seseorang berpuasa tetapi masih menolak hudud... apakah sempurna kehendak ayat



يا أيها الذين آمنوا
‘Wahai orang-orang yang beriman..’


Jikalau tidak sempurna manusia itu beriman yakni aqidahnya belum kukuh.. maka kita perlu bersedia mengukuhkan aqidah kita dengan belajar... memahami ilmu aqidah beserta dengan mengamalkannya.


Setelah berjaya melepasi pecahan pertama, manusia akan memasuki fasa ‘beramal di bulan puasa’. Ketika ini lagi ramai yang tersungkur.. atau tewas dek godaan nafsu. Kita berpusa sekadar menahan lapar dan dahaga atau berpuasa anggota zahir dan batin?.. atau macamana.? Ketika ini lah manusia berpuasa.. tetapi puasanya hanya meberi kesan lapar dan dahaga sahaja..
 
 

Kita boleh pandang sekeliling kita. Ramai sekali yang tidak menutup aurat semasa Ramadhan.. mereka membutakan diri mereka atau mereka telah dibutakan ALLAH dr hidayah?? NauzubiLLAH min zalik..


 
Contoh lagi... perihal makanan.. kita galakkan pembaziran.. sedangkan org2 yang membazir itu saudaranya syaiton..pemborosan di Bulan Ramadhan kerapkali berlaku.. beli makanan banyak2.. last2 tidak dimakan.. membazir.. bagaimana mungkin puasa kita melepasi tahap kedua ini?? Mustahil berlaku bukan?


Adapun puasa yg sebenarnya kita menjaga daripada makan dan minum disiang hari.. menundukkan pndangan mata dr melihat maksiat.. menjaga munajat hati... berbuka dengan makanan anjuran sunnah RasuluLLAH SAW... tidak terlalu kenyang bagi memudahkan amal ibadah di malam hari...dll


Kalau nak dihitung kaedah puasa sebenar rasanya tidak sesuai untuk post kali ini.

Kemudian...

 
Jika Berjaya melepasi tahap pertama dan kedua dr ayat 183 diatas.. maka barulah ALLAH SWT menyebut :



لعلكم تتقون
‘mudah-mudahan kamu bertaqwa’

Perkataan mudah-mudahan disini boleh disimpulkan dengan boleh jadi ya.. boleh jadi tidak. Yakni tidak semua org boleh mendapat TAQWA kecuali setelah mereka melepasi tahap pertama dan kedua drpd ayat di atas.



والله المستعان على ما يصفون ونقول:
  أستغفر الله العظيم على ما فعلنا نعلم وما لم نعلم

والسلام عليكم

SALAM RAMADHAN… RAMADHAN KAREEM ..
RAMADHAN MUBARAK…

Monday, June 18, 2012

Perkongsian bekam Asas dan Praktikal.

Assalamualaikum

Sudah lama tidak mengupdate blog dek kesibukan bercuti di Kelantan dan selepas bercuti pulak disibukkan dengan kerja2 sekolah... terbaharu kelahiran anak ke 6...

Setelah menangguhkan beberapa kali.. akhirnya setelah ditanya berkali-kali oleh sahabat yang ingin belajar berbekam. dengan ini abumujahid meletakkan mewar-warkan masa dan tarikh Perkongsian ilmu bekam asas dan praktikal secara intensif.

Tarikh : 30 Jun 2012
Waktu : 9.00 pagi- 1.00 petang
Tempat : Di Telok Mas Melaka ( Pusat Terapi Islam Al Fatah)
Yuran : RM 120 ( Termasuk makan tengahari/Nota dan Sijil)
20% daripada yuran akan disumbangkan kepada Pembaikpulihan Pusat PTIAFM insya ALLAH.

Penyertaan terbuka kepada sesiapa yg berminat sahaja.

Alat-alat bekam boleh ditempah mulai sekarang..

12 cup Kangzu RM 120
12 cup ABC RM 40

Pen bekam akan diberitahu kemudian..

Untuk penyertaan/pertanyaan boleh SMS Bekam/30 Jun/Nama penuh/Ic ke no 0196879224.

Sekian dulu untuk kali ini.



Wednesday, May 9, 2012

Program PTIAFM Zon Selatan ....makluman

Assalamualaikum

Syabas Abumujahid ucapkan kepada SU PTIAFM Zon Selatan Ustaz Suriandi kerana berusaha menganjurkan Program Rawatan & Diagnos Percuma di Melaka. Ia adalah program dwi bulanan di Melaka. Untuk menyebar faham kaedah rawatan yang diamalkan di bawah PTIAFM.

Sekadar menyampaikan maklumat program.

Akan diadakan setiap JUMAAT PERTAMA dan JUMAAT KETIGA setiap bulan
Waktu 5-7 petang dan 9-11 malam

atau boleh rujuk iklan dibawah:



Sekian wassalam

Sunday, May 6, 2012

Kursus Asas Homeopati akan dianjurkan...

WACANA ILMIAH HOMEOPATI 2012

(PENGENALAN & PRINSIP PERUBATAN HOMEOPATI)

PENGENALAN

Kesihatan ialah anugerah dan nikmat Allah yang paling berharga. Manakala kesihatan dan perubatan memang suatu hal yang tidak dapat dipisahkan dalam kehidupan manusia bernula dari lahir hinggalah ke hujung hayat. Kini, ilmu perubatan kian berkembang sehinggalah wujudnya pelbagai sistem, kaedah, pendekatan,dan ubat-ubatan yang kadangkala menjadikan kita keliru dan ketinggalan zaman. Dalam penemuan, perkembangan, dan kemajuan ilmu perubatan itu, perubatan homeopati adalah antara kaedah perubatan alternatif/ komplementari yang terbesar dan semakin mendapat tempat dan pengiktirafan oleh pihak yang berkenaan, termasuklah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). Banyak penyakit yang tidak mampu diubati dengan cara tradisional dan konvensional dapat diatasi dengan perubatan homeopati. Banyak institusi pengajian tinggi di dalam dan di luar negara yang menawarkan kursus perubatan homeopati sehingga peringkat ijazah. Namun, masih terlalu ramai rakyat Malaysia yang tidak mengenalinya, malah tersalah maklumat tentang homeopathy sehingga menganggapnya sebagai perubatan tradisional, mistik, atau herba.


OBJEKTIF

1. Mendedahkan peserta tentang konsep, prinsip dan falsafah homeopati dan kaitannya dengan kehidupan manusia dari aspek fizikal dan mental.

2. Menjelaskan persamaan dan perbezaan homeopati dengan perubatan-perubatan yang lain.

3. Mendedahkan remedi (ubat) homeopati boleh digunakan bukan hanya untuk penyakit atau masalah fizikal, tetapi juga untuk merawat masalah mental.

4. Memberikan peluang kepada masyarakat untuk menilai dan memilih kaedah perubatan dan penjagaan kesihatan yang sesuai dan terbaik untuk mereka.

5. Mendedahkan maklumat yang tepat dan terkini kepada guru, ibu bapa dan masyarakat tentang homeopati, khususnya homeopati tulen.

6. Mendedahkan ilmu homeopati kepada sesiapa yang berminat, khususnya yang bercita-cita menjadi pengamal (doktor) homeopati atau pembantu doktor homeopati.


Tarikh :   2012 (SABTU)-belum ditetapkan tarikh sehingga peserta minimum 15 orang.

Masa : 9.00 pagi - 4.00 petang

Tempat Melaka ( Akan ditetapkan kemudian)

Dr (H) Abu Naim Kassan, DSc (Hom)

Urus Setia : 019-6879224( sila sms/ hubungi jika berminat)
Bayaran : Anggaran RM120 sahaja (nota, sijil & makan disediakan)

 

SSIAPA YANG PERLU HADIR?

· Individu yang meminati ilmu dan kesihatan, khususnya yang berminat untuk menjadi pengamal/doktor perubatan homeopati.

· Ibu bapa yang mementingkan kesihatan diri dan keluarga.

· Wanita yang berminat untuk sihat.

· Lelaki yang prihatin tentang kesihatan.

· Graduan yang ingin menambah pengetahuan.

· Guru yang cinta akan ilmu.

· Kaunselor yang berminat menambah ilmu dan maklumat.

· Pemimpin/ketua yang ingin masyarakatnya sihat dan sejahtera.

· Ketua jabatan/pengurus yang ingin pekerjanya sihat dan produktif.

· Pesakit-pesakit yang ingin mencari perubatan alternatif ATAU sudah “puas” berubat dengan cara tradisional/konvensional.


 
ANTARA INSTITUSI PENGAJIAN YANG MENAWARKAN KURSUS

IJAZAH PERUBATAN HOMEOPATHY (BHMS)

Cyberjaya University College of Medical & Science (Malaysia); Lincolnshire University International (USA)

Monday, April 30, 2012

Sukarnya Ruh Keluar .. jika kita mengikat diri dengan dunia

Assalamulaikum..

Segala pujian bagi ALLAH SWT yang menciptakan hidup dan mati kepada manusia. Maka beruntunglah mereka yang mati dan pergi bertemu denganNYA dalam keadaan diredhai ALLAH SWT.
Seringkali kematian yang berlaku didepan mata kita memberi peringatan kepada kita bahawa suatu hari nanti kita jua akan berhadapan dengan kiamat kecil ini. Bersedia atau tidak saja yanag menjadi penentunya.

Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati,

Semalam abumujahid dihubungi seseorang  meminta tolong untuk tengok-tengokkan  datuknya yang 'nk pergi tapi x pergi2'. seminggu dalam keadaan nazak. Abumujahid sebolehnya mengelak dengan memberi amalan2 dan petua untuk diamalkan oleh keluarganya. Tapi selepas maghrib semalam sekali lagi cucunya menelefon untuk membawa ke rumah aatuknya di Gangsa, Melaka.

Selepas solat Isya di masjid Bukit Katil. Cucunya sudahpun menanti di perkarangan masjid. Bertolak dan sampai sekitar jam 9.30 mlm. Keadaan datukknya yang terketar2 badan, dan amat uzur dengan badan cengkung .. berusia lingkungan 90 tahun.. keadaannya begitu sangat memberi keinsafan kepada abumujahid.

Terfikir apa sebabnya dan kenapa terjadi keadaan begitu? Abumujahid memohon petunjuk ALLAH SWT dan memohon untuk dipermudahkan urusan si Datuk yang nk pergi tetapi tersekat dek mungkin disebabkan amalan2 keduniaan.

Sebenarnya secara umum amalan keduniaan ini terlalu banyak yang boleh menyebabkan perjalanan keluar ruh tersekat atau terbantut. Walaupun semua yang berlaku juga sebenarnya petunjuk dan amaran ALLAH SWT kepada mannusia yanag hidup dan melihat.

Antara yang pernah abumujahid sebutkan ialah masalah yang disebabkan Uri, dan boleh jadi juga banyak yang kita dengar ialah disebabkan pemakaian susuk. tak kurang juga yang'memelihara'.

Apapun asbab tersekat ruh untuk keluar memang banyak. tetapi secara mudah nya.. kita sebagai manusia yang melihat. hendaklah banyak berfikir dan berikhtiar untuk bebas diri kita daripada amalan-amalan yang akan menyeksa sipengamalnya semasa mengadap sakratul maut...

Setelah didoakan dengan doa-doa selamat dan juga doa untuk dipermudah dan diurai segala kekusutan... abumujahid pada keesokan paginya disms oleh cucunya... bahawa datuknya telah pergi menemui Rabbul Jaalil sekitar jam 2.30 pagi.

Itulah keagungan ALLAH SWT dan kasih sayang ALLAH SWT.. dalam keadaan hambaNYA yang banyak melakukan dosa ini... masih ada lagi ruang untuk menerima doa daripada hambaNYA ini...  terharu  mengingatkan keadaan ini..

SubhanaLLAH... Masya ALLAH.. segala yang berlaku adalah milik dan ketentuan dariNYA... terkedu abumujahid mengenangkannya... moga-moga ALLAH mengampunkan dosa-dosa abumujahid dan hamba-hambaNYA di dunia sebelum tiba dan sampai seruan sakratul maut. Amin ya RABB..

wasolaLLAHu 'ala saidina wahabibina wa Syafi'ina Muhammad SAW...

Wassalamualaikum...


Saturday, April 21, 2012

Jadikan kerja harianmu sebagai sejadah...

Assalamualaikum

AlhamduliLLAH thummalHamduliLLAH... baru sekejap abumujahid mengadap satu coretan perkongsian yang penuh makna dan berselirat dengan pengharapan.. blog al Fadhil Ustaz Wan Asrol amat dalam maknanya walaupun ia disuratkan dalam posting disini .. moga diberi rahmat dan inayah buat Tuan Al Fadhil..

Kesibukan sekolah membuatkan terleka sekejap dengan aktivirti berpersatuan.. insya ALLAH dalam proses membentuk  Draf Lajnah ... date line 30 Mei.. abumujahid tersangat jahil about Lujnah yang dipertanggungjawabkan... tetapi dengan kepercayaan dr semua ahli.. beserta bantuan sahabat2 dan AJK yang arif lagi bijaksana.. insya ALLAH moga-moga dipermudahkan urusan pembentukan awal Draf Lujnah..

Tuan-tuan dan puan-puan... berbalik kepada tajuk, pagi tadi terdengar bicara di IKIM semasa menghantar anak ke Masjid Al Azim dan satu istilah yang sangat menarik pandangan abumujahid ialah.. Jadikan tempat kerjamu sebagai sejadah... cantik sungguh ayat ni bukan... kenapa pula sebagai sejadah?

Sebenarnya di atas  sejadah biasanya amalan solat didirikan.. jadi makna ringkas yang abumujahid boleh coretkan disini, dengan solat yang khusyuk, dengan pandangan mata fokus kepada tempat sujud.. anggota tidak berpaling dari kiblat yang satu dan paling mustahak hati tidak lalai mengingati ALLAH.. di keluarkan dalam kehidupan harian termasuk di tempat kerja dan dimana jua..

Dari sinilah konsep jadikan tempat kerja sebagai sejadah. Fokus pada pekerjaan dengan niat amalan kerana ALLAH... semasa kerja.. walaupaun anggota badan bergerak melakukan kerja tetapi fokus hati adalah dengan zikruLLAH... SubhanaLLAH.. kalau itu yang mampu kita lakukan.. maka dekatlah kita dengan ALLAH SWT.. jauhlah kita dari melakukan keburukan dunia dan akhirat..

Jadi apa salahnya konsep ini kita cuba bawa dalam kehidupan harian kita.. Insya ALLAH.. moga keberkatan hidup menyelubungin diri kita semua.. amin Ya RABB...

berundur diri dahulu

Wassalam

Monday, April 16, 2012

Promosi BRAIN TONIC sehingga JUN 2012

Assalamaulaikum..

BRAIN TONIC adalah satu Remedi Homeopati yang bertindak secara semulajadi meningkatkan daya kekuatan daya ingatan dan antibodi dalam badan manusia. Jadi;
Antara Khasiat BRAIN TONIC ( BiizniLLAH)

1. Mengaktifkan daya fikir.
2. Mengilangkan perasaan takut, malas, bimbang serta meningkatkan ketenangan diri.
3. Membantu menguatkan tulang yang lemah. Fizikal sihat.
4. Menghilangkan keletihan saraf akibat belajar dan bekerja.
5. Merangsang pengaliran darah dengan lebih stabil.


Tawaran promosi dengan harga di atas ini hanya sah sehingga 15 Jun 2012. Pembelian BRAIN TONIC yang melebihi 10 botol akan mendapat diskaun 10%.



1 Botol kecil RM 8
Jika dimakan 1 biji 2 X sehari dapat bertahan sehingga 2 minggu
Jika dimakan 1 biji 3 X sehari dapat bertahan sehingg 12 hari.
 bilangan dos bergantung kepada usia
1 Botol Besar RM 15
Jika dimakan 1 biji 2 X sehari dapat bertahan sehingga sebulan
Jika dimakan 1 biji 3 X sehari dapat bertahan sehingg 20 hari.
bilangan dos bergantung kepada usia
* Cara pengambilan dos akan diberitahu.

Jika pembelian melebihi 10 botol kecil maka akan diberikan diskaun 10%.
Harga untuk Pos laju (RM 5 @ bergantung kepada berat) akan dikenakan jika pembeli berada di luar Melaka.


Selepas tarikh di atas.. harga sebotol akan berubah.

 Bagi mereka yang berminat boleh hubungi abumujahid di talian 0196879224 . Sebarang pertanyaan boleh diajukan melalui sms atau panggilan.

Wassalam

Thursday, April 12, 2012

Asas Homeopati dan ' BRAIN TONIC'

Assalamualaikum

AlhamduliLLAH dengan limpah kurniaNYA masih diberi kekuatan abumujahid menitipkan perkongsian khasnya untuk memantapkan lagi diari kehidupan ruang dan masa abumujahid sebagai penuntut ilmu ALLAH yang maha luas..

Pada malam yg berbahagia ini ingin abumujahid menarik sidang pembaca budiman menyelami sedikit berkenaan ilmu rawatan homeopati secara asasnya.



Dalam buku '103 PENYAKIT DENGAN RAWATAN HOMEOPATHY DI HUJUNG JARI ANDA' Penulisnya menukilkan dimana sistem Homeopati memberi rawatan mengikut simyom, bukan kepada penyakit. Sasaran homeopati ialah memberi kekuatan kepada sistem dalam badan manusia untuk melawan penyakit. Sama sekali berbeza dengan kaedah rawatan Alopathy. Kaedah Homeopati bukan menyelidik atau mengenal jenis kuman dan memilih ubatan yang kuat untuk membunuh kuman atau menghapuskannya, tetapi ia satu kaedah memberi rawatan kepada " Vital Force" supaya dapat melawan musuh yang mengganggu kesihatan seseorang itu.

Apa itu" Vital Force'? Ringkasnya Sains Homeopathy mempercayai bahawa badan manusia mempunyai satu sistem tersendiri untuk berada dalam keadaan sihat dan harmoni. Jadi apabila seseorg diserang oleh penyakit dari luar badan maka Vital Force @ Daya Penahanan  tubuh akan memberi isyarat seperti demam, muntah, batuk dan sebagainya kepada badan. walaupun sistem ini nampak tidak bagus pada badan kita, tetapi sebenarnya ia adalah penggera kepada sistem penahanan seseorang untuk bertindak balas mengekalkan kestabilan tubuh sekiranya kita mempunyai tubuh yang sihat.

Peningnya.. apa abumujahid nak terangkan ni... begini.. sebagai contoh hingus atau cecair yang berlendir dikeluarkan dr sistem pernafasan untuk memerangkap benda-benda luar yang memberi gangguan di sekitar pernafasan. Batuk atau bersin pula diadakan untuk menghalau keluar hingus dari slaur pernafasan supaya tidak menghalang peranafasan. Begitulah bijaknya ALLAH SWT mencipta manusia dengan sistem naturalnya.

Jadi perubatan homeopati secara ringkasnya membantu menguatkan Vital Force yang lemah dengan remedi yang bersesuaian supaya ia boleh melawan penyakit dan bukan remedi yang mencederakan Vital Force yang menyebabkan penyakit bertapak dengan lebih mendalam.

Sebenarnya remedi Homeopati tidak memberi apa-apa kesan sampingan. Ia adalah selamat. Tidak mengandungi racun dan dadah dan boleh diberikan dengan selamat , in sya ALLAH boleh diberikan kepada semua jenis golongan usia lebih-lebih lagi kepada kanak-kanak walaupun seorang bayi yang baru dilahirkan.

Insya ALLAH dengan panduan ringkas ini, boleh membuka minda dan dan pandangan sidang pembaca untuk men'trycuba' rawatan homeopati sebagai satu rawatan alternatif yang utama selain rawatan-rawatan utama yang lain seperti menggunakan kaedah rawatan Sunnah iaitu Tibbun Nabawi( yang terutama).

Insya ALLAH di kesempatan ini abumujahid mengiklankan satu remedi BRAIN TONIC ( Ori ) iaitu dari campuran remedi-remedi homeopati yang asal dan tidak diubahtambah. Khas untuk otak dan kecergasan semua peringkat usia.


BRAIN TONIC
Botol Kecil RM 8
Botol Besar RM 15
( harga tidak termasuk pos)

Sekian untuk perkongsian kali ini

Wassalam

Para Pembaca budiman.

Blog abumujahid ini memaparkaan pandangan peribadi abumujahid. Segala yang dipaparkan akan dimuatkan sumber rujukan jika ia adalah daripada sumber tertentu. Moga-moga abumujahid dan pembaca sekalian boleh mengambil istifadah dan boleh juga menegur abumujahid dalam hal yang dikira salah dan bertentangan dengan usul aqidah mahupun syara'.

Moga tuan-tuan dan puan-puan mendapat barakah dari blog yang Naif dan dhaif ini. BarakaLLAHu fiikum.