...............................................

...............................................
الفقير إلى الله مسافر في أرض الله و سيروا على بركة الله

Al faqir ilaLLAH, Musafir fii ArdhiLLAH , Siiru 'ala BarakatiLLAH





Saturday, February 9, 2013

Program Terapi Bekam dan Diagnos Penyakit.


Assalamualaikum

DIAGNOS PENYAKIT dan  TERAPI BEKAM

 Bertempat di Telok Mas Melaka
Tarikh : 14 Februari ( Khamis)
 Bermula jam 9pagi - 5petang.

Diagnos Penyakit (menggunakan alat Quantum Magnatic Analyzer adalah RM 5, manakala caj bagi Terapi Bekam adalah RM4 per mangkuk.

Bagi melancarkan aktiviti ini, Sila hantar temujanji tuan2 jika berminat ke no 0196879224 -ustaz Al Azhar, (juru bekam/ pengamal rawatan Homeopati )

Program ini dilaksanakan untuk mengumpulkan sahabat TIAF yg tinggal berdekatan dengan Telok Mas Melaka... bagi sahabat2 yang berdekatan yang mempunyai kemahiran berbekam dipersilakan hadir menyumbangkan tenaga.

Disamping itu, harga yang rendah adalah untuk memperluaskan kaedah rawatan bekam  kepada masyarakat.

Wasslam

Thursday, February 7, 2013

Bangkit Kembali

Assalamualaikum..

Alhamdulillah..diberi kekuatan untuk mencoret sedikit dalam blog yg ringkas ini.. agak2 dah bersarang labah blog ini dek kesibukan dunia.. lebih2 lagi kehadiran FB yg memecahkan ruang penggunaan masa dan juga kesibukan tugas2 di sekolah.. Moga2 ALLAH SWT membuka ruang masa untuk terus menulis di ruangan kerdil ini.

Fa subhanaLLAH.. maha suci ALLAH SWT. yang membekalkan kekuatan dalam kelemahan jiwa dan rohani untuk berbicara pada malam ini.. sesungguhnya pada ketika ini abumujahid berada dalam kumpulan pembina item soalan Bahasa Arab komunikasi. Jadi kesempatan cerlang cerluk ini abumujahid gunakan untuk hidupkan semangat menulis yg sudah hampir-hampir luntur..

FaLLAHu Akbar.. maha Besar ALLAH SWT yg menemukan abumujahid dengan seorang sahabat baru yang baru tahun lepas habis PHD.. memberi semangat dan tunjuk ajar untuk terus maju dalam bidang penulisan...Khasnya untuk menanam hajat menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi..

Bahkan... sememangnya wajib ke atas setiap muslimin dan muslimat untuk menimba ilmu sehingga ke liang lahad.. ilmu apa?

Pasti sekali ranking pertama ialah ilmu Fardhu Ain yang merangkumi ilmu Aqidah, ilmu Syariah dan Ilmu Ahklak..

Sebabnya tanpa rangkuman 3 jenis ilmu yg dimaksudkan di atas, sudah pasti kuranglah qimah  diri manusia di depan ALLAH SWT.. didepan manusia juga terzahir hina diri.. walaupun asal manusia sememamngnya adalah jahil.. biarlah kita rungkai kejahilan itu setakat kemampuan yg ALLAH SWT kurniakan...

Apa saja gelaran tuan-tuan dan puan-puan.. dokterkah.. peguamkah.. gurukah.. tuan gurukah.. pasti kita sebenarnya jahil terhadap sesuatu yg kita tidak tahu.. maka soallah diri kita.. berapa banyak sudah kita TAHU.. sedangkan jutaan ilmu diluar sana kita jahil akannya..

Justeru.. jom kita ikhtiar untuk ubah diri kita .. belajar adalah satu kaedah untuk mengubah diri dari berada dalam kejahilan kepada ma'rifat.. dan sebaik2 ma'rifat ialah suatu perkara yg sentisa dihubungkan dengan kekuasaan ALLAH SWT..

barakaLLAHu fiikum..

Para Pembaca budiman.

Blog abumujahid ini memaparkaan pandangan peribadi abumujahid. Segala yang dipaparkan akan dimuatkan sumber rujukan jika ia adalah daripada sumber tertentu. Moga-moga abumujahid dan pembaca sekalian boleh mengambil istifadah dan boleh juga menegur abumujahid dalam hal yang dikira salah dan bertentangan dengan usul aqidah mahupun syara'.

Moga tuan-tuan dan puan-puan mendapat barakah dari blog yang Naif dan dhaif ini. BarakaLLAHu fiikum.