...............................................

...............................................
الفقير إلى الله مسافر في أرض الله و سيروا على بركة الله

Al faqir ilaLLAH, Musafir fii ArdhiLLAH , Siiru 'ala BarakatiLLAH





Thursday, June 11, 2009

Cepatnya masa berlalu...


Baki cuti pertengahan tahun 2009 bersisa 2 hari saja lagi, pasti nya lepas ini saya akan kembali bertugas di perantauan, Melaka Bandaraya bersejarah meninggalkan Serambi Mekah yang tercinta, kalau orang kata “ ala bukan jauhpun Melaka dan Klate..” Bagi saya meninggalkan negeri Klate walau sekejap bereerti meninggalkan kenikmatan hidup.


Entah kenapa jiwa ini terasa rindu sgt nk bermukim di Kelantan setelah puas bermusafir Fii ardhiLLAH,

Kalau nk kata lama, tak de lah lama sangat saya bermusafir, sejak 1997 hingga akhir 2001 saya bermusafir sekejap ke bumi Anbiya’ al Urdun, selama 4 tahun di sana terasa sangat singkat, betapa seronok menjadi tetamu bumi Anbiya’ menyusuri siri-siri perjuangan para anbiya, sahabat dan syuhada’. Menikmati banjiran ilmu yang x berketepian, tapi takdir itu hanya sekejap sahaja…Oh indah sungguh kalau nk dikenang kembali, suka duka di rantau orang.


Pun begitu sekali lagi takdir menentukan pada tahun 2003 saya menyambung pelajaran di Bangi selama setahun, selesai di bangi, saya di postkan ke Bandaraya Bersejarah.. ahhhhk ku minta ke Sabah tapi ALLAH mentakdirkan saya di bumi Melaka. Pasrahhh sahaja..


Bermula episod saya di Melaka dari tahun 2004 hinggalah saat tangan saya menaip tulisan ini, saya masih bertugas di sana. Hampir 3 tahun saya memohon pindah, tapi kenapa orang-orang Melaka ni sayang sangat nk lepaskan saya???


Biarlah saya berada di bumi kelahiran saya… walau ada yang mencemuh mengatakan Kelantan mundur.. Kelantan negeri miskin.. Kelantan itu dan ini, tetapi pada saya Serambi Mekah ini negeri makmur .. penuh nikmat.. keberkatan melimpah.. makanan pun sedap2.. hehe

Apapun…


Ya ALLAH… Aku tahu Engkau MAHA Mengetahui.. aku hanya merancang , tapi Engkau telahpun menetapkan perancangan dan benarlah perancanganMU… moga2 Asiiru ‘ala BarakatiLLAH… Amin

No comments:

Post a Comment

Para Pembaca budiman.

Blog abumujahid ini memaparkaan pandangan peribadi abumujahid. Segala yang dipaparkan akan dimuatkan sumber rujukan jika ia adalah daripada sumber tertentu. Moga-moga abumujahid dan pembaca sekalian boleh mengambil istifadah dan boleh juga menegur abumujahid dalam hal yang dikira salah dan bertentangan dengan usul aqidah mahupun syara'.

Moga tuan-tuan dan puan-puan mendapat barakah dari blog yang Naif dan dhaif ini. BarakaLLAHu fiikum.