نصائح للمرضى
النصائح العامةNasihati dirimu…
اعلم أخي /أختي في الله,
Jikalah berkumpul satu kumpulan untuk memberi mudarat(menyihir) kamu,menyakiti kamu..
Sebenarnya..
tidak sejengkalpun akan dapat memudaratkan kamu melainkan dengan izin dan ketentuan daripada ALLAH.
قال تعالى :" ومن يعش عن ذكري فإن له معيشية ضنكاً ونحشره يوم القيامة أعمى "
1. Kita mesti ingat bahawa kealpaan dan kelalaian kita kepada ALLAH merupakan asbab yang paling besar kenapa kita diganggu oleh syaitan dan jin.
قال تعالى :" ما أصابك من حسنة فمن الله وما أصابك من سيئة فمن نفسك "
2. Jika kita berterusan dalam kelalaian, jauh dari zikrullah nescaya akan dihampiri syaitan, malah kita kan mewarisi sifat ujub,sombong, buruk akhlak, hubbuddunya wa karahiyatul mau( cinta dunia dan bencikan kematian), tejebak dengan perbuatan maksiat serta akan lupa untuk bertaubat.
3. Jadi perkara awal yang mesti kita selesaikan ialah bertaubat serta berazam tidak kembali melakukan dosa-dosa besar spt derhaka pada ibubapa, memutuskan silaturahim, mengumpat, mencela, makan harta tanpa hak, mengamalkan riba, perbuatn zina, liwat lebih2 lagi kufur atau syirik dengan mengunjungi dukun, pawing, penyihir dan pengamal syirik dll والعياذ بالله
4. Perlu menjaga kefarduan solat, menghormati syiar Islam khususnya mudawamah( sentiasa) solat berjamaah bagi lelaki, puasa Ramadhan, zakat, haji serta kalau boleh perbanyakkan amalan sunat spt tilawatil Quran, sedekah dan solat2 sunat.
5. Berpakaian dengan pakaian syarie, serta jangan menrendahkan pemakaian yang menutup aurat. Kalau boleh jauhi diri daripada bergaul dengan orang yng boleh menjebakkan diri kita kepada corak pemakaian ala pencabul syariat ALLAH.
6. Bergantung harap kepada ALLAH semata-mata jika terkena gangguan-gangguan walaupun ia melibatkan manusia lain.
Insya ALLAH saya akan sambung pada post akan datang berkenaan nasihat Khas kepada pesakit, moga-moga apa yang saya paparkan ini dapat diambil istifadah oleh diri saya khususnya dan pembaca budiman semua.
Alhamdullilah, banyak memberi manfaat pada saya sebagai pesakit. Saya akui faktor pertama adalah yg paling utama wujudnya gangguan.
ReplyDeleteBukan saudari saja pesakit, saya pun pesakit, kerana syaitan dan jin mencari jalan untuk memberi penyakit kepada hamba ALLAH khususnya supaya lalai daripada mengingati ALLAH.
ReplyDelete