...............................................

...............................................
الفقير إلى الله مسافر في أرض الله و سيروا على بركة الله

Al faqir ilaLLAH, Musafir fii ArdhiLLAH , Siiru 'ala BarakatiLLAH





Tuesday, May 18, 2010

Apa itu Tasauf?


Assalamualaikum
Sebagai pembuka kuucap AlhamduliLLAH thummalhamduliLLAH..
saudara..
Berkaitan dengan ilmu tasauf, begitu ramai yang tidak jelas dengan makna atau apa itu tasauf. Rasanya penulis ingin sekali menjelaskan tentang tasauf mengikut kefahaman dan maklumat yang ada pada penulis..
Makna umum bagi tasauf ialah ilmu yang berkaitan dengan pembersihan jiwa dan diri dan kemurnian akhlak dan penyuciannya,  pembangunan zahir dan batin untuk menggapai ‘saada abadiyyah ( kebahagiaan yang abadi)  dan kegembiraan dengan Redha ALLAH SWT.
Kata Imam Junaid al Baghdadi bila ditanya tentang tasauf “ hendaklah engkau bersama ALLAH SWT tanpa ‘alaqah”( ikatan).
Sebenarnya ulama’ terkemuka sudahpun menerangkan erti dan makna ilmu tasauf ini. Jadi cukuplah penulis memetik dan menaqalkan sebahagian kata-kata Al Imam Al Ghazali RahimahuLLAH berkenaan tasauf: ” Hukum Sufi ialah faqir pada perhiasannya, sabar melingkunginya, reda pakaiannya, tawakkal keadaannya, ALLAH SWT satu-satu tiada duanya, digunakan segala anggota badannya pada taat malah memutuskan syahwat serta zuhud di dunia... bersih hatinya daripada kekotoran ....”
Mungkin pembaca tertanya-tanya kenapa diusulkan tentang tasauf pada posting kali ini, sebenarnya penulis yakin bahawa pembaca semua adalah golongan Ahli Sunnah wal Jamaah. Sudah tentu golongan Ahli sunnah waljamaah berpegang dan menjaga 3 rukun besar  iaitu:
 1.Usuluddin @ aqidah yang dipeloporoi oleh Imam Al Asyai’rah dan al Maturidiyyah,
2. Fiqh @ Syariat yang dipelopori 4 mazhab seperti  diketahui umum
3.Ihsan yang dipelopori oleh ulama’2 sufi
Kesemua ulama’ dari tiga rukun besar ini, sudah tentu berpegang teguh dengan adillah( dalil2) alaupun  ijtihad2 mereka khususnya dalam fiqh ada yang berbeza dari sudut perkara2 furu’. Begitu juga ulama yg mempelopori ilmu tasauf, sudah tentu ijtihad mereka tidak lari dari sumber AL Quran dan Al Hadis.
Persoalan yang timbul dalam rukun ketiga ini biasanya berkisar tentang konsep mursyid, zikir berjamaah, penggunaan tasbih ketika berzikir, apa itu tarikat? dll.
Sebenarnya pada penulis, terlalu banyak yang belum kita terokai sehingga disebabkan ‘kemalasan’ dan jahilnya kita dengan ilmu yang maha luas ini, begitu mudah kita mengatakan bahawa ilmu tasauf tidak betul, tidak mengikut sunnah baginda agung RasuluLLAH SAW. NauzubiLLAH.. moga kita terhindar dari bersangka buruk tanpa bukti dan ilmu tentang ketiga2 rukun dalam Islam ini.
Antara ulama-ulama yang mempelopori ilmu tasauf ialah Al Imam Al Haris al Mahasibi, Al Imam Al Junaid al Baghdadi, Al Imam Al Ghazali, Al Imam Asy Syazali, manakala dikalangan ulama2 yang masyur pula ialah Al Imam An Nawawi, Al Imam Taqiyuddin As Subki, Al Imam As Suyuti, Al Imam Ibnu ‘Abidin.
Jadi rasanya cukup sekadar ini dulu perkongsian ringkas penulis berkenaan dengan makna ilmu Tasauf . Diharapkan penulis dan semua pembaca samaada yang sudah jelas atau kurang jelas boleh menjadikan ia sebagai pembuka idea untuk mengkaji dan mengaji tentang rukun ketiga yang kurang dikaji...
 Sekian dulu untuk kali ini..

Wasslam..

Friday, May 14, 2010

Cerita bekam dan Hadis2 berkenaan bekam

Assalamualaikum semua

AlhamduliLLAH 

Setelah menghadiri kursus bekam anjuran TIAF tempoh hari.. abumujahid dah mula ada keyakinan untuk berbekam dan tolong orang bekam.. setakat ini dah 3 kali abumujahid berbekam dan dah beberapa orang rakan yang mengjadi mangsa bekam abumujahid.. 

Nanti balik Kelantan abumujahid akan mahirkan diri lagi dengan ilmu ini, atas dasar tolong menolong sambil menambah modal( untuk beli alat bekam dll), maka  dengan ini abumujahid akan cuba menolong sesiapa yg ingin berbekam..

Bolehlah buat temujanji lepas ni.. hubungi Abumujahid ( 0196879224) di Alai Melaka atau di Kelantan ( hanya terhad semasa cuti sekolah  sahaja)..

Berkenaan bayaran untuk tempoh Mei hingga Julai bagi 

12 + 1 point bekam RM 45

19 +1 point bekam  RM 70

( lelaki sahaja)



Hadits Rasulullah SAW

"Sebaik-baik pengubatan yang kamu lakukan adalah Al Hijamah (bekam)" HR. Ahmad.

"Kesembuhan itu ada pada 3 (tiga) hal, dengan minum madu, pisau hijamah (bekam), dan kay (besi panas). Tetapi aku melarang umatku menggunakan kay" HR. Muslim.

"Setiap penyakit itu ada ubatnya. Jika ubat yang tepat jatuh pada penyakit, dengan izin Allah penyakit itu pasti sembuh" HR. Muslim.

”Pada Malam Aku di Isra’ kan, aku tidak melewati sekumpulan malaikat melainkan mereka berkata: ” Wahai Muhammad, suruhlah umatmu melakukan Bekam” HR. Ibnu Maajah & At Tirmidzi.

“Kalaulah dalam sesuatu dari apa yang kalian pergunakan untuk berubat adalah baik, maka itu adalah berbekam/hijamah” HR. Abu Daud.

Sekian dulu Wassalam

Thursday, May 13, 2010

Doakan dipermudahkan..

Assalamualaikum

Alhamdulillah diberi kesempatan menaip.. cuma kali ini Abumujahid ingin memohon sahabat2 yg membaca blog ini mendoakan agar permohonan Abumujahid untuk bertukar dari sekolah Muzaffar Syah ke sekolah harian diperkenankan..

Tak silap 25 /5 ini keputusan pertukaran diumumkan.. abumujahid memohon untuk keluar ke sekolah harian di negeri Melaka sebab rasa x mampu lagi bertahan dengan tugas2 sekolah yg diluar kemampuan iaitu menghabiskan masa diluar waktu kerja.. terlalu padat dengan program..kalau setakat kerja pada time kerja.. memang x menjadi masalah.. tapi bila menuntut keikhlan datang waktu petang@ malam@ hari2 cuti.. rasa x sanggup pulak..

Apapun semoga permohonan kali ini berjaya dengan berkat doa semua pembaca blog yang dihormati..

ALLAHumma yassir wala tuassir ya KARIM...

Wassalam

Para Pembaca budiman.

Blog abumujahid ini memaparkaan pandangan peribadi abumujahid. Segala yang dipaparkan akan dimuatkan sumber rujukan jika ia adalah daripada sumber tertentu. Moga-moga abumujahid dan pembaca sekalian boleh mengambil istifadah dan boleh juga menegur abumujahid dalam hal yang dikira salah dan bertentangan dengan usul aqidah mahupun syara'.

Moga tuan-tuan dan puan-puan mendapat barakah dari blog yang Naif dan dhaif ini. BarakaLLAHu fiikum.