...............................................
الفقير إلى الله مسافر في أرض الله و سيروا على بركة الله
Al faqir ilaLLAH, Musafir fii ArdhiLLAH , Siiru 'ala BarakatiLLAH
Al faqir ilaLLAH, Musafir fii ArdhiLLAH , Siiru 'ala BarakatiLLAH
Tuesday, June 9, 2009
Tiang yang Rapuh
Tiang itu rapuh kalau…
Dalam satu hadis Nabi SAW yang glamour dengan mafhum:
“Solat itu tiang agama, jika kita tidak mendirikannya bermakna kita meruntuhkan agama”
Tanpa tiang x ada binaan bangunan mahupun jambatan yang boleh didirikan. Apatah lagi untuk dipasang dengan dinding, atap atau aksesori!!
Boleh x kita bayangkan ada orang yang membina bangunan tanpa tiang?? Bukankan hampir kepada mustahil? Jadi kalau ada yg mendakwa mereka beragama tapi tidak solat, maka awal2 lagi sudah mardud agamanya.
Betul tak?
Namun..
Jika tiang yang didirikan itu retak atau sana sini rapuh, rasanya jambatan/bangunan yg dibina itu sudah pasti akan ditutup. Kerana jika pemasangan tiang bermasalah, pemasangan yang lain juga akan turut bermasalah. Orang gila pun takut hendak menumpang teduh.
Betul tak?
Malangnya..
Betapa ramai dikalangan kita yang sedang membina tiang-tiang rapuh pada setiap hari? Agaknya bagaimana pula bentuk dinding tingkap atau atap? Kalaulah begini.. boleh bangkrap kontraktor tadi.
Agak-agaklah bagaimana pula bentuk mahligai di syurga nanti sedangkan begini rupa persediaan kita!!
Oleh itu tiada orang yang akan menentukan jenis tiang yang kita bina kecuali atas usaha kita sendiri dan pastinya kita tidak boleh meminjam tiang orang lain.
Jom kejar khusyuk dalam solat kita….
kerana...
Tiang itu rapuh kalau tiada khusyuk..
Diadaptasi daripada buku Bio-Mekanik SOLAT ( Dr Yusof Abbas)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Para Pembaca budiman.
Blog abumujahid ini memaparkaan pandangan peribadi abumujahid. Segala yang dipaparkan akan dimuatkan sumber rujukan jika ia adalah daripada sumber tertentu. Moga-moga abumujahid dan pembaca sekalian boleh mengambil istifadah dan boleh juga menegur abumujahid dalam hal yang dikira salah dan bertentangan dengan usul aqidah mahupun syara'.
Moga tuan-tuan dan puan-puan mendapat barakah dari blog yang Naif dan dhaif ini. BarakaLLAHu fiikum.
Moga tuan-tuan dan puan-puan mendapat barakah dari blog yang Naif dan dhaif ini. BarakaLLAHu fiikum.
No comments:
Post a Comment