...............................................

...............................................
الفقير إلى الله مسافر في أرض الله و سيروا على بركة الله

Al faqir ilaLLAH, Musafir fii ArdhiLLAH , Siiru 'ala BarakatiLLAH





Monday, June 1, 2009

Salam Penulisan

Salam Muqaddimah.

Sudah hampir 12 tahun saya tidak menulis bingkisan mahupun karangan berbentuk ilmiah atau cerita pendek, agak-agaknya selepas sahaja abis SPM, rasanya bakat dalam penulisan sudah luntur dan pudar dimamah usia dan dek kesibukan hal-hal duniawi. Apapun tertarik dengan cerita-cerita daripada blog2 yang bagai cendawan tumbuh di alam maya sekarang, saya rasa cabaran menulis berkobar-kobar kembali. Entah kenapa Rasanya ingin sekali berkongsi cerita dan pengalaman merawat walau saya tahu diri ini tidak layak untuk bergelar mu’alij kerana segala yang terjadi semasa merawat adalah kuasa dan ketentuan dari rabbul’Alamin.

Perjalanan saya untuk mengenal dunia perubatan ini bermula 8 tahun dahulu tetapi memulakan rawatan sekitar Julai 2008. Maksudnya belum sampai setahun jagung saya dalam alam perubatan Islam ini. Sedar mahupun tidah banyak juga kes-kes rawatan telah saya ketemui khususnya ketika bersama Guru saya Ustaz Wan. Tapi pastinya tidak sehebat guru-guru saya dan rakan-rakan seperjuangan.

Di sini juga insya ALLAH saya akan kongsikan sedikit ilmu-ilmu yang sempat di kaut hasil belajar dengan guru-guru dari pelbagai sumber. Semoga Blog yang ringkas ini dapat memberi penambahan ilmu kepada kita semua selaku pengejar cita-cita mencapai redhaNya.

No comments:

Post a Comment

Para Pembaca budiman.

Blog abumujahid ini memaparkaan pandangan peribadi abumujahid. Segala yang dipaparkan akan dimuatkan sumber rujukan jika ia adalah daripada sumber tertentu. Moga-moga abumujahid dan pembaca sekalian boleh mengambil istifadah dan boleh juga menegur abumujahid dalam hal yang dikira salah dan bertentangan dengan usul aqidah mahupun syara'.

Moga tuan-tuan dan puan-puan mendapat barakah dari blog yang Naif dan dhaif ini. BarakaLLAHu fiikum.