...............................................

...............................................
الفقير إلى الله مسافر في أرض الله و سيروا على بركة الله

Al faqir ilaLLAH, Musafir fii ArdhiLLAH , Siiru 'ala BarakatiLLAH





Tuesday, June 2, 2009

Diari merawat 1

Pada 5/5/09 baru-baru ini saya dijemput oleh jiran untuk rawatan membuang saka, walaupun saya bukanlah mahir sangat berkenaan merawat, setiba di rumah, seperti biasa saya akan bertanya simpton yang dihadapi dan daripada yang diceritakan jelas makcik tersebut ber’saka’. Saya tidak menggunakan masa yang lama untuk menerangkan kaedah rawatan Islam yang akan saya buat(baru je belajar), seterusnya tiba masa makcik tersebut diruqyah, macam biasa saya meruqyah makcik L dengan ayat-ayat ruqyah, oleh kerana ini kali pertama diruqyah jin yang bersaka dalam badan makcik L tidak bercakap tetapi hanya sudi ditemuramah dengan gerakan kaki saja. Selepas di dakwah dan diberi inzar, kelihatan ada yang ingin keluar dan sy terus hantar ke SM, dan selebihnya disembelih. Wallahu’alam hidup lagi ke mati.

Kemudian anak perempuan makcik L , Pn Y menceritakan masalah yang dihadapinya iaitu gangguan sejak tingkatan lima, sehingga sekarang dia mempunyai 2 org anak, gangguannya lebih kepada asyik malah mungkin sihir wallahu’alam. Saya tidak menyangka malam itu 2 org pesakit perlu dirawat, jadi untuk mempercepatkan rawatan, saya menggunakan kaedah TKR yang baru saya pelajari 2 hari di Kuang dengan guru saya Ustaz Abdul Majid, Alhamdulillah nampaknya dengan senang Allah membuka hijab Pn Y untuk melihat jenis gangguan dalam dirinya. Selesai membaca beberapa potong ayat saya hembuskan di kepala Pn Y dan secara tiba Pn Y menangis. Katanya dia Nampak Pocong tanpa gambaran jelas pada mukanya yang semakin menghampirinya, sy bekalkan ayat-ayat Alquran sebagai senjata, Alhamdulillah Pocong tersebut tidak dapat mendekatinya dan sy minta Pn Y membaling pocong tersebut dengan senjata yang dibekalkan. Pn Y kata” ustaz pocong tu dah hilang lari jauh dr saya” . Alhamdulillah. Hati saya rasa sedikit bersyukur kerana Allah memudahkan kerja saya malam itu.
Kemudian tanpa meneruskan TKR saya meminta Pn Y memejam matanya dan kembali meruqyah untuk mengeluarkan saki baki yang masih berada dibadan Pn Y. Rasanya rawatan kali pertama berhasil dengan izin Allah. Insya Allah rawatan susulan akan diteruskan minggu akan datang dengan Izin Allah.

Siiruu 'ala BarakatiLLAH...

1 comment:

  1. salam,
    kaedah TKr tue aper yek...
    boleh terangkan sikit

    ReplyDelete

Para Pembaca budiman.

Blog abumujahid ini memaparkaan pandangan peribadi abumujahid. Segala yang dipaparkan akan dimuatkan sumber rujukan jika ia adalah daripada sumber tertentu. Moga-moga abumujahid dan pembaca sekalian boleh mengambil istifadah dan boleh juga menegur abumujahid dalam hal yang dikira salah dan bertentangan dengan usul aqidah mahupun syara'.

Moga tuan-tuan dan puan-puan mendapat barakah dari blog yang Naif dan dhaif ini. BarakaLLAHu fiikum.