...............................................

...............................................
الفقير إلى الله مسافر في أرض الله و سيروا على بركة الله

Al faqir ilaLLAH, Musafir fii ArdhiLLAH , Siiru 'ala BarakatiLLAH





Thursday, December 29, 2011

صلوات الملائكة

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

اللهم صل على سيدنا محمد صلاة أهل السماوات والأرض وأجز يا ربي بلطفك الخفي في أمري

Sunday, December 11, 2011

Luahan rasa syukur

Assalamualikum

AlhamduliLLAH syukur dengan nikmat-nikmat ALLAH SWT kepada kita hamba-hambaNYA... moga kita tergolong dalam golongan makhlukNYA yang menjadi hamba yang taat pada perintah dan meniggalkan laranganNYA.. amin ya Rabb.

Syukur jua terlaksana sudah impian abumujahid menganjurkan kursus Pengukuhan Rawatan di bawah seliaan Al Fadhil Ustaz Wan Asrol Al Muhtaram ( Pengasas Terapi Islam Al Fatah-TIAF) di negeri Cik Siti Wan Kembang ini...  Walaupun kehadiran seramai 25 orang sahaja.. kehadiran peserta yang begitu bersemangat untuk mendalami ilmu-ilmu hasil perkongsian daripada Al Fadil ustaz memberi semangat kepada abumujahid bahawa amalan-amalan yg tidak menepati Islam dalam Rawatan di Negeri Serambi Mekah ini akan terhakis jua sedikit demi sedikit pada masa akan datang hasil perkongsian ilmu dan dakwah daripada sahabat2 sekalian..

Al Fadhil Ustaz amat memberi penekanan terhadap konsep doa daripada kita hambaNYA kepada Al Khaliq ketika diminta pertolongan daripada masyarakat. Konsep tazkirah dalam rawatan jua amat ditekankan  untuk menghindarkan diri kita dan masyarakat dari terjerumus dalam kancah kesyirikan.... moga ALLAh jua membalas jasda Al Fadhil Ustaz Wan Asrol ...

BarakaLLAHu fiikum wa lana jami'a

In Sya ALLAH, Jika ada ruang masa dan tempat.. akan ada kursus-kursus rawatan yang selanjutnya..

Sekian dr diari abumujahid al kelantani....

Wassalam


Sunday, December 4, 2011

Tahun berhijrah petanda masanya semakin hampir...

BismiLLAH Wal HamduliLLAH

Assalamualaikum warahmatuLLAH SWT wabarakaTUH

SubhanaLLAH.... sedar mahupun tidak kita sudahpun memasuki tahun baru Hijrah. Tahun 1433 H bermaksud umur kurniaan ALAH SWT kepada kita semakin bertambah.. kita kena beringat dengan kurniaan ALLAH SWT ini adakah kita sedar panggilan bertemuNYA semakin dekat .. adakah amalan kita semakin bertambah... atau yang bertambah adalah dosa kita??

Tuan2 dan puan2 sidang pembaca yang budiman...

Kalau sekarang kita hitung2kan.. manakah amalan yang lebih berat timbangannya? amal baik ataukah amal buruk? Sebelum kita betul2 memasuki fasa kehidupan yang tidak akan kita diberi peluang seperti sekarang.. bila tiba saat dan ketikanya .. Malaikat yang bernama malaikatul maut@ Izrael datang memanggil maka terpisah lah kita dengan dunia yg fana ini dan .. saat dan ketika itu.. usah berusaha untuk kembali ke dunia.. kerana bekalan yg dibuat selama hidup itulah yang akan dibawa ke alam Barzkh.. SubhanaLLAH

Sebelum tibanya saat itu, kita hisab dan muhasabah diri kita.. kekerapan kita menuruti laungan azan bilal ke masjid dan surau untuk ALLAH SWT beri kejayaan dengan amalan solat yang difardhukan... adakah tangan kita sering untuk bersedekaah kepada yang memerlukan sebagai khairat untuk kita terima habuannya saat kita bertukar tempat tinggal?? Amalan2 kita semua adakah kerana ALLAH atau kerana hanya senya kepentingan poket dan kehidupan dunyawi semata2?

ALLAHu ya ALLAH yang maha mengasihi hamba2NYA.. Kurniakan pada kami taufiq dan hidayahMU agar nikmat kehidupan nafas dan badan yang sihat ini dapat kami hamba2Mu ini menjadi hamba yang soleh dan solehah.. mengikuti sunnah Nabi dan RasulMu Muhammad SAW, kami rela Engkaulah Tuhan kami, Islam itu agama kami, kejutkan kami semua dari buaian syaitan dan nafsu yang sentiasa menggoda kami ke arah jalan maksiat yang Engkau murkai.

Wahai Tuhan yang menciptakan kami untuk memujiNYA...  basahi lidah dan sirami hati2 kami untuk sentiasa ingat akan kebesaran dan keagunganMU.. supaya hidup kami sesudah hidup di dunia ini, akan tergolong daripada hamba yang akan memprolehi nikmat melihat ZatMU yang maha agung... Ya RABB.. Ya ALLAH .. Ya Karim...wa ya Arhamarrahimin..

wa BarakaLLAHu fiikum wa lana jami'a

Wassalamualaikum warahmatuLLAH

Thursday, December 1, 2011

Kursus Pengukuhan sebagaimana dirancang Insya ALLAH.

Assalamualaikum

 Alhamdulillah... setakat ini kursus Pengukuhan di Kelantan akan berjalan sebagaimana yang dirancang. iaitu pada 10/12/2011.
 Abumujahid memberi ruang kepada sahabat-sahabat yang masih ingin mendaftar untuk kursus tersebut sehingga 3/12/2011 ini.

sila sms kpengukuhan/nama penuh/ic/10dis ke no 0196879224.

Insya ALLAH akan dimaklum secara sms dan iklan di blog ini berkenaan dengan lokasi dan masa  sebenar yang setakat ini sebagaimana berikut:

Tarikh : 10/12/2011 ( sabtu)
Masa   : 8.30 pagi -pendaftaran
           9.00 pagi- sesi pertama
           2.00 ptg   - sesi kedua
           5.00 ptg   - majlis tamat.

Pengkuliah : Al Fadhil Ustaz Wan Asrul Wan Hussin.

Sekian maklumat terkini.



Friday, November 18, 2011

AKHIRnya...moga berjaya.

Assalamualaikum

AlhamduliLLAH... kesempatan yang diberikan dengan ruang yang lebih luas selepas ini selepas beberapa perkara penting berlaku sekejap tadi antaranya mendelete_account facebook Al Azhar Abumujahid Al Kelantani... perjuangan 14 hari untuk memastikan account betul2 terdelete bermula..

Syukur jua kerana besok adalah hari terakhir pada tahun 2011 berada di bumi Melaka sebelum bercuti di Kelantan dengan agenda2 tertentu antaranya

26/11/2011 & 27/11/2011- Hari Keluarga Jannatul Firdaus ( x dapat join TIAF di gunong Jerai)
10/12/2011 - Kursus Pengukuhan TIAF di Kota Baharu Kelantan ( sebagaimana posting sebelaum ini)
17/12//2011& 24/11/2011 - perkongsian Ilmu Bekam di Kelantan ( Seperti yg diiklan di atas)

Di Kelantan  selama sebulan lebih, abumujahid berharap sangat untuk 'berehat' daripada merawat kerana untuk 'dirawat' dan ingin meng 'cas' bateri iman, ilmu dan amal yang sangat berkurang dek kesibukan dunia yang x penah henti diselangi pujuk rayu kuncu-kuncu iblis yang sentiasa mencari jalan untuk kita alpa kepada Sang Pencipta, Zat yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Moga-moga ALLAH SWT mencampakkan ruang dan masa untuk abumujahid meng'hidup'kan blog ini yang sudah jarang2 abumujahid menjenguknya..

Didoakan sahabat para muslim dan muslimat sekalian sentiasa dipayungi rahmah, taufiq, hidayah RABBUL JALIL dalam kehidupan seharian..

BarakaLLAHu Fiikum wa siiru 'ala barakatiLLAH.


Thursday, November 10, 2011

Kursus Pengukuhan TIAF di Kelantan ( pendaftaran dibuka)

سلام الله عليكم ورحمة الله وبركاته

Bagi mereka yang sudah mengikuti Kursus Sihir & permasalahannya dan Kursus Lanjutan TIAF, dengan ini Insya ALLAH kursus seterusnya iaitu Kursus Pengukuhan TIAF akan diadakan di Kelantan.
Juga dibuka kepada sesiapa yang berminat mendalami ilmu ALLAH SWT dalam bidang rawatan.

Maklumat kursus pengukuhan setakat ini :

Tajuk : Kursus Pengukuhan
Tarikh : 10 / 12 / 2011 (Sabtu)
Waktu : 9am – 5pm
Tempat :  Perpustakaan Awam Kota Bharu, Kelantan ( Dalam perancangan Insya ALLAH)
Yuran : RM130

 Disampaikan Oleh : Al Fadhil Ustaz Wan Asrol Wan Hussin (Pengasas TIAF)

Pendaftaran : Sila hubungi/sms kursuspengukuhan/nama/ic/10dis hantar ke no  0196879224 ( Ust Azhar)

Pengisian :

1- Amalan awal perawat
2- Amalan harian perawat
3- Amalan sebelum dan selepas rawatan

Kaedah, ilmu dan amalan yang dikongsikan adalah mengikut adab-adab displin ilmu Ahli Sunnah Wal Jamaah yang mempunyai sanad dan salasilah:

1- Tatacara berhadapan dengan pesakit (pesakit am)
2- Tatacara berhadapan dengan pesakit berisiko (kronik)
3- Kaedah Ma'u Hayat
4- Kaedah Titik Nutfah
5- Rahsia dan kaedah mandian mengikut jenis penyakit
6- Rahsia nafas, akal, qalbu dan jasmani (semasa dan selepas rawatan - pesakit dan perawat)
7- Kaedah Hijaihiyah dan Nuruniyyah
8- Perletakan dan kedudukan ayat-ayat muqataat dalam rawatan
9- Kaedah-kaedah khusus semasa rawatan:- Pancaran asma- Pintu Nafas- Pintu Jamal- Pasak- Qurbah
10- Kaedah pembersihan perawat (selepas rawatan)
11- Praktikal khusus bagi kaedah-kaedah dalam modul pertama (sihir dan permasalahannya)


InsyaALLAH, amalan-amalan yang akan diijazahkan:

1- Doa Anas Bin Malik R.A
2- Doa Ka’ab al-Ahbar
3- BismILLAH 7


Untuk Pendaftaran dan tempahan tempat boleh sms kursuspengukuhan/nama/ic/10dis dihantar ke no 0196879224. tuan puan akan mendapat maklumbalas  Insya ALLAH.
 
Setakat ini penyertaan  masih kurang drpd 20 org dan dibuka sehingga  25.11.2011
  Bagi mempermudahkan urusan pihak penganjur, sila daftar untuk penyertaan pada kadar segera.... Sekian .

Monday, October 31, 2011

Wahai Manusia kamu adalah hamba....

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

BismiLLAH thummal HamduliLLAHi RABbil 'alamin..... ku panjatkan syukur pada kurniaan MU yang x terhitung dek kiraan hisab manusia, buat Junjungan Besar Saidina wa Nabiyyina Muhammad SAW serta keluarga dan Para sahabat radiaLLAHu ajma'iin.

Kita adalah hamba ALLAH SWT... kita selalu sangat beri'tiqad kita adalah hamba... dan jarang kita jumpa ada yang mengaku kita adalah tuhan.. tetapi jarang dan payah juga kita membuang rasa ego kita, bahawa kita sedang menzahirkan perbuatan tuhan... perbuatan yang menuntut kita merasa buka qudrat kita semua perilaku kita dalam kehidupan seharian ini... bahkan ia adalah gambaran qudrat ALLAH SWT..

Dari tiada ALLAH SWT turunkan kita melalui rahim ibunda kita... kenapa disebut 'rahim'? tidak samakah dengan RAHIM dan RAHMAN ALLAH RABBul JALAL? renung2kan...kita kemudiannya membesar... kita beraktiviti dengan kurniaan nikmat ALLAH jua.. tapi ramai kecundang bila keliru bab dan kaifiyyat 'niat kerana dan untuk' dalam amalan masing-masing... seolah ibadat solat yg kita dirikan itu .. kita yang dirikan... seolah amal baik kita itu kita yg buat.. sedangkan disebalik apa yang berlaku.. kita adalah gambaran kebesaran ALLAH swt .. gambaran kita adalah makhluk ALLAH swt yang kepadanya saja segala kepujian harus diberikan dan dipanjatkan... jesteru  terpancullah kalimah SubhanaLLAH... AlhamduliLLAH.. ALLAHu akbar... maka terfanalah rasa keakuan dalam diri kita ..

Terbit kemudiannya 'rasa' hanya kerana DIA segala perbuatan ku di dunia ini... lenyaplah aku yang melakukan.... SubhanaLLAH...

Leburlah dunia dari jiwa2 manusia yang tahu hakikat kejadiannya di dunia ini... KeranaMU hambamu ini hidup dan keranaMU hambaMU ini Mati... Ya RABB..

SubhanaLLAH wal HamduliLLAH kerana 'rasa' itu....

Sekian dulu bingkasan petang dari Al Faqir ilaLLAH SWT.

والسلام

Sunday, September 25, 2011

Kuliah Syifa dalam perancangan.

Assalamualaikum

Moga-moga kita semua dilindungi ALLAH SWT dalam mengharungi kehidupan dalam suasana dajjal dan pengikutnya dengan rakusnya melebarkan sayap mencari ahli dan merekrut ummatnya....moga-moga kita tergolong menjalani kehidupan sebagai muslim ummat Nabi Muhammad SAW yang penuh dengan rasa ubudiyyah perlulah dipupuk bagi memperjelaskan lagi kedudukan kita sebagai tentera al Mahdi In-sya- ALLAH SWT.

Diriwayatkan daripada Imam Muslim daripada Abu Darda , RasuluLLAH bersabda " Sesiapa menghafal 10 ayat pertama surah Al Kahfi, maka dia akan dipelihara daripada fitnatuddajjal' au kama qollarrasul SAW.
Dalam kegawatan munculnya dajjal ini , marilah sama2 kita beramal dengan saranan Baginda RasuluLLAH SAW beramal dengan menghafalnya, membaca setiap hari dan menggali makna2 juga ibrah dari surah alkahfi ini In Sya ALLAH SWT.

Saudara yang dimuliakan ALLAH,

Semalam ketika berpagi-pagi di Pusat Terapi Islam Al Fatah, Telok Mas Melaka, timbul satu idea buat abu mujahid untuk membuat kuliah dwi bulanan kepada org awam( tidak termasuk para tobib dan perawat-perawat) :) bagi menyebarluaskan ilmu ALLAH dalam bidang rawatan yang abumujahid terima dari guru-guru abumujahid almuhtaramun. Walaupun sedar bahawa diri abumujahid sendiri masih lagi diselubungi dengan kejahilan dalam bidang ini, rasanya lagi jahil kalau ilmu yang diterima tidak dapat dimanfaatkan kepada orang lain.

Jadi atas dasar perkongsian ilmu ALLAH yang Maha Luas.. abumujahid insya ALLAH akan cuba melaksanakan kuliah Syifa sepertimana berikut:

Kuliah pertama akan bermula pada bulan depan ( 14 Oktober 2011) iaitu Jumaat malam sabtu.
Bermula selepas isya' jam 8.00 malam hingga 9.30 malam
Penyertaan terbuka kepada kaum muslimin dan muslimat yang cintakan ilmu dan tinggal sekitar Melaka.
Tiada yuran dikenakan tetapi sumbangan untuk helaian nota dan pengurusan Pusat Terapi Al Fatah sebanyak RM 30 sebulan.
Tempat : 18-1 Jalan Seri Emas 5, Taman Seri Telok Emas, Telok Mas, 75460 Melaka
( Tingkat 1 bersebelahan dengan Pejabat Pos Telok Mas, Melaka)


Untuk pendaftaran menghadiri kuliah dwi bulanan boleh sms : kuliahsyifa/nama ke no 0196879224 ( abumujahid)
Hanya 25 orang terawal diterima kerana tempat amat terhad. Jika melebihi bilangan tersebut maka kuliah akan dibuat secara bersila dilantai. Insya ALLAH.

Moga2 ALLAH membuka jalan untuk kita semua mengetahui Haq dan Batil dalam menempuh liku kehidupan. Amin ya Rabbal 'Alamin.

Sunday, September 18, 2011

Meniti liku selepas Ramadhan

Assalamulaikum...

AlhamduliLLAH diberi nafas untuk meneruskan kehidupan dalam perjuangan menjadi hamba ALLAH, disamping mehnah ujian yang begitu berat setelah Ramadhan meninggalkan kita, maka medan sebenar 11 bulan mendatang perlu ditempuhi agar diri diredhai ALLAH SWT ..Selawat dan salam buat junjungan Besar Nabi Muhammad SAW.. mudah-mudah abumujahid dan para pembaca tergolongan daripada ummat baginda SAW...amin ya Rabbal 'alamin..

Sekadar berkongsi amalan ringkas surah Al Fatihah, ketikamana abumujahid diuji dengan serangan apabila merawat seorang pesakit yg mengalami gatal2 seluruh tubuh.. gatalnya yang agak kronik dan berkali2 ulang rawat dengan abumujahid.. kali yg ketiga merawat pesakit, abumujahid sendiri terkena tempias dimana hampir 2 hari mengalami gatal2 yg pelik ... ingatkan terkena ulat bulu.. bila digaru maka dia akan naik membengkak dan bila disapu ubat/minyak hilang dan akan naik ditempat lain pula.. sebagai ikhtiar abumujahid cua buat rawatan kendiri dengan mandian limau.. keadaan tidak berubah sehingga besoknya terlintas untuk beramal dengan al Fatihah 41 x... selepas zohor abumujahid membaca 41 x al Fatihah pada sebaldi air memohon ALLAH memberikan kesembuhan pada penyakit dan serangan ganjil itu... alhamduliLLAH dua hari berturut2 abumujahid amalkan dan mandi pada waktu petangnya.. kegatalan beransur pulih dan pulih sepenuhnya pada hari ketiga... SubhanaLLAH...

Pesakit yang dimaksudkan datang lagi menceritakan penyakitnya yg berlanjutan walaupun ada kalanya surut. dan amalan diatas abumujahid berikan ... sekadar ilmu yang sejemput ini segalanya diserahkan pada ALLAH jua. malu rasanya memohon dariNYA sedang diri begitu banyak melakukan maksiat.

Kalau bulan Ramadhan perjuangan dan jihadunnafs terasa susah, sebenarnya medan selepas ramadhan lagi susah dan perlukan gandaan kesabaran dalam meniti liku-liku mujahadah...

Ya ALLAH , hambaMu menadah tangan memohon dipermudahkan jalan untuk terus thabat dengan perjuangan ini. Aku ingin sekali menjadi hambaMU yang taat akan perintahMU dan RasulMU.... ingin sekali berada dalam naungan RahmatMu..

Ya RAHMAN... Engkau redhalah denganku ... aku terlalu keldil untuk berjuang keseorangan.. bantulah diriku ini... Moga2 tempias rahmatMU buat hamba-hambaMU tersiram jua buat hamaMU ini..

amin Ya Rabbal 'alamin..

Wednesday, August 10, 2011

Merenung diri di pertengahan Ramadhan...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته... وبعد

الحمد لله الذي جعل شهر رمضان موسماً للطاعات، وأفاض على الصائمين نعيم الرضوان والنفحات، والصلاة والسلام على أشرف الخلق أجمعين محمد بن عبد الله وعلى آله وصحبه ومن سار على هديه إلى يوم الدين أ ّما بعد,,,

Segala kepujian, sembah dan kebesaran bagi ALLAH SWT tuhan sekalian alam yang menjadikan bulan Ramadhan sebagai musim untuk ketaatan dan ibadah, melimpahkan ke atas orang yang sebetulnya berpuasa dengan ni'mat keredhaan .. selawat dan salam buat semulia makhlukNYA.. Nabi Muhammad SAW bin Abdullah serta para ahlinya serta sahabat-sahabat Baginda dan barangsiapa jua yang berjalan diatas landasan aqidah dan hidayahNYA sehingga yaumaddin....

Terdahulu sebelum kalam dan titipan ringkas abumujahid diteruskan ... rasanya segala keseronokan dapat menerima saat-saat kehadiran tetamu teragung sedang memasuki ruang dan rangka  pemutihan...pemutihan dari zulumat dan jutaan آثام .....setelah rahmat dariNYA mencurah-curah pada 10 awal ramadhan yang telahpun berlalu. maka berbahagialah mereka yang menyusuri 10 awal Ramadhan ini dengan jihadunnafs.... melawan karenah dan kehendak hawa nafsu yang melampau... hingga menggapai redha dan rahmat dari tuhanNYA.

Fasa pemutihan yang merupakan fasa kedua dirasakan rugi bagi mereka yang terus lalai dan alpa dengan kerakusan mengejar ni'mat dunia yang sementara ini... pacaindra kurniaan Tuhan sekalian alam ini digunakan hanya senya untuk mencapai keseronokan dan kebahagiaan nafsu semata2... tanpa merasakan besarnya diskaun keampunan dan gedung pahala yang akan diberikan oleh Yang Maha Pemurah... SubhanaLLAH...

Wahai diri yg sentiasa alpa,

Menangislah wahai diri... selagi hayat dan nafas dikandung badan.. kerna dengan titisan  air mata keinsafan dan penyesalan pasti memberi kebahagian di alam barzakh dan akhirat kelak... memadamkan serakah dan maraknya api neraka.. yang bahan bakarnya terdiri dari sebahagian manusia yang kufur dan lupa dengan perjanjian ' alastu birobbikum... qooluu bala sahidna'..

Basahkan lidahmu dengan zikruLLAH.. moga2 ketenangan dan keharmonian dalam jiwamu memberikan rasa puas untukmu menghirup udara milik Tuhanmu.. tiada gundah lagi bila alunan zikir sentiasa melekat pada bibirmu.. hatta pada setiap naik dan turunnya nafasmu.... ALLAH.... ALLAH.. ALLAHu

Jangan biarkan dirimu memejamkan mata untuk mengakhiri dari menatap dunia fana ini tanpa melihat dan merenung ayat2 ALLAH... dari matamu terus kebibir mentilawahkan kebesaran ALLAH yang diwahyukan kepada Baginda RasuluLLAH SAW... dengan membacanya ALLAH menjanjikan bukan segunung.. malahan lautan-lautan kurniaan adalah  permbalasan dari Tuhan Yang Maha Pengasih dan Pengurnia... SubhanaLLAH...

Dikala tanganmu, kakimu tubuhmu sihat ini... sempena bulan Berkah dan Rahmat ini... cubalah gagahi dirimu untuk mengangkat selimut mu dimalam hari... agar boleh berteleku dan bermunajat dihadapan Penciptamu.. kerna hanya Dia yang memberi segala keperluanmu di dunia ini dan akhirmu nanti. Tarbiahkan diri mu wahai diri... hiasinya dengan Taqwa kepadaNYA... agar mendapat keredhaan dariNYA untuk kita hamba yang hina ini diterima sebagai hambanya di akhirat nanti... ALLAHu akbar...

قال رسول الله صلى الله عليه وسلم "إذا جاء رمضان فُتِّحت أبواب الجنة وغُلِّقت أبواب النار وصُفِّدت الشياطين" متفق عليه

Kata Junjungan besar RasuluLLAH SAW " bila datangnya tetamu Ramadhan maka terbukalah pintu-pintu syurga dan tertutup rapatlah pintu-pintu neraka dan diikatlah syaitan-syaitan'

Abumujahid berundur diri dan kita doakan moga tempoh 19 hari mendatang bolehlah kita bermujahadah menjadi hamba ALLAH SWT.. Insya ALLAH

Waassalam..

Wednesday, June 15, 2011

Sihir H/p

Assalamualaikum...

Sekadar berkongsi pengalaman yang agak menarik dan boleh dijadikan iktibar oleh kita semua.. khuatir ada dikalangan kita terkena sihir yang disebutkan yg menjadi tajuk posting hari ini.

Semasa berkunjung ke kedah tempoh hari... bagi acara perkahwinan adik ipar.. abumujahid bermalam di homestay dekat Gurun dalam kawasan Guar Cempedak. pada malam itu kerana kurang sesuai untuk solat dalam homestay yang agak ramai penghuninya.. abumujahid ke masjid/surau yg berdekatan untuk solat maghrib... AlhamduliLLAH.. solat berlaku dengan baik.. sehinggalah tiba saat zikir dialunkan oleh imam tiba2.. telefon berdering... lagunya agak moden lah jugak.. cuma yg menjadi ceritanya ialah tiba2 saat itu juga bunyi yg kuat bergema dalam masjid..

" hello.. ye saya.. saya baru selasai solat ni.. ye.. saya jadi imam.. alhamduliLLAh saya sihat.. tn Imam kat mana.. ok ok.." banyak juga lah dia bercakap....dalam masa yang sama dia minta dengan isyarat tangan kepada jemaah dibelakangnya ( bilal) untuk meneruskan bacaan zikir dan doa...

Perbualan Imam tadi (jemaah yg ditolak jadi imam disebabkan imam x hadir)dengan Imam sebenar jelas pada pendengaran kami jemaah yang hadir pada malam itu.. kerana beliau tidak menanggalkan mic yg dipakai pada bajunya...SubhanaLLAh..

abumujahid terfikir.. inilah satu bentuk sihir yg banyak pihak tidak menyedarinya.. tidak khusyuk ketika mana berzikruLLAH...

abumujahid menjeguk diluar pintu masjid tu jelas sekali ada gambar dan arahan untuk tidak menggunakan telepon...

Sebenarnya H/p juga banyak menyihir masyarakat kita... ada yang tidak senang hidup bila tertinggal telefon kat rumah.. atau hilang telefon.. malah dengan telefon ada suami isteri boleh bercerai atau antara sesama kawan boleh berkelahi...

Semoga cerita abumujahid kali ini memberikan peluang untuk kita muhasabah tentang masalah sihir yang dibawa oleh teknologi.. antara yang lainnya penggunaan FB.. Twitter, YM blog dan lain2..

Terima kasih kerana sudi membacanya... Siiruu 'ala barakatiLLAH...

Wassalam.

Thursday, May 26, 2011

Mabruk Muqaddam

Assalamualaikum

Sekadar mengucapkan Mabruk Muqaddam buat adinda2 yang akan melangsungkan perkahwinan pada cuti sekolah ini. Buat Adinda Al Asma binti Abdul Aziz.. abumujahid dan usrah sekalian mendoakan kelancaran majlis dan mendoakan semoga ALLAH memberkati kehidupan adinda Al Asma selepas bergelar seorang isteri, zaujah ataupun wife kepada seorang insan yang bernama Sufian..Tarikh 1/6 insya ALLAH menjadi tarikh keramat buatmu untuk membina satu lagi usrah kecil dalam keluarga besar Usrah jannatul Firdaus ( insya ALLAH), lantas menghasilkan generasi-generasi beriman dan bertaqwa.

Juga buat adinda Najid Kazman dan Ramadhan yang masing-masing akan memikul beban sebagai seorang suami, husband atau zaujun kepada seorang wanita. Kalian akan menjadi Imam kepada keluarga yang membawa mereka ke arah usrah solehah membina jail/generasi yang berteraskan AL Quran dan Sunnah.. Insya ALLAH.

Tarikh-tarikh keramat itu ialah

31/5/2011 perkahwinan adinda Ramadhan
1/6/2011 perkahwinan adinda Al Asma
4/6/2011 perkahwinan adinda Najid kazman

Sudilah menerima sepotong lagu BarakaLLAh daripada abumujahid..



ALLAHu Yubarik 'alaikum wa 'alaina

Saturday, May 21, 2011

siri terakhir...

Assalamualaikum...

Diari abumujahid kali ini ingin meneruskan episod akhir, walaupun sebenarnya terlalu banyak perkara yang masih menjadi lipatan sejarah buat abumujahid setelah hampir dua bulan sudah meninggalkan al haramain... masih jelas lagi suasana ketika berada di Masjil Nabawi dengan ketenangan yang luarbiasa ketika berada di Raudhah dan kawasan sekitarnya...

Selepas 3 hari berada di Madinah perjalanan ke Mekah dipermudahkan ALLAH dan di sana juga agak banyak peristiwa2 menarik yg biarlah menjadi lipatan sejarah yang di kenang dalam hati abu mujahid sahaja...

Setelah lebih kurang 9 hari di Mekah al Mukarramah.. tiba saat dan ketika untuk ber wida' dengan baitulLLAH dan saat itulah air mata yang ditahan2 tidak dapat ditahan lagi... terasa lama sangat akan berpisah dengan batuLLAH . dalam hati berharap dan berdoa dapat bertemu sekali lagi dalam masa terdekat.. menatap baituLLAH yang indah pada setiap petang.. memberi seribu ketenangan daripada pelbagai masalah dunia... ingatan kepada anak dan Isteri walaupun kekadang datang menjengah.. masih mampu bertahan dengan limpahan rahmat berada di tanah haram ini...

AlhamduliLLAH dipermudah segala urusan untuk pulang ke Malaysia dari Jeddah singgah sekejap di Karachi memberi satu pengajaran yang agak mendalam dalam jiwa abumujahid tentang erti kehidupan.. bersyukur dengan kehidupan kurniaan Ilahi hidup di Malaysia yang aman dengan pelbagai kemudahan dan suasana 'kehijauan' yang bertebaran di muka bumi Malaysia yang bertuah ini...

Tiba di KLIA ingatan kepada anak isteri terus membuak2... memandu dr KLIA ke Melaka selama hampir 2 jam ... sampai di teratak kg ALAI disambut oleh anak isteri dengan kad2 tulisan tangan anak2 sudah tentu memadamkan kerinduan kepada anak isteri selama 15 hari di tanah suci  ... bila anak2 dan isteri mengucup tangan dan pipi ayahandanya... AlhamduliLLAh thummalhamduliLLAH..


wassalamualaikum

Thursday, April 21, 2011

Perjalanan ke Tanah Suci 2

Assalamualaikum..



perjalanan ke madinah dari jeddah

alhamduliLLAH diberi sedikit ruang dan peluang untuk meneruskan pengkisahan ringkas perjalanan abumujahid ke Madinah. Perjalanan yang tenang  ke Madinah akhirnya lebih terasa bila bas memasuki hudud( sempadan) tanah haram. beberapa minit kemudianya terpampang dihadapan mata menara Masjidin Nabawi.. sejuk sungguh mata memandang suasana Madinah al Munawwarah ditambah rasa berdebar2 menanti masa dan peluang untuk menjejak kaki ke dalam Masjid dan menziarahi baginda RasuluLLAH SAW.

Setelah selesai menguruskan penempatan 30 org jamaah, abumujahid rehat sekejap dibilik hotel menanti azan zohor berkumandang.  sebelum azan.. abumujahid berjalan keluar ke Masjid Nabawi, dalam suasana dan suhu yang agak sejuk.. abumujahid melangkah dengan girang kerana dalam tempoh 10 thn dahulu agak banyak juga perubahan berlaku pada Masjid Nabawi tempat RasuluLLAH dan para sahabat membina Daulah Islamiyyah yang syumul..

Tidak terucap rasa syukur dan ketenangan yang luar biasa bila hati terasa dekat dengan Insan Agung, RasuluLLAH SAW. Masuk ke dalam masjid Nabawi melalui pintu belakang dan menuju ke arah Raudhah membuatkan hati bertambah resah kerinduan untuk melihat tempat yang dulunya menjadi kediaman Baginda RasuluLLAH dan kini menjadi tempat kunjungan dan ziarah ummat Islam  serata dunia... juga Raudhatul Jannat di dunia....

peluang bergambar di sudut kiri sebelum bertemu dengan junjungan Besar RasuluLLAH SAW.

Selepas selesai menunaikan Tahiyyatul Masjid berhampiran Raudhah, abumujahid dengan hati tidak tertahan untuk menatap Maqam Baginda... melangkah menuju bertemu RasuluLLAH dan mengucapkan salam buat junjungan Besar rasuluLLAH dserta 2 pahlawan Islam agung Saidina  Abu Bakar As Siddiq dan Saidina Umar Al Khattab ... tiada patah kata boleh digambarkan seronok dan lapangnya dada berada dan berhadapan dengan RasuluLLAH walaupun seketika buat kali pertama ... pegawai yang menjaga maqam tidak membenarkan untuk tetamu2 berdiri lama2 di hadapan Maqam mendesak abumujahid bergerak dan mundur kebelakang membolehkan abumujahid memandang dan membuang gelodak rindu 10 tahun tidak bertemu Junjungan Mulia SAW. AlhamduliLLAh thummalhamduliLLAH...

Keluar melalui pintu yg disediakan abumujahid berpatah kembali masuk ke pintu babussalam... terus sekali lagi menziarahi RasuluLLAH.. sebelum duduk menanti azan Zohor berkumandang...



bersambung..

Sunday, April 3, 2011

Perjalanan ke tanah suci 1

Assalamualaikum WarahmatuLLAHi wa Barakatuh....

Segala pujian buat ALLAH SWT... memberi peluang untuk abumujahid terus menerus bernafas..  menanti tatkala tiba masanya.. pasti akan kembali kepadaNYA jua..

hari ini... abumujahid akan mecoretkan sedikit pengalaman ke tanah suci Makkah al Mukarramah dan Madinah al Munawwarah..

Bermula perasaan yang membuak2 untuk ke sana... abumuujahid sentiasa panjatkan doa dalam diam untuk menjejak kaki ke bumi kelahiran dan bumi disemadikan sekujur tubuh mulia Baginda RasuluLLAH SAW... alhamduliLLAH.. sebulan sebelum keputusan berangkat kesana... seorang sahabat.. maneger al abrar traver menalifon abumujahid bertanya tentang persetujuan ke Mekah sebagai membantu beliau membawa jemaah melakukan umrah.. dalam keadaan agak tidak percaya.. abumujahid bagi sehari dua masa untuk fikirkan.. dan alhamduliLLAH... abumujahid menerima pelawaan tersebut.

Tanggal 13/3/2011, melalui penerbangan pakistan International Airline, abumujahid bersama 30 orang rombongan dan travel2 lain terbang menuju ke Karachi. walaupun delay beberapa jam di KLIA tetapi ALLAH permudahkan untuk mendarat di Karachi dalam sesi pertukaran flight ke Jeddah.

14/3 Bermula sampai di jeddah.. terminal hujjaj memberi pengalaman pertama kepada abumujahid, sampai pukul 11.30 malam keluar dr urusan imigresen saudi memakan masa hampir 2 jam.. Abumujahid tercari2 3 orang pesewrta rombongan... mereka hilang dari rombongan hampir 3 jam lamanya. disini sudah mula ujian pertama . ke sana ke mari abumujahid mencari dibantu oleh ahli rombongan yang begitu komited dan akhirnya dimaklumkan oleh muassasah yang juga membantu bahawa 3 ahli rombongan berada di terminal syimali... Masya ALLAH... kami terpaksa lewat sampai ke Madinah Al Munawwarah akibat daripada kehilangan itu...

Solat subuh di pertengahan jalan ke Madinah mengingatkan perjalanan dr Jordan ke Mekah melaksanakan ibadah umrah bersama2 pelajar arab University of Jordan. sejuk pagi juga membayangkan pengorbanan RasuluLLAH dan abu Bakar dalam menempuh perjalanan ketika peristiwa hijrah.. ALLAHu sejuk menusuk ke dalam kerangka tulang belulang kami peserta rombongan....


bersambung...

Tuesday, March 29, 2011

Perkongsian Bekam di Melaka April 2011

Assalamualaikum


Insya ALLAH jika tiada aral. sekali lagi majlis perkongsian ilmu bekam akan diadakan.

Tarikh :  17 April 2011
Masa   : 9 pagi 12.00 tghri ( teori asas bekam alhijamah)
              2 petang - 4 petang ( praktikal )
Tempat : 18-1 Jalan Seri Emas 5, taman seri telok Emas,Telok Mas,  Melaka ( bersebelahan pej. Pos Telok Mas)
Yuran   : RM 120 ( Makan tengahari/ minum petang serta nota dan sijil ) tidak termasuk alat bekam.


Jika tuan2 berminat boleh sms nama/ic/perkongsian bekam ke no 0196879224 ( abumujahid) selewat2nya 2 minggu sebelum majlis perkongsian.

Sila bawa:

Alatan bekam ( cup , pen bekam dan kain pelikat)

Untuk memudahkan tuan2 mendapatkan alat bekam. saya bersedia menempah alat bekam yang di hajati.Sila buat tempahan awal bagi memudahkan saya mendapatkan alat2 bekam tersebut.
 Cup dan pen bekam :

1-Set Bekam 12 cups (High Quality) RM 100 ( insya ALLAH khas untuk peserta shj, mungkin lebih murah)



2-Pen Bekam High Speed (Gold)    RM 120


Saya cadangkan untuk peserta perkongsian menempah


Set Bekam 12 cup ( high kualiti ) dan Pen Bekam  high (Gold)  speed ( Jarum 20 pc) RM 230. Insya ALLAH boleh digunakan untuk keluarga. ( Harga peserta perkongsian ilmu bekam shj)



Penyertaan hanya terhad kepada 12 peserta yang awal mendaftar sahaja.

Sekian

Wassalam

Saturday, February 19, 2011

Sawan

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

AlhamduliLLAH pujian dan selawat serta salam buat junjungan besar RasuluLLAH 'alaihis salam...

Semalam setelah sekian lama abu mujahid tidak merawat lantaran sentiasa sakit dan dahagakan ubat... di datangi oleh seorang pak cik yg membawa cucunya ke pusar rawatan TIAF. Sementelah kesibukan Ustaz Wan Asrul dengan program perkongsian ilmu.. rasanya tidak patut abumujahid menolak panggilan untuk melihat cucu pak cik tadi..

Sawan... itulah cerita ibunya tentang penyakit anaknya yang berumur 2 tahun setengah... abumujahid tawakkal saja.. almaklum al ilmu di buku bukan di dada... panggil anak tadi dia x mahu dekat dengan abumujahid... bersalam pun tak hendak.. jadi di pendekkan cerita... air yang dibawa ditangkal dan dijampi.. harapan tiada lain hanya DIA yang bisa membantu...

Abumujahid tiba2 teringat pasal pedang Qaf... 2/3 kali guna untuk pancung penyakit.. sambil anak tadi leka bermain2 dengan kerenahnya yang sungguh aktif....kemudian abumujahid bekalkan ibunya dengan amalan mandian untuk anak dan zikir lataif untuk lembutkan perihal anaknya yg aktif.. terlupa pasal mandian air hidup ke air mati ke..

Masa nak balik anak tadi dihulur bersalam dengan abumujahid dan dengan rela hati bersalam dan macam baik-baik saja.... masa nk turun tangga sekali lagi abu mujahid ajak2 ayam untuk bersalam dengan anak tadi da dengan  watak manja sekali dia datang bersalam dan membenarkan abumujahid menciumnya... baik sekali...

Moga2 penyakit 'sawan' yang dihidapi oleh cucu pak cik tadi sembuh ...الله يشفيك

Sekian dulu perkongsian ringkas dari abumujahid .... sekian .. wassalam..

Para Pembaca budiman.

Blog abumujahid ini memaparkaan pandangan peribadi abumujahid. Segala yang dipaparkan akan dimuatkan sumber rujukan jika ia adalah daripada sumber tertentu. Moga-moga abumujahid dan pembaca sekalian boleh mengambil istifadah dan boleh juga menegur abumujahid dalam hal yang dikira salah dan bertentangan dengan usul aqidah mahupun syara'.

Moga tuan-tuan dan puan-puan mendapat barakah dari blog yang Naif dan dhaif ini. BarakaLLAHu fiikum.