Berbicara pasal hati??
Ya…
Hati kita adalah merupakan tempat awal dan terakhir serangan jin dan syaitan,di sudut kecil bahagian tubuh kita ini lah bersarangnya penyakit2 yang dikenali penyakit Qalbu.. betul tak?
sebab apa saya kata begitu??
Cuba anda bayangkan apa perasaan kita bila kita mula hendak melakukan ibadat-ibadat, khususnya solat.. kita diserang supaya timbul dalam diri perasan was-was, ragu-ragu, khayal malah paling susah untuk kita dapat ialah mengawal hati supaya khusyuk.
Itu dalam bab solat..
Kalau kita beralih kepada dunia rawatan, agak2 pembaca lah, ada tak serangan daripada puak2 jan jin jun ni??
Sudah pasti ada kan..
Beberapa hari lepas, saya sempat berbual-bual dengan seorang ahli tarekat… dia menasihati saya supaya berhati-hati ketika merawat , khususnya bila kita selesai merawat atau kita berjaya megeluarkan gangguan daripada badan pesakit.. sudah pasti kita akan rasa ‘terangkat ‘ skit kerana kemampuan merawat kita itu??
Ohhh alangkah malangnya kita kata beliau… kita nak merawat tapi dalam masa yang sama kita telah menjadi pesakit… pesakit akidah pulak.. ni dah masuk kes nanya..ALLAHu..
Bukankah ria’, takabbur, sombong, ujub dll itu merupakan syirik khafi? Kan ke itu juga penyakit..
Masya ALLAH..
Pada mulanya saya menyangka beliau hanya nk merendah-rendahkan kerja-kerja merawat ni, tapi bila difikirkan kembali, AlhamduliLLAH, sebenarnya saya sedang menimba mutiara-mutiara ilmu bagi memperkemaskan dan memperkukuhkan aqidah saya bilamana saya merawat.
Tn dan puan pembaca yang dihormati,
Apa kata kita cuba mengkoreksi diri kita sokmo (selalu) supaya perjalanan yang kita lalui pada hari ini mendapat keberkatan dan dapat menangkis segala bentuk serangan serta tipu daya golongan jin dan syaitan terhadap diri kita. ALLAHu..
siruu 'ala barakatiLLAH
No comments:
Post a Comment