...............................................

...............................................
الفقير إلى الله مسافر في أرض الله و سيروا على بركة الله

Al faqir ilaLLAH, Musafir fii ArdhiLLAH , Siiru 'ala BarakatiLLAH





Saturday, January 30, 2016

UMUR TAUBAT KEMATIAN

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum

2 tahun bersawang lagi blog ini,... dalam masa yang sama umur Abumujahid semakin pendek. pejam celik sepanjang tempoh 2 tahun banyak peristiwa yang mengubah landskap kehidupan manusia..termasuk penulis sendiri..

Banyak sekali perubahan berlaku... tempat kerja pun dah bertukar ganti dari Mozac ke SMK St David.. yang x berubah adalah status bujang 3... alhamdulillah :) sebenarnya ada yang kita rancang... Allah telahpun merancang sebaik2 perancangan... sebab itulah kita perlu redha ...

Manusia....dari muda kepada semakin tua,.. dari banyak pahala dosa kepada semakin banyak atau berkurang... dari miskin kepda kaya atau sebaliknya.... yang pasti umur akan makin berkurang..

Umur..... berlari-lari ke garisan penamat... dalam masa yang sama pahala dan dosa bertambah berkurang atas tangan buat manusia itu sendiri.... kala pahala bertambah.. kala itu lah dekatnya manusia kepada Allah Azzawajalla.. rasa kemanisan beribadah...kala dosa mula menimbun.. maka kala itulah kita makin jauh dengan Dakapan Rahmat Allah..

Untungnya... kalau manusia tersedar sebelum garisan penamat hidupnya kelihatan...lantas berubah menjadi...

sebaik2 manusia yg berdosa dan 'asi adalah yg bertaubat
sebaik2 manusia yang lalai adalah manusia yg mendapat hidayah dan taufiq
sebaik2 manusia yg miskin adalah miskin dosa
sebaik2 manusia yg kaya adalah yang kaya dengan pahala dan inayah Allah SWT

mudah sekali jemari menaip bila idea yg bertahun sarat dikepala... x tahu nak sentuh topik apa.. tetapi topik TAUBAT  adalah topik yg x berkesudahan... kerana manusia sentiasa berbuat dosa..

dosa dengan ALLAH SWT
dosa sesama manusia
dosa dengan apa jua makhluk ALLAH SWT

Ya ALLAH.

Jangan lah Engkau ambil nyawa dan jasadku ini sehingga aku betul2 bersedia dengan amal soleh
Jangan lah Engkau ambil nyawa dan jasadku ini sehingga dosa zulumatku terhapus dengan taubat nasuha kepadaMU
Jangan lah Engkau ambil nyawa dan jasadku ini dikala amanahMu belum terlaksana
Jangan lah Engkau ambil nyawa dan jasadku ini dalam keadaan aku lalai dengan maksiat
Jangan lah Engkau ambil nyawa dan jasadku ini sebelum Engkau redhai aku sebagai hambaMu
Jangan lah Engkau ambil nyawa dan jasadku ini sebelum bibirku betul x lekang dengan menyebut rinduku padaMu dan kekasihMu

Ya ALLAH

Ampuni dosa-dosaku... dosa ibubapaku... dosa isteri dan anak2ku... dosa adik beradikku.. dosa keluarga2ku.. dosa sahabat2ku.. dosa semua kaum muslimin dan muslimat ...yang masih hidup mahupun yang sudah meninggalkan kami...

Pindahkan kami dr alam dunia ini dalam keadaan kami yng sudah bertaubat... dalam keadaan yg Engkau Redhai kami...

Allahumma Aamin


Para Pembaca budiman.

Blog abumujahid ini memaparkaan pandangan peribadi abumujahid. Segala yang dipaparkan akan dimuatkan sumber rujukan jika ia adalah daripada sumber tertentu. Moga-moga abumujahid dan pembaca sekalian boleh mengambil istifadah dan boleh juga menegur abumujahid dalam hal yang dikira salah dan bertentangan dengan usul aqidah mahupun syara'.

Moga tuan-tuan dan puan-puan mendapat barakah dari blog yang Naif dan dhaif ini. BarakaLLAHu fiikum.