...............................................

...............................................
الفقير إلى الله مسافر في أرض الله و سيروا على بركة الله

Al faqir ilaLLAH, Musafir fii ArdhiLLAH , Siiru 'ala BarakatiLLAH





Tuesday, September 25, 2012

AlhamduliLLAH.. makin ramai memilih jalan ini..

BissmiLLAH bibarakatiLLAHi abda u

AlhamduliLLAH wassyukru liLLAH.. segala pujian kepadaNYA jua.. Selawat dan salam buat Junjungan Besar RasuluLLAH SAW.

Sebulan meninggalkan blog dek kemudahan FB Mobile menyebabkan berkurang penggunaan Internet.. terciptalah leka  dengan tugas dakwah bilwasilah al hadithah...

Sebenarnya akhir-akhir ini para asatizah, para tobib, para mualij, para perawat.. sudah mula berkesedaran menyampaikan dakwah melalui thoriqoh mu'alajah. maka bermulalah kemunculan darul2, pusat2 Terapi.. yg memperkenalkan kaedah rawatan masing2 yg berlandaskan kebenaran. ApaBila Islam diletakkan dihadapan sebagai hadaf dan matlamat.. selagi segala rawatan yg diamalkan liLLAH.. dan syariah islamiyyah serta 'aqidah ahli sunnah wal jamaah menjadi landasan.. Insya ALLAH didoakan maqbul disisi Yang Maha Pencipta...

Tuan-tuan yang dihormati,

Perubatan Islam yg didokong haruslah tidak terlalu sempit.. sekadar merawat dan mengubat penyakit-penyakit gangguan jin mahupun syaitan sahaja.. bahkan ianya hanya sebahagian daripada perubatan Islam itu sendiri... Jika dirujuk buku-buku karangan ulama terdahulu berkaitan TiBB Nabawiyy.. kita akan melihat perbincangan awal adalah berkaitaan dengan konsep menjaga kesihatan fizikal... jesteru kita semua pernah mendengar pepatah ' Al 'Aqlus salim fi jismis salim'..

yakni

Apabila jasad dan tubuh badan sihat... nescaya hukum alamnya.. akal juga akan sihat.. bila kedua2nya sihat bebaslah manusia dari kesakitan...

Jin dan Syaitan kerapkali menggunakan modus operasinya yg sama iaitu menyerang fizikal yg mmg sudah tidak sihat untuk menguasai minda manusia.. lantas berlakulah sakit kepada manusia tersebut..

Maka, sebagai perawat hebat, tobib super.. mahupun ustaz power... konsep berhati2 supaya tidak memandang segala sakit gangguan jin datangnya dari jin itu sendiri.. bahkan.. sebelum kedatangan jin mmg sudah ada penyakit fizikal yang sudah bertapak dalam badan manusia disebabkan corak pemakanan dan kehidupan manusia itu sendiri..

Harus juga dinilai,, bahwa segala penyakit gangguan tidak semuanya datang daripada penyebab wal asbab iaitu jin atau syaitan... tetapi banyak sekali terjadi disebabkan 'hallah nafsiah', 'ain' dan 'kaffarah'.. Jin dan Syaitan yg mmg sudah lama beroperasi dengan tugasnya untuk membawa manusia syirik dan sesat sudah tentu tidak akan melepaskan peluang keemasan di atas kelemahan manusia ini.

Tuan-tuan yang dikasihi fiLLAH wa liLLAH,

Tangan ini masih gatal untuk menulis.. tetapi cukuplah disini dek keterbatasan ilmu.. khuatir catatan yg dibuat tidak soheh dan tepat. Biarlah ia setakat peringatan buat diri yg jahil ini.. dan sentuhan ukhuwwah buat sahabat2 daei diluar sana...

Akhir kata.. doakan ketuan Islam akan tertegak di tanah melayu khasnya.. dan di dunia amnya.. BarakaLLAHu fiinaa wa lakum..

Wassalamualaikum..

Para Pembaca budiman.

Blog abumujahid ini memaparkaan pandangan peribadi abumujahid. Segala yang dipaparkan akan dimuatkan sumber rujukan jika ia adalah daripada sumber tertentu. Moga-moga abumujahid dan pembaca sekalian boleh mengambil istifadah dan boleh juga menegur abumujahid dalam hal yang dikira salah dan bertentangan dengan usul aqidah mahupun syara'.

Moga tuan-tuan dan puan-puan mendapat barakah dari blog yang Naif dan dhaif ini. BarakaLLAHu fiikum.