...............................................

...............................................
الفقير إلى الله مسافر في أرض الله و سيروا على بركة الله

Al faqir ilaLLAH, Musafir fii ArdhiLLAH , Siiru 'ala BarakatiLLAH





Wednesday, September 4, 2013

Pusat Rawatan Homeopati dan Terapi Bekam, Melaka


Assalamualaikum

AlhamduliLLAH Pusat Rawatan Homeopati dan Terapi Bekam telah dibuka di Kg Alai. AlhamduliLLAH jua dipermudahkan urusan.

Bagi memudahkan pencarian Pusat rawatan, Pusat rawatan ini terletak Berhadapan dengan Majsid Kg Alai, Melaka.

Waktu Rawatan

Jam 5.00 ptg ( selepas asar) sehingga 10.00 malam.
Hari Isnin- Jumaat

Jam 10.00 pagi- 5 ptg
Hari Sabtu dan Ahad.
* Waktu solat dikecualikan

Temujanji awal digalakkan bagi memastikan Pengamal Homeopati dan Juru Terapi Bekam maklum.

Sesungguhnya Kesembuhan dari ALLAH SWT. Usaha dan ikhtiar perlu dilakukan..

BarakaLLAHu fiikum.


Wednesday, August 21, 2013

Dunia oh dunia

Assalamualaikum dan Salam Syawwal buat semua pengunjung blog yang dihormati.

Sesungguhnya salam dan selawat buat Junjungan Besar RasulaLLAH SAW dan buat para pencinta sunnah Nabi Agung ini...

AlhamduliLLAH.. bersyukur.. kerana saat dan ketika ini dapat saya melakarkan sedikit bicara dalam blog yang serba dhaif ini.

Dikala pembaca dan penulis blog ini diberi peluang untuk terus hari dan hidup meniti sebagai pelakun-pelakun di dunia ini.. penuh nikmat dan kemudahan yang diberikan.. sudah tiba masanya dunia sampai ke penghujung ajalnya.. dan kita menunggu detik2 itu.. Hari kiamat itu pasti.. tanda-tandanya juga sudah semakin jelas...

Dari hari ke hari berikutnya.. kita didedahkan dengan pelbagai masalah dan perkembangan dunia akhir zaman ini... kita melihat tandanya yg jelas walaupun kadang2 kita tidak berhadapan dengan situasi berikut...dunia tanpa sempadan membuatkan hidup manusia yg berjauhan menjadi dekat... khabar berita tersebar sebaik jari jemari menari.. tersebarlah berita itu dan ini..

SubhanaLLAH.. Akhir zaman ini.. Allah perkenankan setitis ilmuNYA dikuasai manusia.. supaya manusia lebih sedar dan mengakui kebesaranNYA.. akan tetapi ramai yang tersungkur disaat2 musuh2 ALLAH sedang bergembira mengganggap mereka sedang menang.. sedangkan saat ini bermula aturan ALLAH untuk Islam kembali gemilang.. Insya ALLAH..

73 Golongan yang disebut2 kita juga sudah semakinh jelas .. itupun bagi mereka yg empunya hati.. mereka mengkaji dengan hidayat ALLAH SWT... maka berbahagialah manusia yang termasuk dalam kelompok pencinta Sunnah Nabi Allah, Muhammad SAW.

Tuan2 dan Puan2 para pembaca budiman,

Berdoalah agar kita diberi hidayah dan Inayah yg berkekalan sehingga penghujung nyawa kita.. agar kita boleh bersama2 dengan Kekasih ALLAH SWT, Nabi Muhammad SAW di akhirat kelak..

kita tambah ilmu kita, kita tambah amal kita, kita aturkan doa dalam seluruh gerak kehidupan kita.. supaya Kita tergolong dalam 1 golongan yang di redhai ALLAH SWT...

Amin ya Rabb.






Tuesday, May 7, 2013

Wacana Perubatan Homeopati di KB Mei ini

Assalamualaikum

Wacana Perubatan Homeopati dengan fokus 
"Materia Medica & Homeopathic Pharmacopeia".

27-29 Mei 2013

 Perpustakaan Awam Islam Dar Nur al-Zahra'

5529, Lrg. Merican Off Jalan Telipot


15150 Kota Bharu


Kelantan Darulnaim.


 Peserta akan didedahkan dengan sains, seni dan kemahiran dalam perubatan homeopati dengan pendekatan ceramah, diskusi, kerja kumpulan/bengkel 

 Pembimbing:
Prof Dr Osman Nasir 
 Prof Dr Abu Naim Kasan

 Peserta baru dan sesiapa yang berhajat/berminat untuk menjadi pengamal homeopati dipersilakan hadir dan mendaftar Majlis Wacana tersebut.

Pendaftaran RM 150 bagi yang mendaftar selewat-lewatnya 15 Mei 2013. Bagi yang lewat mendaftar yuran akan dinaikkan menjadi RM 200.

Bagi yang berminat boleh mendaftar di Talian 0196879224 taip : daftar wacana homeopati/ nama penuh/ic hantar ke talian tertera.

Tuesday, March 19, 2013

Edisi taubat

Assalamualaikum...

AlhamduliLLAH.. selawat serta salam buat Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW.. sahabat-sahabat yang dirahmati ALLAH SWT sekalian...

Edisi Taubat dalam kehidupan manusia adalah antara agenda wajib dan lumrah kehidupan seorang yang bergelar insan. Kerana manusia seringkali diserang oleh virus kesyirikan dan gelombang ombak ganas maksiat yang tidak sudah-sudah.

Berada dalam zon selesa tanpa menghiraukan calitan dan percikan dosa dan noda yang hari-hari terpalit adalah lumrah kehidupan manusia pengejar dunia hari ini. Pasti insan sebegini belum dikurniakan peringatan DariNYA yang Maha Mengetahui.

Adapun pabila diuji dengan musibah dariNYA.. sebagai satu bentuk peringatan.. ramai manusia yg bercucuran gugur kalimah2 tauhid mereka lantaran ketandusan ilmu.. tidak kurang masih ada yang pabila ujian menimpa mereka maka berpegang kukuhlah mereka dengan 'tali ALLAH SWT', nescaya berbahagialah mereka di dunia dan akhirat.

Sahabat-sahabat yang dimuliakan ALLAH,

Al Faqir berbicara sebagai nasihat dan taujihat kepada diri al Faqir sendiri yang haqir di hadapan ALLAH SWT yang Maha Agung.. juga sebagai halwa mata tuan-tuan sahabat menilai kembali status Taubat kita pada ALLAH SWT atas dosa yang kita lakukan samada sedar mahupun dalam keadaan alpa.

Maka kembalilah kita menyusuri firman ALLAH SWT yng bermaksud " maka bertaubatlah kepada ALLAH atas dosa2 kalian dengfan taubat Nasuha"

Pernahkah kita bertaubat dan yakinkah kita dosa yg pernah kita lakukan sudah diampunkan oleh ALLAH SWT? atau kita berada dalam zon selesa saja mengenang taubat 'main2' yg kita buat itu pasti diterima ALLAH .. sedangkan maksiat yg kita lakukan masih berterusan dalam kehidupan kita..? ALLAHu Akbar... betapa lemahnya kita.. cepat betul lupa akan dosa dengan anggapan ALLAH SWT menerima taubat kita.. tanpa rasa kesal mengenang azab dan balasan ALLAH SWT.. riang sungguh kehidupan kita..

Wahai manusia,... edisi-edisi taubat perlu diteruskan selagi hayat dikandung badan, selagi roh dan jasad masih bersatu... jangan pula setelah terpisahnya nyawa barulah terhegeh2 hendak mengerjakan taubat-taubat yang diwajibkan keatas kita semua.. Ingat Dunia ini pasti fana.. kita pun pasti akan fana bila tiba masa dan ketikanya...Masya ALLAH.. gerun betul mengenangkan akan masa yg akan jua tiba itu..

sekian.




Saturday, February 9, 2013

Program Terapi Bekam dan Diagnos Penyakit.


Assalamualaikum

DIAGNOS PENYAKIT dan  TERAPI BEKAM

 Bertempat di Telok Mas Melaka
Tarikh : 14 Februari ( Khamis)
 Bermula jam 9pagi - 5petang.

Diagnos Penyakit (menggunakan alat Quantum Magnatic Analyzer adalah RM 5, manakala caj bagi Terapi Bekam adalah RM4 per mangkuk.

Bagi melancarkan aktiviti ini, Sila hantar temujanji tuan2 jika berminat ke no 0196879224 -ustaz Al Azhar, (juru bekam/ pengamal rawatan Homeopati )

Program ini dilaksanakan untuk mengumpulkan sahabat TIAF yg tinggal berdekatan dengan Telok Mas Melaka... bagi sahabat2 yang berdekatan yang mempunyai kemahiran berbekam dipersilakan hadir menyumbangkan tenaga.

Disamping itu, harga yang rendah adalah untuk memperluaskan kaedah rawatan bekam  kepada masyarakat.

Wasslam

Thursday, February 7, 2013

Bangkit Kembali

Assalamualaikum..

Alhamdulillah..diberi kekuatan untuk mencoret sedikit dalam blog yg ringkas ini.. agak2 dah bersarang labah blog ini dek kesibukan dunia.. lebih2 lagi kehadiran FB yg memecahkan ruang penggunaan masa dan juga kesibukan tugas2 di sekolah.. Moga2 ALLAH SWT membuka ruang masa untuk terus menulis di ruangan kerdil ini.

Fa subhanaLLAH.. maha suci ALLAH SWT. yang membekalkan kekuatan dalam kelemahan jiwa dan rohani untuk berbicara pada malam ini.. sesungguhnya pada ketika ini abumujahid berada dalam kumpulan pembina item soalan Bahasa Arab komunikasi. Jadi kesempatan cerlang cerluk ini abumujahid gunakan untuk hidupkan semangat menulis yg sudah hampir-hampir luntur..

FaLLAHu Akbar.. maha Besar ALLAH SWT yg menemukan abumujahid dengan seorang sahabat baru yang baru tahun lepas habis PHD.. memberi semangat dan tunjuk ajar untuk terus maju dalam bidang penulisan...Khasnya untuk menanam hajat menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi..

Bahkan... sememangnya wajib ke atas setiap muslimin dan muslimat untuk menimba ilmu sehingga ke liang lahad.. ilmu apa?

Pasti sekali ranking pertama ialah ilmu Fardhu Ain yang merangkumi ilmu Aqidah, ilmu Syariah dan Ilmu Ahklak..

Sebabnya tanpa rangkuman 3 jenis ilmu yg dimaksudkan di atas, sudah pasti kuranglah qimah  diri manusia di depan ALLAH SWT.. didepan manusia juga terzahir hina diri.. walaupun asal manusia sememamngnya adalah jahil.. biarlah kita rungkai kejahilan itu setakat kemampuan yg ALLAH SWT kurniakan...

Apa saja gelaran tuan-tuan dan puan-puan.. dokterkah.. peguamkah.. gurukah.. tuan gurukah.. pasti kita sebenarnya jahil terhadap sesuatu yg kita tidak tahu.. maka soallah diri kita.. berapa banyak sudah kita TAHU.. sedangkan jutaan ilmu diluar sana kita jahil akannya..

Justeru.. jom kita ikhtiar untuk ubah diri kita .. belajar adalah satu kaedah untuk mengubah diri dari berada dalam kejahilan kepada ma'rifat.. dan sebaik2 ma'rifat ialah suatu perkara yg sentisa dihubungkan dengan kekuasaan ALLAH SWT..

barakaLLAHu fiikum..

Para Pembaca budiman.

Blog abumujahid ini memaparkaan pandangan peribadi abumujahid. Segala yang dipaparkan akan dimuatkan sumber rujukan jika ia adalah daripada sumber tertentu. Moga-moga abumujahid dan pembaca sekalian boleh mengambil istifadah dan boleh juga menegur abumujahid dalam hal yang dikira salah dan bertentangan dengan usul aqidah mahupun syara'.

Moga tuan-tuan dan puan-puan mendapat barakah dari blog yang Naif dan dhaif ini. BarakaLLAHu fiikum.