...............................................

...............................................
الفقير إلى الله مسافر في أرض الله و سيروا على بركة الله

Al faqir ilaLLAH, Musafir fii ArdhiLLAH , Siiru 'ala BarakatiLLAH





Tuesday, March 19, 2013

Edisi taubat

Assalamualaikum...

AlhamduliLLAH.. selawat serta salam buat Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW.. sahabat-sahabat yang dirahmati ALLAH SWT sekalian...

Edisi Taubat dalam kehidupan manusia adalah antara agenda wajib dan lumrah kehidupan seorang yang bergelar insan. Kerana manusia seringkali diserang oleh virus kesyirikan dan gelombang ombak ganas maksiat yang tidak sudah-sudah.

Berada dalam zon selesa tanpa menghiraukan calitan dan percikan dosa dan noda yang hari-hari terpalit adalah lumrah kehidupan manusia pengejar dunia hari ini. Pasti insan sebegini belum dikurniakan peringatan DariNYA yang Maha Mengetahui.

Adapun pabila diuji dengan musibah dariNYA.. sebagai satu bentuk peringatan.. ramai manusia yg bercucuran gugur kalimah2 tauhid mereka lantaran ketandusan ilmu.. tidak kurang masih ada yang pabila ujian menimpa mereka maka berpegang kukuhlah mereka dengan 'tali ALLAH SWT', nescaya berbahagialah mereka di dunia dan akhirat.

Sahabat-sahabat yang dimuliakan ALLAH,

Al Faqir berbicara sebagai nasihat dan taujihat kepada diri al Faqir sendiri yang haqir di hadapan ALLAH SWT yang Maha Agung.. juga sebagai halwa mata tuan-tuan sahabat menilai kembali status Taubat kita pada ALLAH SWT atas dosa yang kita lakukan samada sedar mahupun dalam keadaan alpa.

Maka kembalilah kita menyusuri firman ALLAH SWT yng bermaksud " maka bertaubatlah kepada ALLAH atas dosa2 kalian dengfan taubat Nasuha"

Pernahkah kita bertaubat dan yakinkah kita dosa yg pernah kita lakukan sudah diampunkan oleh ALLAH SWT? atau kita berada dalam zon selesa saja mengenang taubat 'main2' yg kita buat itu pasti diterima ALLAH .. sedangkan maksiat yg kita lakukan masih berterusan dalam kehidupan kita..? ALLAHu Akbar... betapa lemahnya kita.. cepat betul lupa akan dosa dengan anggapan ALLAH SWT menerima taubat kita.. tanpa rasa kesal mengenang azab dan balasan ALLAH SWT.. riang sungguh kehidupan kita..

Wahai manusia,... edisi-edisi taubat perlu diteruskan selagi hayat dikandung badan, selagi roh dan jasad masih bersatu... jangan pula setelah terpisahnya nyawa barulah terhegeh2 hendak mengerjakan taubat-taubat yang diwajibkan keatas kita semua.. Ingat Dunia ini pasti fana.. kita pun pasti akan fana bila tiba masa dan ketikanya...Masya ALLAH.. gerun betul mengenangkan akan masa yg akan jua tiba itu..

sekian.




Para Pembaca budiman.

Blog abumujahid ini memaparkaan pandangan peribadi abumujahid. Segala yang dipaparkan akan dimuatkan sumber rujukan jika ia adalah daripada sumber tertentu. Moga-moga abumujahid dan pembaca sekalian boleh mengambil istifadah dan boleh juga menegur abumujahid dalam hal yang dikira salah dan bertentangan dengan usul aqidah mahupun syara'.

Moga tuan-tuan dan puan-puan mendapat barakah dari blog yang Naif dan dhaif ini. BarakaLLAHu fiikum.