...............................................

...............................................
الفقير إلى الله مسافر في أرض الله و سيروا على بركة الله

Al faqir ilaLLAH, Musafir fii ArdhiLLAH , Siiru 'ala BarakatiLLAH





Friday, July 31, 2009

Betul ke mu'alij ni fardhu Kifayah?

السلام عليكم ورحمة الله

Menjadi mu'alij( perawat Islam) adalah tanggungjawab fardhu kifayah terhadap setiap keluarga?

Setuju x kalau saya tanya soalan berikut kepada tuan-tuan dan puan-puan sekalian?

Saya hanya berkongsi pendapat sahaja.. maklum lah sekarang ni banyak sangat kes-kes berlaku dalam sesebuah keluarga, sehingga ada satu keluarga yang penah saya kenali.. bila berlaku kes ganguan, maka pergilah mereka bertemu ahli keluarga terdekat untuk dirawat, dalam keadaan separa pengetahuan mereka ahli keluarga mereka tu adalah 'tok moh'... sedih saya mengenangkan kisah berlaku sehari dua ni... ramai lagi yang masih x tau membezakan antara tok moh dengan perawat Islam..

Tuan-tuan sekalian,

Ramai yang menyangka tok moh dan perawat Islam ni sama sahaja, 2x5 tau 5x2.. jawapannya sama. betul ke macam tu?

Pada saya jauh sama sekali tidak sama malah perbezaan ketara antara keduanya.. kenapa saya kata begitu? Insya Allah saya cuba berlapang masa untuk menyediakan artikal tentang perbezaan antara tok moh dengan perawat Islam, kalau ada yang dah tulis lagi bagus.. sila rujuk mereka yang dah keluarkan artikal tersebut..

Jadi..

kesimpulannya..

Jika kita rasa mu'alij itu tanggungjawab fardhu kifayah.. apa lah salahnya kita menceduk ilmu rawatan Islam dengan menghadiri kursus2 yang dianjurkan.. mungkin sedikit sebanyak dapat memberi manfaat kepada masyarakat kita..

Kalau tuan-tuan nk tau sila berkunjung ke blog http://perawat-islam.blogspot.com/

Ok lah setakat itu saja pagi ni..

Moga-moga dapat diambil iktibar.. WaLLAHU a'lam والله أعلم بالصواب

Thursday, July 30, 2009

Diari merawat (6) Merawat isteri

Assalamulaikum..

Semalam isteri mengadu berdebar-debar.. ditambah mimpi berada ditempat tinggi.. selesai solat asar saya cuba merawat isteri tercinta..

Saya mulakan dengan ta'awwuz dan doa pendinding diri.. kemudian terus kepada inzar dan peringatan.. selepas tu saya seru sekalian jin supaya keluar drpd mengganggu iateri saya... saya lafaz huruf muqattho'aat kaaf haa yaa 'aiin shood( berulang2)...

Kesan daripada bacaan itu badan isteri saya mula bergoyang2 ke kiri dan ke kanan..

Berada dalam separa sedar..

Rawatan diteruskan.. x perlu saya cerita secara lebih lanjut.. sekadar berkongsi cerita kes merawat isteri saya yang mana jin mati dan bersilih ganti dengan jin yang lain dan sifat yang berbeza.. semua nya degil dan tidak bercakap.. apapun saya anggap setakat ini gangguan dapat dikeluarkan. wallhu 'alam..pukul 7 petang saya tamatkan rawatan.. dengan berserah kepada ALLAH.. dan saya sediakan buat isteri saya mandian garam bukit dicampur attar kasturi ditambah bacaan ayat pemecah tapak makhluk tersebut..

Alhamdulillah isteri saya nampaknya ceria selepas itu, kami solat maghrib berjemaah bersama-sama... moga2 cepat sembuh isteriku...

Barakallahu fiiik..

Wednesday, July 29, 2009

Penawar penyakit Hubbuddunya...

Penyakit hubbuddunya wa karahiyatul maut(حب الدنيا وكراهية الموت) merupakan suatu ancaman kepada manusia pada hari ini.. ramai dikalangan kita hari ini tidak memandang serius untuk membanteras penyakit ini…akibatnya kita lihat

* Manusia lalai daripada mengingati ALLAH.

* Manusia bertambah-tambah mengumpulkan harta dan membelanjakan kepada perkara-perkara haram.

* Tersebarnya penyakit sosial lain seperti zina, arak, gossip menggosip(mengumpat lah tu.. siap ada program khas untuk mengumpat dalam TV).

* Bercambahnya aktiviti-aktiviti hiburan yang melalaikan malah merupakan ajen pemusnah Islam dan muda-mudinya.

Bagaimana agaknya kita nk rawat penyakit ini…ramai sekali akan menjawab… zikruLLAH, tutup premis perjudian, kurangkan aktiviti maksiat, anjurkan Tilawatul Quran.. dan macam2 lagi..

Semua jawapan di atas adalah betul..

Saya hari ini suka berkongsi satu asmauLLAHul Husna.. dijadikan amalan moga2 ALLAH membuka pintu hati kita untuk merawat penyakit حب الدنيا وكراهية الموت .. selamat mencuba..

الَفتَّاح / يا الفَتَّاح

Yang Maha Membuka/pembuka

Amalkan 71 x setiap selepas subuh niatkan supaya Allah cabut penyakit حب الدنيا وكراهية الموت dalam diri kita seterusnya mencampakkan حب الآخرة و حلاوة الإيمان

اللّهُمَّ افْتَحْ لَنَا فَإِنَّكَ خَيرُ الفَاتِحِين

Ya ALLAH bukakanlah kepada kami( niatkan), sesungguhnya Engkaulah sebaik-baik pembuka.

Siiru ‘ala barakatiLLAH.

Monday, July 27, 2009

Mengembalikan barang yang hilang..

Salam buat semua..

Seorang pelajar saya mengadu kehilangan barang.. dia tanya ada x ayat untuk lembutkan hati org yang mengambilnya....

Disini saya kongsikan satu ayat daripada surah Ali Imran ayat 9 yang berbunyi:

ربَّنََا إنّكَ جَامِعٌ النَّاسِ لِيَومِ لَّّا رَيْبَ فِيهِ إِنَّ اللهَ لا يُخلِفَ المِيعَاد

Ayat sembilan ini dibaca 100 kali.

9. "Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya Engkaulah Yang akan menghimpunkan sekalian manusia, untuk (menerima balasan pada) suatu hari (hari kiamat) Yang tidak ada syak padanya". Sesungguhnya Allah tidak memungkiri janjiNya.


Kemudian bacalah doa dibawah:

اللّهُمَّ اجْمَعْ بَيْنِي وَبَيْنَ ضَآلَتِي

Ertinya: Ya Allah, himpunkanlah antara aku dan barang yang hilang itu.


Wallahu'alam..

Hujan sebagai AyatuLLAH

Asslamualaikum...

Habis saja waktu persekolahan tadi, saya terus bergegas pulang.. langit negeri Melaka belum reda dengan awan mendung , sejak pukul 1030 pagi lagi hujan turun dengan lebatnya, kilat sambung menyambung, guruh berdentuman.. sungguh hebat ayatuLLAH.. mungkin sebagai peringatan kepada hamba-hamba yang masih terleka dengan kelalaiandunia dan kelekaan sebagai hambaNYA..

Walaupun hujan rintik2 tepaksa saya redahi dengan kenderaan x berbumbung yan dimiliki.. kemungkinan basah memang ada.. pasrah saja.. ini saja rezeki kenderaan yang ALLAH kurnia kepada saya.. harusnya mengucapkan syukur ..AlhamduliLLAH..

Dalam perjalanan pulang saya lihat kereta bersusun.. yakin sekali ada kemalangan atau suatu yg x enak didengar... terpandang olehku kereta bomba membawa perahu.. eh x kan Melaka boleh dilanda banjir kilat..??

Apa yang ku sangka tadi betul terjadi.. banjir kilat..memang betul ujian ALLAH.. sebagai peringatan kepada kita semua..ALLAhu..

Sampai di rumah AlhamduliLLAH, sedikit sahaja basah... x de lah kuyup sangat..


Sikit aje basah..

Saturday, July 25, 2009

Kelebihan dan peristiwa penting sya'ban..

HARI ini merupakan hari ketiga bulan Syaaban dan kedatangan bulan kelapan dalam takwim Islam itu amat dinanti-nantikan, khususnya golongan 'abidin' kerana ia sebagai petanda bahawa Ramadan al-Mubarak semakin hampir.

Dari segi bahasa, Syaaban membawa maksud berpecah-pecah atau berpuak- puak dan perkataan itu terbit daripada budaya hidup masyarakat Quraisy yang terpaksa berpecah kepada beberapa kumpulan untuk mencari sumber air di padang pasir.

Pendapat lain pula mengatakan, Syaaban adalah tanda pemisah antara bulan Rejab dan Ramadan.

Rasulullah SAW pada bulan Syaaban telah memperbanyakkan puasa hingga diriwayatkan, baginda berpuasa sebahagian besar pada bulan tersebut.

Seperti mana maksud satu hadis daripada Aisyah r.a katanya: Rasulullah SAW sering berpuasa sehingga kami mengira bahawa baginda akan berpuasa seterusnya dan baginda sering berbuka sehingga kami mengira beliau akan berbuka terus. Dan aku tidak pernah melihat baginda berpuasa terus sebulan penuh kecuali pada bulan Ramadan. Dan aku juga tidak pernah melihat baginda berpuasa sunat dalam sebulan yang lebih banyak daripada puasanya di bulan Syaaban. (riwayat al-Bukhari).

Berdasarkan maksud hadis tersebut, jelas Rasulullah telah memperbanyakkan ibadat puasa pada bulan Syaaban berbanding bulan-bulan lain sebelum baginda berpuasa penuh pada bulan Ramadan.

Tidak dinafikan usaha untuk menggandakan amal ibadat tidak seharusnya ditumpukan pada bulan-bulan tertentu tetapi ibadat yang dikerjakan oleh Rasulullah ini wajar diikuti kerana pasti ia mempunyai banyak kelebihan.

Siapa lagi yang harus mendukung sunnah Rasulullah jika bukan kita sebagai umat Nabi Muhammad.

Selain digalakkan berpuasa sunat, kita juga digalakkan memperbanyak bersedekah, membaca al-Quran, bermunajat, berdoa, berzikir, qiamullail dan membaca selawat ke atas junjungan Rasulullah.

Sementara itu terdapat satu peristiwa besar dan paling bersejarah berlaku pada bulan Syaaban iaitu pertukaran arah kiblat daripada Masjid al-Aqsa di Baitulmuqaddis ke Kaabah di Masjidilharam.

Peristiwa pertukaran kiblat itu berlaku di dalam masjid Qiblatain di Madinah iaitu ketika Rasulullah serta para sahabat sedang menunaikan solat Asar.

Peristiwa tersebut berlaku pada tahun kedua Hijrah, dalam bulan Syaaban.

Ia telah dirakamkan oleh Allah di dalam kitab suci al-Quran al-Karim pada ayat 144 surah al-Baqarah yang bermaksud: Kerap kali kami melihat engkau (wahai Muhammad) berulang-ulang menadah ke langit, maka kami benarkan engkau berpaling mengadap kiblat yang engkau sukai, oleh itu palingkanlah muka ke arah Al-Masjidil Haram (tempat letaknya Kaabah) dan di mana sahaja kamu berada, maka hadapkanlah mukamu ke arahnya. Dan sesungguhnya orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang telah diberikan kitab, mereka mengetahui bahawa perkara (berkiblat ke Kaabah) itu adalah perintah yang benar daripada Tuhan mereka, dan Allah SWT tidak sekali-kali lalai akan apa yang mereka lakukan.

Perubahan arah kiblat itu juga adalah satu tamparan cukup hebat kepada kaum Yahudi yang selama ini berbangga dengan kiblat mereka iaitu Baitulmuqaddis hingga mencemuh dan mengejek umat Islam kerana terpaksa bergantung dan mengikut mereka walaupun dalam menentukan arah solat pada ketika itu.


Dipetik dr blog:http://ustaznazmi.blogspot.com/2009/07/kelebihan-peristiwa-penting-syaaban.html

Friday, July 24, 2009

Kursus Kaifiyyat Pengurusan Jenazah

video
koleksi video kursus disampaikan oleh Ustaz Rosli.

Asslamualaikum..

Malam tadi saya sampai di rumah dari sekolah pada pukul 12.30mlm, bermula pukul 8.00 hingga 11.00 mlm ini Panitia Pendidikan Islam Mozac menganjurkan Kursus Kaifiyyat Pengurusan jenazah... dalam perjalanan pulang semalam, teringat bagaiman akah kalau yang diurus itu ialah saya.. terkenang juga betapa banyaknya dosa .. belum lagi bertaubat.. kalau aku mati.. macamana keadaan aku di alam sana..??

Tidak mampu nak gambarkan persediaan yang sangat kurang, sudah pasti keadaan kelam kabut di alam sana.. ALLAHu. bantulah hambaMU ini mengharungi kehidupan di dunia dan sambutlah ku dengan Inayah dan HidayahMU YA Rabball'alamin...

sebenarnya saya x nk membebankan fikiran tuan-tuan .. sekadar berkongsi gambar-gambar yang diambil semasa kursus dijalankan..


Persediaan untuk kursus pengurusan Jenazah.



Antara gambar-gambar Penceramah ( Ustaz Rosli) dan peserta.



Peserta lelaki tingkatan 3



Siiru 'Ala barakatiLLAH..





Wednesday, July 22, 2009

Ahlan Wasahlan



Ustaz Suriandi sedang berbincang dengan Ustaz Imran..


Selamat datang kepada Ustaz Imran .. moga-moga dapat berkongsi ilmu dan pengalaman semasa di Mesir dan khususnya di Syubra.....

Selamat berpraktikum...


Tuesday, July 21, 2009

Mengusik kenangan di Urdun..



Assalamualaikum..

Petang tadi saya dihubungi oleh Nik Azfar Ahmad kawan yang tinggal bersama saya semasa di Jordon, kami tinggal serumah, banyak benda yang kami kongsi bersama.. dia menghubungi saya menyatakan dia di Jordan sekarang.. tersentak saya mendengar berita ini sehingga segala kenangan manis semasa menjadi tetamu tanah urdun menggamit hati ini.. sampai kesaat setengah jam sebelum jari saya menyentuh keybord ini saya dan zaujah x lekang dari bersms dengan akhi Nik Azfar( Ammu Pa).

Masa bujang kami mmg kawan, manakala zaujah saya pula tinggal serumah dengan zaujahnya yang kami kenal dengan nama Kak Yah, sangat rapat...malah sampai ke hari ini kami masih berhubung..

Terkenang kehidupan dirantau seusia muda di sana saya mengenal erti hidup berdikari berbekal biasiswa Kementerian Malaysia.. ranjau semasa di Uninversity Of Jordan menggamit kembali.. lelah menghadapi 3 musim imtihan setiap semester menjadi kenangan yang x berpenghujung...musim panas biasa kuredah dengan 3 madah berkampung di maktabah jamiah sampai malam.. indah sungguh..menyusuri liku 4 tahun hidup dikuliah lughah wa adabuha..



الجامعة الأردنية


Waktu malam pula biasa kuhabiskan dengan mengikut kawan2 bertalaqqi.. mengikut Syiekh Norazamudiin... teman serumah sebelum kawin.. bertemu shaik2 disana.. teringat pula pengajian bersama syaikh Shuaib Arnaub seorang guru yang pemurah..tinggi ilmu hadis dan tafsir.. x kurang ilmu feqahnya..bersama syaikh Muaz Said Hawwa.. murabbi yang mendidik hati sanubariku.. bersama Syaikh Mohammad Said Hawwa.. mentelaah soheh al Bukhari..bersama Dr Solah Al Khalidi.. dengan kemahiran tafsir kitabuLLAH..

Teringat juga pengajian Al quranku bersama massyaik di Jami' Jamiah... banyak lagi.. bermain2 difikiranku..

Makanan pula.. ahh terlalu banyak untuk diceritakan... abdali.. sorofah, syawarma.. balad.. naik coaster.. mantiqah sweileh ..salji.. musim bunga..luruh.. nama2 bait zulfaqar.. darussalam yang menjadi tempat menginapku...

panjang lagi nk diceritakan.. cukuplah sedikit dapat diluahkan, sekurang-kurangnya dapat mengurangkan derita rindu kepada bumi urdun...

sekian dulu.. wassalam

Siiruu 'ala BarakatiLLAH..

Sunday, July 19, 2009

Diari rawatan (5)

السلام عليكم ورحمة الله


Malam semalam saya diminta oleh seorang makcik untuk merawatnya.. symptom penyakit yang dihadapi:

Mimpi:-

1. Mimpi kawin dengan lelaki.

2. Mimpi menyusukan anak serta mempunyai 3 anak dengannya.

3. Mimpi2 mengarut… x tau nk explain.

Fizikal:

1. Sakit bahagian punggung kiri

2. Terasa memulas bahagian ari2 ..

Saya merawat secara ringkas dimulakan dengan air jampi, kemudian scan teknik pancaran tapak tangan, mata makcik terasa pedih ketika discan. Kemudian terus kepada tanzir dan peringatan, seterusnya saya baca beberapa potong ayat-ayat ‘ruqyah’ sambil menekan point2 penting di jari kaki. Arahan supaya keluar drpd badan pesakit kerap kali saya ulang dengan mengingatkan puak2 jin tentang kesalahan mendiami badan manusia.. kemudian saya sudahi rawatan tanpa berlakunya hiwar(perbualan).

Kesan rawatan:

1. Pesakit merasa sangat sakit bila dipicit jari manis( picitan yg x kuat langsung) hingga kebahagian punggung kiri..

2. Ternampak 3 kepulan asap hitam keluar daripada badannya.

3. Lega.

Saya merafa’kan kesyukurun jika kesembuhan diberikan kerana segala sakit dan sembuh milih ALLAH bagi menguji sejauh mana manusia taat kepadanya..

Selesai merawat makcik tadi, saya diminta sekali lagi merawat adiknya,

Simpton yang dihadapi.:

1. Marah yang melampau tanpa sebab.

2. Sakit tulang belakang selama 2 bulan lebih.

Saya tidak banyak bertanya kerana merasakan simpton yang dihadapi cukup untuk mengatakan dia diganggu.

Jenis rawatan:

1. Diberikan minum air jampi.

2. Kaedah scan tapak tangan dibuat, pesakit melihat tompokan warna hitam ditangan.

3. Seterusnya kaedah tanzir diberikan.

4. Arahan keluar.

5. Kaedah tepuk dan tarik..

6. Dibaca beberapa potong ayat Ruqyah syariyyah ..

Kesan rawatan:

1. Berlaku getaran yang berterusan di kedua kaki dan tangan.

2. Sendawa kecil.

3. Terasa gegaran di bahagian leher pesakit .

4. Pesakit melihat seorang lelaki yang dikenali berada dalam kepulan asap. Keadaan ini berlaku semasa rawatan dan bacaan ruqyah dilakukan..

Moga-moga gangguan yang diberikan sebagai peringatan kepada pesakit untuk kembali kepada sunnah dan zikruLLAH.

Segala kesembuhan datangnya dari ALLAH…

Siiruu ‘ala barakatiLLAH.



Para Pembaca budiman.

Blog abumujahid ini memaparkaan pandangan peribadi abumujahid. Segala yang dipaparkan akan dimuatkan sumber rujukan jika ia adalah daripada sumber tertentu. Moga-moga abumujahid dan pembaca sekalian boleh mengambil istifadah dan boleh juga menegur abumujahid dalam hal yang dikira salah dan bertentangan dengan usul aqidah mahupun syara'.

Moga tuan-tuan dan puan-puan mendapat barakah dari blog yang Naif dan dhaif ini. BarakaLLAHu fiikum.