...............................................

...............................................
الفقير إلى الله مسافر في أرض الله و سيروا على بركة الله

Al faqir ilaLLAH, Musafir fii ArdhiLLAH , Siiru 'ala BarakatiLLAH





Tuesday, September 1, 2009

Sudah meningkat??

Assalamualaikum..

Salam Ramadhan buat semua,

Sudah lama tidak online.. broadband saya rosak sikit.. jadi malas pulak nk online puasa2 ni.. maklum lah terkejar2 dengan amalan duniawi dan ukhrawi.. Masa seolah terlalu mendesak hamba2 yang mencari Rahmat, Maghfirah dan 'Itqun minannar...

Mencuri sedikit masa di sekolah saya rasa banyak cerita yang nak ditulis.. tapi hari ini cukuplah sekadar tazkirah mengejar maghfirah yang ditawarkan pada sepuluh hari pertengahan Ramadhan ini.

Bagaimana 10 hari yang berlalu? Sudah selesakah kita menghadapi Ramadhan.. cukup hebatkah solat fardhu kita.... berapa rakaat pula solat sunat yang kita kerjakan.. Dah habis berapa juzuk kita bertilawah.. atau kita x bertadaruspun.. zikir harian bertambah atau berkurang...

Semua ini persoalan yang perlu kita tujukan pada kita dan diri kita.. Adakah airmata keinsafan ..sebak bila beribadah petunjuk semua amalan kita sudah menemui warid berkat kemanisan ibadat yang dibuat.. kalaulah belum kita sudah terlambat atau macamana??

Rasanya belum terlambat kalau kita sedarkan diri kita dengan kelalaian akibat wujudnya hawa nafsu dalam diri.. kita yang bersalah kerana tidak membendung penyakit2 Qalbu yang menyerang.. sedang syaitan sudah dibelenggu pada bulan Ramadan ini.. sekarang tepuk dada tanya iman dan kemahuan...

Jika anda hendak memiliki kurniaan ALLAH pada bulan yang mulia ini.. jom kita bersedia dengan segala kelengkapan senjata.. moga hawa nafsu kita terkawal dan kita juruskan ia kepada redha ALLAH SWT...

Wassalam..

No comments:

Post a Comment

Para Pembaca budiman.

Blog abumujahid ini memaparkaan pandangan peribadi abumujahid. Segala yang dipaparkan akan dimuatkan sumber rujukan jika ia adalah daripada sumber tertentu. Moga-moga abumujahid dan pembaca sekalian boleh mengambil istifadah dan boleh juga menegur abumujahid dalam hal yang dikira salah dan bertentangan dengan usul aqidah mahupun syara'.

Moga tuan-tuan dan puan-puan mendapat barakah dari blog yang Naif dan dhaif ini. BarakaLLAHu fiikum.