...............................................

...............................................
الفقير إلى الله مسافر في أرض الله و سيروا على بركة الله

Al faqir ilaLLAH, Musafir fii ArdhiLLAH , Siiru 'ala BarakatiLLAH





Friday, September 11, 2009

Perbincangan menarik...

Salam ukhuwwah buat semua..

Banyak sungguh peristiwa menarik seminggu ini.. paling menarik perbincangan yang berlaku dalam blog2 rawatan... teruja saya membacanya.. ada yang baik dan ada yang kurang.. apapun sekalung tahniah kepada semua perawat... sama ada anda perawat Islam, perawat , atau yang bergelar Tok.. saya kira selagi anda tidak menyimpang dengan kaedah merawat yang syirik .. pada saya teruskan.. mantapkan dan moga2 kita berjalan atas rahmat dan redha ALLAH.

Seminggu dua ini juga.. akibat dari hebatnya maklumat dan 'muzakarah' daripada semua perawat, saya dapat rasakan ini merupakan khitab ALLAH buat saya sendiri, bahawa kita ini hamba yang teramat jahil dalam ilmuNya yang luas.. terdetik kekurangan diri lantas mencetuskan rasa kehambahan dan kekurangan bila berhadapan dengan Zat ALLAH yang MAHA Hebat.. Maha Besar.. Azhim jiddan kata orang kelate...

Khilaful aimmah rahmatan lil'alamin..( perbedaan pendapat ummah sebagai rahmat kepada alam) sebab itu saya kata bila meneliti blog kawan2 perawat yang hebat2 blaka.. terasa ilmu ALLAH sangat luas dan x bersempadan.. cuma kita saja yang terkeliru dalam mengaut ilmu tersebut.. asalkan asas dan Akidah yang kita pegang kukuh dan mantap.. in sya ALLAH kita tidak terjebak dalam kategori Kufur, Syirik, Murtad dll musibah akidah...

Asalkan kita ada tapak syariat kita yang betul.. kita pasti akan pulang dan tidak mandi mandi dalam tapak2 syariat yang batil...

Saudara fiLLAH,

Apapun Musuh sentiasa mencari jalan supaya mereka dapat bersorak gumbira melihat kejatuhan umat Islam disebabkan tangan2 mereka sendiri... kalau mereka berjaya memisah2 kita dengan sempadan negeri/negara... sanggupkah kita dipisahkan dan dihuruharakan dengan ketidaksamaan fahaman khilaf...sehingga membuahkan sikap keakuan dalam diri, komuniti dan lain2...

Jom lah kita bangkit menjadi ummatan wasathon... memberi dan menerima.. bersikap tenang dan tidak gopoh...redha dengan ketentuan ALLAH terhadap kita... kekurangan dan kelebihan yang kita miliki dikongsi bersama bagi menjulang nama baik ISLAM dalam hati2 manusia kuffar dan fasiq pada hari ini...

Wallahu 'alam..

Siiruu 'ala barakatiLLAH...

No comments:

Post a Comment

Para Pembaca budiman.

Blog abumujahid ini memaparkaan pandangan peribadi abumujahid. Segala yang dipaparkan akan dimuatkan sumber rujukan jika ia adalah daripada sumber tertentu. Moga-moga abumujahid dan pembaca sekalian boleh mengambil istifadah dan boleh juga menegur abumujahid dalam hal yang dikira salah dan bertentangan dengan usul aqidah mahupun syara'.

Moga tuan-tuan dan puan-puan mendapat barakah dari blog yang Naif dan dhaif ini. BarakaLLAHu fiikum.