...............................................

...............................................
الفقير إلى الله مسافر في أرض الله و سيروا على بركة الله

Al faqir ilaLLAH, Musafir fii ArdhiLLAH , Siiru 'ala BarakatiLLAH





Tuesday, September 8, 2009

Teknik rawatan penting ? siri 2

Salam Ramadhan...

elok saya sambung sikit pasal cerita teknik merawat..

........... pada pendapat saya yang terlalu kurang ilmu ini elok lah teknik yang diamalkan :

1. Tidak menimbulkan fitnah kepada masyarakat terhadap perawat beragama Islam.
Cth: berambut punk ke.. pakai baju ala sami ke.. atau kalau nk dirawat mesti sediakan fidyah..
2. Tidak melanggar syariat Islam
spt berdua2 an perawat lelaki dan pesakit perempuan...
3. Tidak mendatangkan keadaan kurang selesa kepada pesakit cthnya: seorang isteri dirawat dan suami tidak selesa kerana perawat terlalu banyak menyentuh/ memicit/ menepuk pesakit. Walaupun ada sesetengah keadaan tidak bersalahan dengan syariat.

saya sambung....
4. Kalaulah pesakit yang datang elok .. tiba2 balik dalam keadaan sakit... lebih2 lagi perawat merawat banyak menggunakan teknik sentuh pesakit samada picit/rotan/ dll.. saya rasa elok dielakkan menggunakan teknik itu kecuali pada kes2 yang sangat memerlukan...
5. tidak menyerupai teknik yang biasa diamalkan oleh bomoh/pawang/ahli nujum..contoh menilik menggunakan air.. baca serapah yang tidak difahami maknanya oleh perawat itu sendiri... atau memohon pertolongan makhluk jin... kalau perawat merasakan teknik yang dibuat tidak bercanggah dengan syariat.. elok memastikan ia tidak sebagaimana no 1 dan 3 di atas.
6. Rawatan secara jauh diharus/dibolehkan.. tekniknya pelbagai tetapi kaedah ini lebih sesuai kita perkenalkan kepada pesakit " saya boleh doa2kan.. yang menyembuh hanya dengan kuasa ALLAH"
7. .....

Saya Rasa setakat in dulu.. tuan-tuan dan puan2 boleh tolong sambungkan dibahagian komen.. molek untuk diri saya yang amat jahil ini.. kalau ada kesalahan pendapat boleh dibawa muzakarah.. saya perlu bersiap ke sekolah pulak..

Oklah.. selamat mengejar keredhaan ALLAH dalam baki 12 hari Ramadhan ini..

Siiruu 'ala BarakatiLLAH..

No comments:

Post a Comment

Para Pembaca budiman.

Blog abumujahid ini memaparkaan pandangan peribadi abumujahid. Segala yang dipaparkan akan dimuatkan sumber rujukan jika ia adalah daripada sumber tertentu. Moga-moga abumujahid dan pembaca sekalian boleh mengambil istifadah dan boleh juga menegur abumujahid dalam hal yang dikira salah dan bertentangan dengan usul aqidah mahupun syara'.

Moga tuan-tuan dan puan-puan mendapat barakah dari blog yang Naif dan dhaif ini. BarakaLLAHu fiikum.