...............................................

...............................................
الفقير إلى الله مسافر في أرض الله و سيروا على بركة الله

Al faqir ilaLLAH, Musafir fii ArdhiLLAH , Siiru 'ala BarakatiLLAH





Friday, September 25, 2009

Ilmu Asas???

Assalamualaikum

Sepanjang bertatih dalam mempelajari ilmu rawatan ini, baru masuk tahun pertama... rasa saya, bila kita seorang perawat, atau menjalani ke arah menjadi perawat, atau insan biasa.. maka amat perlu memahami konsep asas menjadi perawat atau muslim.. kerana tersilap langkah kita akan terpesong ... ada yang terjatuh dalam kesyirikan khususnya syirik khafi atau jali....

Kenapa saya sebut begitu? antaranya disebabkan ketaksuban seseorang dengan guru2 tertentu atau idea2 tertentu menyebabkan fikiran dan halatuju menjadi sempit tiada pintu untuk keluar masuk.. idea dan pandangan serta ilmu baru tidak boleh dimuzakarahkan...

harus diingat.. ilmu ALLAH itu amat luas.. mungkin apa yang ada pada seorang guru, tidak ada pada guru lain, dan apa yang ada pada guru lain, tidak ada pada guru kita..

Kalau kita imbau sirah pengajian ulama2 tersohor.. Imam2 mujtahid... muhadithin2... berapa ramaikah guru mereka?? ada yang mencecah sampai ratusan.. malah ribuan guru... kenapa sampai begitu ramai sekali??

Jawapan pihak saya, kerana mereka mempunyai asas yang kukuh dalam ilmu asas... sehingga mereka mampu menjadi filter menapis kemasukan ilmu, samada boleh dipakai atau tidak... yang selari dengan 'aqidah, syariat dan ihsan... maka boleh diamalkan.. yang tidak pulak.. boleh dijadikan sempadan supaya tidak terjebak...

Hari ini ramai dikalangan kita tiada asas kukuh... tetapi dalam masa sama ingin belajar dan mendalami ilmu rawatan .. tapi kurang kesedaran tentang ilmu asas.. menyebabkan timbul ketaksuban, kekeliruan, dan kejahilan melampau.. kerana menganggap kitalah yang betul.. atau dengan kata lain 'aku sedang berjalan atas kebenaran..'

Biar saya teka apa itu ilmu asas... saya rasa ilmu tersebut ialah satu: Aqidah yang mantap, kedua: syariah yang lurus ketiga: kenal konsep ihsan ... dengan itu maka tamatlah penapis asas seorang manusia.. barulah muncul era baru iaitu menuntut ilmu2 ALLAH yang teramat luas...

Jadi nasihat saya buat diri sendiri dan sahabat2 yang ingin menjadi perawat...( walaupun saya tidak berniat menjadi perawat), dalamilah ilmu aqidah dari A-Z jangan bermula N-Z.. ... kedua fahami dan dalami ilmu fardhu ain dan fardhu kifayah... dari bab ibadah sehinggalah bab jinayat... juga ilmu tajwid al Quran.. kemudian dalam masa yang sama .. carilah guru yang boleh membimbing kita mengenal ALLAH... kerana dengan rangkuman ilmu ini.. kita kan menjadi manusia dalam erti kata kita adalah manusia bukannya hayawanunnatiq...

Sekian dulu bingkisan pagi jumaat..

salam

No comments:

Post a Comment

Para Pembaca budiman.

Blog abumujahid ini memaparkaan pandangan peribadi abumujahid. Segala yang dipaparkan akan dimuatkan sumber rujukan jika ia adalah daripada sumber tertentu. Moga-moga abumujahid dan pembaca sekalian boleh mengambil istifadah dan boleh juga menegur abumujahid dalam hal yang dikira salah dan bertentangan dengan usul aqidah mahupun syara'.

Moga tuan-tuan dan puan-puan mendapat barakah dari blog yang Naif dan dhaif ini. BarakaLLAHu fiikum.