...............................................

...............................................
الفقير إلى الله مسافر في أرض الله و سيروا على بركة الله

Al faqir ilaLLAH, Musafir fii ArdhiLLAH , Siiru 'ala BarakatiLLAH





Sunday, September 6, 2009

Teknik rawatan penting ?

Assalamualaikum

Dah lama x bercerita pasal rawatan.. maklumlah ilmu belum cukup di dada.. lagipun bulan puasa ni merawat diri sendiri pun belum selesai.. banyak penyakit batin yang masih x clear..

Oklah berkenaan rawatan, alhamduliLLAH.. sekarang banyak pusat2 rawatan tumbuh.. blog2 perawat pun bercambah, ini merupakan perkembangan yang sihat In Sya ALLAH..

Baru2 ini saya menerima sms dan ada yang call bertanya saya merawat menggunakan teknik macamana? Keliru juga saya nk menjawab.. maklum lah saya sebenarnya tidak mewakili mana2 pusat rawatan.. x tau nk jelaskan apa teknik yang saya guna.. Cuma bila sebut pasal teknik, sudah tentu saya menggunakan teknik yang pernah saya pelajari dari guru2 saya seperti teknik dari Akrine, TIAF, Teknik Darul Hikmah, dan beberapa orang guru saya yang lain..

Kalau nk di senaraikan memang banyak teknik yang ada dalam merawat.. asalkan tidak bercanggah dengan syara', saya rasa diharuskan... atau ada sahabat berpendapat macamana?

Tapi kalau teknik itu mendatang fitnah, rasanya elok dielakkan.. betul x? masalah juga timbul bila saya lihat banyak yang ahli dalam ilmu rawatan ini yang tidak setuju sesama mereka.. ini perkembangan yang kurang sihat saya rasa... betul x? apapun saya bukan nk mengulas pasal itu, biarlah kita menggunakan konsep muzakarah supaya kita tidak lari jauh daripada ukhuwwah yang kukuh.. wallahu 'alam

oklah.. berbalik kepada persoalan teknik tadi, pada pendapat saya yang terlalu kurang ilmu ini elok lah teknik yang diamalkan :

1. Tidak menimbulkan fitnah kepada masyarakat terhadap perawat beragama Islam.
2. Tidak melanggar syariat Islam
3. Tidak mendatangkan keadaan kurang selesa kepada pesakit cthnya: seorang isteri dirawat dan suami tidak selesa kerana perawat terlalu banyak menyentuh/ memicit/ menepuk pesakit. Walaupun ada sesetengah keadaan tidak bersalahan dengan syariat.
4. bersambung....

Satu lagi selain teknik.. saya rasa paling penting peribadi dan penampilan perawat untuk dijadikan qudwah hasanah dalam penyebaran dakwah Islam secara syumul...

Baiklah.. cukup sekadar ini dahulu.. kalau ada masa kita sambung lagi.. pendapat daripada saudara semua sangat dialukan.. Majulah Rawatan yang tidak bertentangan dengan Syariat Islam dan dijauhkan kelakuan Syirik kepada ALLAH..

Salam Maghfirah buat semua..


No comments:

Post a Comment

Para Pembaca budiman.

Blog abumujahid ini memaparkaan pandangan peribadi abumujahid. Segala yang dipaparkan akan dimuatkan sumber rujukan jika ia adalah daripada sumber tertentu. Moga-moga abumujahid dan pembaca sekalian boleh mengambil istifadah dan boleh juga menegur abumujahid dalam hal yang dikira salah dan bertentangan dengan usul aqidah mahupun syara'.

Moga tuan-tuan dan puan-puan mendapat barakah dari blog yang Naif dan dhaif ini. BarakaLLAHu fiikum.