...............................................

...............................................
الفقير إلى الله مسافر في أرض الله و سيروا على بركة الله

Al faqir ilaLLAH, Musafir fii ArdhiLLAH , Siiru 'ala BarakatiLLAH





Sunday, September 27, 2009

Rumah dimasuki makhluk....

salam 'alaikum..

Alhamdulillah pukul 12.30 pagi tadi saya sampai dari Kelantan ke Melaka.. perjalanan 13 jam sangat memenatkan.. tapi semuanya berjalan lancar.

Satu cerita sehari sebelum bertolak, iaitu pada hari jumaat.. saya keluar rumah dr Tanah Merah ke Pasir Mas ( rumah ibu mertua) pukul 12 tghari.. dan pulang 11 mlm... sampai rumah di Tanah Merah pada malamnya .. saya lihat pintu grill rumah saya terbuka sedikit.. manakala kipas dalam satu bilik terpasang.. pelik juga.. seingat saya, saya sudah kunci dan tutup semua kipas dan lampu semasa keluar tengahari itu.. saya buat x tahu dulu sebab mengangkat anak2 yang tertidur dan barang2 dari kereta... tiba2 isteri saya keluar dari master room menyatakan rumah dimasuki pencuri..

Saya lihat dalam bilik bersepah... semua bilik2 yang ada beg2 pakaian digeledah.. almari dipecahkan.. duit raya anak2 semua abis diambil oleh makhluk tu... ALLAHu.. cincin perkahwinan milik isteri juga hilang... bila dicek.. pintui grill di kopek sehingga patah..

Saya pasrah saya.. mungkin kealpaan saya menyebabkan Khitob ALLAH dikenakan kepada saya.. selepas ini cuba tidak alpa lagi..

Besoknya saya carik rantai besi untuk diikat pada grill sebagai langkah berjaga disamping memagar rumah dengan sedikit pegetahuan yang ada.. kemudian saya berserah kepada ALLAH menjaga rumah saya di Tanah Merah daripada di masuki pencuri lagi....

Sebenarnya ada kisah, yang saya rasa ada kaitan dengan kecurian tersebut... kisahnya berlaku pada jumaat itu juga di masjid Kg Gelam... Apapun semoga ALLAH membalas dan memberi hidayah kepada si pengambil dan penceroboh rumah saya... Laporan polis akan dibuat oleh adik ipar saya memandangkan saya sekarang sudah di Melaka...

sekian dulu

No comments:

Post a Comment

Para Pembaca budiman.

Blog abumujahid ini memaparkaan pandangan peribadi abumujahid. Segala yang dipaparkan akan dimuatkan sumber rujukan jika ia adalah daripada sumber tertentu. Moga-moga abumujahid dan pembaca sekalian boleh mengambil istifadah dan boleh juga menegur abumujahid dalam hal yang dikira salah dan bertentangan dengan usul aqidah mahupun syara'.

Moga tuan-tuan dan puan-puan mendapat barakah dari blog yang Naif dan dhaif ini. BarakaLLAHu fiikum.