...............................................

...............................................
الفقير إلى الله مسافر في أرض الله و سيروا على بركة الله

Al faqir ilaLLAH, Musafir fii ArdhiLLAH , Siiru 'ala BarakatiLLAH





Friday, August 28, 2009

keliru dengan persoalan ini?

Assalamualaikum...

Pernah saya ditanya oleh pesakit.. adakah seorang perawat perlu melihat JIn yang mengganggu?

Saya pun sebenarnya bukan mahir dalam bidang rawatan pun.. sekadar tolong2 sahaja.. jawapan saya senang saya.. x perlu...cukup penyerahan kepada ALLAH.. tapi beliau tidak puas hati.. katanya kalau x nampak macamana nk pastikan gangguan sudah keluar..

ALLAHu.. x tau nk jawab macamana.. Senang jawapan saya kedua kita serahkan kepada ALLAH.. segala penyakit dan kesembuhan datang dan pergi kerana ALLAH.

Nampaknya jawapan saya tidak dapat memuaskan hati pesakit, pesakit memang suka kalau perawat dengan jelas menyatakan bahawa sakit nya disebabkan hantu raya ke.. sihirnya dari pulan bin pulan.. bunian ke.. benda terbang ke... kan seronok macam tu... lagi seronok kalau tau macamana perawat keluarkan gangguan tersebut...

pada saya..

,Ramai yang tewas apabila perkara macam ni diwar2kan.. sekurang2nya kalau perawat itu masih baru.. maka perasaan riak dan takabbur menghiasi dirinya.. itu yang saya takut.. walaupun memang perawat itu nampak @ tahu yang mengganggu itu apa.. saya rasa sekadar pengetahuan untuk diri perawat sahaja..itu x mengapa.. antaranya dan ALLAH..



Satu lagi pesakit yang datang itu pasti akan bergantung kepada perawat bukan lagi penyerahan sepenuhnya kepada ALLAH.. itu juga membuahkan syirik kepada ALLAH..

Tapi untuk percambahan ilmu.. saya rasa tidak salah untuk melihat jin dan makhluk yang mengganggu.. perbincangan sesama perawat atau pendedahan guru2 rasanya x menjadi masalah.. itu perkara yang rasanya boleh diterima..

Jadi kalau anda keliru dengan persoalan ini.. berbincanglah.. moga2 ALLAH membuka ilmu yang belum terbuka bagi diri anda..

Saya juga ingin dibukakan ilmu ini.. tapi belum masanya... kalau ada yang sudi membukanya silakan..

Persoalannya.. perlukah atau tidak.. kemaskah akidah kita menghadapinya..?? saya bertanya..anda yang menjawabnya... silakan..

Wassalam

No comments:

Post a Comment

Para Pembaca budiman.

Blog abumujahid ini memaparkaan pandangan peribadi abumujahid. Segala yang dipaparkan akan dimuatkan sumber rujukan jika ia adalah daripada sumber tertentu. Moga-moga abumujahid dan pembaca sekalian boleh mengambil istifadah dan boleh juga menegur abumujahid dalam hal yang dikira salah dan bertentangan dengan usul aqidah mahupun syara'.

Moga tuan-tuan dan puan-puan mendapat barakah dari blog yang Naif dan dhaif ini. BarakaLLAHu fiikum.