...............................................

...............................................
الفقير إلى الله مسافر في أرض الله و سيروا على بركة الله

Al faqir ilaLLAH, Musafir fii ArdhiLLAH , Siiru 'ala BarakatiLLAH





Wednesday, September 9, 2009

Macamana nk mengenal Lailatul Qadr..

Salam Buat semua...

Apa kata kita berbicara tentang Lailatul Qadr... kerana dah dekat ni rasanya mlm tersebut dengan kita..

Qola TA"ALA:
Malam lailatul qadar lebih baik daripada seribu bulan,” (al-Qadr, ayat ketiga).

Pada malam itu, ribuan malaikat bersiap sedia menunggu untuk mengangkat ibadat hamba Allah yang beribadat dengan penuh keimanan dan ketakwaan, dari alam dunia ke langit.


Malaikat Jibril bersama malaikat lain turun ke bumi untuk mendoakan setiap manusia yang beribadat, berzikir dan berdoa kepada Allah SWT pada malam itu dan Allah menyatakan kepada malaikat bahawa doa yang dipohon kepada-Nya ketika itu akan dimakbulkan.


Mengikut Imam Malik, sejarah malam lailatul qadar bermula apabila Nabi Muhammad SAW sedar yang usia umat Baginda tidak sepanjang usia umat terdahulu, hanya antara 60 tahun hingga 70 tahun, malah Rasulullah SAW sendiri wafat ketika usianya 63 tahun.

Menyedari hakikat itu, Rasulullah berdoa kepada Allah SWT memohon supaya umatnya dapat beribadat sama dengan nilai ibadat umat terdahulu lalu disebabkan kasihnya Allah SWT terhadap baginda, Allah SWT mengurniakan malam lailatul qadar,”

dipetik dari :http://nurjeehan.wordpress.com


Jumhur ulama menyatakan lailatul qadar berlaku pada malam 27 Ramadan berdasarkan hadis daripada Ubai ibn Kaab:

Bahawa Rasulullah SAW memerintahkan kami menunaikan ibadat pada malam itu dan awal pagi 27 Ramadan, tandanya ialah matahari pada awal pagi dalam keadaan tenang, putih dan tidak pucat cuacanya,” (riwayat Tirmizi).


Beberapa pendapat daripada ulama mengatakan lailatul qadr berlaku mengikut kaedah bila mulanya 1 Ramadhan.. kalau tahun ni 1 Ramdhan jatuh pada hari sabtu maka secara kaedahnya Lailatul qadr akan berlaku pada malam ke 23 Ramadhan.. sejauh mana kebenarannya wallhu'alam...


Walau bagaimanapun, janganlah ibadat pada malam tertentu sahaja sahaja, carilah malam qadar pada malam-malam ganjil yang lain juga!!


Tanda malam Qadar ialah :

1) malam itu tenang, tidak dingin dan tidak panas

2) siangnya cahaya matahari warnanya pucat;

3) pada malam itu malaikat Jibril akan menyalami orang yang beribadat pada malam itu dan tandanya ialah kita tiba-tiba rasa sangat sayu dan kemudiannya menangis teresak-esak secara tiba-tiba.


Semoga kita terpelihara daripada api Neraka MU ya ALLAH....

salam ..

1 comment:

  1. Ada x sesiapa boleh targetkan bila malam lailatul Qadar tahun ni?

    ReplyDelete

Para Pembaca budiman.

Blog abumujahid ini memaparkaan pandangan peribadi abumujahid. Segala yang dipaparkan akan dimuatkan sumber rujukan jika ia adalah daripada sumber tertentu. Moga-moga abumujahid dan pembaca sekalian boleh mengambil istifadah dan boleh juga menegur abumujahid dalam hal yang dikira salah dan bertentangan dengan usul aqidah mahupun syara'.

Moga tuan-tuan dan puan-puan mendapat barakah dari blog yang Naif dan dhaif ini. BarakaLLAHu fiikum.