...............................................

...............................................
الفقير إلى الله مسافر في أرض الله و سيروا على بركة الله

Al faqir ilaLLAH, Musafir fii ArdhiLLAH , Siiru 'ala BarakatiLLAH





Sunday, September 13, 2009

KhitobNYA....

Assalamualaikum..


Tanggal tarikh keramat buatku, aku dilahir dalam keadaan tanpa pakaian.. dilahirkan dari perut seorang muslimah, berayahkan seorang muslim.. bermakna aku adalah muslim... ALLAH campakkan kurniaan besar kepadaku setelah di alam sana aku bersaksi "الست بربكم؟ قالوا بلى شهدنا" ENGKAU luruskan akan dengan hidayah fitriah dalam diriku...

Aku kian membesar, ibu mendodoikan aku dengan zikrullah.. moga akidahku mantap dikemudian hari..kalimat ahadiah ini aku telan, terpasak jauh dalam lubuk hatiku bahawa tiada tuhan selain ALLAH ( لا إله إلا الله محمد رسول الله) ...

Seperti kanak2 lain aku tiada pilihan untuk menjalani kehidupan dengan permainan... permainan2 yang aku kira sudah ditelan zaman pada masa ini..yang kanak2 hari ini x kenal pun kalau disebut permainan itu...

Aku diasuh dengan asuhan yang sangat berdisiplin.. seawal aku berusia 8 tahun aku diwajibkan bersolat di masjid, diajarkan quran dengan harapan aku menjadi seorang yang boleh menghafalnya... di sekolah.. aku budak baik.. sebab ayah dan ibuku mencorak peribadiku menjadi baik.. AlhamduliLLAH..

Melangkah kaki ke sekolah menengah.. aku dihantar ke sekolah agama.. supaya menjadi titian untuk aku meneroka ilmu2 Islam.. dan akhirnya aku berjaya mencapai sekeping Ijazah dalam ilmu Bahasa Arab.. bahasa AL Quran...bahasa terindah yang pernah aku kenali..

Hari ini aku menaip, cerita dan ringkasan hidupku... dan terasa betapa sususan hidupku begitu bertuah.. lorong yang ALLAH berikan kepadaku sangat lurus dan indah... tapi..

Kekadang aku teralpa dengan godaan dunia dan hiasannya... ku ingin berlari sejauh mungkin daripadanya.. tapi kadang aku tertewas.. dunia apa ini?? dahsyat... mungkin ini dunia dajjal yang sering aku dengar ceritanya semasa aku masih menuntut dahulu... mereka mengaku tuhan... mereka boleh buat apa sahaja.. mereka hebat...mereka gunakan wanita yang tinggi kedudukannya dan jatuhkan martabat wanita2 itu... aku mula merasakan.. aku akan tertewas...

Aku tidak sedar sandaran ustaz yang aku terima dari masyarakat menyebabkan aku bangga.. riak.. ujub pada diri sendiri.. padahal tidak ada secebispun kemuliaanku disisiNYA... aku semakin hina dengan kehidupanku jauh dari bimbingan ayahku yang tercinta.. aku urus keluargaku sendiri.. ku rasa sudah terbaik.. tapi masih kekurangan...


Tapi ALLAH Maha Pengasih.. DIA kasihkan aku.. DIA sedarkan aku kembali.. supaya melencong balik pada hiway yang tepat.. supaya keterbabasan aku seketika menjadi pengajaran berguna .. sebagai KhitobNYA bahawa aku ini manusia yang teramat jahil dan memerlukan bimbingan ILAHI ....

Ku tadah tangan memanjat tangga2 kesyukuran.. sempena Ramadhan kali ke 30 dalam hidupku.. ENGKAU bimbing aku kembali.. ENGKAU pimpin tangan hinaku menuju keHADRATMU... aku perlu bermula dari tangga terbawah.. supaya suatu hari nanti.. jika roh dan jasad masih bersatu.. ingin ku tatap keindahan hidup bersama hujan2 rahmatMU di tangga teratas bersama para RasulMu, Para Syuhada'MU dan As Solihin ajma'iin... Amiin ya ArhamarRAhimin...

Nukilan: Abumujahid

2 comments:

  1. Salam Abumujahid...

    Harap2 kesemua anak2 muda mempunyai kesedaran spt itu..ameen..

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah... harap2 ustaz dpat ape yg ustaz minta... sy mohon agr ustaz dpt mendoakan sy supaya menjadi anak yg soleh serta pelajar yang yang cemerlang dan berjaya di akhirat dan dunia.... Amin... selamat hari raye dan maaf zahir dan batin...
    form 4 mozac... fathi...

    ReplyDelete

Para Pembaca budiman.

Blog abumujahid ini memaparkaan pandangan peribadi abumujahid. Segala yang dipaparkan akan dimuatkan sumber rujukan jika ia adalah daripada sumber tertentu. Moga-moga abumujahid dan pembaca sekalian boleh mengambil istifadah dan boleh juga menegur abumujahid dalam hal yang dikira salah dan bertentangan dengan usul aqidah mahupun syara'.

Moga tuan-tuan dan puan-puan mendapat barakah dari blog yang Naif dan dhaif ini. BarakaLLAHu fiikum.