...............................................

...............................................
الفقير إلى الله مسافر في أرض الله و سيروا على بركة الله

Al faqir ilaLLAH, Musafir fii ArdhiLLAH , Siiru 'ala BarakatiLLAH





Monday, September 21, 2009

sms raya...

Assalamualaikum....

Baru hari ini berkesempatan membuka laptop.. lama juga x online..

Anta sms raya yang saya terima...

1. Ied Mubarak.. minal aidin wal faizin.. mohon maaf lahir &batin.. semogad hariyang mulia ini, kita tergolong hambaNYA yang muttaqin.. amin ya RAB.

2. kata al Ghazali: yang jauh itu waktu, yang dekat itu mati, yang besar itu nafsu,yang berat itu amanah, yang mudah itu membuat dosa, yang panjang itu amal soleh, yang indah itu saling memaafkan" salam aidil fitri.

3. Jika ada langkah yang menoreh hati, ada tingkah membekas luka, ada lisan yang x terjaga, ada janji yang x tertunai, ada hati yang berprasangka serta ucapan berbunga dusta mohon dibukakan pintu kemaafan. salam aidil fitri..

4.. satu syawal menjelma jua takbir bergema menggegar jiwa, sekiranya ada salah & dosa ampun dipinta di hari Mulia.

5. kullu 'aam wa antum bi alf kheir.

6. Salamu alaik, mohon maaf atas segala kekhilafan yang tidak tersangka, atas kalam afiat yang terucap, saya hanya hamba ALLAH yang lemah & tidak berdaya apa2.. Salam Eidulfitri ..

7. Dalam kerendahan hati ada ketinggian budi dalam kemiskinan harta ada kekayaan jiwa, dalam kelembutan lidah ada ketelanjuran kata, dalam gurau senda tentu ada khilaf & dosa, hidup ini indah jika ada kemaafan di antara kita.. mohon ampun dan maaf..

banyak lagi sms2 yang masuk menggantikan diri dalam deringan sms saya.. x tertaip kembali..

saya kembalikan dan tujukan kepada para pembaca sekalian semoga semalam kita menjadi orang2 yang berjaya dalam terbiah yang kita lalui sepanjang menjadi penuntut di madrasah ramadhaniah..

Siiruu 'ala BarakatiLLAH...

No comments:

Post a Comment

Para Pembaca budiman.

Blog abumujahid ini memaparkaan pandangan peribadi abumujahid. Segala yang dipaparkan akan dimuatkan sumber rujukan jika ia adalah daripada sumber tertentu. Moga-moga abumujahid dan pembaca sekalian boleh mengambil istifadah dan boleh juga menegur abumujahid dalam hal yang dikira salah dan bertentangan dengan usul aqidah mahupun syara'.

Moga tuan-tuan dan puan-puan mendapat barakah dari blog yang Naif dan dhaif ini. BarakaLLAHu fiikum.