Penyakit hubbuddunya wa karahiyatul maut(حب الدنيا وكراهية الموت) merupakan suatu ancaman kepada manusia pada hari ini.. ramai dikalangan kita hari ini tidak memandang serius untuk membanteras penyakit ini…akibatnya kita lihat
Manusia lalai daripada mengingati ALLAH.
Manusia bertambah-tambah mengumpulkan harta dan membelanjakan kepada perkara-perkara haram.
Tersebarnya penyakit sosial lain seperti zina, arak, gossip menggosip(mengumpat lah tu.. siap ada program khas untuk mengumpat dalam TV).
Bercambahnya aktiviti-aktiviti hiburan yang melalaikan malah merupakan ajen pemusnah Islam dan muda-mudinya.
Bagaimana agaknya kita nk rawat penyakit ini…ramai sekali akan menjawab… zikruLLAH, tutup premis perjudian, kurangkan aktiviti maksiat, anjurkan Tilawatul Quran.. dan macam2 lagi..
Semua jawapan di atas adalah betul..
Saya hari ini suka berkongsi satu asmauLLAHul Husna.. dijadikan amalan moga2 ALLAH membuka pintu hati kita untuk merawat penyakit حب الدنيا وكراهية الموت .. selamat mencuba..
الَفتَّاح / يا الفَتَّاح
Yang Maha Membuka/pembuka
Amalkan 71 x setiap selepas subuh niatkan supaya Allah cabut penyakit حب الدنيا وكراهية الموت dalam diri kita seterusnya mencampakkan حب الآخرة و حلاوة الإيمان…
اللّهُمَّ افْتَحْ لَنَا فَإِنَّكَ خَيرُ الفَاتِحِين
Ya ALLAH bukakanlah kepada kami( niatkan), sesungguhnya Engkaulah sebaik-baik pembuka.
Siiru ‘ala barakatiLLAH.
No comments:
Post a Comment