...............................................

...............................................
الفقير إلى الله مسافر في أرض الله و سيروا على بركة الله

Al faqir ilaLLAH, Musafir fii ArdhiLLAH , Siiru 'ala BarakatiLLAH





Sunday, July 5, 2009

Diari rawatan(3)

Petang semalam saya dijemput oleh seorang ketua pemuda **** ke rumahnya untuk merawat mak ciknya dan ibunya. Sebenarnya hari saya agak keletihan menguruskan sukan anak saya dan beberapa hal lain. Tp memandangkan jemputan dan hajat makciknya yang datang dari KL terpaksa saya cuba penuhi.

Dah lama rasanya x merawat, sibuk memanjang. Ibu Abg K tu dah tua, umur pun dah agak lebih 80 an, menghadapi masalah kemurungan akibat pengambilan ubat penenang berterusan sejak 20 thn lepas, walaupun begitu gangguan tetap wujud.. saya ringkaskan rawatan dan Alhamdulillah saya berserah bulat2 kepada ALLAH dalam merawat ibu Abg K ni, saya bacakan beberapa ayat bagi menghentikan ketagihan ubat. Moga-moga jalan penyembuhan terbuka dan di permudahkan.



Saya ingat dua orang sahaja yg perlu dirawat, rupanya tiga orang, makcik kepada abang K biar saya kenalkan dengan Makcik J telah dirawat oleh saya dan rawatan kali ini merupakan rawatan susulan terhadap gangguan berdebar yang terlampau sehingga terketer-ketar seluruh badannya. Doktor kata hyper panic.. entah lah saya pun x pasti. Setelah dirawat lebih 2 minggu makcik J merasa lebih selesa dan tidak diserang dengan hyper paniknya.. Alhamdulillah berkat ajaran guru-guru saya, saya dapat memperkukuhkan aqidah mereka supaya pergantungan hanya kepada ALLAH semata-mata dan dengan itu kesembuhan akan datang.


Pesakit ketiga pula ialah anak kepada makcik J, pelajar tahun 2 di Australia, terpaksa balik bercuti akibat masalah sama dengan ibunya iaitu hyper panic… setelah diruqyah dan diberi inzar.. pesakit menangis dan mula sesak nafas… saya kira ini akibat daripada gangguan, saya teruskan inzar dan arahan keluar, Alhamdulillah pesakit kembali normal.. semua kesembuhan milik ALLAH, tiada daya dan upaya saya menyembuhkan manusia, dan ALLAH permudahkan urusan saya malam tadi.

الشكر لله ثم الحمد لله


No comments:

Post a Comment

Para Pembaca budiman.

Blog abumujahid ini memaparkaan pandangan peribadi abumujahid. Segala yang dipaparkan akan dimuatkan sumber rujukan jika ia adalah daripada sumber tertentu. Moga-moga abumujahid dan pembaca sekalian boleh mengambil istifadah dan boleh juga menegur abumujahid dalam hal yang dikira salah dan bertentangan dengan usul aqidah mahupun syara'.

Moga tuan-tuan dan puan-puan mendapat barakah dari blog yang Naif dan dhaif ini. BarakaLLAHu fiikum.