Sambungan tajuk : Akukah pesakit..
النصائح الخاصة: ( Nasihat Khusus buat pesakit)
1. Perlu bagi pesakit bertaubat dan mengistiharkan taubat kepada ALLAH taala dan memohon supaya dijauhkan bala. Mesti teguh dalam iman dan sentiasa bersyukur dengan ujian ALLAH yang inginkan kita menjadi hamba yang sentiasa hidup dalam iman.
2. Sedar bahawa bala yang biasa dikenakan kepada manusia seperti merokok, dadah, mendengar music dan sempamanya boleh menambah bala yang lebih hebat sehinnga menutup pintu kesembuhan dan membuka pintu kesesata.
3. Menjauhi pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan ajnabiah dan jauhi berdua-duan ( walaupun dalam hal rawatan), kurangkan pergi ke pasar-pasar tanpa sebarang kepentingan lebih-lebih lagi bagi perempuan yang tiada bersamanya muhrim serta tidak التبرج والتطيب وعدم كشف العورات ( bersolek2, berwangian2 serta tidak menutup aurat) bagi perempuan dan menjaga adab menutup aurat yang disarankan oleh syara’.
4. Tidak bersalam dan menyentuh bukan mahram ( walaupun dalam hal ruqyah) kalaupun perlu hendaklah berlapik.
5. Tidak berlebihan/tamak/sombong/bangga dengan rumah, kenderaan, pakaian, hiasan2 kepandaian atau keelokan kita dihadan manusia lain. Harus sentiasa bersifat dengan sifa rendah diri dan melazimi diri dengan zikrullah.
6. Jaga adab tidur dengan dimulai dengan zikir dan doa sebelum tidur, tidak tidur dalam keadaan tidak berpakaian dan tidak bersama suami-isteri dalam keadaan tidak berpakaian.
7. Tidak berada lama dalam tandas tanpa keperluan dan hajat.
8. Tidak terlalu lama melihat cermin khuatir timbul rasa bangga dan besar diri. Ini boleh menyebabkan penyakit ‘ain.( waLLAHu a’lam)
.
Bersambung….
No comments:
Post a Comment