...............................................

...............................................
الفقير إلى الله مسافر في أرض الله و سيروا على بركة الله

Al faqir ilaLLAH, Musafir fii ArdhiLLAH , Siiru 'ala BarakatiLLAH





Monday, July 13, 2009

Diari merawat (4) Memecah sarang gangguan..

Assalamualaikum..

Hari ini satu kisah merawat yang saya sertai, bersama ustaz Suriandi dan Ustaz Shahril. Pada pukul 10 pagi saya di sms oleh ustaz Suriandi untuk turut serta merawat seorang pelajar yang x sedarkan diri.

Selepas abis kelas saya bergegas ke asrama putera, di sana saya dapati 2 orang perawat Islam Ustaz Suriandi dan En Shahril sudah mula merawat pelajar tersebut.

Saya terus turut serta dalam rawatan tersebut, pelajar tadi tidak sedarkan daripada pagi hinggalah saat pukul 1030 pagi, pelbagai cara dibuat daripada ruqyah, picit, letak minyak atar, tepuk hinggalah meletak ais dibuat pelajar tersebut masih dirasuk dengan berdiam diri seperti orang tidur.

Saya juga buntu melihat keadaan pelajar tersebut, berbekal sedikit ilmu, dan penyerahan kepada ALLAH sepenuhnya.. saya mula merawat bagi membantu Ustaz Suriandi dan En Shahril. keadaan pelajat tadi tidak menunjukkan jin yang berada dalam badan mahu keluar dan terus berdegil. Setelah puas pujukan dan inzar diberikan, saya rasakan gangguan perlu diusir secara keras memandang jin tersebut tidak makan dengan cara diplomasi.

Saya ulung menyebut AsmauLLAHul husna ( يا مذل/ يا معز) beberapa kali dan kemudian doa supaya dipermudahkan ALLAH. Saya melakukan aksi menyembelih dimana saya melakukan aksi sembelih pada bantal tanpa menyentuh leher pesakit. selepas 2/3 kali aksi sembelih pesakit menunjukkan reaksi sangat sakit kemudian rebah dalam keadaan kaku seperti patung..

Ingat sekejap saja.. tapi bila dikejutkan pesakit memang kaku dan keras tidak menunjukkan reaksi.. puas saya cuba melembutkan tangan kaki dan badan pesakit namun usaha itu gagal.. panik juga, tapi control macho lah..

Alhamdulillah diilhamkan supaya azan.. selepas hampir 7 kali azan tangan pesakit dapat dilembutkan.. tetapi bahagian kaki masih keras dan kaku...

Puas juga mencari ilham akhirnya diilhamkan supaya memicit bahagian paha pesakit, disini pesakit memberi reaksi sakit dan tahulah saya dan ust Suriandi, rumah dan tempat tersebut perlu dihancurkan.. sehingga pesakit beraksi seperti hendak muntah... kemudian, saya menghubungi Ustaz Wan untuk mendapatkan Nasihat. Maklum sajalah jam dan hampir 2 jam, dan pesakit belum sedar.. Nasihat Ust Wan supaya saya tekan bahagian ari2 dan paha.. saya tekan sikit dan arahkan keluar.. pesakit nampaknya macam sedikit sedar dan saya mengarahkan gangguan keluar dr badan pesakit...

pesakit pun mula muntah2 .. keluar lendir2 yang sangat banyak bertali-tali hampir 20 minit lamanya... melihat pesakit yang agak sensara.. saya menamatkan rawatan dengan pesakit sedar sepenuhnya dan berharap pesakit istiqamah mengamalkan amalan mendekatkan diri kepada ALLAH..

Itulah pengalaman mualij junior iaitu saya, ustaz Suriandi dan En Shahril.. moga2 pengalaman ini mematangkan kami dalam dunia merawat...

terima kasih kerana sudi membaca.

No comments:

Post a Comment

Para Pembaca budiman.

Blog abumujahid ini memaparkaan pandangan peribadi abumujahid. Segala yang dipaparkan akan dimuatkan sumber rujukan jika ia adalah daripada sumber tertentu. Moga-moga abumujahid dan pembaca sekalian boleh mengambil istifadah dan boleh juga menegur abumujahid dalam hal yang dikira salah dan bertentangan dengan usul aqidah mahupun syara'.

Moga tuan-tuan dan puan-puan mendapat barakah dari blog yang Naif dan dhaif ini. BarakaLLAHu fiikum.