...............................................

...............................................
الفقير إلى الله مسافر في أرض الله و سيروا على بركة الله

Al faqir ilaLLAH, Musafir fii ArdhiLLAH , Siiru 'ala BarakatiLLAH





Saturday, July 18, 2009

Engkau didik ku dengan rotan...

Assalamualaikum..

Pagi ni pagi cuti, dah berapa sabtu aku tidak rehat sepenuhnya, ada saja program sekolah yang perlu dihadiri.. hari ini aku nk rehat sepenuhnya..

Selepas menunaikan tanggungjawab sebagai seorang hamba subuh tadi, aku berteleku dan otakku menerawang jauh kenangkan kisah kanak-kanakku. Kalau dulu aku diasuh oleh seorang ibu yang penyayang.. ibu yang amat memahami anak2nya(ALLAHu yarhamuha).. dididik oleh seorang ayah aku panggil we(wan) , anak-anakku panggil tok wan, ayahku seorang yang tegas, tapi penyayang, aku masih ingat lagi ketegasan we.. kalau cerita bab solat bukan main serius lagi dia.

Ayahanda Abdul Aziz

Aku tau, kalau tidak dididik dengan ketegasan aku x akan jadi macam ni, dulu we mengajar aku solat dengan rotan, seawal darjah dua aku dan abgku Al Itqan akan dikerah untuk menunaikan solat subuh di masjid, kalau petang balik lambat x solat asar lagi rotanlah jawabnya..

Aku sangat hargai kesungguhan we mengajar anaknya untuk setia dan kasih pada solat fardhu.. alhamduliLLAH sekarang aku 'menjadi'...

Kalau dulu we mengajar aku mengaji ... aku sangat takut mengaji.. garang sungguh we masa tu. tak betul baca, dia akan tunjuk2 rotan ke arah mata, " ni mata ada x guna" .. sekarang alhamduliLLAH aku agak mahir membaca al Quran... aku akan mencari ummi daripada mengaji dengan we.. hehe

Kalau dulu rotan menjadi sebahagian asam garam hidup aku dan abangku.. kami dua beradik antara insan yang sempat merasai penangan rotan we.. tapi itulah tarbiah namanya.. seronok sungguh zaman kanak-kanak.. main wau, lastik burung, main tarzan2, main tin2 kosong, berkhemah dalam semak dll.. tapi sebalik mainan tersebut aku banyak mengenal dunia...

Hari ini hasil didikan we..aku menjadi guru.. aku berazam akan mendidik anak2ku seperti yang we pernah ajarkan kepada kami.. teliti dan bermakna..

Dari segi makanan.. we sangat teliti memilih makanan.. kalau makanan ringan jangan harap dapat makan.. sekarang ni aku x sekuat we untuk menegah anak2 makan makanan ringan.. lagipun sekarang bermacam2 jenis makanan segera wujud di kedai.. kalaupun aku x beli.. ada org yang berikan pada anak-anakku.. ohh susah sungguh mendidik anak zaman sekarang..

Sebenarnya banyak sungguh cerita pagi ni.. semuanya berkisar kisah sewaktuku kecil... akan ku coretkan dalam diari abumujahid sebagai satu catatan sirah seorang abi kepada anak-anaknya..

Moga-moga we sentiasa berada dalam rahmat ALLAH sentiasa.. ampunkan kesalahan anakmu yang keldil ini jika x menjadi insan yang diharapkan oleh we..

SIruu 'ala BarakatiLLAH..

No comments:

Post a Comment

Para Pembaca budiman.

Blog abumujahid ini memaparkaan pandangan peribadi abumujahid. Segala yang dipaparkan akan dimuatkan sumber rujukan jika ia adalah daripada sumber tertentu. Moga-moga abumujahid dan pembaca sekalian boleh mengambil istifadah dan boleh juga menegur abumujahid dalam hal yang dikira salah dan bertentangan dengan usul aqidah mahupun syara'.

Moga tuan-tuan dan puan-puan mendapat barakah dari blog yang Naif dan dhaif ini. BarakaLLAHu fiikum.