السلام عليكم ورحمة الله
Malam semalam saya diminta oleh seorang makcik untuk merawatnya.. symptom penyakit yang dihadapi:
Mimpi:-
1. Mimpi kawin dengan lelaki.
2. Mimpi menyusukan anak serta mempunyai 3 anak dengannya.
3. Mimpi2 mengarut… x tau nk explain.
Fizikal:
1. Sakit bahagian punggung kiri
2. Terasa memulas bahagian ari2 ..
Saya merawat secara ringkas dimulakan dengan air jampi, kemudian scan teknik pancaran tapak tangan, mata makcik terasa pedih ketika discan. Kemudian terus kepada tanzir dan peringatan, seterusnya saya baca beberapa potong ayat-ayat ‘ruqyah’ sambil menekan point2 penting di jari kaki. Arahan supaya keluar drpd badan pesakit kerap kali saya ulang dengan mengingatkan puak2 jin tentang kesalahan mendiami badan manusia.. kemudian saya sudahi rawatan tanpa berlakunya hiwar(perbualan).
Kesan rawatan:
1. Pesakit merasa sangat sakit bila dipicit jari manis( picitan yg x kuat langsung) hingga kebahagian punggung kiri..
2. Ternampak 3 kepulan asap hitam keluar daripada badannya.
3. Lega.
Saya merafa’kan kesyukurun jika kesembuhan diberikan kerana segala sakit dan sembuh milih ALLAH bagi menguji sejauh mana manusia taat kepadanya..
Selesai merawat makcik tadi, saya diminta sekali lagi merawat adiknya,
Simpton yang dihadapi.:
1. Marah yang melampau tanpa sebab.
2. Sakit tulang belakang selama 2 bulan lebih.
Saya tidak banyak bertanya kerana merasakan simpton yang dihadapi cukup untuk mengatakan dia diganggu.
Jenis rawatan:
1. Diberikan minum air jampi.
2. Kaedah scan tapak tangan dibuat, pesakit melihat tompokan warna hitam ditangan.
3. Seterusnya kaedah tanzir diberikan.
4. Arahan keluar.
5. Kaedah tepuk dan tarik..
6. Dibaca beberapa potong ayat Ruqyah syariyyah ..
Kesan rawatan:
1. Berlaku getaran yang berterusan di kedua kaki dan tangan.
2. Sendawa kecil.
3. Terasa gegaran di bahagian leher pesakit .
4. Pesakit melihat seorang lelaki yang dikenali berada dalam kepulan asap. Keadaan ini berlaku semasa rawatan dan bacaan ruqyah dilakukan..
Moga-moga gangguan yang diberikan sebagai peringatan kepada pesakit untuk kembali kepada sunnah dan zikruLLAH.
Segala kesembuhan datangnya dari ALLAH…
Siiruu ‘ala barakatiLLAH.
Syukurlah ustaz. Saya menumpang gembira jika ustaz setiap kali mendapat hidayah yg baru Semoga ustaz sekeluarga sentiasa di lipat gandakan pahala dan perlindungan daripada Allah swt. Semoga sukses dan sentiasa berserah diri kepada yg Maha Kuasa.
ReplyDeleteSBA
KL
Iulah dambaan setiap insan yang menuju kepadaNYA. ALLAHu ma'ana ya akhi..
ReplyDelete