Saudara yang dikasihi fillah,
Tiba-tiba rasa macam nk kongsi satu ilmu, saya bukan berilmu sangat pun, kalaupun saudara dah tahu, buat-buat lah belum tahu, kalau betul2 belum tahu, moga dapat dijadikan panduan hidup masa mendatang.
Akhi fillah,
Saya nk berkongsi satu ayat dalam surah AL fatihah, yg merupakan satu ayat power(hehehe) betul2 power .. kenapa ye.. sebab ayat ini dapat mengukuhkan akidah kita supaya kebergantungan dalam semua hal hanya senya kepada Penguasa Alam ini iaitu ALLAH SWT.
Saudara,
kita biasa dengan penggunaan ayat 33, ayat kursi, ayat surat itu dan ini... x dinafikan Allah turunkan Al Quran sebagai rujukan, penawar dan ada kebaikan pada ayat2 tertentu, cuma pada hari ini suka saya menceritakan tentangsatu ayat daripadanya, kelebihan surah AL fatihah yang sebenarnya satu surah yang merangkumi keseluruhan Al Quran.
إياك نعبد وإياك نستعين
5. Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja Kami memohon pertolongan.
Ayat 5 surah Alfatihah ni merupakan ayat penangkal, ayat syifaa', ayat ta'awuun, ayat pengasih, ayat Aqidah,ayat penunduk, ayat kunci,ayat husun atau ayat ape saja yang saudara/ri hendak. Asalkan kita memahami makna penting dalam ayat tersebut. Konsep penjagaan akidah amatlah penting dalam kita beramal dengan Ayat-ayat ALLAH serta apa saja doa sekalipun.
Saudara,
Bacalah ayat apa pun kalau kita berharap pada ayat2 tertentu, bukan kepada ALLAH, sudah tentu kita khuatir masuk dalam lubang syirik, takut jugak perkara ni berlaku.. malah mengundang pertolongan makhluk lain yang tiada pada musyahadah mata kita.
Marilah kita menggembeling tenaga dan usaha untuk memantapkan akidah kita sehingga amal-amal kita diterima oleh ALLAH Rabbul'aalamin...
Aminn Ya Arhamarrahimin..
No comments:
Post a Comment