...............................................

...............................................
الفقير إلى الله مسافر في أرض الله و سيروا على بركة الله

Al faqir ilaLLAH, Musafir fii ArdhiLLAH , Siiru 'ala BarakatiLLAH





Thursday, April 21, 2011

Perjalanan ke Tanah Suci 2

Assalamualaikum..



perjalanan ke madinah dari jeddah

alhamduliLLAH diberi sedikit ruang dan peluang untuk meneruskan pengkisahan ringkas perjalanan abumujahid ke Madinah. Perjalanan yang tenang  ke Madinah akhirnya lebih terasa bila bas memasuki hudud( sempadan) tanah haram. beberapa minit kemudianya terpampang dihadapan mata menara Masjidin Nabawi.. sejuk sungguh mata memandang suasana Madinah al Munawwarah ditambah rasa berdebar2 menanti masa dan peluang untuk menjejak kaki ke dalam Masjid dan menziarahi baginda RasuluLLAH SAW.

Setelah selesai menguruskan penempatan 30 org jamaah, abumujahid rehat sekejap dibilik hotel menanti azan zohor berkumandang.  sebelum azan.. abumujahid berjalan keluar ke Masjid Nabawi, dalam suasana dan suhu yang agak sejuk.. abumujahid melangkah dengan girang kerana dalam tempoh 10 thn dahulu agak banyak juga perubahan berlaku pada Masjid Nabawi tempat RasuluLLAH dan para sahabat membina Daulah Islamiyyah yang syumul..

Tidak terucap rasa syukur dan ketenangan yang luar biasa bila hati terasa dekat dengan Insan Agung, RasuluLLAH SAW. Masuk ke dalam masjid Nabawi melalui pintu belakang dan menuju ke arah Raudhah membuatkan hati bertambah resah kerinduan untuk melihat tempat yang dulunya menjadi kediaman Baginda RasuluLLAH dan kini menjadi tempat kunjungan dan ziarah ummat Islam  serata dunia... juga Raudhatul Jannat di dunia....

peluang bergambar di sudut kiri sebelum bertemu dengan junjungan Besar RasuluLLAH SAW.

Selepas selesai menunaikan Tahiyyatul Masjid berhampiran Raudhah, abumujahid dengan hati tidak tertahan untuk menatap Maqam Baginda... melangkah menuju bertemu RasuluLLAH dan mengucapkan salam buat junjungan Besar rasuluLLAH dserta 2 pahlawan Islam agung Saidina  Abu Bakar As Siddiq dan Saidina Umar Al Khattab ... tiada patah kata boleh digambarkan seronok dan lapangnya dada berada dan berhadapan dengan RasuluLLAH walaupun seketika buat kali pertama ... pegawai yang menjaga maqam tidak membenarkan untuk tetamu2 berdiri lama2 di hadapan Maqam mendesak abumujahid bergerak dan mundur kebelakang membolehkan abumujahid memandang dan membuang gelodak rindu 10 tahun tidak bertemu Junjungan Mulia SAW. AlhamduliLLAh thummalhamduliLLAH...

Keluar melalui pintu yg disediakan abumujahid berpatah kembali masuk ke pintu babussalam... terus sekali lagi menziarahi RasuluLLAH.. sebelum duduk menanti azan Zohor berkumandang...



bersambung..

No comments:

Post a Comment

Para Pembaca budiman.

Blog abumujahid ini memaparkaan pandangan peribadi abumujahid. Segala yang dipaparkan akan dimuatkan sumber rujukan jika ia adalah daripada sumber tertentu. Moga-moga abumujahid dan pembaca sekalian boleh mengambil istifadah dan boleh juga menegur abumujahid dalam hal yang dikira salah dan bertentangan dengan usul aqidah mahupun syara'.

Moga tuan-tuan dan puan-puan mendapat barakah dari blog yang Naif dan dhaif ini. BarakaLLAHu fiikum.