BismiLLAH Wal HamduliLLAH
Assalamualaikum warahmatuLLAH SWT wabarakaTUH
SubhanaLLAH.... sedar mahupun tidak kita sudahpun memasuki tahun baru Hijrah. Tahun 1433 H bermaksud umur kurniaan ALAH SWT kepada kita semakin bertambah.. kita kena beringat dengan kurniaan ALLAH SWT ini adakah kita sedar panggilan bertemuNYA semakin dekat .. adakah amalan kita semakin bertambah... atau yang bertambah adalah dosa kita??
Tuan2 dan puan2 sidang pembaca yang budiman...
Kalau sekarang kita hitung2kan.. manakah amalan yang lebih berat timbangannya? amal baik ataukah amal buruk? Sebelum kita betul2 memasuki fasa kehidupan yang tidak akan kita diberi peluang seperti sekarang.. bila tiba saat dan ketikanya .. Malaikat yang bernama malaikatul maut@ Izrael datang memanggil maka terpisah lah kita dengan dunia yg fana ini dan .. saat dan ketika itu.. usah berusaha untuk kembali ke dunia.. kerana bekalan yg dibuat selama hidup itulah yang akan dibawa ke alam Barzkh.. SubhanaLLAH
Sebelum tibanya saat itu, kita hisab dan muhasabah diri kita.. kekerapan kita menuruti laungan azan bilal ke masjid dan surau untuk ALLAH SWT beri kejayaan dengan amalan solat yang difardhukan... adakah tangan kita sering untuk bersedekaah kepada yang memerlukan sebagai khairat untuk kita terima habuannya saat kita bertukar tempat tinggal?? Amalan2 kita semua adakah kerana ALLAH atau kerana hanya senya kepentingan poket dan kehidupan dunyawi semata2?
ALLAHu ya ALLAH yang maha mengasihi hamba2NYA.. Kurniakan pada kami taufiq dan hidayahMU agar nikmat kehidupan nafas dan badan yang sihat ini dapat kami hamba2Mu ini menjadi hamba yang soleh dan solehah.. mengikuti sunnah Nabi dan RasulMu Muhammad SAW, kami rela Engkaulah Tuhan kami, Islam itu agama kami, kejutkan kami semua dari buaian syaitan dan nafsu yang sentiasa menggoda kami ke arah jalan maksiat yang Engkau murkai.
Wahai Tuhan yang menciptakan kami untuk memujiNYA... basahi lidah dan sirami hati2 kami untuk sentiasa ingat akan kebesaran dan keagunganMU.. supaya hidup kami sesudah hidup di dunia ini, akan tergolong daripada hamba yang akan memprolehi nikmat melihat ZatMU yang maha agung... Ya RABB.. Ya ALLAH .. Ya Karim...wa ya Arhamarrahimin..
wa BarakaLLAHu fiikum wa lana jami'a
Wassalamualaikum warahmatuLLAH
...............................................
الفقير إلى الله مسافر في أرض الله و سيروا على بركة الله
Al faqir ilaLLAH, Musafir fii ArdhiLLAH , Siiru 'ala BarakatiLLAH
Al faqir ilaLLAH, Musafir fii ArdhiLLAH , Siiru 'ala BarakatiLLAH
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Para Pembaca budiman.
Blog abumujahid ini memaparkaan pandangan peribadi abumujahid. Segala yang dipaparkan akan dimuatkan sumber rujukan jika ia adalah daripada sumber tertentu. Moga-moga abumujahid dan pembaca sekalian boleh mengambil istifadah dan boleh juga menegur abumujahid dalam hal yang dikira salah dan bertentangan dengan usul aqidah mahupun syara'.
Moga tuan-tuan dan puan-puan mendapat barakah dari blog yang Naif dan dhaif ini. BarakaLLAHu fiikum.
Moga tuan-tuan dan puan-puan mendapat barakah dari blog yang Naif dan dhaif ini. BarakaLLAHu fiikum.
No comments:
Post a Comment